You are on page 1of 69

AKTA JALAN PARIT DAN BANGUNAN 1974

UNDANG-UNDANG KECIL SALIRAN,


KEBERSIHAN DAN PEMASANGAN PAIP
KEBERSIHAN

2007

-1-
Penghargaan
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada
Pelatih-Pelatih Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran,
DKP 7/2004
Diploma Kesihatan Persekitaran
Kolej Kesihatan Awam Kuching di atas usaha mereka menaip
semula salinan Undang-undang Kecil ini atas dasar
kepentingan pembelajaran

Salinan ditaip dan disusun semula


oleh DKP 7/2004
Muka Taip Teks : Times New Roman
Saiz Taip Teks : 10/12 poin

Salinan ini diedarkan hanya untuk tujuan pembelajaran dan


rujukan bagi pelatih-pelatih Diploma Kesihatan
Persekitaran, Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Kementerian
Kesihatan Malaysia.

-2-
SUSUNAN-SUSUNAN UNDANG-UNDANG KECIL

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Undang-undang
Kecil

1.1. Nama
1.2. Tafsiran

BAHAGIAN 2

NOTIS-NOTIS PLAN-PLAN DAN LESEN-LESEN

2.1.1. Notis-notis hendak membina kerja-kerja


2.2.1. Mengemukakan plan-plan dan keratan-keratan
2.3.1. Mengemukakan plan-plan untuk tangki-tangki najis, tangki-tangki
Imhoff dan lain-lain loji pembersihan kumbahan

2.4. Darjah plan-plan untuk dikemukakan


2.5.1. Kelulusan atau penolakan plan-plan
2.6. Simpanan-simpanan
2.7. Kerja bangunan tidal boleh dimulakan sebelum kelulusan plan-plan

2.8.1. Notis ujian sebelum penutupan


2.9.1. Notis penyiapan dan pemeriksaan terakhir
2.10. Pertaruhan wang
2.11. Notis membuka kerja
2.12. Contoh-contoh untuk ujian
2.13.1. Lesen-lesen untuk menjalankan kerja-kerja saliran dan kebersihan

-3-
2.14. Sambungan-sambungan dengan betung awam
2.15. Penalti
2.16. Bayaran-bayaran
2.17 Budibicara

BAHAGIAN 3

PIAWAI-PIAWAI KETUKANGAN DAN BAHAN-BAHAN

3.1. Kerja-kerja baharu


3.2. Bangunan-bangunan yang sedia ada
3.3. Ketukangan
3.4. Bahan-bahan mudarat atau merbahaya
3.5. Bangunan-bangunan perkilangan atau perusahaan
3.6. Bahan-bahan hendaklah mematuhi Penentuan-penentuan Piawai Malaysia
3.7. Bahan-bahan hendaklah sesuai dengan tempatnya
3.8.1. Bahan-bahan cacat tidak dibenarkan
3.9.1. Piawai minima
3.10. Piawai untuk bahan-bahan
3.11. Mematuhi peraturan-peraturan bekalan air

BAHAGIAN 4

PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KEBERSIHAN

4.1. Tafsiran bagi Bahagian 4.


4.2.1. Plan-plan bangunan untuk menunjukkan bilangan orang yang hendak
menggunakan bangunan itu pada bila-bila masa.

4.3.1. Bangunan-bangunan kediaman.


4.4. Rumahkedai.
4.5.1. Pejabat-pejabat perusahaan perindustrian dan lain-lain tempat kerja.
4.6.1. Tempat hiburan awam.
4.7.1. Pawagam-pawagam.
4.8.1. Restoran-restoran.
4.9.1. Hospital-hospital.

-4-
4.10.1. Kolam-kolam renang.

4.12.1. Di mana pepasangan kekotoran tidak mungkin dan pepasangan kakus,


dsb.nya hendaklah disediakan sebagai gantinya.

4.13. Pepasangan-pepasangan kebersihan untuk orang-orang yang digaji


dalam bangunan-bangunan kediaman, dsb.

BAHAGIAN 5

PEPASANGAN KEBERSIHAN

5.1. Bahan-bahan untuk pepasangan-pepasangan kekotoran


5.2.1. Jamban-jamban
5.3.1. Tempat-tempat kencing
5.4. Bekalan air simbah
5.5. Bingkai simbah
5.6.1. Sistem simbah
5.7. Paip-paip simbah
5.8. Paip-paip limbah
5.9.1. Perangkap untuk pepasangan-pepasangan kotoran
5.10.1. Perangkap untuk pepasangan-pepasangan buangan
5.11. Pembuangan kekotoran
5.12.1. Paip kekotoran
5.13.1. Paip-paip hampas
5.14.1. Liku-liku dalam paip-paip kekotoran dan hampas
5.16.1. Paip-paip anti saifan
5.17.1. Paip-paip pengudaraan
5.18. Salur-salur air hujan
5.19.1. Paip-paip air hujan
5.20.1. Paip-paip air hujan unrtuk srambi dan balkoni
5.21.1. Pembinaan paip-paip
5.22. Sambungan paip-paip
5.23.1. Memasang paip-paip
5.24. Paip-paip dalam saluran-saluran
5.25.1. Ujian

-5-
BAHAGIAN 6

KERJA SALIRAN

6.1. Saliran bangunan-bangunan


6.2.1. Pembangunan kumbahan
6.3.1. Pembuangan air permukaan
6.4. Gegelok-gegelok halaman
6.5. Pembuangan air bawah tanah
6.6.1. Pembinaan parit-parit
6.7.1. Alir masuk-alir masuk kepada parit-parit
6.8.1. Pengudaraan
6.9.1 Lorang-lorang
6.10.1. Pembinaan lorang-lorang dan bilik-bilik periksa
6.11.1. Gegelok-gegelok berperangkap
6.12. Loreksa
6.13.1. Menimbus alur-alur saliran
6.14.1. Alur-alur untuk parit-parit dan betung-betung
6.15.1. Salur-salur air permukaan

BAHAGIAN 7

TANGKI –TANGKI NAJIS

7.1. Tempat tangki najis


7.2. Bentuk tangki najis
7.3.1. Keupayaan
7.4.1. Pembinaan tangki najis
7.5.1. Petak-petak
7.6.1. Paip-paip junam
7.7.1. Pengudaraan
7.8. Bumbung tangki
7.9.1. Penutup kedap udara untuk lubang-lubang
7.10. Pembersihan dan pembuangan cecair tangki najis
7.11.1. Cara-cara pembuangan cecair

-6-
7.12.1. Saringan-saringan titis-titis dan tiris
7.13.1. Alur-alur saringan
7.14. Pembuangan cecair yang disaring
7.15. Darjah-darjah cecair
7.16.1. Penyenggaraan tangki-tangki najis
7.17. Tangki-tangki Imholl dan lain-lain loji kecil pembersihan kumbahan

BAHAGIAN 8

KAKUS-KAKUS

8.1. Tafsiran
8.2.1. Kakus-kakus disediakan dengan pintu-pintu
8.3.1. Cahaya dan pengudaraan
8.4. Lantai-lantai
8.5. Permukaan-permukaan dalam
8.6. Dinding-dinding dan laluan ke pepasangan-pepasangan kakus
8.7.1. Rekabentuk dan pembinaan pepasangan kakus berhubung dengan bekas
najis

8.8. Bekas-bekas najis


8.9.1. Kuasa pihakberkuasa bangunan untuk membenarkan pintu kakus
membuka kepada atau bukaan dikehendaki untuk Undang-undang Kecil
8.3.1 dan 8.3.2 untuk berhubung dengan serambi tidak berkepung dsb.

8.10.1. Kakus pengandang air


8.11. Kelulusan oleh pihakberkuasa Tempatan

BAHAGIAN 9

PELBAGAI

9.1. Kuasa Pihakberkuasa Tempatan melarang pemasangan pepasangan kekotoran

9.2. Kuasa Pihakberkuasa Tempatan menghendaki penyediaan tangki-tangki


pengecualian dsb.

-7-
9.3.1. Telaga-telaga
9.4. Telaga gali
9.5. Telaga korek
9.6.1. Penutup-penutup untuk Telaga
9.7.1. Tangki atau sistem digunakan untuk menyimpan air hujan

-8-
AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN, 1974

UNDANG-UNDANG KECIL SALIRAN, KEBERSIHAN DAN PEMASANGAN PAIP


KEBERSIHAN

BAHAGIAN 1

PERMULAAN

1.1. Undang-undang Kecil ini bolehlah dinamakan Undang-undang Kecil Saliran, Nama
Kebersihan dan Pemasangan Paip Kebersihan, 1973.

1.2. Dalam Undang-undang Kecil ini melainkan jika kandungan ayatnya Tafsiran
menghendaki makna yang lain -

“air permukaan” ertinya larian air semulajadi daripada permukaan tanah,


termasuk kawasan-kawasan berturap, bumbung-bumbung dan tanah tidak
berturap;

“arkitek” ertinya seseorang yang didaftarkan sebagai seorang arkitek di bawah


mana-mana undang-undang yang berhubung dengan pendaftaran arkitek dan
yang dibenarkan menjalankan kerja sebagai seorang arkitek di bawah undang-
undang itu;

“belas penyambut” ertinya suatu bekas dalam mana paip-paip dilepaskan di atas
paras tanah.

“betung” ertinya apa-apa baris paip-paip atau saluran-saluran dengan sangkutan-


sangkutan yang dibentuk dan digunakan untuk membawa kumbahan dan yang
atau menjadi harta Pihakberkuasa Tempatan atau terletak hak padanya;

“betungan” ertinya suatu sistem paip-paip dan kerja-kerja bersangkutan yang


dibina untuk membawa kumbahan daripada tempat asalnya kepada loji-loji
pembersihan atau tempat pembuangan yang lain;

“bilik mandi” ertinya mana-mana bilik atau kepungan yang mengandungi tempat
mandi bertunggang, mandi hujan atau lain-lain cara kebersihan diri;

“bilik periksa” ertinya suatu bilik batu-bata atau konkrit yang kecil dengan
penutup bergerak yang disediakan di atas sepanjang parit dan mempunyai ukur
dalam tidak melebihi 3 kaki;

“buangan perdagangan” ertinya apa-apa lepasan cecair akibat daripada apa-apa


proses perkilangan, gerakan pembersihan, proses kimia atau gerakan
penyejukkan;

“diluluskan” ertinya diterima atau boleh diterima di bawah penentuan yang


boleh dipakai yang dinyata atau disebut dalam Undang-undang Kecil ini atau
diterima sebagai sesuai bagi kegunaan yang dicadangkan di bawah langkah-

-9-
langkah dan kuasa-kuasa Pihakberkuasa Tempatan;

“gegelok berperangkap” ertinya suatu perangkap bagi memisahkan atau


memutuskan paip-paip hampas daripada parit-parit dan paip-paip kekotoran atau
membekalkan suatu alir masuk adang dalam suatu sistem saliran.

“gegelok lantai” ertinya gegelok berperangkap yang dipasang ke dalam lantai


suatu bilik supaya air yang tumpah atas lantai itu boleh mengalir;

“halaman berkepung” ertinya kawasan terturap tidak berbumbung yang


dikepung oleh dinding-dinding atau pagar;

“hampas” ertinya air yang telah digunakan daripada suatu pepasangan hampas
atau pepasangan yang serupa;

“jalan persendirian” ertinya mana-mana jalan yang bukan jalan awam


sebagaimana ditakrifkan dalam Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1973;

“jatuhan atau cerun” ertinya curam kepada lintang di mana suatu paip, betung
atau parit air permukaan dipasang, dikira dengan nisbah satu unit diukur tegak
kepada satu jumlah unit-unit yang sama diukur lintang;

“jurutera” ertinya seseorang yang menjadi jurutera awam yang didaftarkan


sebagai seorang jurutera profesyenal di bawah mana-mana undang-undang yang
berhubung dengan pendaftaran jurutera dan yang dibenarkan mengamal atau
menjalankan kerja seorang jurutera profesyenal di bawah undang-undang itu;

“kakus”ertinya suatu bilik yang digunakan bagi menempatkan pepasangan-


pepasangan kakus:

“kakus adang air” juga dipanggil “unit curah simbah” ertinya pepasangan
mengandungi bekas yang adang air bagi najis.kandungan bekas yang mana
dibersihkan dengan air disimbah ke dalam sebuah lubang, lubang korek, lubang
najis:

“kawasan atau permukaan berturap”ertinya mana-mana kawasan atau permukaan


yang ditutup dengan suatu bahan kalis air:

“kekotoran”ertinya pelepasan daripada pepasangan kekotoran:

“kotor”atau “air kotor” termasuklah apa-apa hampas cecair rumah yang


dilepaskan daripada mana-mana tempat mandi, mandi hujan, besen tandas,
gegelok lantai, loji-loji atau singka (yang bukan singka (tangki) bilas) tetapi
tidak termasuk benda najis dan air kencing:

“kumbahan”ertinya apa-apa lepasan cecair mengandungi haiwan atau sayuran


yang terapung atau larut, dan boleh termasuk cecair-cecair mengandungi kimia-
kimia dalam larutan:

“lorang”ertinya suatu bilik batu-bata atau konkrit yang dibekalkan di atas


sepanjang suatu parit untuk membolehkan laluan diperolehi pada parit dan

- 10 -
daripada ukuran secukupnya untuk membolehkan seseorang memasuki dan
menggunakan batang-batang pembersihan:

“loreksa”ertinya sebuah lubang dengan penutup yang mudah dialih dengan


hujung atau pada liku atau persimpangan dalam suatu paip supaya laluan boleh
didapati untuk pemeriksaan atau pembersihan:

“orang berkelayakan”ertinya seorang jurutera awam, arkitek atau pelukis


bangunan yang didaftarkan:

“paip-anti-saifan”ertinya paip yang digunakan atau dibina untuk digunakan bagi


maksud menahan kehilangan adang air daripada perangkap pepasangan
kekotoran atau pepasangan hampas:

“paip buang”ertinya mana-mana paip yang bersambung dengan alir keluar


perkakas kebersihan bagi maksud membawa air kotor:

“paip kekotoran”ertinya apa-apa paip yang dipasang kepada suatu bangunan dan
dibentuk untuk membawa kumbahan atau benda hampas daripada mana-mana
jamban atau singka bilas atau tempat kencing:

“paip pengudaraan”ertinya mana-mana paip yang direkabentuk dan bertujuan


untuk membantu dalam pengudaraan mana-mana paip kekotoran atau betung:

“parit”ertinya suatu paip atau rangkaian paip-paip atau saluran terbuka yang
dibina atau dipasang untuk dipasang untuk membawa perlepasan daripada mana-
mana jamban, tangki kincah, jamban bertangki najis, paip kekotoran, tempat
kencing atau gegelok berperangkap kepada sebuah betung.tangki
kumbahan,system pembuanganatau jatuhan-luar yang di luluskan,dan
termasuklah paip-paip parit air hujan dan tipa-tiap parit yang bukan hak tetap
Pihak berkuasa Tempatan atau di bawah kawalan atau disenggeraankan oleh
Pihak berkuasa Tempatan itu tetapi tidak termasuk parit padang:

“parit air permukaan” ertinya suatu saluran terbuka atau parit paip atau parit
tanah,samada ditutup atau tidak,yang direka bentuk untuk dan bertujuan untuk
membawa air selain daripada kumbahan,yang dikumpul daripada permukaan
tanah.kawasan-kawasan berturap,bumbung-bumbung dan lain-lain bahagian
bangunan-bangunan dan termasuk mana-mana parit pencegah malaria;

“parit bawah tanah”ertinya suatu parit atau parit paip yang di rekabentuk untuk
memungut dan membawa air tanah,yang menjadi air semulajadi dalam tanah;

“parit kekotoran” ertinya paip-paip bersama dengan pepasangan-pepasangan dan


alat-alat bersangkutan yang di pasang bagi maksud membawa kumbahan atau air
kotor ke betung;

“pelukis bangunan yang didaftarkan” bagi tujuan-tujuan Undang-undang Kecil


ini ertinya seseorang yang didaftarkan di bawah Akta berkenaan;

“pepasang buang” ertinya tempat mandi,besen tandas atau singka, selain


daripada singka bilas;

- 11 -
“pepasang kakus” ertinya sesuatu pepasang mengandungi suatu bekas bagi najis,
yang boleh dialih;

“pepasangan kekotoran” ertinya sesuatu pepasangan jamban, tempat kencing,


singka bilas, tempat mandi bertunggang atau apa-apa pepasangan yang serupa:

“perangkap” ertinya suatu kaedah mengandungi adang air untuk menahan laluan
angin atau gas-gas dalam mana-mana hala sepanjang barisan paip-paip;

“Piawai British” atau “PB” ertinya Piawai British terbaharu yang berkenaan
(termasuklah pindaan kepadanya) sebagaimana yang dikeluarkan oleh Pusat
Piawaian British. Dengan syarat bahawa di mana ada Piawai Malaysia yang
berkenaan, samada pada masa Undang-undang Kecil ini kuatkuasa atau selepas,
Piawai British itu hendaklah dianggap sebagai telah diganti oleh Piawai
Malaysia:

“Piawaian Malaysia” atau “P.M.” Piawai Malaysia terbaharu yang berkenaan


(termasuklah pindaan kepadanya) sebagaimana yang dikeluarkan oleh Pusat
Piawaian Malaysia;

“salur” ertinya suatu saluran dipasang sekeliling cucur atap atau dalam lurah-
lurah bumbung bagi maksud mambawa daripadanya air yang jatuh ke atas
bumbung itu;

“saluaran awam” ertinya suatu saluran yang terletak hak dan disenggarakan oleh
Pihak Berkuasa Tempatan;

“sambungan parit’ ertinya bahagian longkang yang terletak di antara lorang yang
akhir atau renadah sekali di atas harta persendirian dan persimpangan dengan
betung;

“singka bilas” ertinya apa-apa tong atau bekas digunakan untuk membasuh atau
membersihkan apa-apa benda yang telah digunakan untuk mengandung najis;

“sistem stack tunggal” ertinya suatu system dalam mana semua perkakas
kebersihan termasuk jamban-jamban dan tempat-tempat kencing di atas lantai
selain daripada lantai atas tanah suatu bangunan atau pada paras tanah yang
mengalir kepada satu paip tegak bawah yang dimaksudkan sebagai cantuman
paip-paip kekotoran dan hampas;

“stack” ertinya suatu barisan tegak paip kekotoran, hampas atau lohong tetapi
tidak termasuk pepasangan tegak dan cawangan-cawangan lohong yang tidak
lanjut menerusi bumbung atau yang melalui kurang daripada dua tingkat
sebelum disambung semula kepada stack lohong;

“tangki Imhoff” ertinya suatu tangki dua bilik yang dalam mengandungi satu
bilik atas aliran mendak berterusan dan suatu bilik bawah hadaman slaj yang
hanya menerima benda-benda pejal yang mendak daripada bilik atas dan tidak
terus menerima kumbahan baharu tetapi dibekalkan dengan lubang-lubang gas
dengan cara bagi menarik slj hadaman daripada bawahnya yang hampir;

- 12 -
“tangki najis” ertinya suatu tangki mendak di dalam mana slaj mendak bersentuh
serta merta dengan kumbahan mengalir menerusi tangki itu dan benda-benda
pejal organan dikecaikan dengan tindakan kuman organan;

“tempat kencing” ertinya apa-apa perkakas yang direkabentuk dan bertujuan


untuk menerima air kencing manusia.

