You are on page 1of 3

Math Pembantu Penerangan S19 27.09.

2019

1 ) Jisim sebuah treler bersama muatan 6 buah pembentung konkrit ialah 4.25 tan metrik. Berapakah jisim
sebatang pembentung konkrit itu jika jisim lori tersebut ialah 1550kg?

A ) 425kg
B ) 450kg
C ) 540kg
D ) 550kg

2 ) Nisbah bilangan telur ayam kepada telur itik yang dijual di kedai Rizal ialah 10:7. Seorang pelanggan membeli
1/2 daripada jumlah telur ayam tersebut iaitu sebanyak 25 biji. Berapakah bilangan telur itik di kedai Rizal?

A ) 70
B ) 50
C ) 45
D ) 35

3 ) 10kg rambutan berharga RM26 dan 1kg manggis pula berharga 2 kali harga 1kg rambutan. Berapakah jumlah
harga 20kg rambutan dan 10kg manggis?

A ) RM78
B ) RM104
C ) RM130
D ) RM182

4 ) 500 belon berisi udara disediakan untuk hiasan sebuah pentas. Purata bilangan belon itu meletup dalam
tempoh masa 1 jam ialah 3 biji. Berapakah peratus (%) belon yang masih berisi udara selepas 1 hari?

A ) 85.6
B ) 65.6
C ) 16.82
D ) 14.4

5 ) Raju berjalan kaki sejauh 100 langkah dalam masa 1 minit 30 saat. Berapakah masa yang diambil olehnya untuk
berjalan sejauh 900 langkah?

A ) 13 minit 5 saat
B ) 13 minit 50 saat
C ) 13 minit 30 saat
D ) 13 minit 3 saat

6 ) Sebuah bekas mengandungi 150 batang pen.1/3 daripada bilangan keseluruhan pen itu dikeluarkan. Kemudian
dikeluarkan lagi sebanyak 1/4 bahagian. Berapakah bilangan pen yang masih ada di dalam bekas tersebut?

A ) 100
B ) 75
C ) 65
D ) 60

7 ) Jika FG + G = 30 dan FG + GG + H = 50, maka FG + GG + GH + F = ?

A ) 35
B ) 40
C ) 70
D ) 80
8 ) Sejumlah 2040 bungkus makanan ringan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu 1/6, 1/2 dan 1/3. Berapakah beza
bilangan bungkusan bagi bahagian yang paling kecil dan yang paling besar?

A ) 620
B ) 660
C ) 640
D ) 680

9 ) 5 jam 25 minit selepas jam 10.15 malam ialah

A ) 3.15 pagi
B ) 3.25 pagi
C ) 3.30 pagi
D ) 3.40 pagi

10 ) 22.5m reben digunakan untuk mengikat 15 kotak hadiah yang sama besar. Pilih panjang reben paling
minimum yang cukup untuk mengikat 7 kotak hadiah tersebut?

A ) 10
B ) 11
C ) 12
D ) 13

11 ) Purata berat sebiji buah tembikai ialah 3.2kg. Ramli menjual 135 biji buah tembikai dengan harga RM3.40
sekilogram. Berapakah jumlah hasil jualannya?

A ) RM1432.00
B ) RM1459.00
C ) RM1468.80
D ) RM1490.20

12 ) Jumlah jisim bagi 6 buah majalah dan 18 buah buku cerita ialah 7.8kg. Jisim sebuah majalah ialah 250g.
Berapakah jisim sebuah buku cerita tersebut?

A ) 215g
B ) 350g
C ) 419g
D ) 1050g

13 ) Sebuah lori dipandu dari kilang P ke Pekan Q dengan kelajuan 50km/j dalam tempoh masa 1 jam 30 minit.
Setelah menurunkan muatan lori itu dipandu dengan 2 kali kelajuan sebelumnya ke Pekan R juga dalam tempoh
masa yang sama. Berapakah jarak dari Pekan Q ke Pekan R?

A ) 65km
B ) 75km
C ) 140km
D ) 150km

14 ) Sebuah bungkusan mengandungi 430 biji epal. Kebarangkalian terdapat buah rosak adalah 1/10. Berapakah
bilangan epal yang masih elok di dalam 6 bungkusan yang serupa?

A ) 172
B ) 258
C ) 2322
D ) 2565
15 ) 1101111121XXX14. Apakah XXX?

A ) 111
B ) 121
C ) 123
D ) 131

16 ) Sebuah bas dipandu dengan purata kelajuan 95km/j dalam tempoh 4 jam 15 minit. Sejauh manakah
perjalanan bas tersebut?

A ) 389.50km
B ) 394.25km
C ) 403.75km
D ) 427.50km

17 ) Seunit telefon bimbit yang berharga RM1400 dibeli oleh Ali dengan potongan harga 5%. Kemudian Ali menjual
telefon tersebut kepada Raju dengan harga RM1200. Raju pula menjualnya kepada Kimi dengan harga RM1000
dan Kimi menjualnya kepada Ah Seng dengan harga RM800. Siapakah yang paling untung?

A ) Ali
B ) Raju
C ) Kimi
D ) Ah Seng

18 ) Jisim 21 biji guli ialah 150g. Jisim 28 biji batu seremban pula ialah 212g. Berapakah jumlah jisim bagi 2/3
jumlah guli ditambah dengan 1/2 jumlah batu seremban tersebut?

A ) 206g
B ) 208g
C ) 211g
D ) 213g

19 ) Kedai Ah Meng menjual baju berharga RM59.90 sehelai dan seluar berharga RM79.90 sehelai. Kedai Rani pula
menjual baju dan seluar yang serupa dengan harga kurang 8%. Berapakah jumlah harga sepasang baju dan seluar
di kedai Rani?

A ) RM111.80
B ) RM128.60
C ) RM133.40
D ) RM182.00

20 ) Aminah menjual 3 jenis buah-buahan iaitu 125 biji adalah buah limau dan 155 biji adalah buah mangga.
Selebihnya adalah buah durian iaitu 1/5 daripada jumlah keseluruhan. Berapakah bilangan keseluruhan buah-
buahan tersebut?

A ) 224
B ) 350
C ) 336
D ) 420

You might also like