You are on page 1of 9

BAB 5 TENAGA NUKLEAR

Soalan Objektif

1 Bahan radioaktif paling selamat disimpan di dalam bekas yang diperbuat daripada
A besi
B aluminium
C getah
D plumbum

2
zarah Q
zarah Q zarah Q
nucleus zarah Q
uranium - 235

Rajah 1

Rajah 1 di atas menunjukkan sebahagian daripada proses pembelahan nukleus bahan radioaktif.
Zarah Q ialah
A proton
B elektron
C neutron
D atom kripton

3 Antara berikut, yang manakah tidak disebabkan oleh pendedahan kepada sinaran radioaktif ?
A Kanser
B Kemandulan
C Kecacatan fetus
D AIDS

4 Antara berikut, yang manakah bukan suatu kegunaan bahan radioaktif ?


A Memandulkan serangga perosak
B Mengesan keberkesanan baja pertanian
C Merawat penyakit jantung
D Mengesan kebocoran paip bawah tanah

5 Sinaran radioaktif yang dapat menembusi sekeping kerajang aluminium ialah


A sinar alfa
B sinar beta
C sinar gama
D sinar-X

6 Tenaga apakah yang dibebaskan semasa pembelahan nukleus uranium berlaku?


A Tenaga haba
B Tenaga bunyi
C Tenaga kinetik
D Tenaga keupayaan

© Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 5-1 Bank Soalan BPS Tingkatan 4


7 Antara berikut, yang manakah tidak dipengaruhi gerakannya oleh medan magnet?
A Sinar gama
B Sinar alfa
C Sinar beta
D Sinar beta dan gama

8 Apakah penerangan yang paling baik untuk ‘bahan radioaktif ’?


A Unsur yang mempunyai nukleus atom yang tidak stabil
B Unsur yang mempunyai nukleus besar yang stabil
C Unsur yang mempunyai bilangan proton yang kecil
D Unsur yang mempunyai bilangan elektron yang banyak

9 Antara bahan berikut, yang manakah mengalami proses pereputan nukleus untuk berubah
daripada unsur yang tidak stabil menjadi unsur yang stabil?
A Uranium
B Karbon-12
C Kalium
D Natrium

10 P : Sinar alfa
Q : Sinar beta
R : Sinar gama

Sinaran radioaktif di atas mempunyai kuasa penembusan yang berlainan. Susun mengikut
tertib yang semakin menurun kuasa penembusannya.
A P, Q, R
B Q, R, P
C R, P, Q
D R, Q, P

11

K
L

Rajah 2

Rajah 2 di atas menunjukkan pergerakan K, L, dan M melalui medan elektrik. Apakah yang diwakili
K, L, dan M?
K L M
A Sinar beta Sinar gama Sinar alfa
B Sinar alfa Sinar gama Sinar beta
C Sinar beta Sinar alfa Sinar beta
D Sinar gama Sinar alfa Sinar beta

© Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 5-2 Bank Soalan BPS Tingkatan 4


12 Antara berikut, yang manakah berlaku semasa pembelahan nuklues atom bahan radioaktif ?
A Nukleus atom lain terhasil
B Hanya tenaga nukleus terbebas
C Pembelahan nuklues kepada zarah-zarah subatom seperti proton dan neutron
D Nukleus atom menyerap haba

13 Sinaran A digunakan dalam industri tekstil untuk meneutralkan cas-cas pada kain tiruan
supaya tidak berkedut. Apakah A?
A Alfa
B Beta
C Gama
D Infra merah

14 Isotop X digunakan untuk mengkaji proses fotosintesis pada tumbuhan. Apakah X ?


A Iodin 131
B Karbon-12
C Karbon-14
D Kobalt-60

15 Dinding konkrit tebal yang dipasang pada reaktor nuklear bertujuan untuk
A mengukuhkan binaan reaktor
B menghalang kehilangan tenaga haba ke persekitaran
C melindungi reaktor daripada meletup
D menghalang pelepasan sinaran radioaktif ke persekitaran

16 Dosimeter dipakai oleh pekerja-pekerja di loji nuklear . Apakah kegunaan dosimeter?


A Mengesan jumlah sinaran yang terkena pada pekerja
B Meneutralkan sinaran yang terkena pada pekerja
C Memantulkan sinaran yang terkena pada pekerja
D Menghalang kemasukan sinaran radioaktif

17 Apakah cara penyimpanan bahan radioaktif yang paling berkesan?


A Disimpan dalam kaca
B Disimpan dalam kotak kertas
C Disimpan dalam bekas plumbum
D Disimpan dalam kotak kayu