BAHAGIAN 2

NOTIS-NOTIS, PLAN-PLAN DAN LESEN-LESEN

2.1.1 Seseorang yang bercadang atau dikehendaki dengan notis dikeluarkan di bawah Notis-notis
hendak
Akta itu atau Undang-undang kecil ini untuk memasang, membina, atau membina kerja-
mengubah mana-mana parit kekotoran, atau perkakas kebersihan hendaklah kerja
mematuhi peruntukan-peruntukan yang disediakan kemudian daripada ini.

2.1.2 Orang itu hendaklah, sebelum memulakan apa-apa kerja memberi notis bertulis
tentang cadangan itu, dan notis itu hendaklah diserahkan dalam dua salinan
kepada Pihak berkuasa Tempatan dalam borang sebagaimana yang dikehendaki
oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan boleh didapati secara percuma dengan
permohonan di pejabat Pihak Berkuasa Tempatan Notis itu hendaklah dalam
Borang “A”. Lampiran 2.1 B Bahagian ini.

2.1.3 Orang itu hendaklah menyatakan dalam notis tersebut nama penuh dan
alamatnya dan hendaklah menyatakan jalan dan nombor premis yang berkenaan
dengannya kerja-kerja tersebut dicadang dan dijalankan, dan, hendaklah
memberi segala butir yang dikehendaki dalam borang tersebut.

2.2.1 Orang yang bercadang hendak menjalankan kerja-kerja yang dinyatakan dalam Mengemukakan
plan-plan dan
Undang-Undang kecil 2.1.1 hendaklah mengemukakan bersama dengan notis itu, keratan-keratan
plan-plan dan keratan-keratan sebagaimana yang dikehendaki dalam dua salinan,
menunjukkan di atasnya keseluruhan parit kekotoran yang dicadangkan itu
dengan saiz-saiz yang dicadangkan dan cerun-cerun dalam angka-angka, dan
aras-aras permukaan tanah dan ukuran dalam parit-parit yang dicadangkan itu,
bersama dengan letak tiap-tiap bangunan, gegelok, paip hampas, paip
pengudaraan, jamban, besen tandas, tempat kencing, singka, perangkap atau
perkakas lain, dengan bekalan air yang dicadangkan kepadanya.

2.2.2 Plan-plan itu hendaklah juga menunjukkan bagaimana bangunan itu akan
disambung dengan mana-mana parit, dan letak dan perjalanan semua saluran-
saluran atau parit-parit air permukaan, nama jalan yang menyambung premis
itu ,dan ukuran yang dengan plan itu dilukis.

- 13 -
2.2.3 Plan-plan hendaklah dilukis mengikut skil-skil tidak kurang dari berikut :-

(a) Plan-plan bangunan dan keratan-keratan ⅛ inci bagi 1 kaki;


(b) Plan-plan Tapak 1 inci bagi 66 kaki;
(c) Keratan-keratan Saliran -

(i) Lintang 1 inci bagi 66 kaki ; atau


(ii) Tegak 1 inci bagi 10 kaki.

2.2.4 Plan-plan dan keratan-keratan untuk dikemukakan bagi bangunan tidak melebihi
dua tingkat hendaklah disediakan oleh orang-orang berkelayakan dan plan-plan
keratan bagi bangunan melebihi dua tingkat hendaklah disediakan oleh jurutera
profesyenal.

2.3.1 Seseorang yang bercadang hendak membina atau membina semula tangki najis, Mengemukakan
plan-plan untuk
tangki Imhoff atau lain-lain loji pembersihan kumbahan hendaklah tangki-tangki
mengemukakan yang berikut kepada Pihak Berkuasa Tempatan bagi kelulusan: najis, tangki-
tangki Imhoff
dan lain-lain
(a) plan-plan butir dan penentuan tangki atau loji-loji pembersihan loji
kumbahan; pembersihan
kumbahan.

(b) plan susunan tapak yang dicadangkan bagi tangki itu atau lain-lain loji
pembersihan kumbahan; dan

(c) butir-butir cara yang dicadangkan bagi pembuangan cecair keluar


daripada tangki atau lain-lain loji pembersihan kumbahan.

2.3.2 Orang itu tidak boleh membina atau membina semula tangki najis,najis Imhoff
atau lain-lain loji pembersihan kumbahan sehingga plan-plan butir dan
cadangan-cadangan telah diluluskan secara bertulis oleh Pihakberkuasa
Tempatan.

2.3.3 Parit-parit baru dan perkakas yang dicadangkan hendaklah ditunjukkan dengan
merah,dan bangunan-bangunan,parit-parit dan perkakas-perkakas yang sedia ada
dengan hitam,atau selainnya ditunjukkan dengan jelas dengan warna-warna
berlainan

2.4 Plan-plan hendaklah disediakan mengikut amalan kejuruteraan dan lukisan Darjah plan-
plan untuk
teknik yang sedarjah dan dikemukakan di atas kertas-kertas berukuran tertentu dikemukakan
daripada mutu tertentu sebagaimana yang diluluskan oleh Pihakberkuasa
Tempatan.

2.5.1 Selepas pertaruhan notis dan plan-plan dan keratan-keratan yang dikehendaki Kelulusan atau
penolakan plan-
oleh Undang-undang Kecil 2.1.1 hingga 2.1.3 Pihakberkuasa Tempatan plan
hendaklah menunjukkan secara bertulis kepada orang yang boleh memberi notis
itu samada plan-plan dan keratan-keratan itu diluluskan atau sebaliknya, dan

- 14 -
boleh mengarahkan orang itu supaya membuat apa-apa perubahan atau
pembaikan yang boleh difikirkan mustahak atau patut di dalam erti mana-mana
Undang-undang Kecil ini dan orang itu hendaklah mengubah plan-plan dan
keratan-keratan itu dengan sewajarnya.

2.5.2 Apabila plan-plan dan keratan-keratan telah diluluskan, satu salinan daripadanya
hendaklah dipulangkan kepada orang itu dan satu salinan hendaklah disimpan
oleh Pihakberkuasa Tempatan.

2.6 Orang-orang itu kemudiannya bolehlah memulakan kerja itu, melainkan di atas Simpanan-
simpanan
bahagian-bahagiannya yang boleh dirizab oleh Pihakberkuasa Tempatan untuk
sambungan terakhir dengan mana-mana betung atau parit. Dengan syarat bahawa
jika kerja itu tidak dimulakan dalam masa satu tahun daripada notis kelulusan
plan-plan itu, kelulusan tersebut hendaklah disifatkan sebagai dibatalkan.

2.7 Kerja di atas mana-mana bangunan tidak boleh dimulakan sehingga plan-plan Kerja bangunan
tidak boleh
bagi saliran, kebersihan dan paip kebersihan telah diluluskan oleh Pihakberkuasa dimulakan
Tempatan. sebelum
kelulusan plan-
plan

2.8.1 Seseorang yang membina atau mengubah mana-mana parit kekotoran atau Notis ujian
sebelum
betung atau kerja-kerja bersangkutan hendaklah, sebelum meneruskan penutupan penutupan
mana-mana bahagian dari mana-mana asas, parit-parit atau perkakas-perkakas
bersangkutan dengan saliran itu, memberi notis secara bertulis kepada
Pihakberkuasa Tempatan yang asas parit-parit dan perkakas-perkakas itu sedia
untuk pemeriksaan dan ujian dan menentukan tarikh dan jam yang dia akan terus
menutup asas, parit-parit atau perkakas-perkakas itu dan dia hendaklah
menyebabkan notis itu diserahkan kepada Pihakberkuasa Tempatan sekurang-
kurangnya empat hari sebelum tarikh tersebut.

2.8.2 Notis itu hendaklah dalam Borang “B” Lampiran 2.1B. Bahagian ini hendaklah
didapati percuma atas permohonan kepada Pihakberkuasa Tempatan.

2.9.1 Seseorang yang membina atau mengubah mana-mana parit kekotoran atau kerja Notis
penyiapan dan
bersangkutan hendaklah memberi notis secara bertulis menentukan tarikh parit- pemeriksann
parit atau kerja-kerja itu akan sedia untuk pemeriksaan terakhir dan, jika terakhir
dikehendaki, untuk disambung kepada mana-mana parit atau betung yang sedia
ada dan dia hendaklah menyebabkan notis itu diserahkan kepada Pihakberkuasa
Tempatan sekurang-kurangnya empat hari genap sebelum tarikh tersebut.

2.9.2 Notis itu hendaklah dalam Borang “C” Lampiran 2.1B. Bahagian ini dan
hendaklah didapati percuma atas permohonan kepada Pihakberkuasa Tempatan.

2.10 Orang itu hendaklah, jika dikehendaki oleh Pihakberkuasa Tempatan menaruh Pertaruhan
wang
sejumlah wang yang boleh dikehendaki oleh Pihakberkuasa Tempatan untuk
perbelanjaan penyambungan dengan mana-mana betung sebelum sambungan itu
dimulakan.

- 15 -
2.11 Seseorang yang cuai atau enggan memberi apa-apa notis atau yang menutup Notis membuka
kerja.
asas, parit-parit dan perkakas-perkakas itu sebelum luput empat hari genap yang
disebutkan dalam Undang-undang Kecil 2.8.1 Pihakberkuasa Tempatan boleh
dengan notis yang diserahkan kepadanya menghendakinya dalam tempoh yang
ditentukan supaya memotong, membuka atau meruntuhkan bahagian kerja yang
menghalang Pihakberkuasa Tempatan daripada menetapkan samada mana-mana
daripada Undang-undang Kecil ini telah dilanggar.

2.12 Pihakberkuasa Tempatan hendaklah membenarkan mengambil contoh-contoh Contoh-contoh


untuk ujian.
bahan-bahan yang hendak digunakan dalam menjalankan kerja atau benda
sebagaimana tersebut di atas sebagaiman perlu untuk membolehkan
Pihakberkuasa Tempatan menetapkan samada bahan-bahan itu mematuhi
Undang-undang Kecil ini.

2.13.1 Tiada seseorang, selain daripada pekerja-pekerja Pihakberkuasa Tempatan yang Lesen-lesen
untuk
diberikuasa, boleh menjalankan apa-apa kerja berhubung dengan pembinaan, menjalankan
pemasangan atau pengubahan parit kekotoran dan saliran perkakas-perkakas kerja-kerja
kebersihan melainkan dia telah mendapat daripada Pihakberkuasa Tempatan saliran dan
kebersihan
suatu lesen untuk menjalankan kerja paip, saliran atau kebersihan.

2.13.2 Lesen tersebut boleh diberi kepada sesorang atau firma yang menggaji orang-
orang yang pada pendapat Pihakberkuasa Tempatan mempunyai pengetahuan
dan pengalaman yang di kehendaki.

2.13.3 Lesen tersebut hendaklah dalam Borang “D” Lampiran 2.1B Bahagian ini dan
hendaklah menentukan tempoh berkuatkuasa jenis kerja yang pelesen itu
diberikuasa untuk menjalankan dan hendaklah boleh di batal pada bila-bila masa
atas budibicara mutlak Pihakberkuasa Tempatan tanpa memberi apa-apa sebab
kerananya.

2.13.4 Suatu bayaran sebagaimana yang ditetapkan oleh Pihakberkuasa Tempatan


hendaklah dibayar sebelum apa-apa lesen diberi.

2.13.5 Sesuatu lesen yang dikeluarkan oleh Jurutera Negeri atau Pengerusi
Pihakberkuasa Air Negeri atau wakil-wakil mereka, di bawah undang-undang
berhubung dengan bekalan air dan kaedah-kaedah yang dibuat dibawahnya tidak
boleh menjadi lesen sebagaimana yang dikehendaki dibawah Undang-undang
Kecil ini melainkan sejauh mana pembinaan, pemasangan dan perubahan atau
pembaikan paip-paip air dan pepasangan-pepasangannya yang membawa atau
akan membawa air daripada saluran air awam kepada dan di dalam suatu
bangunan.

2.14 Tiada sambungan parit kepada mana-mana betung boleh dibuat sehingga seluruh Sambungan-
sambungan
saliran kekotoran dan perkakas-perkakas kebersihan yang disambung kepadanya dengan betung
telah diluluskan oleh Pihakberkuasa Tempatan dan didapati mematuhi semua awam.
kehendak-kehendak Undang-undang Kecil yang dibuat di bawahnya.

- 16 -
2.15 Seseorang yang melanggar mana-mana peruntukan Bahagian ini boleh Penalti
dikenakan denda tidak lebih daripada dua ratus lima puluh ringgit dan denda
tambahan sebanyak dua puluh lima ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu
diteruskan selepas disabitkan.

2.16 Bayaran-bayaran mengikut Lampiran 2.1A Bahagian ini hendaklah dibayar oleh Bayaran-
bayaran
orang-orang yang mengemukakan plan-plan dan penentuan-penentuan untuk
kelulusan mengenai semua perkakas kebersihan yang sedia ada, atau
dicadangkan dalam bangunan atau bangunan-bangunan yang menjadi tajuk
permohonan itu.

2.17 Walau apapun yang diperuntukkan sebelum daripada ini, adalah mengikut Budibicara
budibicara Pihakberkuasa Tempatan untuk memberi kelepasan atau ubahsuaian
kehendak Undang-undang Kecil ini yang difikirkannya patut dan sejajar dengan
keadaan-keadaan sesuatu kes tertentu.

LAMPIRAN 2.1A

BAYARAN-BAYARAN BAGI PERTIMBANGAN PLAN-PLAN

1. Bagi plan pertama yang dikemukakan mengenai mana-mana bangunan :

(a) bagi tiap tiap jamban, singka bilas (tangki bilas), tempat $ 5.00
kencing, tempat mandi atau mandi hujan (pancuran)

(b) bagi tiap-tiap besen tandas atau singka atau perkakas kebersihan $ 2.00
lain yang tidak ditentukan di bawah Undang-undang Kecil ini

(c) bagi tiap-tiap tangki najis tidak melebihi 250 kaki padu $ 5.00
keupayaan

(d) bagi tangki najis atau kemudahan kebersihan lain tidak melebihi $ 1.00 bagi 5 kaki padu
250 kaki padu keupayaan tingkatan bayaran hendaklah yang melebihi
250 kaki padu

(e) walau apapun peruntukan–peruntukan Undang-undang Kecil ini $25.00


bayaran minimum yang boleh dikenakan mengenai tiap-tiap
permohonan hendaklah

- 17 -
2. Bagi tiap-tiap plan pindahan kepada plan yang diluluskan di mana tidak ada tambahan dibuat kepada
jumlah bilangan perkakas–perkakas yang ditunjukkan dalam plan yang diluluskan itu, satu perlima
daripada bayaran-bayaran berkenaan yang ditentukan dalam perenggan I tertakluk kepada maksimum
$25.00.

3. Bagi tiap-tiap plan pindaan kepada plan yang diluluskan di mana jumlah bilangan perkakas-perkakas di
dalam plan pindaan melebihi bilangan dalam plan yang di luluskan itu, bayaran-bayaran yang ditentukan
dalam perenggan I mengenai perkakas-perkakas tambahan dalam tambahan pada $25 atau satu perlima
daripada bayaran-bayaran yang boleh dikenakan mengenai kelulusan plan asal, mana satu yang kurang,
hendaklah dibayar.

4. Bagi satu rangkaian pepasngan-pepasangan kebersihan yang serupa dalam sebilangan bangunan-bangnan
daripada rekabentuk serupa apabila plan-plan dikemukakan untuk kelulusan pada masa yang sama, satu
potongan bayaran-bayaran yang ditentukan dalam perenggan-perenggan yang terdahulu hendaklah dibuat
di atas dasar berikut :-

(a) bagi pepasangan kebersihan dalam bangunan yang pertama bayaran penuh

(b) dalam bangunan-bangunan yang kedua sampai kelima 90% daripada bayaran-bayaran
(termasuk kesemuanya)

(c) dalam bangunan yang keenam dan tiap-tiap bangunan 85% daripada bayaran-bayaran
tambahan

5. Dalam semua hal di mana kerja telah dimulakan sebelum plan-plan diluluskan bayaran yang sama dengan
tidak kurang daripada lima kali tetapi tidak melebihi daripada sepuluh kali ganda daripada yang
ditentukan dalam perenggan I hendaklah dikenakan, bayaran yang mana tidak akan mengecualikan
seseorang daripada didakwa oleh Pihakberkuasa Tempatan.

- 18 -
LAMPIRAN 2.1.B

BORANG-BORANG

BORANG “A”
(Undang-undang Kecil 2.1.2)

MENGEMUKAN PLAN-PLAN

Kepada Pihakberkuasa Tempatan

………………………………….

Saya/Kami……………………………………………………………………..............................................

dengan ini memohon menjalankan kerja berikut:

………………………………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………………………………..

di………………………………………………………………………………………………………………………

untuk (Nama Pemunya)………………………………………………………………………………………………

Menurut Plan/Plan-plan Nombor/Nombor-nombor………………………………………………………………dan

penentuan yang dikemukan bersama-sama ini dalam dua salinan.

Tandatangan………………..............................

Nama (Dalam Huruf Besar).

……………………………….........................

Alamat……………………….........................

……………………………………………….

…..……………………………………………

Nombor Permohonan………..........................

Untuk Kegunaan Pejabat

- 19 -
BORANG “B”

( Undang – undang Kecil 2.8.2 )

NOTIS PEMERIKSAAN

Kepada Pihakberkuasa Tempatan

…………………………………….

Kami dengan ini memberi notis iaitu kerja yang diperihalkan kemudian daripada ini dan sekarang sedang

dalam pembinaan di………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………

akan sedia untuk diperiksa dan diuji sebelum ditutup pada ……………….haribulan………………………….

19…….., dan kami akan meneruskan menutup kerja itu pada jam………………pada………….......................

haribulan …………………….dengan syarat kehendak-kehendak semua ujian adalah memuaskan.

Perihal Kerja.

……………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………

Tandatangan Pemohon ………………………….


Nama ( Dalam Huruf Besar )……………………
…………………………………………………...
Alamat…………………………………………...
…………………………………………………...
…………………………………………………...

CATITAN – Di bawah Undang-undang Kecil 2.9.1 seseorang yang membina atau mengubah mana-mana parit atau kerja
lain hendaklah memberi kepada Pihakberkuasa Tempatan notis 4 (empat) hari kerja genap secara bertulis menentukan
tarikh apabila parit atau kerja itu akan sedia untuk pemeriksaan dan ujian sebelum dibuat.

- 20 -
BORANG “C”
(Undang – undang Kecil 2.9.2 )

NOTIS PEMERIKSAAN

Kepada Pihakberkuasa Tempatan

……………………………………

Kami dengan ini memberi notis iaitu kerja yang diperihalkan kemudian daripada ini dan sekarang

Sedang dalam pembinaan di ………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………

akan sedia untuk pemeriksaan dan ujian terakhir pada……………………haribulan…………………….

19………………

Perihal Kerja.

…………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………....

…………………………………………………………………………………………………………………

Tandatangan Pemohon……………...……………...

Nama ( Dalam Huruf Besar )

……………………………………………..

Alamat ………..…………………………….

…………………………..…………..

..……………………………………..

CATITAN—Di bawah Undang – Undang Kecil 2.9.1 seseorang yang membina atau mengubah mana – mana parit atau kerja lain
hendaklah memberi kepada Pihakberkuasa Tempatan notis 4 (empat ) hari kerja genap secara bertulis menentukan tarikh apabila kerja
itu akan sedia untuk pemeriksaan dan ujian terakhir dan, jika untuk sambungan dengan mana-mana betung yang sedia ada.

- 21 -
BORANG “D”

(Undang-undang Kecil 2.13.2)


LESEN MENJALANKAN KERJA SALIRAN, PAIP DAN KEBERSIHAN

Nombor Lesen .................................................


Pihakberkuasa Tempatan ................................
....................................................., 19...............

