You are on page 1of 2

( )KKM(HECC)-09/62/

Feb 2015

Pengarah
Bahagian Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 3 Blok E9
Putrajaya.

Tuan,

PELAKSANAAN UJIAN LENCANA KELAB DOKTOR MUDA 2015

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Kesihatan,


Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Bahagian
Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia
menerusi Program Doktor Muda telah melaksanakan Penilaian
Kompetensi Doktor Muda sejak tahun 2011. Walau bagaimanapun
bermula tahun 2015, penilaian ini telah dikenali sebagai Ujian Lencana
Kelab Doktor Muda.

3. Ujian ini merupakan satu kaedah dalam mengukur tahap


pengetahuan dan kemahiran ahli Kelab Doktor Muda terhadap
keupayaan menyampaikan maklumat dan membimbing rakan sebaya
dengan melibatkan dua bentuk penilaian iaitu, penilaian kokurikulum
dan ujian bertulis.

4. Bagi tujuan tersebut diharapkan agar tuan dapat memaklumkan


perkara ini kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk memberi
kerjasama dalam pelaksanaannya diperingkat negeri. Bersama ini
disertakan dokumen Ujian Lencana Kelab Doktor Muda. Ujian ini
dikhususkan kepada ahli Kelab Doktor Muda darjah 5 dan 6 bagi
sekolah yang mempunyai Kelab Doktor Muda Sahaja. Bagi tujuan
pendaftaran sila berhubung dengan Penyelaras Doktor Muda
negeri dan daerah.
5. Sokongan dan kerjasama tuan dalam menjayakan program ini
amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

’’BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(ABDUL JABAR BIN AHMAD)


Pengarah
Bahagian Pendidikan Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia

s.k Pegawai Pendidikan Kesihatan


Jabatan Kesihatan Negeri

Pegawai Kesihatan
Pejabat Kesihatan Putrajaya

You might also like