You are on page 1of 3

Pelupusan Aset Alih Kerajaan

1. Kenalpasti aset yang perlu dilupuskan. (Salinan KEW.PA-2/KEW.PA-13 perlu ada) a. Aset berusia lebih 5 tahun dari tarikh perolehan/pembelian/pembekalan merupakan kategori yang paling perlu diberi keutamaan dalam senarai peralatan yang perlu dilupuskan bagi mendapat gantian. b. Aset yang berusia bawah 5 tahun tetapi mengalami kerosakan yang dikategorikan tidak ekonomi untuk diselenggara kerana membabitkan kos gantian peralatan yang menyamai/melebihi harga perolehan baru. 2. Keluarkan Perakuan Pelupusan (PEP) KEW.PA16, nyatakan jenis kerosakan dan sebab pelupusan hendak dilaksanakan. 3. Sediakan maklumat aset dalam Borang Laporan Lembaga Pemeriksa KEW.PA-17.

Figure 1 - KEW.PA-17

Figure 2 - KEW.PA16

4. Pemeriksaan oleh Lembaga Pemeriksa. (Pemeriksaan ini biasanya dilaksanakan oleh juruteknik komputer ataupun guru ICT) Pemeriksaan berdasarkan laporan dari juruteknik dan bilangan perkakasan yang ingin dilupuskan hendaklah selaras/seimbang dengan bilangan dalam senarai KEW.PA-17. 1 Majlis Permuafakatan Juruteknik komputer Daerah Segamat | http://www.ftsegamat.org

Pelupusan Aset Alih Kerajaan

5. Lembaga pemeriksa akan melengkapkan Laporan LembagaPemeriksa KEW.PA-17 dan menandatangani dokumen tersebut. 6. Kemukakan Laporan yang telah ditandatangan kepada Uusetia Pelupusan/Pentadbiran beserta semua dokumen sokongan yang diperlukan. a. Salinan KEW.PA-2/KEW.PA-13 (Kad Harta Modal) b. Perakuan Pelupusan KEW.PA-16 c. Laporan Lembaga Pemeriksa KEW.PA-17 7. Urusetia pelupusan/pentadbiran akan menyemak dan memastikan semua dokumen sokongan telah lengkap dan disahkan. Jika tidak lengkap, urusetia akan memulangkan semua dokumen kepada Lembaga Pemeriksa untuk tindakan susulan. 8. Urusetia bertanggungjawab mengenalpasti bidang kuasa yang layak meluluskan permohonan pelupusan pihak sekolah.

9. Bagi nilai perolehan asal peralatan yang dibawah RM50,000.00 kuasa melulus pelupusan ialah pada pihak Kementerian/Jabatan manakala bagi nilai perolehan peralatan yang melebihi RM50,000.00 hendaklah diajukan kelulusan pada pihak Perbendaharaan. 2 Majlis Permuafakatan Juruteknik komputer Daerah Segamat | http://www.ftsegamat.org

Pelupusan Aset Alih Kerajaan


10. Pengguna akan dimaklumkan selepas kelulusan diperolehi melalui surat rasmi beserta maklumat tempoh sah urusan pelupusan.

11. Selepas kelulusan diperolehi, urusan pelupusan hendaklah dilakukan mengikut kelulusan cara pelupusan yang dibenarkan iaitu secara jualan sisa, semua hasil jualan sisa hendaklah mendapat resit hasil jualan dari syarikat yang berdaftar. 12. Pelupusan mestilah dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kelulusan dah permohonan untuk lanjutan hanya boeh dilakukan untuk tempoh 2 minggu sahaja dan selepas itu permohonan baru perlu dikemukakan semula. 13. Sijil Pelupusan KEW.PA-19 perlu disediakan dan disahkan oleh Ketua Jabatan. 14. Hantar Sijil Pelupusan, resit serta bayaran hasil jualan sisa ke PPD untuk urusan pembayaran kembali ke Jabatan/Kementerian.Akhir sekali, rekod peralatan hendaklah dikemaskini bagi tujuan rekod stok dan penyelenggaraan pada masa akan datang.

Figure 3 - KEW.PA-19 Majlis Permuafakatan Juruteknik komputer Daerah Segamat | http://www.ftsegamat.org

You might also like