Tuan/Tetuan ......................................................................................................................................

beralamat di ......................................................................................................................................
dengan ini dilesenkan oleh Pihakberkuasa Tempatan untuk menjalankan jenis kerja yang dinyata-
kan di bawah ini berhubung dengan pembinaan, pemasangan atau perubahan parit-parit air
permukaan, parit kekotoran dan saliran perkakas kebersihan.

Jenis kerja yang dibenarkan :

Penggalian.
Memasang paip.
Kerjabatu.
Kerjabesi
Pepasangan-pepasangan paip dan kebersihan.

Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan undang-undang Kecil 2.13.1 lesen ini akan berjalan

kuatkuasanya sehingga .......................................................

1. Lesen ini tidak membenarkan pemegangnya menjalankan kerja paip air.


2. Lesen ini boleh dimansuhkan pada bila-bila masa mengikut budibicara mutlak Pihak
berkuasa Tempatan.

……….…………………………….
Pengerusi,
Pihakberkuasa Tempatan

Lesen ini tidak sah melainkan resit bayarannya dicap (dicatit) dalam ruang di bawah ini.

- 22 -
BAHAGIAN 3

PIAWAI-PIAWAI KETUKANGAN DAN BAHAN-BAHAN

3.1 Semua bahan-bahan paip dan sistem-sistem paip atau sebahagian daripadanya Kerja-kerja baharu
yang dipasang kemudian daripada ini hendaklah memenuhi atau melebihi
peruntukan-peruntukan minimum Undang-undang Kecil ini.

3.2 Dalam bangunan-bangunan yang sedia ada dalam mana pepasangan paip Bangunan-
bangunan yang
hendak diubah, dibaharu, bahan-bahan baharu dan kerja itu hendaklah sedia ada
memenuhi atau melebihi peruntukan-peruntukan Undang-undang Kecil ini:
Dengan syarat bahawa jika Pihakberkuasa Tempatan mendapati yang
pekerjaan sepenuh hendak membawa kerja itu supaya mengikut semua
kehendak-kehendak Undang-undang kecil ini, akan mengakibatkan kesusahan
luar biasa atau tidak patut dengan sebab kesukaran struktur atau mekanik yang
melebihi, atau tidak berkemungkinan, sesuatu pelencungan boleh diberi oleh
Pihakberkuasa Tempatan hanya di mana dan sehingga, mustahak untuk
membaiki kesusahan luar biasa atau tidak patut itu dan selanjutnya hanya di
mana, dan sehingga, pelencungan itu boleh diberi tanpa merosakkan tujuan
dan maksud Undang-undang Kecil ini.

3.3 Sistem-sistem paip hendaklah dipasang dalam cara ketukangan yang mengikut Ketukangan
amalan baik yang biasa diterima.

3.4 Adalah menjadi kesalahan bagi seseorang meletakkan dengan apa-apa cara ke Bahan-bahan
mudarat atau
dalam sistem saliran atau betung bangunan, apa-apa abu, berapi, kain buruk, merbahaya
cecair mudah terbakar, beracun atau boleh meletup, gas-gas, minyak-minyak,
gris atau apa-apa bahan yang boleh samada menghalang, merosakkan atau
melebihi beban sistem itu atau yang boleh menganggu dengan gerakan biasa
proses-proses pepasangan-pepasangan kumbahan.

3.5 Hasil-hasil buangan daripada gerakan-gerakan buatan perkilangan atau Buangan-buangan


perkilangan atau
perusahaan tidak boleh dimasukkan ke dalam betung sehingga telah ditetapkan perusahaan
oleh Pihakberkuasa Tempatan bahawa kemasukannya tidak akan menyebabkan
kerosakan kepada betung itu atau menganggu perjalanan loji pembersihan
kumbahan.

3.6 Semua bahan-bahan, paip-paip, pepasangan-pepasangan, lengkapan-lengkapan Bahan-bahan


hendaklah
dan alat yang digunakan dalam pembinaan, pemasangan, pengubahan atau mematuhi
pembaikan sistem-sistem paip atau saliran atau sebahagian daripadanya penentuan-
hendaklah mematuhi piawai yang ditentukan dalam Penetuan Piawai Malaysia penentuan Piawai
Malaysia
yang berkenaan dan di mana ini tidak boleh didapati Penentuan Piawai British
hendaklah digunakan dengan syarat bahawa -

(a) Bahan-bahan yang tidak diliputi oleh mana-mana Penentuan-penetuan


Piawai Malaysia atau Piawai British yang berkenaan boleh digunakan
dengan kelulusan Pihakberkuasa Tempatan atas dasar menurut piawai
ganti yang boleh diterima dan yang diisytiharkan.

- 23 -
(b) Pihakberkuasa Tempatan boleh membenarkan penyambungan, tambahan
atau peralihan paip-paip kekotoran, pembuangan atau angin yang sedia
ada dengan bahan-bahan daripada gred atau mutu yang serupa
sebagaimana yang dibenarkan dalam Undang-undang Kecil ini.

3.7 Tiada seseorang boleh memasang sesuatu sistem paip yang sebahagian Bahan-bahan
hendaklah sesuai
daripadanya mengandungi apa-apa bahan atau tanggam melainkan telah dengan tempatnya
ditetapkan oleh Pihakberkuasa Tempatan sebagai tahan bagi maksud yang
dicadangkan di tempat di mana ia hendak dipasang.

3.8.1 Tiada bahan-bahan, alat kelengkapan atau perkakas yang cacat atau rosak Bahan-bahan cacat
tidak dibenarkan
boleh dipasang dalam mana-mana bangunan.

3.8.2 Tiada bahan-bahan, alat kelengkapan atau perkakas yang cacat atau rosak
boleh diguna atau disenggarakan selepas notis kecacatan itu telah dilihat dan
dilapurkan oleh Pihakberkuasa Tempatan.

3.9.1 Bahan-bahan apabila digunakan dalam pembinaan, pemasangan, pengubahan Piawai minimum
atau pembaikan sistem paip dan saliran atau bahagian-bahagian daripadanya
hendaklah mematuhi piawai-piawai yang diluluskan:
Dengan syarat bahawa -

(a) Pihakberkuasa Tempatan hendaklah membenarkan penyambungan,


tambahan atau peralihan paip kekotoran, buangan atau pengudaraan
yang sedia ada dengan bahan-bahan daripada peringkat atau mutu serupa
sebagaimana yang dibenarkan dalam Undang-undang Kecil ini: dan

(b) bahan-bahan tidak diliputi oleh piawai yang ditentukan dalam Undang-
undang Kecil ini boleh digunakan dengan kelulusan Pihakberkuasa
Tempatan.

3.10 Semua bahan hendaklah dianggap sebagai diluluskan jika bahan-bahan itu Piawai untuk
bahan-bahan
memenuhi kehendak-kehendak samada Piawai Malaysia atau Piawai British:
Dengan syarat bahawa apabila Piawai-piawai Malaysia dan British
bertelingkah, Piawai Malaysia hendaklah dipakai.

3.11 Undang-undang Kecil ini hendaklah tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Mematuhi


peraturan-
mana-mana undang-undang yang dipakai dalam mana-mana Negeri berhubung peraturan bekalan
dengan bekalan-bekalan air. air

- 24 -
BAHAGIAN 4

PERUNTUKAN- PERUNTUKAN KEBERSIHAN

4.1 Dalam bahagian ini, melainkan jika kandungan ayatnya menghendakkan makna Tafsiran bagi
Bahagian 4
yang lain -

“bangunan kediaman” ertinya suatu bangunan kediaman, hotel, rumah


penginapan, asrama dan mana-mana barek atau menempatkan bilik tidur-ramai,
tetapi tidak termasuk mana-mana asrama, bilik tidur-ramai atau bilik lain atau
premis yang disediakan untuk menempat atau menumpang sebahagian atau
semua murid-murid mana-mana sekolah semasa di luar waktu sekolah, samada
asrama, bilik tidur-ramai atau bilik lain atau premis itu adalah di dalam
sebahagian daripada bangunan atau kumpulan bangunan-bangunan yang sama
dengan bilik-bilik darjah dalam sekolah itu atau tidak ;

“bilik kediaman” ertinya mana-mana bilik yang dicadangkan atau dipadankan


sebagai tempat masak atau tidur ;

“dewan menari awam” ertinya mana-mana tempat terbuka, yang disimpan atau
digunakan bagi maksud menari, yang kepadanya orang ramai dibenarkan masuk,
dengan atau tanpa bayaran ;

“hiburan” termasuklah sandiwara, permainan pentas, pertunjukan pentas atau


lain-lain hiburan muzik, drama atau bangsawan, atau apa-apa bahagiannya dan
peruntukan kemudahan-kemudahan bagi apa-apa permainan, tetapi tidak
termasuk apa-apa pertunjukan wayang gambar ;

“hiburan awam” ertinya apa-apa hiburan yang kepadanya orang ramai


dibenarkan masuk dengan atau tanpa bayaran ;

“hospital” ertinya suatu bangunan atau bahagian daripadanya yang direkabentuk,


dipadan atau digunakan untuk menjaga atau mengubat orang sakit, uzur, tua,
betah atau hamil ;

“kilang” dan “pekerjaan perusahaan” mempunyai erti yang diberi kepadanya


oleh Seksyen 2 Akta Kilang dan Jentera 1967 ;

“restoran” ertinya suatu tempat untuk makanan dan minuman dan hendaklah
termasuk kedai-kedai kopi dan kedai-kedai makan ;

“ruang kediaman” ertinya jumlah kawasan-kawasan lantai dalam suatu


bangunan, tidak termasuk dapur, ibu-ibu tangga, dewan-dewan ibu tangga,
pelantar-pelantar lif, ruang yang digunakan kerana membekalkan pepasangan-
pesangan jamban, tempat-tempat kencing dan besen-besen tandas yang
dikehendaki oleh Undang-undang Kecil ini supaya dibekalkankan, dan nama-
nama ruang yang diduduki oleh mesin untuk mana-mana lif ;

“ruangan lantai yang boleh digunakan” ertinya jumlah kawasan-kawasan lantai-


lantai dalam suatu bangunan, tidak termasuk apa-apa ibu-ibu tangga, dewan-
dewan ibu tangga, pelantar-pelantar lif, ruang yang digunakan untuk

- 25 -
membekalkan pepasangan-pepasangan jamban, tempat kencing dan besen-besen
tandas yang dikehendaki oleh Undang-undang Kecil ini supaya disediakan,
mana-mana ruang yang diduduki oleh mesin untuk mana-mana lif, sistem
penyamanan udara atau perkhidmatan yang serupa yang disediakan untuk
bangunan itu ;

“rumah kedai” ertinya suatu bangunan, yang sebahagian daripadanya


direkabentuk, dipadan atau digunakan bagi maksud-maksud perniagaan ;

“rumah sewa” ertinya suatu bangunan dalam bahagian kediaman yang mana
suatu bilik kediaman dicadang atau dipadan untuk digunakan oleh lebih seorang
penyewa atau penyewa kedua; dan

“tempat hiburan awam” ertinya mana-mana bangunan yang dibina atau dipadan
untuk digunakan bagi apa-apa hiburan awam.

4.2.1 Tiap-tiap plan bangunan yang dikemukakan di bawah peruntukan-peruntukan Plan-plan


bangunan untuk
Undang-undang Kecil ini, selain daripada plan bangunan kediaman, hendaklah menunjukkan
menyatakan dengan terang bilangan maksimum lelaki dan perempuan yang bilangan orang
hendak ditempatkan atau boleh menggunakan bangunan itu. yang hendak
menggunakan
bangunan itu pada
bila-bila masa.

4.2.2 Apabila pembahagian bilangan lelaki dan perempuan tidak boleh dibuat
hendaklah dianggap bagi maksud Undang-undang Kecil ini bahawa
penempatan maksimum boleh dibagi sama rata di antara lelaki dan perempuan
melainkan Pihak berkuasa Tempatan berpuashati yang bangunan itu
direkabentuk untuk digunakan oleh, atau sedang digunakan oleh, satu jantina
dengan lebih banyak.

4.3.1 Dalam tiap-tiap bangunan kediaman - Bangunan –


bangunan
kediaman
(a) di mana jamban-jamban berasingan tidak disediakan untuk orang-orang
lelaki dan untuk orang-orang perempuan. Bilangan pepasangan-
pepasangan jamban yang disediakan hendaklah lain tidak kurang
daripada bilangan yang ditentukan dalam Lampiran 4A Bahagian ini ;

(b) di mana jamban-jamban berasingan disediakan untuk orang-orang lelaki


dan untuk orang-orang perempuan. Bilangan pepasangan jamban yang
disediakan hendaklah kecuali sebagai mana yang diperuntukkan dalam
perenggan “C”, tidak kurang daripada bilangan yang ditentukan dalam
Lampiran 4B Bahagian ini ;

(c) di mana jamban-jamban berasingan disediakan untuk orang-orang lelaki


dan untuk orang-orang perempuan dan tempat-tempat kencing dipasang
untuk kegunaan orang-orang lelaki bilangan pepasangan jamban dan
tempat kencing untuk orang-orang lelaki tidak boleh kurang daripada
bilangan yang ditentukan dalam Lampiran 4C Bahagian ini ;

- 26 -
(d) bilangan besen-besen tandas dan tempat mandi atau mandi hujan yang
disediakan tidak boleh kurang daripada bilangan yang ditentukan dalam
Lampiran 4D Bahagian ini.

4.3.2 Pepasang-pepasangan jamban atau pepasangan-pepasangan jamban dan


tempat-tempat kencing, mengikut mana yang berkenaan, yang disediakan
dalam mana-mana bangunan kediaman mengikut peruntukan-peruntukan
Undang-undang Kecil 4.3.1 dan, di mana, mengikut Undang-undang Kecil
4.5.1, pepasangan-pepasangan kakus atau pepasangan-pepasangan kakus dan
baldi tempat kencing, mengikut masa yang berkenaan, disediakan dalam mana-
mana bangunan kediaman, semuanya hendaklah diletakkan dalam bangunan
itu dengan memuaskan hati Pihakberkuasa Tempatan.

4.3.3 Bagi maksud-maksud Undang-undang Kecil 4.3.1-

(a) bilangan orang-orang yang tinggal atau yang mungkin akan tinggal
dalam suatu bangunan kediaman ditetapkan oleh Pihak berkuasa
Tempatan. dan. dalam hal bangunan-bangunan sewa dan barek dan
tempat bilik tidur-ramai hendaklah ditetapkan sedemikian dengan kadar
seorang bagi tiap-tiap tiga puluh lima kaki persegi ruang yang boleh
diduduki; dan

(b) di mana jamban-jamban berasingan disediakan untuk orang lelaki dan


untuk orang perempuan, pembahagian diantara orang-orang lelaki dan
orang-orang perempuan yang tinggal atau boleh jadi akan tinggal dalam
bangunan itu hendaklah. melainkan Piahk berkuasa Tempatan
berpuashati yang pembahagian itu akan atau jadi sebaliknya. dianggap
dengan kadar 1:1.

4.4 Dalam tiap-tiap rumahkedai hendaklah disediakan sekurang-kurangnya satu Rumah Kedai
jamban atau kakus dan satu pili tarek.

4.5.1 Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam Undang-undang Kecil 4.5.3, Pejabat-pejabat
perusahaan
dalam tiap-tiap bangunan yang digunakan untuk maksud pejabat dan dalam perindustrian dan
tiap-tiap perusahaan perindustrian dan lain-lain tempat kerja bilangan lain-lain tempat
pepasangan-pepasangan jamban, tempat-tempat kencing dan besen-besen kerja

tandas yang disedikan untuk orang-orang yang digaji atau mungkin akan digaji
di dalamnya hendaklah tidak kurang daripada bilangan yang ditentukan dalam
Lampiran 4F Bahagian ini.

4.5.2 Tempat-tempat mandi atau mandi hujan hendaklah disediakan dalam mana-
mana perusahaan perindustrian atau lain-lain tempat kerja, lain daripada dalam
suatu bangunan yang digunakan atau hendak digunakan bagi maksud pejabat,
sebagaimana yang dikehendaki bagi perniagaan atau perusahaan yang
dijalankan di dalamnya.

- 27 -
4.5.3 Di mana, dalam mana-mana bangunan yang digunakan atau hendak digunakan
bagi maksud pejabat atau dalam mana-mana perusahaan perindustrian atau
lain-lain tempat kerja, bilangan orang-orang samada mereka itu ialah atau akan
terdiri daripada orang-orang lelaki atau orang-orang perempuan, atau kedua-
duanya, digaji atau mungkin akan digaji tidak atau tidak akan melebihi
sepuluh, maka hendaklah disediakan tidak kurang daripada satu pepasangan
jamban dan satu besen tandas.

4.5.4 Dalam tiap-tiap bangunan yang digunakan atau hendak digunakan bagi
maksud pejabat dan dalam tiap-tiap perusahaan perindustrian dan lain-lain
tempat kerja, pepasangan-pepasangan jamban, tempat-tempat kencing dan
besen-besen tandas untuk orang lelaki dan pepasangan-pepasangan jamban dan
besen-besen untuk orang-orang perempuan hendaklah disediakan dalam bilik-
bilik khas masing-masing untuk kegunaan orang-orang lelaki dan orang-orang
perempuan.

4.5.5 Bagi maksud-maksud Undang-undang Kecil 4.5.1,4.5.2,4.5.3 dan 4.5.4 -

(a) bilangan orang-orang yang digaji atau mungkin akan digaji dalam
mana- mana bangunan yang digunakan atau dicadangkan untuk
digunakan bagi maksud pejabat atau dalam mana-mana tempat kerja
lain, lain daripada dalam suatu perusahaan perindustrian, hendaklah
ditentukan oleh Pihakberkuasa Tempatan, dan, dalam hal suatu
bangunan yang digunakan atau dicadang untuk digunakan bagi maksud
pejabat, hendaklah ditentukan sedemikian dengan kadar seorang bagi
tiap-tiap seratus kaki persegi ruang lantai yang boleh digunakan;

(b) bilangan orang-orang yang digaji atau mungkin akan digaji dalam
mana-mana perusahaan perindustrian hendaklah ditentukan oleh
Pesurujaya Buruh; dan

(c) mengenai suatu bangunan yang digunakan atau dicadang untuk


digunakan bagi maksud pejabat, pembahagian di antara orang-orang
lelaki dan orang-orang perempuan yang digaji atau mungkin akan digaji
di dalamnya hendaklah ditentukan oleh Pihakberkuasa Tempatan.

4.6.1 Dalam tiap-tiap tempat hiburan awam dan dalam tiap-tiap dewan menari Tempat hiburan
awam
awam, bilangan pepasangan-pepasangan jamban, tempat-tempat kencing dan
besen-besen tandas yang disediakan hendaklah tidak kurang daripada bilangan
yang ditentukan dalam Lampiran 4F Bahagian ini.

4.6.2 Dalam tiap-tiap tempat hiburan awam dan dalam tiap-tiap dewan menari
awam, pepasangan-pepasangan jamban, tempat-jamban kencing dan besen-
besen tandas untuk orang-orang lelaki dan pepasangan-pepasangan jamban dan
besen tandas untuk orang-orang perempuan hendaklah disediakan dalam bilik-
bilik berasingan khas untuk kegunaan orang-orang lelaki dan orang-orang
perempuan.

- 28 -
4.6.3 Bagi maksud-maksud Undang-undang Kecil 4.6.1 dan 4.6.2 –

(a) bilangan orang-orang hendaklah ditentukan oleh Pihakberkuasa


Tempatan, dan hendaklah didasarkan kepada keupayaan maksimum
tempat hiburan awam atau dewan menari awam, mengikut mana yang
berkenaan; dan

(b) pembahagian orang-orang lelaki dan orang-orang perempuan hendaklah


dianggap dengan kadar 1:1.

