You are on page 1of 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (P) METHODIST,

JALAN CENDERASARI, 50480 KUALA LUMPUR


Website:www.mgskl.edu.my Tel: 03-26926010
Fax: 03-26948023

Rui Kami: SMKPM 08/06/007


Tarikh:1 November 2019

Semua Ibu bapa / Penjaga Murid Tingkatan 1

PROGRAM DWIBAHASA / DUAL LANGUAGE PROGRAME (DLP) 2020

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuki.

2) Program Dwibahasa / Dual Language Programme (DLP) ialah program yang


diperkenalkan di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris
(MBMMBI).Program ini juga memenuhi aspirasi di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) yang memerlukan murid-murid menguasai kemahiran dwibahasa.Di bawah
program ini,mata pelajaran Sains dan Matematik akan diajar dalam Bahasa Inggeris.Sekolah ini
adalah antara beberapa sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang telah
mendapat kelulusan untuk menawarkan program DLP bagi dua kelas Tingkatan Satu.Sains dan
Matematik bagi dua buah kelas yang lain akan diajar dalam Bahasa Malaysia.

3) Kelayakan untuk mengikuti Program DLP ini bergantung kepada aras penguasaan Bahasa
Inggeris murid berkenaan.Sehubungan dengan itu,ibubapa/penjaga diminta membuat pilihan
dengan mengisi lampiran yang disertakan dan menyerahkannya kepada pihak sekolah pada
27/12/2019 semasa Program Hari Orientasi Tingkatan Satu.Murid-murid yang memilih Program
DLP ini dikehendaki menduduki Ujian Diagnostik Bahasa Inggeris pada 2/1/2019.Murid-murid
yang lulus sahaja akan ditawarkan untuk mengikuti Program DLP.

4) Maklumat Lanjut tentang Program DLP akan disampaikan semasa Hari Orientasi
Tingkatan Satu pada 27/12/2019.

5) Kerjasama tuan / puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

Saya yang menurut perintah,

……………………………………..
(CHONG MOI LIAN)
Pengetua
SMK (P) Methodist,
Kuala Lumpur

You might also like