You are on page 1of 2

‫سكوله‬

‫كبڠساءن دوريـان‬
‫منتاڠـاو‬
SEKOLAH KEBANGSAAN DURIAN MENTANGAU
23100 PAKA,DUNGUN,TERENGGANU
____________________________________________________________________________

Rujukan : SKDM.700/06/3 (23)


Tarikh : 4 November 2019

Kepada :

Unit Jualan dan Pemasaran,


Berjaya Hills Hotels and Resorts.

Tuan,

MEMOHON BILIK PENGINAPAN

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Pihak kami ingin memohon bilik penginapan bagi penginapan rombongan lawatan
sambil belajar sekolah kami. Aktiviti ini adalah antara aktiviti pasca UPSR 2019. Butir –butir
maklumat lawatan adalah seperti berikut :

Tarikh Penginapan : 8 November 2019 (Jumaat)

Bilangan ahli seramai 42 orang.

Bilik yang diperlukan : 13 Superior Twin Room berserta dengan makan pagi

3. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan boleh berhubung dengan nombor yang tersebut:
Pn Ramaddiana bt Ibrahim ( Penyelaras Lawatan ) – 019 -9395695

4. Pihak kami amat berbesar hati sekiranya tuan dapat memberi sedikit pengurangan pada
harga bilik yang kami perlukan bagi murid-murid di sekolah kami. Kerjasama daripada pihak
tuan amatlah kami hargai dan di dahului dengan ucapan ribuan terima kasih .

Saya yang menjalankan amanah,

-------------------------------------------
(RAMADDIANA BT IBRAHIM)
Penyelaras Lawatan Pasca UPSR,
SK Durian Mentangau
Paka,Terengganu.

Sk : 1.Fail Lawatan SKDM

You might also like