You are on page 1of 1

SYARAT-SYARAT PENGECUALIAN PROGRAM TRANSFORMASI MINDA

Pegawai yang memohon pengecualian menghadiri PTM bagi tujuan pengesahan dalam
perkhidmatan perlu mengemukakan perkara berikut:

1. Surat iringan daripada Jabatan.

2. Surat Permohonan Pengecualian menghadiri PTM daripada pemohon - Surat


Personal.

 Contoh Surat Personal boleh dimuat turun di Portal Sistem


eTransminda.

3. Salinan buku Kenyataan Perkhidmatan - Dokumen yang berkaitan sahaja seperti


berikut:

a) Kenyataan Lantikan Pertama.


b) Kenyataan Tarikh Peperiksaan Am / Kursus Induksi / Program Transformasi
Minda.
c) Pengesahan Lantikan Pertama.
d) Pengesahan Jawatan / Perkhidmatan.
e) Pemberian Taraf Berpencen.
f) Kelulusan Cuti Belajar (KPSL) – sekiranya berkaitan sahaja.
g) Kenyataan Lantikan ke Jawatan Terkini.
h) Pengesahan Lantikan ke Jawatan Terkini.

4. Salinan Sijil Kursus Induksi (Umum & Khusus) @ Slip Keputusan @ Kenyataan
Keputusan Kursus.

5. Salinan Surat Tawaran Pelantikan Tetap ke Jawatan Sekarang dari Suruhanjaya


Perkhidmatan Awam.

CATATAN:
SEMUA DOKUMEN DI ATAS HENDAKLAH DIAKUI SAH PADA SETIAP HELAIAN
BERCETAK

Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada:

Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Latihan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 6, No.26 Persiaran Perdana, Presint 3
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62675 Putrajaya
(u/p : Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 2)

You might also like