You are on page 1of 1

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan

instruksional Guru Besar berdasarkan faktor jantina. Sampel kajian adalah seramai 40 orang
Guru Besar sekolah rendah daerah Petaling Perdana. Terdapat 3 dimensi amalan kepimpinan
instruksional yang dikaji iaitu menjelaskan matlamat sekolah, mengurus program pengajaran
dan menggalakkan iklim sekolah. Pengkaji memilih kaedah soal selidik kajian tinjauan dan
bersifat kuantitatif serta menggunakan e-borang kaji selidik dan diuji kesahan dan keboleh
percayaan dengan nilai =. Teknik persampelan rawak digunakan untuk mengumpul data di
dalam kalangan populasi Guru Besar sekolah rendah dan saiz sampel adalah seramai 40
orang. Analisis kajian menggunakan statistic deskriptif bagi menjawab persoalan kajian yang
telah dikenalpasti. Kajian ini mendapati bahawa secara keseluruhan amalan kepimpinan
instruksional Guru Besar adalah pada tahap yang tinggi iaitu skor min = 3.90. Selain itu,
kajian mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap amalan
kepimpinan instruksional antara guru besar lelaki dengan guru perempuan. Kajian ini
memberi gambaran bahawa amalan kepimpinan instruktional Guru Besar dalam
melaksanakan kurikulum di sekolah adalah selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan iaitu melahirkan pemimpin yang bersifat instruksional. KPM tidak perlu meragui
kesediaan dan keupayaan Guru Besar dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah sekiranya
mereka memainkan peranan dengan baik.

You might also like