You are on page 1of 11

HBLS1103

BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION) WITH HONOURS

SEMESTER SEPTEMBER 2019

HBLS1103

PENGENALAN KEMAHIRAN HIDUP

MATRICULATION NO: 880922495221001


IDENTITY CARD NO. : 880922-49-5221
TELEPHONE NO. : 016-8482699
E-MAIL : ahdyi_0922@live.com
LEARNING CENTRE : OUM TAWAU

2
HBLS1103

BIL. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Pengenalan mengenai pengurusan aset alih di bengkel


dan suasana dibengkel ` 2

2.0 Cadangan pelan lantai dan susun atur bengkel KH 3


3.0 Tata cara pengurusan aset alih
4.0 Jadual spesifikasi jenis peralatan dan mesin mudah alih
5.0 Kesimpulan
6.0 Rujukan

1
HBLS1103

1.0 Pengenalan

Bengkel merupakan bilik atau tempat bagi menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dalam bidang teknikal seperti mata pelajaran Kemahiran Hidup. Ujian-
ujian dan kerja-kerja amali di bengkel atau makmal merupakan sebahagian daripada isi
kandungan pengajaran yang ingin disampaikan. Ini disebabkan ujian-ujian dan kerja-
kerja amali di makmal atau bengkel adalah penterjemah kepada teori dan formula yang
disampaikan di dalam sesi pengajaran secara teori (Samsul, 2001). Dalam pengurusan
bengkel guru merupakan faktor yang penting yang terlibat dan seharusnya mempunyai
pengetahuan yang tinggi dalam pengurusan bengkel bagi memastikan bengkel dapat
diurus dengan baik dan memastikan kerja amali murid dapat dijalankan dengan lancar.

Aset alih bermaksud aset yang boleh dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat
yang lain termasuk aset yang dipasang pada bangunan atau dibekalkan. Penyediaan aset
yang mencukupi merupakan asas yang amat penting dalam memberi perkhidmatan yang
berkualiti kepada murid. Aset kerajaan merupakan pelaburan negara dan perlu diuruskan
dengan baik dan sempurna kerana ia akan membebankan kewangan dan menjejaskan
reputasi kerajaan. Justeru, kerajaan memberi fokus kepada pengurusan aset yang
bersepadu dan komprehensif supaya aset sentiasa berada dalam keadaan selamat
digunakan, sempurna dan menjamin jangka hayat yang lebih lama. Pengurusan aset
kerajaan, inventori dan bekalan pejabat perlu diuruskan dengan sistematik dan berkesan
supaya ia sentiasa berada di dalam keadaan sempurna, selamat digunakan, penggunaan
yang ekonomik, dapat memberikan impak yang baik.

2
HBLS1103

2.0 Cadangan pelan lantai dan susun atur bengkel Kemahiran Hidup

2.1 PELAN LANTAI

2.2 PELAN KECEMASAN

3
HBLS1103

3.0 Tata cara Pengurusan Aset Alih

Bab A Penerimaan
Pegawai Penerima yang dilantik oleh Ketua Jabatan melakukan penerimaan
aset, pemeriksaan teknikal dengan merujuk kepada lampiran spesifikasi
dan salinan Pesanan Kerajaan serta mengesahkan penerimaan. Bagi aset
teknikal, penerimaan dan pemeriksaan hendaklah dibuat oleh Pegawai
yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan. Dokumentasi lain
seperti surat jaminan, manual penggunaan dan penyelenggaraan dan
lain-lain yang berkenaan perlu disertakan. Bagi aset yang diterima,
ruangan tandatangan dan tarikh pada Pesanan Kerajaan perlu
ditandatangan oleh kedua-dua pihak iaitu Pegawai Penerima dan
pembekal atau agen penghantaran sebelum diserahkan untuk pembayaran.
Untuk aset yang diterima melalui kaedah lain seperti pindahan atau
hadiah, surat kelulusan daripada pihak yang berkenaan untuk perkara
tersebut perlu diperolehi sebelum sebarang pendaftaran dibuat.
Sekiranya pengesahan dan penerimaan tidak dapat dibuat atas sebab-
sebab tertentu, Pegawai Penerima perlu melengkapkan Borang KEW.PA-1
dalam dua (2) salinan dengan satu (1) salinan diserahkan dengan serta
merta kepada pembekal atau agen penghantaran.