4.7.1 Dalam tiap-tiap pawagam, bilangan pepasangan-pepasangan jamban, tempat- Pawagam-


pawagam
tempat kencing dan besen-besen tandas yang disediakan hendaklah tidak
kurang daripada bilangan yang ditentukan dalam Lampiran 4G Bahagian ini.

4.7.2 Dalam tiap-tiap pawagam, pepasangan-pepasangan jamban, tempat-tempat


kencing dan besen-besen tandas untuk orang-orang lelaki dan pepasangan-
pepasangan jamban dan besen-besen tandas untuk orang-orang perempuan
hendaklah disediakan dalam bilik-bilik berasingan khas masing-masing untuk
kegunaan orang-orang lelaki dan perempuan.

4.7.3 Bagi maksud-maksud Undang-undang Kecil 4.7.1 dan 4.7.2 –

(a) bilangan orang-orang hendaklah ditentukan oleh Pihakberkuasa


Tempatan, dan hendaklah didasarkan kepada keupayaan maksimum
pawagam itu; dan

(b) pembahagian orang-orang lelaki dan orang-orang perempuan hendaklah


dianggap sebagai 1:1.

4.8.1 Dalam tiap-tiap restoran, kecuali suatu restoran yang disediakan dalam mana- Restoran -
restoren
mana hotel atau rumah penginapan khas bagi kegunaan orang-orang yang
tinggal dalam hotel atau rumah penginapan, bilangan pepasangan-pepasangan
jamban, tempat kencing dan besesn-besen tandas yang disediakan hendaklah
tidak kurang daripada bilangan yang ditentukan dalam Lampiran 4H Bahagian
ini.

4.8.2 Bagi maksud-maksud Undang-undang Kecil 4.8.1 –

(a) bilangan orang-orang hendaklah ditentukan oleh Pihakberkuasa


Tempatan dan hendaklah didasarkan kepada keupayaan maksimum
restoran itu dan ditentukan dengan kadar seorang bagi setiap lima belas
kaki persegi kawasan di dalamnya digunakan untuk makan; dan

(b) pembahagian orang-orang lelaki dan orang-orang perempuan hendaklah


dengan kadar 1:1.

- 29 -
4.9.1 Dalam tiap-tiap hospital, bilangan pepasangan-pepasangan jamban, tempat- Hospital -
hospital
tempat kencing dan besen-besen tandas yang disediakan untuk orang-orang
sakit hendaklah tidak kurang daripada bilangan yang ditentukan dalam
Lampiran 4I Bahagian ini.

4.9.2 Dalam tiap-tiap bilik yang diduduki oleh seorang pesakit atau pesakit-pesakit
maka hendaklah disediakan tidak kurang daripada satu besen tandas

4.9.3 Dalam tiap-tiap tingkat yang digunakan kerana menempatkan orang-orang


sakit maka hendaklah disediakan kemudahan-kemudahan mandi.

4.9.4 Bagi maksud-maksud Undang-undang kecil 4.9.1, 4.9.2 dan 4.9.3 bilangan
orang-orang

(a) hendaklah ditentukan oleh Pihakberkuasa Tempatan atau Kementerian


Kesihatan sebagai mana yang boleh dipakai ; dan

(b) hendaklah berdasarkan kepada keupayaan yang direkabentuk bagi


wad-wad itu.

4.10.1 Dalam tiap-tiap kolam renang, bilangan pepasangan jamban, tempat-tempat Kolam-kolam
renang
kencing, besen-besen tandas dan mandi-mandi hujan yang disediakan
hendaklah tidak kurang daripada yang ditentukan dalam Lampiran 4 Bahagian
ini.

4.10.2 Dalam tiap-tiap kolam renang hendaklah disediakan tidak kurang daripada
satu pancutan air minum dalam kawasan kolam renang itu.

4.10.3 (a) Bagi maksud undang-undang Kecil 4.10.1 dan 4.10.2 bilangan orang-
orang hendaklah ditentukan oleh Pihakberkuasa Tempatan dan
hendaklah didasarkan kepada keupayaan maksimum kolam renang itu ;
dan

(b) Pembahagian orang-orang lelaki dengan orang-orang perempuan


hendaklah dianggap dengan kadar 1: 1.

4.11 Kehendak-kehendak yang ditentukan dalam Bahagian ini hendaklah dianggap


sebagai kehendak-kehendak minimum.

- 30 -
4.12.1 Jika, dalam mana-mana hal, pepasangan-pepasangan kekotoran, di bawah Di mana
pepasangan
Undang-undang Kecil 9.1 adalah tidak mungkin – kekotoran tidak
mungkin dan
(a) pepasangan-pepasangan kakus hendaklah disediakan sebagai ganti pepasangan-
pepasangan
pepasangan-pepasangan jamban, dan bilangannya hendaklah tidak kakus, dan
kurang daripada bilangan pepasangan-pepasangan jamban yang sebagainya
hendaklah
dikehendaki oleh Undang-undang kecil 4.3.1, 4.4, 4.5.1, 4.6.1, 4.7.1, disediakan
4.8.1 dan 4.9.1 mengikut mana yang berkenaan; dan sebagai
gantinya.
(b) baldi-baldi tempat air kencing, hendaklah disediakan sebagai ganti
tempat-tempat air kencing, dan begitu juga, bilangannya hendaklah tidak
kurang daripada bilangan tempat-tempat air kencing yang dikehendaki
oleh Undang-undang kecil 4.3.1, 4.4, 4.5.1, 4.6.1, 4.7.1, 4.8.1 dan 4.9.1
mengikut mana yang berkenaan.

4.12.2 Di mana, penyediaan tempat-tempat air kencing dikehendaki oleh Undang-


undang Kecil 4.3.1, 4.4, 4.5.1, 4.6.1, 4.7.1, 4.8.1 dan 4.9.1 dan tempat-tempat
kencing berpaling dipasangkan tiap-tiap 2 kaki 3 inci tempat air kencing
berpaling hendaklah, bagi maksud Undang-undang Kecil ini, dianggap sebagai
sama dengan suatu tempat air kencing.

4.13 Bagi mengelakan was-was adalah dengan ini diisytiharkan bahawa penyediaan Pepasangan-
pepasangan
dalam suatu bangunan kediaman, tempat hiburan awam, pawagam atau kebersihan
restoran pepasangan-pepasangan jamban, tempat-tempat air kencing dan untuk orang-
besen-besen tandas yang dikehendaki oleh bahagian ini disediakan di orang yang
digaji dalam
dalamnya tidak boleh mengecualikan seseorang daripada menyediakan, bangunan-
mengikut Undang-undang Kecil ini pepasangan-pepasangan jamban, tempat- bangunan
kediaman dsb.
tempat air kencing dan besen-besen tandas sebagaimana yang dikehendaki
olehnya supaya disediakan untuk orang-orang yang digaji atau mungkin akan
digaji dalam bangunan kediaman, tempat hiburan awam, pawagam atau
restoran itu mengikut mana yang berkenaan.

- 31 -
LAMPIRAN 4A

(Undang-undang Kecil 4.3.1 (a))

Bangunan-bangunan Kediaman Tanpa Jamban-jamban berasingan Untuk Orang-orang Lelaki dan


Perempuan

Jenis Pepasangan Bilangan orang-orang yang tinggal


atau mungkin akan tinggal dalam
bagunan itu dan bilangan
pepasangan-pepasangan yang
hendak disediakan kerananya

Pepasangan-pepasangan jamban 1 untuk 1-8 orang


2 untuk 9-20 orang, dan tambah 1
bagi tiap-tiap 15 orang, atau
sebahagian daripada mereka,
melebihi 20

LAMPIRAN 4B

(Undang-undang Kecil 4.3.1 (b))

Bangunan Kediaman dengan jamban-jamban Berasingan untuk Orang-orang Lelaki dan Perempuan.
Tempat Kencing tidak disediakan.

Jenis Pepasangan- Bilangan orang-orang lelaki yang Bilangan orang-orang


pepasangan tinggal atau mungkin akan perempuan yang tinggal atau
tinggal dalam bangunan itu dan mungkin akan tinggal dalam
bilangan pepasangan- bangunan itu dan bilangan
pepasangan yang hendak pepasangan-pepasangan
disediakan olehnya. yang hendak disediakan
olehnya.

Pepasangan-pepasangan 1 untuk 1-8 orang 1 untuk 1-8 orang


jamban
2 untuk 9-20 orang, dan tambah 1 2 untuk 9-20 orang, dan
bagi tiap-tiap 15 orang, atau tambah 1 bagi tiap-tiap 15
sebahagian daripada mereka, orang, atau sebahagian
melebihi 20 daripada mereka, melebihi 20

- 32 -
LAMPIRAN 4C

(Undang-undang Kecil 4.3.1 (c))

Bangunan-bangunan Kediaman dengan Jamban-jamban Berasingan untuk Orang-orang Lelaki dan


Perempuan. Tempat Kencing disediakan

Jenis Pepasangan- Bilangan orang-orang lelaki yang Bilangan orang-orang


pepasangan tinggal atau mungkin akan perempuan yang tinggal atau
tinggal dalam bangunan itu dan mungkin akan tinggal dalam
bilangan pepasangan- bangunan itu dan bilangan
pepasangan yang hendak pepasangan-pepasangan yang
disediakan olehnya. hendak disediakan olehnya.

Pepasangan-pepasangan 1 untuk 1-12 orang 1 untuk 1-8 orang


jamban
2 untuk 13-25 orang, dan tambah 2 untuk 9-20 orang, dan tambah
1 bagi tiap-tiap 20 orang, atau 1 bagi tiap-tiap 15 orang, atau
sebahagian daripada mereka, sebahagian daripada mereka,
melebihi 25 melebihi 20

Tempat-tempat Kencing 1 untuk 1-12 orang


2 untuk 13-25 orang, dan tambah
1 bagi tiap-tiap 20 orang, atau
sebahagian daripada mereka,
melebihi 25

LAMPIRAN 4D

(Undang-undang Kecil 4.3.1 (d))

Bangunan-bangunan Kediaman – Penyediaan Besen-besen Tandas dan Tempat-tempat Mandi

Jenis Pepasangan- Bilangan orang-orang yang tinggal atau mungkin


pepasangan akan tinggal dalam bagunan itu dan bilangan
pepasangan-pepasangan yang hendak disediakan
kerananya

Besen-besen Tandas 1 untuk 1-8 orang


2 untuk 9-20 orang, dan tambah 1 bagi tiap-tiap 15
orang, atau sebahagian daripada mereka, melebihi 20

Tempat Mandi atau mandi 1 untuk 1-8 orang


hujan
2 untuk 9-20 orang, dan tambah 1 bagi tiap-tiap 15
orang, atau sebahagian daripada mereka, melebihi 20

- 33 -
LAMPIRAN 4E

(Undang-undang Kecil 4.5.1)

Pejabat-pejabat Perusahaan Perindustrian Dan Lain-lain Tempat Kerja

Jenis Pepasangan- Bilangan orang-orang lelaki yang Bilangan orang-orang


pepasangan digaji atau mungkin digaji dan perempuan yang digaji atau
bilangan pepasangan yang hendak mungkin akan digaji dan
disediakan kerananya bilangan pepasangan yang
hendak disediakan kerananya

Pepasangan jamban 1 untuk 1-15 orang 1 untuk 1-12 orang


2 untuk 16-35 orang 2 untuk 13-25 orang
3 untuk 36-65 orang 3 untuk 26-40 orang
4 untuk 66-100 orang 4 untuk 41-57 orang
Bagi lebih dari 100 orang, tambah 5 untuk 58-77 orang
dengan kadar 3 peratus
6 untuk 78-100 orang
Bagi lebih daripada 100 orang,
tambah dengan kadar 5 peratus.

Tempat-tempat Kencing Kosong untuk sehingga 6 orang


1 untuk 7-21 orang
2 untuk 21-45 orang
3 untuk 46-70 orang
4 untuk 71-100 orang
Bagi 101-200 orang, tambah dengan
kadar 3 peratus.
Bagi lebih daripada 200 orang,
tambah dengan kadar 2 ½ peratus.

Besen-besen Tandas 1 untuk 1-15 orang 1 untuk 1-12 orang


2 untuk 16-30 orang 2 untuk 13-25 orang
3 untuk 31-50 orang 3 untuk 26-40 orang
4 untuk 51-75 orang 4 untuk 41-57 orang
5 untuk 76-100 orang 5 untuk 58-77 orang
Bagi lebih daripada 100 orang, 6 untuk 78-100 orang
tambah dengan kadar 4 peratus.
Bagi lebih daripada 100 orang,
tambah dengan kadar 5 peratus.

- 34 -
LAMPIRAN 4F

(Undang-undang Kecil 4.6.1)

Tempat-tempat Hiburan Awam

Jenis Pepasangan- Bilangan orang-orang lelaki dan Bilangan orang-orang perempuan


pepasangan bilangan pepasangan yang hendak dan bilangan pepasangan yang
disediakan kerananya. hendak disediakan kerananya.

Pepasangan jamban 1 bagi tiap-tiap 100 orang, atau 2 bagi tiap-tiap 100 orang, atau
sebahagian daripada mereka sehingga 400 sebahagian daripada mereka,
orang. Bagi lebih daripada 400 orang, sehingga 200 orang, tambah dengan
tambah dengan kadar 1 bagi tiap-tiap 250 kadar 1 bagi tiap-tiap 100 orang,
orang, atau sebahagian daripada mereka. atau sebahagian daripada mereka.

Tempat-tempat Kencing 1 bagi tiap-tiap 50 orang, atau sebahagian


daripada mereka.

Besen-besen Tandas 1 bagi tiap-tiap 100 orang, atau 1 bagi tiap-tiap 100 orang, atau
sebahagian daripada mereka. sebahagian daripada mereka.

LAMPIRAN 4G

(Undang-undang Kecil 4.7.1)

Pawagam-pawagam

Jenis Pepasangan- Bilangan orang-orang lelaki dan Bilangan orang-orang perempuan


pepasangan bilangan pepasangan-pepasangan yang dan pepasangan-pepasangan yang
hendak disediakan kerananya. hendak disediakan kerananya.

Pepasangan jamban 1 untuk 1-200 orang 1 untuk 1-100 orang


2 untuk 201-500 orang 2 untuk 101-250 orang
3 untuk 501-1000 orang 3 untuk 251-500 orang
Bagi lebih dari 1000 orang, tambah Bagi lebih daripada 500 orang,
dengan kadar 1 bagi tiap-tiap 500 orang, tambah dengan kadar 1 bagi tiap-tiap
atau sebahagian daripada mereka. 400 orang, atau sebahagian daripada
mereka.
Tempat-tempat Kencing 1 bagi tiap-tiap 100 orang, atau
sebahagian daripada mereka.

Besen-besen Tandas 1 untuk 1-200 orang 1 untuk 1-200 orang


2 untuk 201-500 orang 2 untuk 201-500 orang
3 untuk 501-1000 orang 3 untuk 501-1000 orang
Bagi lebih daripada 1000 orang, tambah Bagi lebih daripada 1000 orang,
dengan kadar 1 bagi tiap-tiap 500 orang, tambah dengan kadar 1 bagi tiap-tiap
atau sebahagian daripada mereka. 500 orang, atau sebahagian daripada
mereka.

- 35 -
LAMPIRAN 4H

(Undang-undang Kecil 4.8.1)

Restoran-restoran

Jenis Pepasangan- Bilangan orang-orang lelaki dan Bilangan orang-orang perempuan


pepasangan bilangan pepasangan-pepasangan yang dan pepasangan-pepasangan yang
hendak disediakan kerananya. hendak disediakan kerananya.

Pepasangan jamban 1 bagi tiap-tiap 100 orang, atau 2 bagi tiap-tiap 100 oarang, atau
sebahagian daripada mereka, sehingga sebahagian daripada mereka,
400 orang. Bagi lebih daripada 400 orang, sehingga 200 orang. Bagi lebih
tambah dengan kadar 1 bagi tiap-tiap 250 daripada 200 orang, tambah dengan
orang, atau sebahagian daripada mereka kadar 1 bagi tiap-tiap orang, atau
sebahagian daripada mereka

Tempat-tempat Kencing 1 bagi tiap-tiap 50 orang, atau sebahagian


daripada mereka

Besen-besen Tandas 1 bagi tiap-tiap 50 orang, atau sebahagian 1 bagi tiap-tiap 50 orang, atau
daripada mereka, sehingga 150 orang sebahagian daripada mereka,
sehingga 150 orang
Bagi melebihi 150 orang, tambah dengan
kadar 1 bagi tiap-tiap 100 orang, atau Bagi melebihi 150 orang, tambah
sebahagian daripada mereka dengan kadar 1 bagi taiap-tiap 100
orang, atau sebahagian daripada
mereka

LAMPIRAN 4I

(Undang-undang Kecil 4.9.1)

Hospital - hospital

Jenis Pepasangan-pepasangan Bilangan orang-orang sakit yang mungkin akan


menggunakan dan bilangan pepasangan-pepasangan yang
hendak disediakan kerananya
Pepasangan-pepasangan 1 bagi tiap-tiap 10 orang, atau sebahagian daripada mereka
jamban

1 bagi tiap-tiap 10 orang, atau sebahagian daripada mereka


Besen-besen Tandas

- 36 -
LAMPIRAN 4J

(Undang-undang Kecil 4.10.1)

Kolam-kolam Renang

Jenis Pepasangan- Bilangan orang-orang lelaki dan Bilangan orang-orang perempuan


pepasangan bilangan pepasangan-pepasangan yang dan pepasangan-pepasangan yang
hendak disediakan kerananya. hendak disediakan kerananya.

Pepasangan jamban 1 bagi tiap-tiap 75 orang, atau sebahagian 1 bagi tiap-tiap 50 orang, atau
daripada mereka sebahagian daripada mereka

Tempat-tempat Kencing 1 bagi tiap-tiap 75 orang, atau sebahagian


daripada mereka

Besen-besen Tandas 1 bagi tiap-tiap 100 orang, atau 1 bagi tiap-tiap 100 orang, atau
sebahagian daripada mereka sebahagian daripada mereka

Mandi hujan 1 bagi tiap-tiap 50 orang, atau sebahagian 1 bagi tiap-tiap 50 orang, atau
daripada mereka sebahagian daripada mereka

BAHAGIAN 5

PEPASANGAN-PEPASANGAN KEBERSIHAN

5.1 Tiap-tiap pepasangan kotoran hendaklah dibina daripada batu-bata api enamel Bahan-bahan
untuk pepasangan-
bergerlis atau bahan lain yang diluluskan. pepasangan
kekotoran

5.2.1 Bekas mana-mana pepasangan jamban hendaklah mempunyai permukaan licin Jamban-jamban
dan senang dibasuh tanpa serap dan hendaklah dibina sedemikian dan dipasang
supaya boleh melepaskan melalui perangkap yang berkesan daripada ukuran-
ukuran yang sesuai dan oleh itu tanpa menyimpam,kepada paip kekotoran atau
parit.

5.2.2 Perkakas simbah pepasangan jamban itu hendaklah boleh mencuci bekas itu
dengan berkesan.

5.2.3 Tiada bahagian daripada bekas pepasangan jamban itu boleh disambung terus
dengan mana-mana paip selain daripada paip kekotoran, paip simbah, paip
angin berperangkap atau parit.

- 37 -
5.2.4 Tiap-tiap pepasangan jamban selain daripada pepasangan jenis mencangkung
hendaklah disediakan dengan tempat duduk berinsel atau bingkai tempat
duduk yang sesuai atau inset.