18 Negara berikut terlibat dalam pembuatan dan pengujian bom atom atau bom hidrogen kecuali
A Malaysia
B Amerika Syarikat
C China
D India

19 Kaedah penyinaran merupakan kaedah sinaran radioaktif untuk memperbaiki kualiti bahan makanan.
Antara berikut, yang manakah tidak sesuai diawet dengan menggunakan kaedah penyinaran?
A Bijirin
B Buah-buahan
C Sayur-sayuran
D Susu

© Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 5-3 Bank Soalan BPS Tingkatan 4


20 Antara berikut, yang manakah merupakan tapak pembuangan sisa radioaktif yang paling selamat ?
A Ditanam dalam dasar laut
B Disimpan dalam kotak plumbum dan ditanam dalam dasar laut
C Dibuang ke hutan yang tidak didiami penduduk
D Dibuang ke dalam lautan

21 Antara berikut, yang manakah berlaku di dalam reaktor nuklear yang menggunakan uranium-238?
I Pembedilan dilakukan oleh elektron laju
II Banyak tenaga haba dihasilkan
III Sinaran radioaktif dikeluarkan
A I sahaja
B III sahaja
C II dan III sahaja
D I, II, dan III

22 Antara berikut, yang manakah kegunaan sinaran radioaktif ?


I Menghasilkan mutasi dalam pembiakbakaan tanaman
II Membunuh sel-sel kanser
III Menentukan usia batu-batan purba
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan III sahaja
D I, II, dan III

23 Tenaga apakah yang terlibat semasa penjanaan tenaga nuklear dalam reaktor nukleus?
I Tenaga cahaya
II Tenaga kinetik
III Tenaga elektrik
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan III sahaja
D I, II, dan III

24 Antara berikut, yang manakah benar tentang zarah beta?


I Tidak bercas
II Mempunyai kuasa penembusan yang paling lemah
III Dipesongkan oleh medan magnet
A I sahaja
B III sahaja
C I dan II sahaja
D II dan III sahaja

25 Sinar gama boleh dihentikan oleh


I tembok konkrit
II sekeping aluminium yang nipis
III sehelai kertas
A I sahaja
B III sahaja
C I dan II sahaja
D II dan III sahaja

© Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 5-4 Bank Soalan BPS Tingkatan 4


26 Antara berikut, yang manakah merupakan kesan sinaran radioaktif ?
I Mutasi
II Leukemia
III Kanser
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan III sahaja
D I, II, dan III

27 Antara saintis berikut, yang manakah telah menyumbangkan dalam bidang keradioaktifan ?
I Marie Curie
II Antoine Becquerel
III Faraday
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan III sahaja
D I sahaja

28 Antara sumber tenaga berikut, yang manakah boleh diperbaharui ?


I Tenaga nuklear
II Tenaga suria
III Tenaga ombak
A I sahaja
B I dan II sahaja
C II dan III sahaja
D I, II, dan III

29 Antara berikut, yang manakah menyebabkan pemusnahan ketika peletupan bom atom di Hiroshima ?
I Sinar gama
II Tenaga nuklear
III Sinar beta
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I dan III sahaja
D II sahaja

30 Antara berikut, yang manakah tujuan penubuhan Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear
Malaysia (MINT) ?
I Menjalankan kajian tentang penggunaan bahan radioaktif dalam bidang pertanian
II Meningkatkan tahap sains dan teknologi nuklear
III Menjalankan kajian tentang senjata nuklear
A I sahaja
B I dan II sahaja
C II dan III sahaja
D I, II, dan III

© Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 5-5 Bank Soalan BPS Tingkatan 4


Soalan Struktur

Rajah 1

Rajah 1 di atas menunjukkan satu simbol amaran bagi suatu bahan.


(a) Apakah bahan yang diberi simbol amaran itu ?

_________________________________________________________________________________

(b) Berikan penerangan ringkas bagi bahan yang anda nyatakan di (a).

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

(c) Berikan dua contoh bahan yang diberi simbol amaran itu.

_________________________________________________________________________________

(d) Bahan yang diberi simbol amaran itu boleh mengeluarkan sinaran yang merbahaya. Nyatakan
sinaran-sinaran itu.

_________________________________________________________________________________

2 Radioisotop digunakan dalam pelbagai bidang dalam kehidupan harian kita.


(a) Nyatakan satu kegunaan bahan radioaktif dalam bidang yang berikut.

(i) Arkeologi : ___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

(ii) Pertanian : ___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

(iii) Perubatan : ___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

(iv) Perindustrian : ________________________________________________________________

________________________________________________________________

© Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 5-6 Bank Soalan BPS Tingkatan 4


(b) Nyatakan dua cara pengendalian bahan radioaktif.