Bab B Pendaftaran
Pendaftaran setiap unit aset (Harta Modal dan ABR) hendaklah
didaftarkan dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh pengesahan
penerimaan. Setiap pendaftaran mestilah mematuhi tatacara yang
ditetapkan mengikut kaedah penerimaan aset (bekalan, hadiah, sewa
beli, pindahan, dll). Borang KEW.PA-2 untuk Harta Modal dan Borang
KEW.PA-3 untuk ABR. Semua butiran dan penempatan bagi setiap aset
perlu diisi dengan lengkap. Bagi aset yang memerlukan
penyelenggaraan, ruangan berkaitan di KEW.PA hendaklah ditandakan
semasa pendaftaran. Setiap Borang KEW.PA-2 dan KEW.PA-3 yang telah
lengkap diisi dan disemak hendaklah ditandatangan oleh Ketua Jabatan.
Pengesahan pendaftaran hendaklah dibuat dan dicapkan pada dokumen
rujukan (Pesanan Kerajaan/Nota Hantaran/Invois) bagi setiap aset bagi
tujuan pembayaran. Maklumat tarikh dan nombor pendaftaran aset perlu
dinyatakan dan disemak sebelum pembayaran dibuat. Setiap aset perlu
diletakkan tanda pengenalan seperti dilabelkan/dicat/dicetak timbul
bagi tujuan pengenalan nama Kementerian/Jabatan/PTJ dan ditanda
dengan perkataan Hak Kerajaan Malaysia yang dijana melalui penggunaan
Sistem Pengurusan Aset (SPA). Setiap aset yang telah siap dilabel
hendaklah ditempatkan di lokasi yang dinamakan serta dikemaskini ke
dalam Borang KEW.PA-7 di lokasi dalam dua (2) salinan. Satu salinan
dipamerkan di lokasi penempatan manakala satu salinan lagi disimpan

4
HBLS1103

oleh Pegawai Aset. Daftar aset perlu dikemaskini apabila berlaku


perubahan penempatan, perubahan nama Pegawai penempatan,
penambahan/penggantian/naik taraf, pemeriksaan, pelupusan, pindahan,
dan hapus kira. Setiap perubahan perlu dilaporkan kepada Penolong
Pegawai Aset di Cawangan/Seksyen untuk tindakan kemaskini maklumat ke
dalam sistem. Setiap Pegawai yang berpindah lokasi hendaklah
meninggalkan semua aset yang telah dinamakan kepadanya di lokasi asal
KECUALI peralatan komputer bagi mengelakkan kehilangan/aset tidak
dapat dikesan semasa pemeriksaan.
Bab C Penggunaan, Penyimpanan dan Pemeriksaan