5.3.1 Tempat kencing atau pepasangan tempat kencing hendaklah mempunyai satu
atau lebih daripada satu papak, sekatan, palung, mangkok atau bekas-bekas
lain yang sesuai yang –

(a) mempunyai permukaan licin dan yang senang dicuci dan tidak serap
air;

(b) mempunyai aliran keluar yang dipasang dengan jeruji dan perangkap
yang berkesan: dan

(c) dibina sedemikian supaya memudahkan pembersihan.

5.3.2 Tiada tempat kencing atau pepasangan tempat kencing boleh dibina atau Tempat- tempat
kencing
dipasang melainkan dia dilengkapkan dengan perkakas simbah yang boleh
mencuci bekas itu dengan berkesan.

5.3.3 Tiada bahagian bekas itu boleh disambung terus kepada mana-mana paip
selain daripada paip kekotoran, paip simbah, perangkap paip angin atau parit.

5.4 Tiada bahagian daripada pepasangan kekotoran atau buangan boleh dipasang
terus kepada saluran bekalan air bagi bangunan itu atau kepada mana-mana
cawangan paip bekalan disambung terus kepadanya. Bekalan air kepada
perkakas simbah atau basuh bagi pepasangan kotoran atau buangan hendaklah
dibuat dengan cara paip agihan berpunca daripada tangki simpan atau sistem
yang terkawal dengan cara bola otomatis atau injap yang serupa.

5.5 Tiap-tiap pepasangan jamban, tempat mandi bertanggung, tempat kencing


jenis besen dan singka bilas hendaklah disediakan dengan suatu bingkai
simbah yang sesuai untuk penyimbahan yang berkesan.

5.6.1 Kecuali bagaimana yang diperuntukan dalam Undang-undang Kecil 5.6.4 Sistem simbah
tiap-tiap pepasangan jamban, tempat kencing dan singka bilas hendaklah
disediakan dengan satu sistem simbah.

5.6.2 Sistem simbah itu hendaklah –

(a) dalam hal pepasangan jamban atau singka bilas

(i) melepaskan kepada pepasangan jamban atau singka bilas, pada


tiap-tiap kali pepasangan itu digunakan, tidak kurang daripada dua
dan tidak lebih daripada tiga gelen air: dan

- 38 -
(ii) disediakan dengan suatu injap bola yang teratur sedemikan supaya
boleh mengisi semula sistem itu dalam dua minit.

(b) berkenaan dengan tempat-tempat kencing dipasang dengan perkakas


simbah otomatis yang dipasang sedemikian supaya dapat melepaskan
tidak kurang satu gelen air -

(i) kepada tiap-tiap besen atau sekatan atau berkenaan dengan tempat
kencing, palung, tiap-tiap 2 kaki 3 inci daripadanya: dan

(ii) pada satu jarak sebagaimana yang boleh mungkin diperlukan


untuk menentukan pembersihan tempat kencing itu dengan
memadai.

5.6.3 Sistem-sistem otomatis boleh dikawal oleh suatu pili kecil dengan kunci
berasingan atau suatu cakera otomatis.

5.6.4 Kecuali berhubung dengan tempat-tempat kencing, injap-injap simbah boleh,


dimana ada turus air yang sesuai dipasang untuk maksud-maksud simbah tanpa
disediakan dengan sistem simbah.

5.7 Garispusat dalam paip-paip simbah hendaklah – Paip-paip simbah

(a) berkenaan dengan pepasangan-pepasangan jamban, dan singka bilas dan


tidak kurang daripada satu inci:

(b) berkenaan dengan tempat-tempat kencing, selain daripada tempat-tempat


kencing palung, tidak kurang daripada setengah inci bagi tiap-tiap besen
atau sekatan: dan

(c) berkenaan dengan tempat-tempat kencing palungan, tidak kurang dari


setengah inci bagi tiap-tiap 2 kaki 2 inci daripadanya.

5.8.1 Tiap-tiap sistem simbah selain daripada sistem simbah otomatis yang dikawal
oleh sesuatu pili kecil atau cakera otomatis hendaklah disediakan dengan suatu
paip limpah.

5.8.2 Paip limpah itu hendaklah – Paip-paip limpah

(a) sekurang-kurangnya satu saiz lebih besar daripada paip bekalan dengan
garispusat dalam minimum ¼ inci: dan

(b) boleh nyata apabila mengeluarkan.

- 39 -
5.9.1 Tiap-tiap pepasangan kekotoran hendaklah disediakan dengan suatu perangkap Perangkap untuk
pepasangan-
yang sesuai dengan pengadang air tidak kurang daripada dua inci. pepasangan
kekotoran

5.9.2 Garispusat dalam bagi tiap-tiap perangkap hendaklah tidak kurang daripada –

(a) tiga inci., berkenaan dengan pepasangan jamban, singka bilas, atau
tempat kencing yang mempunyai lebih daripada empat besen atau
sekatan atau dengan saluran lebih daripada enam kaki panjangnya.

(b) dua inci, berkenaan dengan tempat kencing yang mempunyai satu dan
tidak lebih daripada dua besen atau sekatan atau dengan saluran tidak
lebih daripada enam kaki panjangnya:

(c) satu suku inci, berkenaan dengan tempat mandi bertanggung atau
mangkuk tempat kencing.

5.9.3 Garispusat dalamperangkap-perangkap hendaklah tidak kurang daripada yang


ditentukan dalam Lampiran 5A Bahagian ini.

5.10.1 Tiap-tiap pepasangan buangan hendaklah disediakan sebaik-baik sahaja di Perangkap untuk
pepasangan-
bawah pepasangan itu dengan suatu perangkap yang sesuai: pepasangan
buangan
Dengan syarat bahawa perangkap itu dikehendaki ;

(a) di mana paip buangan dari pepasangan itu tidak lebih dari tiga kaki enam
inci panjangnya dan mengeluarkan di atas atau ke dalam suatu gegelok
berperangkap yang sesuai:

(b) berkenaan dengan besen-besen tandas, di mana paip-paip buangan itu


membuang dengan cara yang diperuntukan dalam Undang-undang Kecil
5.13.4 (b);

(c) berkenaan dengan satu baris mandi-mandi hujan, dimana Saliran yang
disediakan kerananya disediakan, pada titik yang bawah sekali dengan
suatu perangkap.

5.10.2 Kecuali sebagaimana diperuntukan dalam Undang-undang Kecil 5.10.3 tiap-


tiap perangkap yang disediakan kerana pepasangan buangan hendaklah
mempunyai –

(a) garispusat dalam tidak kurang daripada satu suku inci; dan

(b) satu penghadang air tidakkurang dari tiga inci.

- 40 -
5.10.3 Di mana paip hampas daripada pepasangan kotoran disambung ke suatu paip
kekotoran, perangkap yang disediakan kerana pepasangan kekotoran itu
hendaklah –

(a) mempunyai garispusat dan tidak kurang daripada satu suku inci;

(b) satu penghadang air tidak kurang daripada tiga inci; atau

(c) hendaklah –

(i) mempunyai pengudaraan yang cukup; atau

(ii) dibina untuk menghalang kehilangan penghadang air.

5.11 Semua kekotoran hendaklah dibawah dengan betul dengan cara paip-paip yang Pembuangan
kekotoran
sesuai kepada parit-parit yang disediakan untuk membawa kumbahan.

5.12.1 Garispusat dalam tiap-tiap paip kekotoran daripada pepasangan jamban atau Paip kekotoran
singka bilas hendaklah tidak kurang daripada :-

(a) tiga inci : atau

(b) garispusat dalam paip alir keluar bagi perangkap mana-mana pepasangan
yang kepadanya paip kekotoran itu disambung yang mana satu lebih
besar.

5.12.2 Garispusat dalam tiap-tiap paip kekotoran daripada satu tempat kencing atau
tempat mandi bertunggang hendaklahtidak kurang daripada garispusat dalam
paip alir keluarbagi perangkap mana-mana pepasangan yang kepadanya
paipkekotoran itu disambung.

5.12.3 Tiap-tiap paip kekotoran hendaklah disambung dengan betul kepada suatu
parit tanpa dihalang oleh mana-mana perangkap.

5.13.1 Paip-paip hampas kepadanya hampas daripada sesuatu pepasangan hampas Paip-paip Hampas
dibuang hendaklah mempunyai garispusat dalam tidak kurang daripada :-

(a) Satu suku inci: atau

(b) Garispusat dalam alir keluar perangkap yang kepadanya paip hampas itu
disambung.yang mana satu lebih besar.

- 41 -
5.13.2 Paip-paip hampas yang kepadanya hampas daripada lebih daripada satu
pepasangan dibuangkan hendaklah daripada garispusat yang mencukupi untuk
membawa semua hampas itu.

5.13.3 Tiap-tiap paip hampas hendaklah berhenti pada hujung bawah yang tidak
kurang daripada enam inci di sebelah atas saluran atau gegelok berperangkap
di atas atau ke dalam mana ia dilepaskan.

5.13.4 Paip-paip hampas daripada besen-besen tandas boleh dilepaskan :-

(a) Ke dalam arah saliran yang sesuai yang betul-betul di bawah besen-
besen tandas itu. Jika alur-alur saliran itu dilepaskan sesuatu gegelok
berperangkap: atau

(b) Ke dalam paip hampas am. Jika paip hampas am itu dilepaskan menerusi
suatu perangkap dan mempunyai cara laluan yang mencukupi untuk
pembersihan.

5.13.5 Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Undang-undang Kecil 5.10.3 paip-


paip hampas boleh disambung kepada suatu paip kekotoran.

5.14.1 Paip-paip kekotoran dan paip-paip hampas tidak boleh mempunyai liku-liku di Liku-liku dalam
paip-paip
dalamnya, melainkan apabila tidak dapat dielakkan. kekotoran dan
hampas

5.14.2 Apabila suatu liku tidak dapat dielakkan :-

(a) Liku itu hendaklah-

i. Mempunyai sudut cakah:

ii. Mempunyai lengkungan lilitan bulatan yang paling besar dan


boleh dipakai; dan

iii. Tidak mengubah dengan apa-apa cara keratan lintang paip itu: dan

(b) Suatu loreksa atau lain cara laluan yang sesuai hendaklah disediakan
pada atau dekat liku itu.

5.15.1 Laluan yang mencukupi hendaklah disediakan dengan cara loreksa-loreksa Laluan ke paip-
paip kekotoran
atau cara lain yang diluluskan, untuk membolehkan paip-paip kekotoran dan dan hampas
paip hampas dibersihkan daripada sebarang halangan.

- 42 -
5.15.2 Tempat-tempat laluan itu hendaklah diletakkan sedemikian supaya boleh
membenarkan kelegaan untuk kemasukkan batang-batang pembersihan dengan
mudah.

5.16.1 Di mana dua atau lebih perkakas pembersihan disediakan dengan paip hampas Paip-paip anti-
saifan
atau paip kekotoran am, selain daripada dalam sistem paip tunggal, suatu paip
anti-saifan hendaklah disediakan.

5.16.2 Tiap-tiap paip anti-saifan hendaklah disambung dengan -

(a) suatu perangkap, jika sambungan dengan paip anti-saifan itu adalah
suatu bahagian lengkap perangkap itu: atau

(b) cabang paip kekotoran atau cabang paip hampas -

i. di sisi pengadang air yang paling dekat dengan paip kekotoran


besar atau paip hampas:

ii. pada suatu tempat tidak melebihi daripada dua belas inci daripada
alir keluar perangkap dan,

iii. dengan miring menghala alirannya.

5.16.3 Garispusat dalam tiap-tiap paip anti-saifan hendaklah -

(a) jika garispusat paip kekotoran atau paip hampas kepada mana dia
disambung adalah tiga inci atau lebih tidak kurang daripada dua inci.

(b) jika garispusat paip kekotoran atau paip hampas itu kurang daripada tiga
inci, tidak kurang daripada -

i. dua pertiga daripada garispusat dalam paip kekotoran atau paip


hampas itu, atau

ii. satu suku inci

yang mana satu lebih besar.

5.16.4 Paip besar anti-saifan boleh disambung kepada paip kekotoran yang di bawah
Undang-undang Kecil 5.17.3 bertindak sebagai paip pengudaraan.

5.16.5 Tiap-tiap sambungan paip besar anti-saifan ke suatu paip kekotoran yang
bertindak sebagai paip pengudaraan hendaklah dibuat pada suatu tempat di
sebelah atas paras banjir pepasangan yang paling tinggi sekali yang disambung
kepada paip kekotoran.

- 43 -
5.17.1 Tiap-tiap pengudaraan bagi suatu parit atau betung hendaklah dibawa setinggi Paip-paip
pengudaraan
tidak kurang daripada tiga kaki di sebelah atas bumbung bangunan itu yang
kepadanya ia dipasang atau di mana bangunan itu mempunyai bumbung cerum
di sebelah atas cucur atap bangunan itu.

5.17.2 Tiada paip pengudaraan boleh dipasang sedemikian bagi membenarkan


perlepasan udara cemar daripada mana-mana parit, betung, paip kekotoran atau
paip hampas ke dalam mana-mana bangunan.

5.17.3 Paip-paip kekotoran atau paip-paip hampas boleh dibawa setinggi yang sesuai
di sebelah atas bangunan itu yang kepadanya ia dipasang untuk bertindak
sebagai paip-paip pengudaraan bagi mana-mana parit atau betung.

5.17.4 Garispusat dalam tiap-tiap paip pengudaraan dan tiap-tiap paip kekotoran atau
paip-paip hampas yang di bawah Undang-undang Kecil 5.17.3 bertindak
sebagai paip pengudaraan, hendaklah tidak kurang daripada empat inci atau
garispusat paip yang dilayannya yang mana lebih besar.

5.17.5 Penghujung terbuka tiap-tiap paip pengudaraan hendaklah disediakan dengan


satu jeruji yang sesuai yang mempunyai liang-liang daripada jumlah kawasan
tidak kurang daripada kawasan keratan paip itu.

5.17.6 Paip-paip pengudaraan tidak boleh dipakai bagi membawa air permukaan.

5.17.7 Paip-paip pengudaraan melainkan apabila tidak dapat dielakkan, hendaklah


lurus dan bebas daripada apa-apa liku-liku atau sudut-sudut.

5.18 Mana-mana salur yang ada di atas suatu bangunan dan bertujuan untuk Salur-salur air
hujan
memungut air hujan hendaklah -

(a) daripada saiz yang cukup bagi maksudnya;

(b) dipasang supaya mempunyai cerun yang sama dan memadai.

(c) daripada bahan-bahan yang sesuai daripada kekuatan dan ketahanan


yang memadai.

(d) disokong dengan memadai keselurunhan panjangnya tanpa menghalang


pergerakkan haba, apa-apa pepasangan yang memberi sokongan itu
dilekapkan dengan selamat kepada bangunan itu;

(e) diatur sedemikian supaya tidak boleh menyebabkan kelembapan, atau


kerosakan, kepada mana-mana bahagian bangunan.

(f) disambung dengan cara yang bersesuaian kepada bahan atau bahan-
bahan yang ia mengandungi supaya kekal kedap air.

- 44 -
(g) dipasang dengan alir keluar atau alir keluar-alir keluar yang memadai
yang ditempatkan sedemikian supaya mengeringkan keseluruhan
panjang saluran itu :

(h) disenggara tanpa apa-apa halangan.

5.19.1 Tiap-tiap paip air hujan yang melepaskan ke dalam suatu saluran hendaklah
melepaskan setinggi tidak lebih daripada enam inci di atas aras bahagian atas
saluran itu.

5.19.2 Tiap-tiap paip air hujan yang melepaskan ke saluran sisi suatu jalan hendaklah
disediakan, di sebelah kakinya, dengan satu tapak supaya boleh menentukan
bahawa mana-mana air permukaan yang dilepaskan daripada paip itu akan
dilepaskan terus ke dalam parit itu.

5.19.3 Bilangan dan saiz paip-paip air hujan yang disediakan bagi suatu bangunan
hendaklah mencukupi bagi maksud itu.

5.19.4 Tiada paip air hujan boleh dibina sedemikian supaya melepaskan ke dalam,
atau disambung dengan, mana-mana paip atau parit yang digunakan atau
dicadang untuk digunakan bagi membawa air kekotoran atau air hampas,
melainkan peruntukan dibuat dalam rekabentuk sistem pembetungan bagi
membawa air hujan.

5.19.5 Jika suatu paip air hujan mengalir melintas suatu siarkaki ke saluran sisi suatu
jalan, paip air hujan tu hendaklah mengalir menerusi suatu paip yang dibina
daripada besi-tuangan atau lain-lain bahan tidak berliang yang sesuai.

5.20.1 Suatu paip air hujan yang disediakan untuk membawa air permukaan daripada Paip-paip air hujan
untuk serambi atau
serambi atau balkoni hendaklah, di mana ada pada tempat yang sesuai, suatu balkoni
paip air hujan yang disediakan untuk membawa air permukaan daripada
bumbung bangunan itu, disambung kepada paip tersebut.

5.20.2 Garis pusat dalam paip air hujan daripada serambi atau balkoni hendaklah
tidak kurang daripada satu setengah inci.

5.21.1 Tiap-tiap paip kekotoran, paip hampas, paip anti-saifan, paip pengudaran, paip Pembinaan paip-
paip
limpah dan tiap-tiap paip yang disambung kepada mana-mana parit yang
disediakan untuk membawa kumbahan hendaklah ;

(a) berbentuk bulat : dan

(b) mengandungi bahan yang sesuai dan daripada kekuatan dan ketahanan
yang mencukupi.

- 45 -
5.22 Tiap-tiap sambungan paip kekotoran, paip hampas, paip anti-saifan, paip Sambungan paip-
paip
pengudaraan, paip air hujan, atau paip limpah dengan suatu paip lain, atau
dengan suatu perangkap, salur atau pepasangan lain, mengikut mana yang
berkenaan, hendakalah dibuat dalam cara yang sesuai kepada jenis bahan-
bahan daripada mana paip atau perangkap, salur atau pepasangan lain itu
dibina supaya menjadi kedap air dan tidak menyebabkan hakisan urai elektrik
disebabkan campuran bahan-bahan yang tidak serupa, dan tidak menyebabkan
apa-apa halangan di dalam paip itu.

5.23.1 Tiap-tiap paip kekotoran, paip hampas, paip pengudaraan dan paip air hujan Memasang paip-
paip
hendaklah dipasang dengan selamat kepada dinding bangunan itu yang
baginya ia disediakan dan disokong dengan memadai keseluruhan panjangnya
tanpa menahan pergerakan haba.

5.23.2 Mana-mana lubang yang dibuat dalam mana-mana lantai atau dinding supaya
membenar kan mana-mana paip itu dipasang hendaklah ditutup balik dengan
betul dan dimetri sekeliling paip itu.

5.24 Jika suatu paip kekotoran, paip hampas, paip anti-saifan, paip pengudaraan, Paip-paip dalam
saluran-saluran
atau paip air hujan dipasang kepada suatu saluran di dalam suatu bangunan,
keping-keping laluan hendaklah disediakan daripada suatu ukuran dan diletak
sedemikian supaya laluan memadai boleh didapat kepada semua sambungan
paip dalam saluran itu.

5.25.1 Keseluruhan pepasangan kebersihan suatu bangunan hendaklah dibina


sedemikian supaya semua pepasangan, sambungan paip dan pepasangan yang
serupa dibuat dengan betul dan kedap air.