(i) ______________________________________________________________________________

(ii) ______________________________________________________________________________
[6 markah]

Soalan Esei

1 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan ‘bahan radioaktif ’? [1 markah]


(b) (i) Nyatakan tiga jenis sinaran radioaktif.
(ii) Bincangkan tiga perbezaan di antara ketiga-tiga jenis sinaran radioaktif itu.
[9 markah]
2 (a) Terangkan bagaimana tenaga elektrik dihasilkan daripada tenaga nuklear di stesen
jana kuasa nuklear. [6 markah]
(b) (i) Terangkan dua kebaikan tenaga nuklear sebagai tenaga alternatif untuk
menjanakan tenaga elektrik. [2 markah]
(ii) Berikan dua isu yang menentang penggunaan tenaga nuklear sebagai tenaga
alternatif. [2 markah]

© Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 5-7 Bank Soalan BPS Tingkatan 4


JAWAPAN BAB 5
Soalan Objektif

1D 2C 3D 4C 5C
6A 7A 8A 9A 10 D
11 A 12 A 13 A 14 C 15 D
16 A 17 C 18 A 19 D 20 B
21 C 22 D 23 C 24 B 25 A
26 D 27 A 28 D 29 A 30 B

Soalan Struktur

1 (a) Bahan radioaktif


(b) Unsur tidak stabil yang mengalami pereputan nukleus untuk menjadi unsur stabil dengan
mengeluarkan sinaran radioaktif
(c) Uranium dan radium/polonium/torium/karbon-14/iodin-13/kobalt-60
(d) Sinar alfa, beta, dan gama

2 (a) (i) Untuk menentukan tarikh dan umur bahan-bahan purba yang ditemui
(ii) Untuk memandulkan serangga perosak/Untuk mengesan kadar penyerapan baja oleh
tumbuhan
(iii) Untuk membunuh sel-sel kanser
(iv) Untuk menyahcas cas-cas pada kain sintetik supaya kain tidak kedut
(b) (i) Memakai pakaian perlindungan dengan perisai plumbum
(ii) Mengalihkan atau memegang sumber bahan radioaktif dengan penyepit atau dengan
alat kawalan jauh

Soalan Esei
1 (a) Unsur yang mempunyai nukleus tidak stabil yang boleh mereput
(b) (i) Sinar alfa, sinar beta, sinar gama
(ii)
Ciri-ciri Sinar alfa Sinar beta Sinar gama
 Cas Bercas positif Bercas negatif Tidak bercas
 Kuasa penembusan Lemah Sederhana Paling kuat
 Pesongan dalam Terpesong ke plat Terpesong ke plat Tidak terpesong
medan elektrik negatif positif
 Keupayaan Runut berbentuk Runut halus dan Runut adalah pendek,
mengion di udara lurus dan tebal bergelombang halus, dan bertaburan

2 (a) - Uranium digunakan sebagai sumber tenaga utama


- Tindak balas berantai semasa pembelahan nukleus uranium akan menghasilkan tenaga haba yang
banyak
- Carta alir berikut menunjukkan bagaimana tenaga nuklear daripada pembelahan nukleus
digunakan untuk memanaskan air sehingga air bertukar menjadi stim dan seterusnya
menghasilkan tenaga elektrik

© Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 5-8 Bank Soalan BPS Tingkatan 4


Air
Bahan digunakan dididihkan
Reaktor nuclear
radioaktif (belahan nuklear) Stim
(tenaga dalam
nuklear) suhu tinggi
tekanan tinggi

Tenaga menghasilkan Putaran dinamo Putaran


elektrik (jana kuasa) memutarkan turbin

- Stim yang terhasil memutarkan turbin dan dinamo, dan mengubahkan tenaga kinetik kepada
tenaga elektrik
- Tenaga elektrik yang terhasil dihantar kepada pengguna melalui sistem kabel

(b) (i) - Tenaga nuklear dapat diperbaharui


- Tiada pembebasan gas toksik semasa penjanaan tenaga elektrik daripada bahan radioaktif
- Kos pengendalian adalah kurang daripada kos pengendalian stesen jana kuasa hidroelektrik
(mana-mana dua)

(ii) - Pembuangan sisa yang tidak rapi mengancam keselamatan manusia dan hidupan yang lain
- Kebocoran di loji nuklear akan melepaskan bahan radioaktif ke persekitaran
- Penyalahgunaan tenaga nuklear sebagai senjata api dalam peperangan

© Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 5-9 Bank Soalan BPS Tingkatan 4

You might also like