Penggunaan aset Kerajaan adalah untuk tujuan rasmi sahaja, mengikut


fungsi yang ditetapkan, dikendalikan oleh Pegawai yang mahir,
penggunaannya direkodkan, dan sebarang kerosakan diadukan
menggunapakai KEW.PA-9 untuk Harta Modal dan KEW.PA-9(A) untuk ABR.
Borang berkenaan perlu diserahkan kepada Pegawai Aset untuk rekod dan
tindakan pembaikan. Bagi aset yang perlu dibawa keluar dari pejabat
atas urusan kerja atau pembaikan/penyelenggaraan, Pegawai perlu
mendapatkan kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan/Pegawai Aset
dan maklumat pergerakan perlu direkodkan ke dalam buku KEW.PA-6 di
setiap Cawangan/Seksyen.Setiap aset perlu disimpan dengan selamat dan
sentiasa berada di bawah kawalan maksima oleh Pegawai samada di
pejabat atau di luar. Arahan keselamatan Kerajaan hendaklah sentiasa
dipatuhi bagi mengelakkan berlakunya kerosakan atau kehilangan aset
berkenaan.
Bab D Penyelenggaraan
Setiap Harta Modal yang memerlukan penyelenggaraan perlu disenaraikan
di dalam KEW.PA-13 dan proses penyelenggaraan perlu dilaksanakan
mengikut program yang telah dirancang kecuali sesuatu Harta Modal
yang memerlukan penyelenggaraan segera yang tidak dapat dielakkan.
Pegawai perlu memastikan aset diselenggara mengikut jadual,
menandatangani ‘work sheet’ penyelenggaraan dan menyerahkannya
kepada Pegawai Aset. Setiap penyelenggaraan Harta Modal yang telah
dibuat perlulah direkodkan ke dalam KEW.PA-14. Penyelenggaraan ke
atas ABR boleh dilaksanakan sekiranya berlaku kerosakan melalui kerja
baikpulih atau pembaikan dan direkodkan ke dalam KEW.PA-14(A). Bagi
proses penyelenggaraan yang dijalankan secara berasingan oleh mana-
mana Cawangan/Seksyen, butiran bagi setiap proses penyelenggaraan
perlu dikemukakan kepada Pegawai Aset untuk pengemaskinian maklumat
dalam sistem setelah pengesahan kerja siap dibuat. Satu penilaian
perlu dilaksanakan ke atas program penyelenggaraan yang telah
dilaksanakan bagi memastikan ianya dijalankan dengan berkualiti,
bersesuaian dan munasabah dari segi kos dan masa.

Bab E Pelupusan

5
HBLS1103

Pegawai perlu memaklumkan kepada Pegawai Aset sekiranya terdapat aset


yang telah rosak, usang, tidak boleh digunakan dan tidak diperlukan
lagi untuk tujuan pelupusan. Perakuan pelupusan bagi aset yang perlu
dilupuskan perlu dibuat menggunakan KEW.PA-16 bagi aset mekanikal,
teknikal, elektrikal dan elektronik yang nilai perolehan asalnya
lebih daripada RM5,000.00 dan untuk aset perkakasan komputer,
perakuan pelupusan diperlukan untuk aset yang bernilai lebih daripada
RM1,000.00. Perakuan hendaklah dikeluarkan oleh Pegawai yang
mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan. Bagi kategori aset yang
nilainya kurang daripada nilai tersebut, ianya hendaklah diperiksa
oleh Lembaga Pemeriksa yang telah dilantik oleh Pegawai Pengawal
untuk dilupuskan. Semua aset yang dicadangkan untuk pelupusan perlu
disenaraikan dalam KEW.PA-17 dan dikemukakan kepada Kuasa Melulus
selepas Lembaga Pemeriksa Pelupusan membuat pemeriksaan ke atas aset
dan melengkapkan maklumat di KEW.PA tersebut.

Bab F Kehilangan dan Hapus kira.


Pegawai perlu membuat laporan kehilangan kepada Ketua Jabatan/Pegawai
Aset dengan serta merta. Ketua Jabatan atau Pegawai bertanggungjawab
hendaklah membuat laporan polis seberapa segera tidak lewat dari 24 jam
dari masa kehilangan diketahui jika ia ada alasan mempercayai kesalahan
jenayah telah dilakukan berhubung kehilangan itu. Ketua Jabatan
hendaklah menyediakan laporan awal kehilangan menggunakan KEW.PA-28 bagi
kehilangan aset yang berlaku di Jabatan di bawah kawalannya. Ketua
Jabatan mengemukakan Laporan Awal serta salinan laporan polis kepada
Pegawai Pengawal dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan dalam tempoh dua
(2) hari selepas laporan polis dibuat. Ketua Jabatan mengambil tindakan
terhadap syor, keputusan penyiasatan dan kelulusan hapus kira yang telah
dicadangkan. Pegawai Aset mengemaskini maklumat berkaitan aset berkenaan
ke dalam sistem SPA.