5.25.1 Sistem-sistem paip hendaklah diuji untuk kedap gas dan perjalanan tenaga air
dan pengadang perangkap hendaklah diuji bagi kemantapan ujian-ujian yang
mana hendaklah dijalankan dengan kehadiran seorang wakil dari Pihak
Berkuasa Tempatan dan hendaklah mengikut kehendak-kehendak yang
ditentukan dalam Lampiran 5B Bahagian ini.

- 46 -
LAMPIRAN 5A

GARISPUSAT DALAM MINIMUM BAGI PERANGKAP

(1) Perkakas-perkakas rumahtangga


Jenis perkakas Garispusat dalam
minimum
inci mm
Basen basuh 1½ 32
Tempat mandi bertunggang 1½ 32
Ssingka 1½ 38
Tempat mandi 1½ 38
Tempat mandi hujan 1½ 38
Tong basuh pembuangan hampas 2 50
Unit pembuangan hampas dapur (tiub perangkap 1½ 38
adalah perlu

(2) Bukan perkakas-perkakas rumahtangga


Jenis perkakas Garispusat dalam
minimum
inci mm
Pancutan minimum ½ 19
Telaga bar 1½ 32
Singka hotel dan kantin 1½ 38
Tempat kencing (mangkuk) 1 ¼* 32*
Tempat kencing (sekatan)(1 atau 2) 2 50
Tempat kencing (sekatan)(3 atau 4) 2½ 63
Tempat kencing (sekatan)(5 atau 6)+ 3 76
Unit pembuangan hampas makanan tiub perangkap 2 50
adalah perlu)

(*) Dalam daerah-daerah air keras ini boleh dikehendaki lebih besar.
(+) Jika terdapat lebih daripada enam sekatan dalam satu barisan lebih daripada satu air keluar hendaklah
disediakan.

- 47 -
Lampiran 5B

UJIAN PEPASANGAN-PEPASANGAN KEBERSIHAN

1. (a) UJIAN AIR. Ujian air boleh dibuat sebelum perkakas-perkakas disambung Ujian sistem
dan boleh dijalankan berperingkat-peringkat supaya menghadkan kepala
tetap kepada 15 kaki. Adalah mustahak dimeteri semua lubang yang
berkaitan dengan ujian itu dan mengadakan sokongan kepada palam yang
digunakan sebagai penyumbat.

(b) UJIAN UDARA. Ujian udara boleh dibuat dengan memasukkan palam-
palam getah ujian kembang dalam hujung-hujung bawah dan atas paip
kekotoran besar dan paip pengudaraan besar dan menutup palam-palam
dengan air, di mana mungkin,

Palam ujian pada hujung atas paip pengudaraan hendaklah dipasang dengan keping
payung dengan kunci atas tiap-tiap cabang, satu cabang disambung dengan paip
lembut kepada penyukat gas. Tekanan udara kemudian dimasukkan ke dalam
sistem itu melalui cabang keping payung yang lagi satu sehingga tekanan yang
dikehendaki sama dengan 1½ inci penyukat air, dan patut kekal seimbang bagi
tempoh tidak kurang daripada tiga minit untuk membuktikan kebaikan pepasangan
itu.

Sebagai ganti, tekanan udara boleh dikenakan dengan melalukan tiub lembut
daripada keping payung yang di lekap kepada penyukat melalui perangkap
pengadang air perkakas kebersihan itu, ujian itu dijalankan sebagaimana
diterangkan di atas.

(c) UJIAN ASAP. Kecacatan-kecacatan yang ditunjukkan oleh ujian udara


boleh ditentukan dengan mengepam asap ke dalam sistem itu dengan mesen
asap. Langkah cermat hendaklah diambil untuk menentukan sistem itu diisi
dengan asap sebelum ditutup dengan palam-palam.

(d) PERJALANAN TENAGA AIR. Ujian pembuangan patut dibuat pada semua
perkakas, satu persatu atau dengan berkumpul. Halangan dalam mana-mana
barisan paip patut dicari dan keseluruhan sistem itu diperiksa bagi perjalanan
tenaga air yang betul, termasuk penyimpanan pengadang air yang memadai
dalam tiap-tiap perangkap.

Apa-apa kecacatan yang ditunjukkan oleh ujian-ujian itu patut diperbaiki,dan


ujian-ujian itu diulang sehingga hasil yang memuaskan didapati.

2. Sistem paip kekotoran atau paip hampas patut, dalam ujian, boleh tahan apa-apa Ujian untuk
Kemantapan
keadaan pembuangan perkakas-perkakasnya yang berlaku dalam yang lain dan Pengadang-
tiap-tiap perangkap patut menyimpan sekurang-kurangnya satu inci daripada Pengadang
pengadangnya dalam keadaan-keadaan demikian.Ujian itu patut dilakukan untuk Perangkap Dalam
sistem Paip
membuat sepenuh-penuh perkiraan bagi kesan-kesan sedutan dan tekanan Kekotoran Dan
maksimum yang boleh berlaku - paip hampas

- 48 -
(i) dalam pepasangan-pepasangan kecil apabila semua pekakas dibuang
bersama-sama; atau

(ii) dalam pepasangan-pepasangan besar apabila perkakas-perkakas mencukupi


dibuang bersama-sama untuk mendatangkan keadaan-keadaan kemuncak.

BAHAGIAN 6

KERJA SALIRAN

6.1 Tiap-tiap bangunan hendaklah disediakan dengan paip-paip, parit-parit dan Saliran Bangunan-
bangunan
saluran-saluran sebagaimana diperlukan bagi pembuangan kumbahan dan air
permukaan daripada bangunan itu.

6.2.1 Parit-parit yang disediakan bagi membawa kumbahan, hendaklah dimana ada Pembuangan
Kumbahan.
betung yang disediakan bagi membawa kumbahan pada aras dan tempat yang
sesuai dalam satu ratus ela daripada sempadan lot di atas mana bangunan yang
kerananya parit-parit itu disedia, didiri, disambung kepada betung itu.

6.2.2 Jika tiada betung tersebut, Pihakberkuasa tempatan boleh, dengan perintah
bertulis, menghendaki pemunya mana-mana bangunan supaya menyediakan
suatu tangki najis atau lain-lain loji pembersihan kumbahan yang berpatutan.

6.3.1 Kecuali sebagaimana diperuntukkan dalam Undang-undang Kecil 6.3.2. semua Pembuangan air
permukaan
air permukaan daripada suatu bangunan hendaklah, jika terdapat parit yang
disediakan untuk membawa air permukaan, pada aras dan tempat yang sesuai
dalam satu ratus ela daripada bangunan itu, dibawa, dengan cara paip-paip air
hujan dan parit yang disediakan untuk membawa air permukaan, kepada parit
tersebut, atau jika tidak ada parit tersebut hendaklah dibawa dengan
memuaskan hati Pihakberkuasa Tempatan, kepada saluran awam yang
disediakan untuk membawa air permukaan atau kepada saluran di sisi suatu
jalan.

6.3.2 Jika tiada parit air permukaan tersebut dan tiada saluran awam atau saluran di
sisi suatu jalan, air permukaan tersebut hendaklah dibawa dengan memuaskan
hati Pihakberkuasa Tempatan kepada suatu anak sungai atau lain-lain jalanair.

6.3.3 Tiada paip yang disediakan untuk membawa air permukaan daripada suatu
bangunan boleh membuang melintas permukaan mana-mana siarkaki di suatu
jalan.

6.4 Pihakberkuasa Tempatan boleh menurut budibicaranya membenarkan mana- Gegelok-gegelok


halaman
mana halaman disambung kepada atau menjadi sebahagian daripada mana-
mana kandang kuda, kandang lembu, kandang babi, rumah sembelih atau lain-
lain tempat digunakan untuk menempatkan atau menambat binatang-binatang
hidup atau mana-mana halaman berturap suatu rumah kedai atau pembangunan
yang serupa yang digunakan bagi penyediaan makanan atau membasuh kain
baju atau perkakas-perkakas untuk dikeringkan ke dalam gegelok
berperangkap yang disambung kepada parit kekotoran atau betung, aras

- 49 -
gegelok berperangkap itu lebih tinggi daripada aras banjir paling tinggi yang
diketahui.

6.5 Parit-parit yang disediakan untuk membawa air bawah tanah boleh disambung Pembuangan air
bawah tanah
kepada betung yang disediakan untuk membawa air permukaan atau kepada
parit yang disediakan untuknya.

6.6.1 Sesuatu parit hendaklah — Pembinaan parit-


parit.

(a) daripada kekuatan yang mencukupi dengan menimbangkan cara dia


dipasang atau disokong dan beban-beban maksimum dan kuasa-kuasa
yang akan dikenakan kepadanya, dan, jika perlu, dilindungi daripada
kerosakan:

(b) bersama-sama dengan sambungan-sambungan dan pepasangan-


pepasangannya, dibina daripada bahan-bahan yang cukup tahan dengan
menimbangkan kepada benda yang akan lalu di dalamnya dan, jika di
bawah tanah, dengan menimbangkan kepada keadaan tanah dan air
bawah tanah yang menerusinya ia lalu:

(c) mendapatkan semua sambungan-sambungan dibentuk dalam cara


sedemikian -

i. sebagaimana yang berpatutan dengan bahan-bahan yang


daripadanya parit atau betung itu diperbuat:

ii. bahawa sambungan-sambungan itu kekal kedap air di bawah


semua keadaan pekerjaan, termasuk apa-apa perubahan
pergerakan di antara paip dan tanah itu atau apa-apa binaan
melaluinya atau di bawahnya ia lalu: dan

iii. bahawa sambungan-sambungan itu tidak menjadi apa-apa


halangan bagi bahagian dalam parit itu:

(d) dipasang dalam barisan lurus di antara tempat-tempat di mana perubahan


hala atau cerun berlaku: dan

(e) direkabentuk sedemikian dan dibina daripada suatu ukuran, dan


melainkan kandungannya dipan dipasang pada suatu cerun supaya boleh
menentukan yang ia boleh membersih dengan sendiri dan dengan cekap
membawa pergi isipadu maksimum benda yang boleh dibuangkan ke
dalamnya.

6.6.2 Garispusat dalam sesuatu parit hendaklah, pada mana-mana tempat tidak
kurang daripada alir keluar manan-mana perkakas, paip atau parit yang
pembauangan daripadanya melaluinya pada tempat itu :

- 50 -
Dengan syarat iaitu garispusat dalamnya hendaklah tidak kurang daripada 4
inci mengenai mana-mana parit yang bertujuan membawa kumbahan atau air
yang dikotorkan dengan buangan perkilangan.

6.6.3 Jika mana-mana parit yang melalui suatu bangunan, bahagian yang terletak di
dalam bangunan itu hendaklah -

(a) disokong dengan memadai pada keseluruhan panjangnya tanpa


menyekat pergerakan haba, apa-apa pepasangan yang memberi
sokongan tersebut dipasang dengan selamat kepada bangunan itu; dan

(b) ditempatkan sedemikian supaya boleh dilalui dengan berpatutan pada


keseluruhan panjangnya bagi penyelenggaraan dan pembaikan.

6.6.4 Tiap-tiap parit hendaklah, selepas kerja memasang parit itu dijalankan,
termasuk apa-apa kerja yang perlu untuk menyalut atau mengelilingi parit itu
dengan konkrit dan menimbus balik alur itu hendaklah diuji untuk kedap air
mengikut Lampiran 6A Bahagian ini.

6.6.5 Persimpangan satu parit cabang tunggal dengan parit lain pada suatu sudut
tidak melebihi 45 dalam hala aliran boleh dibuat dengan cara persimpangan Y
yang dibuat bagi maksud itu.

6.6.6 Mana-mana sambungan di antara -

(a) suatu parit cabang dan parit lain, atau

(b) suatu parit dan betung;

hendaklah dibuat sedemikian supaya parit cabang atau betung yang membuang
kandungannya ke dalam parit atau betung lain, dan parit cabang yang
membuang ke dalam parit atau betung besar berada pada aras soflit yang sama
atau lebih tinggi daripada parit atau betung besar itu, atau dengan cara jatuh
tegak dan plana yang mana satu boleh dipakai.

6.6.7 Mana-mana sambungan di antara parit dan suatu betung, hendaklah dibuat
sedemikian supaya sambungan itu akan kekal kedap air dan sebaliknya
memuaskan hati di dalam semua keadaan pekerjaan.

6.7.1 Tiap-tiap alir masuk di bahagian paling atas tiap-tiap parit cabang atau betung, Alir masuk-alir
masuk kepada
selain daripada untuk kekotoran atau paip pengudaraan, hendaklah parit-parit
diperangkap dengan betul dengan satu perangkap yang baik, yang hendaklah
dibentuk dan dipasang sedemikian supaya boleh mengekalkan pengadang air
tidak kurang daripada tiga inci.

- 51 -
6.7.2 Tiada alir masuk kepada suatu parit boleh dibuat di dalam suatu bangunan
kecuali -

(a) suatu alir masuk yang menjadi bahagian yang perlu kepada sambungan
suatu pepasangan kekotoran atau pepasangan hampas;

(b) alir masuk untuk membawa buangan perkilangan atau

(c) di mana cara sambungan lain tidak mungkin.

6.8.1 Tiap-taip parit hendaklah diudarakan mengikut Undang-undang Kecil 5.17.1 Pengudaraan
hingga 7 dan udara atau gas-gas daripada betung awam hendaklah dibenarkan
mengalir melalui parit-parit dan lepas keluar ke dalam udara bebas dengan cara
paip-paip pengudaraan ini. Tiada perangkap sekatan boleh disediakan
kerananya dalam mana-mana parit kekotoran melainkan parit itu ialah untuk
buangan perkilangan dalam hal yang mana Pihakberkuasa Tempatan boleh
menghendaki perangkap sekatan.

6.8.2 Tiap-tiap lorang yang menempatkan suatu perangkap hendaklah diudarakan


oleh paip pengudaraan tetapi jika tidak mungkin, alir masuk udara bersih
hendaklah disediakan. Di mana alir masuk udara bersih dikehendaki, ia boleh
mengandungi paip 4 inci menembusi dinding lorong itu dan berhenti pada
turus alir masuk udara bersih di sebelah atas aras tanah.

6.8.3 Penutup-penutup pengudaraan tidak boleh digunakan di atas mana-mana


lorang tanpa kebenaran bertulis Pihakberkuasa Tempatan.

6.9.1 Lorang-lorang atau bilik-bilik periksa hendaklah disediakan - Lorang-lorang

(a) pada tiap-tiap perubahan hala dalam mana-mana parit atau betung
kecuali di mana -

(i) perubahan hala tidak melebihi 45 ;

(ii) jejari dalam bagi liku tidak kurang daripada enam kali garispusat
dalam parit atau betung; dan

(iii) perubahan hala dibuat dengan cara paip yang dibuat bagi maksud
itu;

(b) pada tiap-tiap perubahan dalam cerun; dan

(c) pada tiap-tiap perubahan dalam saiz parit atau betung.

6.9.2 Lorang-lorang atau bilik-bilik periksa hendaklah disediakan -

(a) pada jarak-jarak tidak lebih daripada dua ratus kaki dalam tiap-tiap parit

- 52 -
dan betung yang tidak lebih daripada 12 inci garispusat.

(b) pada suatu parit, 40 kaki daripada persimpangan di antara parit itu
dengan parit lain, melainkan ada bilik periksa atau lorang terletak di
persimpangan itu;

(c) pada tempat yang paling tinggi bagi parit melainkan ada lubang periksa
pada tempat itu.

6.10.1 Tiap-tiap lorang dan bilik periksa hendaklah daripada saiz dan bentuk yang Pembinaan lorang-
lorang dan bilik-
membolehkan laluan tersedia untuk merodok dan mematuhi saiz minimum bilik periksa
yang disyorkan dalam Kanun Amalan B.S. yang berkenaan dan hendaklah
dibina daripada

(a) kerja batu bata dalam campuran simen sekurang-kurangnya sembilan


inci tebalnya;

(b) konkrit (campuran nominal 1:2:4) sekurang-kurangnya lima inci


tebalnya; atau

(c) lain-lain bahan kalis yang diluluskan.

6.10.2 Tiap-tiap lorang dan bilik periksa hendaklah dibina sedemikian supaya boleh -

(a) menahan beban-beban yang boleh dikenakan ke atasnya;

(b) menolak air permukaan dan air bawah tanah;

(c) kedap air; dan

(d) menyediakan penutup-penutup lorang untuk mematuhi B.S.497 bagi


saiz.

6.10.3 Asas tiap-tiap lorang hendaklah dibina daripada konkrit (campuran nominal
1:2:4) tidak kurang daripada enam inci tebalnya.

6.10.4 Tetanggul-tetanggul dan semua muka dalam tiap-tiap bilik periksa dan lorang
hendaklah disapu dengan campuran simen yang tahan belerang sekurang-
kurangnya ¾ inci tebalnya supaya boleh menyediakan permukaan yang licin
dan kalis.

6.10.5 Di mana bahagian sistem saliran di dalam bilik periksa atau lorang itu dibina
daripada saluran-saluran terbuka, ia hendaklah disediakan dengan tetanggul
yang mempunyai kemasan halus yang kalis dan dibentuk sedemikian supaya
boleh mengalirkan kumbahan menghala paip ke dalam mana saluran besar
dibuang dan supaya menyediakan pijakan yang selamat.

6.10.6 Perut saliran dalam bilik periksa atau lorang hendaklah dibentuk dengan paip

- 53 -
tanah bergerlis yang separuh bulat, dan hendaklah mempunyai garispusat tidak
kurang daripada garispusat parit alir masuk yang paling besar atau betung ke
dalam mana dan tidak lebih daripada garispusat parit alir keluar atau betung
daripada lorang itu.

6.10.7 Tiap-tiap saliran alir masuk kepada lorang hendaklah dibuang ke dalam alur
saliran di dalamnya dengan liku-liku yang dibuat dengan baik yang dibina di
dalam tetanggul lorang itu.

6.10.8 Besi-besi pemijak dan tangga atau pepasangan-pepasangan lain hendaklah


daripada bahan tahan yang tidak reput dan hendaklah dibina sedemikian
supaya boleh menyediakan laluan selamat kepada aras parit atau betung itu.

6.10.9 Mana-mana bilik periksa dalam suautu bangunan, lain daripada bilik periksa
yang memberi laluan kepada suatu bahagian parit atau betung persendirian
yang dibina dengan pepasangan-pepasangan periksa yang mempunyai
penutup-penutup kedap air hendaklah-

(a) dibina sedemikian, berhubung dengan bingkai dan penutupnya, supaya


boleh kedap air apabila tertakluk kepada tekanan tenaga air dalam
maksimum yang boleh disebabkan oleh sumbatan sistem saliran itu pada
mana-mana tempat di bawah bilik periksa itu; dan

(b) dipasang dengan penutup beralih dan tidak berudara daripada kekuatan
yang memadai, dan dibina daripada bahan yang sesuai dan tahan yang

(i) dipasang dalam bingkai dengan tutup kedap udara; dan

( ii ) dipasang kepada bingkai dengan salak beralih dibuat daripada


bahan yang tahan reput.

6.11.1 Gegelok-gegelok berperangkap hendaklah ditutup dengan jeruji yang sesuai Gegelok-gegelok
berperangkap
mempunyai liang-liang yang sama dengan kawasan tidak kurang daripada
kawasan muka keratan lintang alir keluar perangkap itu.

6.11.2 Di mana gegelok-gegelok berperangkap ditutup, peruntukan yang memadai


hendaklah dibuat bagi pengudaraan ruang di bahagian ruang atas aras air
perangkap itu.

6.11.3 Di mana gegelok-gegelok berperangkap bersambung kepada betung-betung, ia


hendaklah diletakkan di bahagian atas aras banjir paling tinggi yang diketahui
di mana-mana mungkin.