SENARAI KEW.PA DAN KEGUNAANNYA


JENIS KEGUNAAN
KEW.PA-1 BORANG LAPORAN PENERIMAAN ASET ALIH
KERAJAAN Diisi dalam dua (2)
salinan jika terdapat
kerosakan/perselisihan berkaitan

6
HBLS1103

aset yang dibekalkan. Ditandatangan


oleh Pegawai Penerima dan Ketua
Jabatan dan diserahkan dengan
segera kepada pembekal/agen
penghantaran.
KEW.PA-2 DAFTAR HARTA MODAL Diisi oleh
Pegawai Aset/Penolong Pegawai
Aset/PT Aset untuk tujuan
pendaftaran Harta Modal (harga
perolehan aset melebihi RM2,000
bagi setiap unit). Lokasi
penempatan ditetapkan dan
ditandatangan oleh Ketua
Jabatan/Bahagian/Seksyen/Unit.
Dikemaskini setiap kali selepas
pemeriksaan tahunan/perubahan
lokasi/Pegawai.
KEW.PA-3 DAFTAR ASET BERNILAI RENDAH Diisi
oleh Pegawai Aset/Penolong Pegawai
Aset/PT Aset untuk tujuan
pendaftaran Aset Bernilai Rendah
(harga perolehan aset kurang dari
RM2,000 bagi setiap unit). Lokasi
penempatan ditetapkan dan
ditandatangan oleh Ketua
Jabatan/Bahagian/Seksyen/Unit.
Dikemaskini setiap kali selepas
pemeriksaan tahunan/perubahan
lokasi/Pegawai.
KEW.PA-4 SENARAI DAFTAR HARTA MODAL Senarai
pendaftaran untuk semua Harta Modal
semasa di Jabatan. Perlu

7
HBLS1103

dikemaskini setelah berlaku


pendaftaran baru/pelupusan/hapus
kira.
KEW.PA-5 SENARAI DAFTAR ASET BERNILAI RENDAH
Senarai pendaftaran untuk semua
Harta Modal semasa di Jabatan.
Perlu dikemaskini setelah berlaku
pendaftaran baru/pelupusan/hapus
kira
KEW.PA-6 DAFTAR PERGERAKAN ASET ALIH Diisi
oleh Pegawai untuk merekodkan
pergerakan aset
KEW.PA-7 SENARAI ASET ALIH KERAJAAN Senarai
aset yang ditempatkan di sesuatu
lokasi samada Pegawai atau
bilik/ruang. Disediakan oleh
Pegawai Aset/PT Aset dan
ditandatangan oleh Pegawai/Pegawai
yang Menguruskan. Dikemaskini
sekiranya terdapat perubahan pada
kuantiti, lokasi atau Pegawai
Bertanggungjawab

4.0 Jadual spesifikasi jenis peralatan dan mesin mudah alih


5.0 Kesimpulan
6.0 Rujukan

Razali Nor. (1994). Teknologi pendidikan 1 . Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

8
HBLS1103

Sharifah Alwiah Al-Sagoff. (1984). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: DBP.

Abd Rahman Hj. Hussein. (1984). Media teknologi dan pendidikan dalam suara pendidik.
Shah Alam, Selangor: Persatuan Pendidikan Malaysia.

Abu Bakar Mohd. (1998). Fokus kemahiran hidup bersepadu teras dan elektif. Kuala Lumpur.
Penerbitan Pelangi.

Kamarusi Husin (1990). Pedagogi 2. Siri Pendidikan. Longman, Kuala Lumpur.

Mat Nor Hussin & Ab. Rahman Ab. Rashid. (1988). Alat bantu mengajar dalam pengajaran
bahasa: siri pendidikan. Kuala Lumpur: Longman.

Atan Long. (1983). Pedagogi- kaedah am mengajar. Petaling Jaya, Selangor: Penerbitan Fajar
Bakti Sdn. Bhd.

Bruner, J. (1990). Acts of meaning. Cambridge, MA: Harvard University Press.

Halimaton Hamdan. (1989). Keselamatan makmal. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa


dan Pustaka.

Jonassen, D., Peck, K., & Wilson, B. (1999). Learning with technology: a constructivist
perspective. Upper Saddle River: Prentice Hall, Inc.

9
HBLS1103

10

You might also like