6.12 Tiap-tiap loreksa hendaklah- Loreksa

(a) dipasang dengan penutup, supaya membuatkan loreksa itu kedap udara
dan kedap air; dan

- 54 -
(b) daripada suatu saiz supaya boleh membenarkan kemasukan mudah untuk
batang-batang pembersihan.

6.13.1 Semua alur di dalam mana parit-parit atau betung-betung telah dipasang Menimbus alur-
alur saliran
hendaklah ditimbus dengan cermat, sekeliling dan di atas parit-parit atau
betung-betung, dengan tanah yang hendaklah dihentak dan dipadat dengan
cermat.

6.13.2 Tiada batu-batu atau lain-lain bahan yang tidak boleh lalu menerusi longkang 2
inci boleh dibuang ke dalam alur itu dalam lingkungan 1 kaki daripada
bahagian atas suatu parit atau betung.

6.14.1 Jika suatu parit atau betung dibina berhampiran dengan bahagian tanggung Alur-alur untuk
parit-parit dan
beban suatu bangunan, langkah berhati-hati hendaklah diambil sebagai yang betung-betung
diperlukan untuk menentukan alur di dalam mana parit atau betung itu
dipasang tidak dalam cara apa pun akan merosakkan kemantapan bangunan
itu.

6.14.2 Jika suatu parit atau betung berhampiran dengan dinding dan bahagian bawah
alur itu lebih rendah daripada asas dinding, alur itu hendaklah ditimbus dengan
konkrit ke aras tidak lebih rendah daripada bahagian bawah asas dinding itu
dengan melebihi jarak asas itu ke sisi dekat alur itu kurang 6 inci, melainkan
keadaan tanah itu membuatkannya tidak perlu;

Dengan syarat bahawa di mana alur itu ialah dalam lingkungan 3 kaki daripada
asas dinding itu, alur itu hendaklah ditimbus dengan konkrit ke arah sebelah
bawah asas itu.

6.14.3 Penimbusan konkrit yang dikehendaki oleh Undang-undang Kecil 6.14.2


hendaklah mempunyai sambungan-sambungan kembang sebagaimana yang
diperlukan untuk menentukan tiada panjangnya penimbusan yang berterusan
lebih daripada 30 kaki.

6.15.1 Salur-salur yang disediakan untuk membawa air permukaan hendaklah Salur-salur air
permukaan
daripada saiz yang memadai, dibina daripada bahan kalis yang diluluskan dan
mempunyai kemasan licin dan dipasang kepada cerun yang boleh
mengeluarkan halaju perbersihan sendiri yang deras.

6.15.2 Jeruji-jeruji atau perangkap-perangkap yang sesuai hendaklah disediakan


untuk menahan tanah, lumpur dan lain-lain ketul-ketul selerak daripada
memasuki mana-mana betung, saluran awam atau anak sungai.

- 55 -
LAMPIRAN 6A

MENGUJI BETUNG-BETUNG DAN PARIT-PARIT

1. (a) AM. Semua lanjar betung dan parit hendaklah diuji bagi kedap air, dengan
cara tekanan air yang dikekalkan tidak kurang daripada 10 minit. Daripada
barisan paip yang baik tidak ada keuntungan boleh didapati dengan
meneruskan ujian-ujian itu lebih daripada 1 jam. Ujian asap tidak boleh
digunakan.

(b) Ujian itu hendaklah dibuat sebelum paip-paip itu disalut dengan konkrit dan
ditutup, dan diulang selepas menimbus balik alur atau kepalabatu.

(c) Dimana juga mungkin ujian patut dijalankan daripada lorong ke lorong.
Parit-parit cabang yang pendek disambung dengan parit besar di antara
lorong-lorong patut diuji sebagai satu sistem dengan parit besar. Dalam
cabang-cabang panjang sesuatu ujian persimpangan patut dimasukkan di
samping persimpangan dengan parit besar dan cabang itu diuji berasingan
dan selepas ujian itu diluluskan, ujian persimpangan itu patut ditutup dengan
kemas. Lorong-lorong patut diuji berasingan.

(d) Berhubung dengana ujian air, di mana terdapat perangkap di bahagian atas
hujung parit cabang,sesuatu tiub getah hendaklah dimasukkan melalui
penutup perangkap supaya boleh menarik keluar udara terkurung semasa
paip-paip itu penuh dengan air.

2. (a) UJIAN AIR UNTUK PAIP-PAIP SELAIN DARIPADA BESI TUANGAN.


Perkakas bergerlis dan paip-paip konkrit hendaklah tertakluk kepada suatu
ujian tekanan sekurang-kurangnya 5 kaki kepala air di tempat yang paling
tinggi bagi bahagian yang diuji. Ini tidak memberikuasa kepada seorang
kerani kerja atau penyelia lain meghendaki atau mengatur satu ujian yang
boleh menyebabkan tekanan lebih daripada 15 paun bagi tiap-tiap inci
persegi (34 kaki 6 inci kepala) pada mana-mana tempat.

(b) Ujian itu hendaklah dijalankan dengan mepalam dengan sesuai hujung
bawah parit itu dan di hujung-hujung sambungan, jika ada, dan mengisi
sistem itu dengan air. Liku sendi patut disambung ke dalam dengan
sementara di hujung atasnya dan satu lanjar paip tegak yang mencukupi
disambung kepadanya supaya boleh menyediakan kepala ujian yang
dikehendaki itu.

(c) Kesurutan air ujian boleh disebabkan oleh satu atau lebih daripada punca-
punca berikut -

i. penyerapan oleh paip-paip dan sambung-sambung.

ii. penangasan paip-paip atau sambungan-sambungan.

iii. kebocoran pada sambungan-sambungan atau daripada paip-paip cacat;

- 56 -
atau

iv. udara terperangkap.

(d) Kelengaan hendaklah dibuat kepada perenggan 2(c)(i) dengan menambah air
sehingga penyerapan telah berhenti, selepas mana ujian sebenar hendaklah
bermula.

(e) Jika kebocoran boleh kelihatan, bahagian cacat daripada kerja itu hendaklah
dipotong dan dibetulkan. Penangasan yang sedikit yang sama rata, boleh
dilupakan, tetapi penangasan yang banyak daripada paip atau sambungan
yang tertentu hendaklah diambil sebagai menunjukkan kecacatan yang patut
dibetulkan.

3. (a) UJIAN AIR UNTUK PAIP-PAIP BESI TUANGAN. Betung-betung dan


parit-parit tuangan hendaklah diuji dengan tekanan minimum 5 kaki kepala
air. Palam-palam parit itu hendaklah ditupang dengan sesuai supaya
menahannya daripada terpancut paip itu.

(b) Ujian udara sebagaimana yang diterangkan dalam perenggan 4 boleh


digunakan untuk paip-paip ini.

4. (a) UJIAN UDARA. Di mana bekalan air yang mencukupi bagi maksud
menjalankan ujian air tidak didapati, atau jika boleh jadi sukar hendak
membuang air yang digunakan, suatu ujian tekanan udara boleh digunakan.

(b) Lanjar paip di bawah ujian hendaklah dipalam sebagaimana diterangkan


dalam perenggan 3 dan udara dipam ke dalamnya dengan cara yang sesuai
sehingga 4 inci air ditunjukkan dalam tiub U kaca yang disambung kepada
sistem itu. Dengan tidak mengepam lagi tekanan itu sepatutnya tidak jatuh
ke bawah 3 inci dalam tempoh 5 minit.

5. (a) UJIAN UNTUK LURUS DAN HALANGAN. Ujian untuk lurus dan
halangan hendaklah dikenakan di mana juga mungkin.

(b) Ujian-ujian boleh dijalankan -

i. dengan memasukan kepada hujung tinggi betung atau parit itu sebutir
bola licin dengan garis pusat 1/2 inci kurang daripada lubang laras paip
itu. Dengan ketiadaan halangan, seperti benang atau turap yang terjujul
menembusi sambumgan-sambungan itu, bola itu patut bergolek ke
bawah perut paip itu dan keluar di sebelah hujung bawahnya ; atau

ii. dengan cara cermin pada satu hujung barisan itu dan lampu di hujung
lain. Jika barisan paip itu lurus bulatan penuh cahaya boleh kelihatan
manakala jika barisan paip itu tidak lurus ini akan ketara. Cermin itu
akan juga menunjukkan halangan dalam paip itu.

- 57 -
6. UJIAN LORANG-LORANG. Lorang-lorang hendaklah diuji untuk kedap air
dengan memenuhinya dengan air, dan melihat apa-apa kesurutan aras air itu.
Walau bagaimanapun hendaklah diingat, bahawa barisan paip di sebelah hilir
mestilah juga dipenuhi dengan air untuk mengelakkan kesukaran mengalih malau
daripada alir keluar daripada lorang itu.

7. Ujian konkrit, jika dikehendaki hendaklah dijalankan sebagaimana yang ditentukan


oleh cara-cara piawai yang dibentangkan dalam Amalan Tatatertib Pusat Piawaian
Malaysia atau Amalan Tatatertib B.S 110- “The Structural Use of Concrete”.

8. REKOD. Rekod yang lengkap hendaklah disimpan mengenai semua ujian yang
dijalankan ke atas betung-betung dan parit-parit, semasa pembinaan dan selepas
digunakan.

BAHAGIAN 7

TANGKI-TANGKI NAJIS

7.1 Tiada tangki najis boleh ditempatkan di aras lebih tinggi daripada dan dalam Tempat tangki
najis.
lingkungan 100 kaki daripada mana-mana mata air , anak sungai atau telaga
yang air daripadanya digunakan atau mungkin digunakan untuk minuman atau
maksud rumahtangga atau untuk pembuatan atau penyediaan barang-barang
makanan atau minuman untuk makanan manusia atau untuk membersih bekas-
bekas yang digunakan dalam pembuatan atau penyediaan barang-barang
tersebut.

7.2 Kecuali setakat mana peruntukan dibuat kerananya dalam Undang-undang Bentuk tangki
najis
kecil ini, tiap-tiap tangki najis hendaklah mematuhi rekabentuk-rekabentuk
piawai yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan , Malaysia.

7.3.1 Tiap-tiap tangki najis hendaklah mempunyai suatu keupayaan minimum Keupayaan
sebagaimana yang ditetapkan oleh Pihakberkuasa Tempatan dengan cara yang
ditetapkan dalam Undang-undang Kecil 7.3.2 :

Dengan syarat bahawa tiada tangki najis boleh mempunyai keupayaan kurang
daripada empat ratus gelen.

7.3.2 Tangki najis hendaklah mempunyai keupayaan supaya boleh menyimpan


banyaknya kumbahan yang dibuang kedalamnya dalam suatu hari.

7.3.3 Banyaknya kumbahan yang dibuang hendaklah dikira dengan kadar lima puluh
gelen daripadanya untuk tiap-tiap hari bagi tiap-tiap orang yang menggunakan
atau mungkin akan menggunakan bangunan itu yang kerananya tangki najis itu
disediakan.

- 58 -
7.3.4 Bagi maksud Bahagian ini, bilangan-bilangan orang-orang yang menggunakan
atau mungkin akan menggunakan pepasangan-pepasangan kekotoran yang
dipasang dalam suatu bangunan hendaklah ditentukan oleh Pihakberkuasa
Tempatan.

7.4.1 Tiap-tiap tangki najis hendaklah — Pembinaan tangki


najis

(a) mempunyai lanjar cecair tidak kurang daripada empat kaki tetapi
tidak lebih daripada enam kaki ;

(b) mempunyai lebar tidak kurang daripada dua kaki enam inci ;

(c) mempunyai panjang tidak kurang daripada dua kali lebarnya ;

(d) mempunyai kelengaan sekurang-kurangnya sembilan inci di antara


permukaan cecair dalam tangki dan bumbung tangki ;

(e) disediakan dengan ruang yang mencukupi untuk pemeriksaan dan


pembersihan tiap-tiap ruang ; dan

(f) ditempatkan sedemikian supaya boleh membenarkan pembuangan


hampas tangki itu dengan cara tangki pembuangan hampas.

7.4.2 Tiap-tiap paip alir masuk ke dalam dan paip alir keluar daripada tangki najis
hendaklah disediakan dengan bilik-bilik periksa atau lorong-lorong daripada
saiz yang mencukupi bagi maksud-maksud pemeriksaan dan pembersihan.

7.4.3 Sisi tiap-tiap tangki najis hendaklah dibina daripada —

(a) kerja batubata dengan campuran simin tidak kurang daripada sembilan
inci tebalnya ;

(b) konkrit ( campuran nominal 1:2:4 ) tidak kurang daripada lima inci
tebalnya ; atau

(c) lain bahan tahan yang diluluskan yang tidak boleh dihakis atau reput.

7.4.4 Asas dan lantai tiap-tiap tangki najis hendaklah dibina dengan konkrit
(campuran nominal 1:2:4 ) tidak kurang daripada enam inci tebalnya.

7.4.5 Semua muka dalam , termasuk lantai , tiap-tiap tangki najis hendaklah —

(a) dilapik dengan 1/4 inci tebal campuran simin tahan belerang daripada
campuran 1:2 ; atau

- 59 -
(b) dilepa dengan lain-lain bahan yang diluluskan , supaya mendatangkan
permukaan yang licin dan kalis.

7.5.1 Tangki- tangki najis hendaklah dibina dengan dua petak atau lebih. Dalam Petak-petak
tangki-tangki dua petak, keupayaan petak pertama hendaklah tidak kurang
daripada setengah dan tidak lebih daripada dua pertiga daripada jumlah
keupayaan.

7.5.2 Dinding pembahagi dalam tangki-tangki dua petak hendaklah mempunyai


bukaan-bukaan dengan ukuran sekurang-kurangnya 4 inci dan jumlah kawasan
sekurang-kurangnya 25 inci persegi. Bukaan-bukaan hendaklah ditempatkan
pada pertengahan kedalaman cecair.

7.5.3 Dinding pembahagi hendaklah mempunyai lubang atau lubang-lubang yang


dibentuk menembusi pada aras sebelah bawah bumbungnya untuk
membenarkan laluan gas yang bebas.

7.6.1 Alir masuk kepada dan air keluar daripada tiap-tiap tangki najis hendaklah Paip-paip junam
dengan cara paip-paip junam daripada kedalaman tertentu upaya boleh
mengelakkan kekacauan najis diatas.

7.6.2 Tanpa menyentuh keluasan makna Undang-undang Kecil 7.6.1 -

(i) perut parit alir masuk hendaklah 3 inci di sebelah atas perut paip alir
keluar.

(ii) alat alir masuk hendaklah masuk sekurang-kurangnya 12 inci dan alat
alir keluar itu sekurang-kurangnya antara 15 inci hingga 18 inci dibawah
paras cecair dan masing-masing hendaklah menonjol tidak kurang
daripada enam inci di sebelah atas garis alir; dan

(iii) paip-paip junam alir masuk dan alir keluar hendaklah dibuat daripada
besi tuangan atau lain-lain bahan yang diluluskan.

7.6.3 Semua tangki hendaklah direkabentuk untuk membenarkan kumbahan masuk


pada satu hujung dan mempunyai alur lintang perlahan yang sama rata
menerusi tangki itu, dan membuang kumbahan cecair pada hujung lagi satu
dengan seberapa yang boleh tidak menggangu kandungan tangki itu.

7.7.1 Dalam tiap-tiap tangki najis ruang diantara atas aras air dan bahagian bawah Pengudaraan
penutupnya hendaklah -

(a) diudarakan dengan mencukupi; atau

(b) disediakan dengan cara yang mencukupi untuk menarik keluar gas-gas.

- 60 -
7.7.2 Sesuatu paip atau pengudaraan yang diluluskan yang disediakan dalam tangki
najis hendaklah dihalang daripada dimasuki nyamuk-nyamuk dengan cara
pengadang tembaga kasa yang halus atau bola.

7.8 Bumbung tangki najis hendaklah diteguhkan dengan mencukupi dan laluan Bumbung tangki.
hendaklah disediakan menerusinya kepada alat-alat alir masuk dan alir keluar
dan bagi mengosongkan tangki itu dengan menyediakan lubang-lubang yang
mencukupi.

7.9.1 Lubang-lubang semua tangki hendaklah disediakan dengan penutup kedap Penutup kedap
udara untuk
udara yang rapat daripada konkrit tuang atau logam bersamaan yang mematuhi lubang-lubang
Piawai Malaysia atau Piawai British yang berkenaan dan boleh diangkat oleh
dua lelaki : Dengan syarat bahawa jika Piawai-piawai Malaysia dan British
bertelingkah , Piawai Malaysia hendaklah dipakai.

7.9.2 Tiap-tiap penutup kedap udara hendaklah sama rata dengan bumbung dan
hendaklah disediakan dengan telaga-telaga keluli berlipat atau tidak menonjol
untuk mengangkat.

7.10 Cecair daripada semua tangki najis hendaklah dibersih jika dikehendaki dan Pembersihan dan
pembuangan
dibuang dengan cara yang ditetapkan oleh Pihakberkuasa Tempatan. cecair tangki najis

7.11.1 Cara-cara pembersihan dan pembuangan cecair tangki najis hendaklah Cara-cara
pembuangan
ditetapkan di atas dasar tempat , ketelapan tanah dan keadaan-keadaan air cecair.
tanah termasuk lanjar kepada meja air dan hendaklah dengan cara —

(i) saring-saring titis dan tiris ;

(ii) alur-alur saring bagi kawasan-kawasan luar bandar ; atau

(iii) cara-cara lain yang diluluskan oleh Pihakberkuasa Tempatan.

7.11.2 Dalam kawasan-kawasan bandar cuma saring-saring titis dan tiris sahaja boleh
dibenarkan.

7.12.1 Saringan-saringan titis dan tiris hendaklah dibentuk segiempat bujur atau bulat. Saringan-saringan
titis dan tiris

7.12.2 Keupayaan saring-saring hendaklah hendaklah dua kali ganda keupayaan


tangki najis.

7.12.3 Lanjar saring hendaklah tidak kurang daripada 4 kaki .

7.12.4 Penghantar-penghantar saring handaklah mengandungi pengatar ukuran


tunggal daripada lapisan atas tidak kurang daripada 2 kaki lanjar mengandungi
batu-batu pecah yang bersih berukuran 2 inci dan lapis bawah mengandungi
batu-batu pecah yang bersih berukuran 4 inci. Penghantar saring itu hendaklah
tahan gerak daripada serangan hayat, tahan dan tidak mengelupus.

- 61 -
7.12.5 lantai-lantai dan dinding-dinding saring-saring hendaklah dibina daripada kerja
batu-batu konkrit peringkat III atau bahan-bahan lain yang tidak serap air .

7.12.6 Sistem agihan cecair tangki najis di atas dasar saring itu hendaklah -

(a) bagi tangki-tangki najis yang mempunyai keupayaan lebih daripada 500
kaki padu, dilakukan dengan cara menyembur saifan-saifn dengan
agihan otomatis beralih.

(b) bagi tangki-tangki najis yang mempunyai keupayaan lebih daripada 200
kaki padu tetapi kurang daripada 500 kaki padu, dengan menyembur
saifan atau palung curah dengan agihan-agihan tetap.

(c) bagi tangki-tangki najis yang mempunyai kurang daripada 200 kaki padu
dengan cara sistem agihan yang memuaskan.

7.12.7 Semua palung curah dan agihan tetap hendaklah diperbuat daripada keping-
keping aluminium ukuran No. 18 atau lain-lain bahan tidak reput yang
diluluskan oleh Pihakberkuasa Tempatan .

7.12.8 Semua saring titis dan tiris hendaklah mempunyai lantai palsu yang disusun
untuk mengadakan saliran dan pengudaraan yang bebas .

7.12.9 Lantai palsu itu hendaklah dibina daripada –

(a) konkrit berlubang atau keping-keping genting berkaca ;

(b) konkrit tirus atau ketul-ketul batu-bata ; atau

(c) genting separuh bulat atau paip-paip konkrit dipasang dengan


sambungan-sambungan terbuka atau tembus di sisinya.

7.12.10 Sistem saliran bawah hendaklah dibina sedemikian supaya boleh mengumpul
cecair daripada dasar dalam parit-parit sisi atau parit besar dan untuk
membenarkan udara melalui ke atas atau ke bawah menimbusi dasar itu. Parit-
parit bawah hendaklah boleh dicuci dengan sendiri atau boleh dilalui untuk
pembersihan.

7.13.1 Alur-alur saringan hendaklah dibina dalam tanah yang kemas dan kalis . Alur-alur saringan

7.13.2 Kadar beban alur-alur saringan hendaklah 40 kaki persegi permukaan


saringan-saringan bagi tiap-tiap orang .

- 62 -
7.13.3 Alur-alur saringan hendaklah –

(a) minimum 4 kaki dalam ;

(b) maksimum 4 kaki lebar ; dan

(c) tidak lebih daripada 100 kaki panjang.

7.13.4 Penghantaran saringan dalam alur-alur itu hendaklah mengandungi tiga lapis.
Lapis atas dan bawah hendaklah dibuat daripada 12 inci batu pecah bersih
yang tebal daripada ukuran pengantar tunggal 2 inci besarnya. Lapis tengah
hendaklah mengandungi pasir kasar bersih sedalam 24 inci.

7.13.5 Sehelai kertas bangunan atau kertas tar hendaklah dibentang di atas lapis atau
pengantar kasar itu dan alur saring itu hendaklah ditimbus dan dihentak dengan
isi tanah yang dipilih.

7.13.6 Agihan cecair dan saluran bawah, dalam alur-alur saring hendaklah dilakukan
dengan menggunakan hujung biasa genting paip atau lain-lain paip betung
yang diluluskan dengan garispusat minimum 4 inci dan 12 hingga 24 inci
panjangnya dipasang dengan sambungan terbuka kepada peringkat-peringkat
yang diluluskan pada tengah lapis atas dan bawah pengantar kasar itu.

7.14 Paip-paip yang membawa cecair daripada saringan-saringan kepada parit-parit, Pembuangan
cecair yang
anak-anak sungai atau batang air hendaklah daripada perkakas tanah bergerlis, disaring
besi tuangan atau lain-lain bahan yang diluluskan, dipasang kepada peringkat
yang diluluskan dan jatuhnya disambung dengan cara-cara menasabah bagi
bahan itu.

7.15 Darjah-darjah kesucian cecair yang dibuang ke dalam mana-mana parit, anak Darjah-darjah
cecair
sungai atau batang air hendaklah mematuhi darjah-darjah yang ditentukan di
bawah Akta kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan peraturan-peraturan yang dibuat
di bawahnya.

7.16.1 Tanpa mengira kelulusan mana-mana plan oleh Pihakberkuasa Tempatan, Penyenggaraan
tangki-tangki najis
pemunya hendaklah bertanggungjawab atas perjalanan tangki najis itu yang
betul, termasuk saringan-saringan dan lain-lain kemudahan yang bersangkutan.

7.16.2 Tiap-tiap tangki najis hendaklah dibuang hampasnya seberapa kerap yang
mungkin dikehendaki oleh Pihakberkuasa Tempatan dan hendaklah dalam apa-
apa hal dibuang hampasnya sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Jika
pemunya gagal mematuhi kehendak-kehendak Pihakberkuasa Tempatan atau
gagal membuang hampas sekali setahun, mengikut mana yang berkenaan,
Pihakberkuasa Tempatan boleh memasuki premis itu untuk membuang hampas
tangki najis itu atau menjalankan kerja yang yang difikirkan patut dan boleh
mendapat balik kos dan perbelanjaan untuk kerja tersebut daripada pemunya
itu.

- 63 -
Tangki-tangki
7.17 Tangki-tangki Imhoft dan lain-lain loji kecil pembersihan kumbahan Imhoft dan lain-
hendaklah mematuhi peruntukan-peruntukan Undang-undang kecil 7.1, 7.2, lain loji kecil
pembersihan
7.3.1, 7.3.3, 7.3.4, 7.4.2 7.4.3, 7.4.4, 7.4.5, 7.7.1, 7.7.2, 7.8, 7.9.1, 7.9.2, 7.10, kumbahan.
7.11.1, 7.11.2, 7.14, 7.15, 7.16.1 dan 7.16.2 di mana berkenan.

BAHAGIAN 8

KAKUS-KAKUS

8.1 Dalam Bahagian ini, “udara terbuka” ertinya ruang yang- Tafsiran

(a) tegak tidak bertutup dan tidak berhalang.

(b) tidak kurang, dalam mana-mana ukuran, daripada lima kaki; dan

(c) di mana ruang itu dikepung pada empat belah, mempunyai kawasan
lintang tidak kurang daripada satu kaki persegi bagi tiap-tiap dua kaki
tinggi purata dinding-dinding yang mengepung ruang itu.

8.2.1 Tiap-tiap kakus, hendaklah disediakan dengan pintu-pintu tutup sendiri tinggi Kakus-kakus
disediakan dengan
sepenuh bukaan itu. pintu-pintu

8.2.2 Pintu tiap-tiap kakus hendaklah buka terus ke udara terbuka.

8.2.3 Tiada kakus, boleh buka terus kepada-

i. Bilik kediaman; atau

ii. Bilik yang digunakan untuk dapur atau maksud-maksud selasar; atau

iii. Bilik di dalam mana orang biasanya bekerja dalam apa-apa perkilangan,
perdagangan atau perniagaan.

8.3.1 Tiap-tiap kakus hendaklah disediakan dengan lubang untuk cahaya dan Cahaya dan
pengudaraan
pengudaraan.

8.3.2 Tiap-tiap lubang hendaklah-

(a) sedemikian sehingga sebahagian daripadanya yang kekal terbuka atau

- 64 -
direkabentuk supaya terbuka, mengikut mana yang berkenaan. Tidak
kurang daripada dua kaki persegi luasnya;

(b) diletak seberapa dekat yang boleh dengan langit-langit kakus itu;

(c) bersambung terus dengan udara terbuka; dan

(d) ditutup dengan pengadang lalat logam atau lain-lain mata punai yang
diluluskan

8.4 Lantai tiap-tiap kakus hendaklah tidak kurang daripada enam inci di atas aras Lantai-lantai
tanah di luar kakus itu dan hendaklah-

(a) dibina daripada konkrit untuk mengelakkan daripada calar oleh tung atau
baldi dan dikemas dengan permukaan licin; dan

(b) mempunyai jatuhan menghala alir keluar yang tidak kurang daripada
setengah inci hingga satu kaki, kecuali, berhubung dengan kakus yang
direkabentuk untuk pepasangan kakus jenis mencangkung, permukaan
sekeliling liang bekas najis itu hendaklah mempunyai jatuhan menghala
liang itu tidak kurang daripada satu inci hingga satu kaki.

8.5 Permukaan-permukaan dalam tiap-tiap kakus hendaklah- Permukaan-


permukaan dalam

(a) dilepa dengan genting-genting; atau

(b) dilapik dengan-

i. campuran simen, tidak kurang daripada setengah inci tebalnya;


atau

ii. lain-lain bahan yang tidak serap, setinggi tidak kurang daripada
empat kaki daripada aras lantai kakus itu.

8.6 Dalam tiap-tiap pepasangan kakus- Dinding-dinding


dan laluan kepada
pepasangan-
(a) dinding-dinding ruang di dalam mana bekas najis diletakkan hendaklah pepasangan
dibina daripada konkrit, kecuali lubang yang disediakan untuk memberi
laluan kepada ruang itu; dan

(b) laluan mencukupi, yang hendaklah ditutup sedemikian dengan pintu-


pintu baldi logam yang betul daripada saiz yang mencukupi tergantung
daripada atas supaya boleh menahan alat-alat daripada memasuki ruang
itu, hendaklah disediakan untuk membolehkan ruang di dalam mana
bekas najis itu terletak dibersihkan untuk membolehkan bekas itu
diletakkan dalam pepasangan dan dialih daripadanya.

- 65 -
8.7.1 Tiap-tiap pepasangan kakus hendaklah direkabentuk dan dibina sedemikian Rekabentuk dan
pembinaan
supaya lubang dalam tempat duduk atau pelantar dalam kakus hendaklah tidak pepasangan kakus
lebih daripada satu kaki lebar dan satu kaki panjang, dan dasar kakus itu berhubung dengan
hendaklah diatur sedemikian supaya apabila bekas najis itu diletakkan di bekas najis.

dalamnya, ia disimpan dalam keadaan sedemikian supaya boleh menahan,


seberapa yang boleh, pembuangan najis di tempat yang lain daripada dalam
bekas itu.

8.7.2 Kayu tidak boleh digunakan dalam pembinaan pelantar dalam mana-mana
kakus.

8.8 Bekas najis hendaklah- Bekas-bekas najis.

(a) dibina daripada logam sadur zing atau lain-lain bahan tidak serap
daripada jenis yang diluluskan;

(b) dibina supaya boleh menahan larian kandungannya, melalui kebocoran


atau dengan cara lain; dan

(c) mempunyai keupayaan tidak lebih daripada dua kaki padu.

8.9.1 Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Undang-undang Kecil 8.9.2, Kuasa Pihak-


berkuasa
Pihakberkuasa Tempatan boleh, di mana difikirnya patut, membenarkan pintu bangunan untuk
kakus atau bukaan yang dikehendaki oleh Undang-undang Kecil 8.3.1 dan membenarkan
8.3.2 membuka kepada atau berhubung dengan sesuatu serambi tidak pintu kakus
membuka kepada
berkepung atau mana-mana ruang tidak berkepung, mengikut mana yang atau bukaan
berkenaan, jika serambi, langkah atau ruang itu- dikehendaki untuk
Undang-undang
Kecil 8.3.1 dan
(a) mengenai pintu kakus, membuka terus ke udara terbuka; dan 8.3.2 umtuk
berhubung dengan
serambi tidak
(b) mengenai bukaan yang dikehendaki oleh Undang-undang Kecil 8.3.1 berkepung dsb.
dan 8.3.2 berhubung dengan udara terbuka, dan, dalam mana-mana hal
pintu atau bukaan itu hendaklah, bagi maksud Undang-undang Kecil
8.2.1 hingga 8.2.4 dan 8.3.1 hingga 8.3.2 masing-masing, disifatkan
sebagai membuka terus kepada atau berhubung dengan udara terbuka.

8.9.2 Pihakberkuasa Tempatan tidak boleh memberi kebenarannya di bawah


Undang-undang Kecil ini kecuali ia berpuashati dengan berbuat demikian tidak
akan mencacatkan darjah cahaya atau pengudaraan atau kesihatan penduduk-
penduduk bangunan itu yang kerananya kakus itu disediakan.

8.10.1 Tiap-tiap kakus pengadang air hendaklah dibina sedemikian supaya ia boleh Kakus pengadang
air.
dimasuki hanya daripada-

(a) udara terbuka; atau

(b) bilik atau ruang yang sendirinya boleh dimasuki terus daripada udara

- 66 -
terbuka.

8.10.2 Tiada kakus pengadang air boleh membuka terus kepada-

(a) bilik kediaman;

(b) bilik yang digunakan untuk dapur atau maksud-maksud selasar; atau

(c) bilik di dalam mana orang biasanya bekerja dalam apa-apa perkilangan
perdagangan atau perniagaan.

8.10.3 Tiap-tiap kakus pengadang air boleh dimasuki terus daripada udara terbuka
hendaklah disediakan dengan bukaan untuk cahaya dan pengudaraan.

8.10.4 Tiap-tiap bukaan hendaklah-

(a) sedemikian sehingga sebahagian daripadanya yang kekal terbuka atau


dibentuk supaya terbuka, mengikut mana yang berkenaan, tidak kurang
daripada dua kaki persegi luasnya;

(b) diletak seberapa dekat yang boleh dengan langit-langit kakus itu;

(c) bersambung terus dengan udara terbuka; dan

(d) ditutup dengan pengadang lalat logam atau lain-lain mata punai yang
diluluskan.

8.10.5 Tiap-tiap kakus pengadang air hendaklah terletak sedemikian supaya tidak
menyebabkan pengotoran mana-mana mata air, anak sungai, telaga atau lain-
lain punca air yang digunakan, atau mungkin digunakan untuk maksud-
maksud minuman, rumahtangga, dapur atau selasar.

8.10.6 Lantai tiap-tiap pengadang air kakus hendaklah tidak kurang daripada enam
inci di sebelah atas aras tanah di luar kakus pengadang air itu dan hendaklah
dibina daripada konkrit dan permukaan sekeliling liang untuk bekas najis itu
hendalah mempunyai jatuhan menghala liang itu tidak kurang daripada satu
inci hingga satu kaki.

8.10.7 Bekas itu hendaklah daripada bahan tidak serap air yang dibina dan diletakkan
sedemikian; supaya kandungannya tidak boleh keluar melalui kebocoran atau
sebab-sebab lain, atau didedahkan kepada air hujan atau kepada saliran mana-
mana air hampas atau buangan cecair.

8.10.8 Bekas dan pepasangan-pepasangan lain pengadang air kakus itu hendaklah
dibina dan diatur sedemikian supaya pengunaannya, penyelenggaraan dan
pembersihan pengadang air kakus itu tidak akan menganggu kesihatan dan
tidak akan mengujudkan kacauganggu.

- 67 -
8.10.9 Tiada bahagian bekas itu, atau bahagian dalam pengadang air kakus itu boleh
mempunyai alir keluar kepada parit permukaan.

8.11 “Kakus-kakus” dan “Pengadang air kakus-kakus” tidak boleh diluluskan jika Kelulusan oleh
Pihakberkuasa
sistem bekalan air boleh didapati atau di mana pada pendapat Pihakberkuasa Tempatan.
Tempatan sistem tersebut boleh jadi akan menyebabkan kacauganggu atau
mengganggu kesihatan.

BAHAGIAN 9

PELBAGAI

9.1 Dalam mana-mana hal jika Pihakberkuasa Tempatan berpendapat yang parit- Kuasa Pihak-
berkuasa
parit atau betung-betung persendirian atau lain-lain cara yang disediakan untuk Tempatan
pembuangan kekotoran daripada mana-mana bangunan tidak memuaskan. melarang
Pihakberkuasa Tempatan boleh, dengan perintah bertulis melarang pemasangan
pepasangan
pemasangan pepasangan-pepasangan kekotoran dalam bangunan itu. kekotoran.

9.2 Pihakberkuasa Tempatan boleh mengkehendaki pemunya bangunan supaya Kuasa Pihak-
berkuasa
menyediakan tangki-tangki cuali, tangki-tangki penyejuk, kolong-kolong Tempatan
penyukat petrol, kolong-kolong geris atau penyediaan lain yang sesuai di mana menghendaki
daripada mana-mana bangunan adalah menjadi tujuan hendak membuang atau penyediaan tangki-
tangki cuali dsb.
boleh jadi dibuangkan, ke dalam sebarang betung -

(a) apa-apa buangan perkilangan;

(b) apa-apa buangan kimia atau hampas wap atau cecair mempunyai suhu
lebih tinggi daripada 110 Farenheit, yang menjadi buangan atau wap
yang, atau cecair yang apabila dipanaskan, samada bersendirian atau
dengan percantuman dengan kandungan-kandungan parit atau betung,
membahayakan atau menyebabkan kacauganggu atau menganggu
kesihatan;

(c) apa-apa spirit petroliam, kapur karbaid, asid, geris atau minyak; atau

(d) apa-apa benda yang boleh jadi merosakkan mana-mana betung atau
mengganggu alir bebas kandungannya.

9.3.1 Tanah bersambung dengan mana-mana telaga, dibina untuk kegunaan Telaga-telaga
berhubung dengan sesuatu bangunan atau bertujuan untuk membekalkan air
kerana minuman manusia hendaklah, sejauh tidak kurang daripada 4 kaki
dalam mana-mana hala, ditutup dengan lapik kalis ( kemudian daripada ini
disebut “lapik itu” ) dibina supaya curam ke arah lain daripada telaga itu.

9.3.2 Telaga tersebut hendaklah ditempatkan sedemikian supaya tidak boleh


dikotorkan daripada mana-mana punca, dan sisi telaga itu hendaklah dijadikan

- 68 -
kalis sehingga sekian dalamnya supaya boleh menahan pengotoran melalui
tanah bersambung dengannya.

9.4 Jika telaga tersebut adalah telaga gali, ia hendaklah dibina sedemikian supaya Telaga gali
boleh sedia dilalui untuk pembersihan dan sebelah atas telaga itu hendaklah
dikelilingi oleh bebendul yang melanjut tidak kurang daripada 24 inci di
sebelah atas aras lapik itu dan dibina sedemikian supaya boleh menahan
kemasukan air permukaan.

9.5 Jika telaga tersebut ialah telaga korek pipa lapisnya hendaklah menonjol tidak Telaga korek
kurang daripada 6 inci di sebelah atas aras lapik itu dan penonjolan-penonjolan
itu hendaklah dikelilingi dengan konkrit tidak kurang daripada 6 inci tebalnya,
atau dengan lain-lain cara perlindungan yang memadai, bagi sepenuh
tingginya.

9.6.1 Mana-mana telaga daripada mana-mana air yang diangkat oleh baldi Penutup-penutup
untuk telaga
hendaklah mempunyai penutup berinsel yang akan menutup dengan berkesan
akan telaga itu apabila tidak digunakan.

9.6.2 Mana-mana telaga daripada mana-mana air diangkat dengan pam hendaklah
mempunyai penutup yang dipasang sedemikian supaya boleh menahan
kemasukan air permukaan atau benda lain.

9.7.1 Tangki atau sisten yang dibina atau dipasang untuk digunakan berhubung Tangki atau sisten
digunakan anti-
dengan suatu bangunan dan bertujuan digunakan untuk menyimpan air hujan salfan untuk
untuk minuman manusia hendaklah diudarakan dengan mencukupi dan ditutup menyimpan air
dengan sedemikian supaya boleh menahan pengotoran dan di mana ada hujan

penutup yang tetap, tangki atau haud itu hendaklah mempunyai lorang yang
dipasang dengan penutup daripada saiz mencukupi untuk membenarkan tangki
atau sisten itu dibersihkan.

9.7.2 Tangki atau haud itu hendaklah mempunyai paip limpah dan paip limpah itu
dan mana-mana pengudaraan hendaklah diatur sedemikian supaya boleh
menahan pengotoran.

9.7.3 Di mana tangki atau haud itu ialah samada keseluruhan atau sebahagiannya di
bawah aras tanah yang bersambung dengannya,

(a) dinding-dinding lantai dan bumbungnya hendaklah dibina daripada batu-


batu, konkrit atau lain-lain bahan yang sesuai mengikut suatu cara
supaya boleh kalis; dan

(b) semua paip yang menyambungnya hendaklah daripada bahan tahan, dan
sambungan di antara paip dan tangki atau sistem itu hendaklah kedap air.

9.7.4 Mana-mana pili tarik pada hujung paip sudutan yang dipasang kepada tangki
atau sistem itu hendaklah dipasang tidak kurang daripada 3 inci di sebelah atas
bahagian bawah tangki atau sistem itu.

- 69 -

You might also like