You are on page 1of 3

SMK BIDOR, PERAK

KUIZ SAINS DAN MATEMATIK

2016

Ujian Saringan (Soalan Sains)

1. Pensil tulis merupakan salah satu peralatan yang sangat penting bagi
seorang murid. Apakah bahan yang digunakan untuk membuat mata
pensel?

A. Fosforus C. Arang

B. Silikon D. Karbon

2. Permukaan Bumi kita diliputi oleh hampir 70% air. Apakah formula
kimia bagi Air?

A. HO2 C. H2O

B. Water D. 2HO

3. Hampir kebanyakan rumah pada masa kini diterangi oleh cahaya


lampu pada waktu malam. Apakah gas yang terkandung di dalam
sebuah mentol lampu?

A. Oksigen C. Hidrogen

B. Nitrogen D. Karbon Dioksida

1
4. Ikan Dolphin merupakan sejenis

A. Reptilia C. Mamalia

B. Ikan D. Amfibia

5. Nimbus, Cumulus dan Stratus adalah merupakan nama-nama bagi


sejenis ____________.

A. Gas C. Awan

B. Udara D. Bahan Kimia

6. Bateri merupakan salah satu alat yang digunakan untuk


menggantikan sumber kuasa elektrik kepada manusia. Alat ini dapat
menukarkan tenaga ________ kepada tenaga ___________.

A. Kimia, Elektrik C. Elektrik, Kimia

B. Bunyi, Elektrik D. Elektrik, Haba

7. Makanan yang kaya dengan kanji seperti pasta dan roti merupakan
makanan asas yang diperlukan oleh seorang manusia. Makanan-
makanan ini dikenali kerana mengandungi ______________ yang
tinggi didalamnya.

A. Karbohidrat C. Nutrisi

B. Glukosa D. Protein

2
8. Selepas bertelur, terdapat sesetengah haiwan yang menjaga telurnya
dan terdapat sesetengah haiwan yang tidak menjaga telurnya. Antara
berikut, haiwan jantan yang manakah akan menjaga telur-telurnya?

A. Ular C. Belut

B. Katak D. Kuda laut

9. Arus elektrik adalah sejenis tenaga yang sangat diperlukan dalam


kehidupan harian kita. Dipercayai bahawa, Ben Franklin dan
Alessandro Volta merupakan antara manusia terawal yang telah
menemui arus elektrik. Unit S.I bagi arus elektrik adalah ________

A. Ampere C. Ammeter

B. Volt D. Watt

10. Magnet merupakan sejenis bahan yang diperolehi daripada mineral


semula jadi yang dinamakan sebagai Magnetite. Pada setiap magnet
akan terbentuk dua bahagian yang dikenali sebagai Kutub Utara dan
Kutub Selatan. Bahagian yang paling kuat pada magnet ialah pada

A. Pada Kutub Utara C. Di antara Kutub Utara dan Kutub

Selatan

B. Pada Kutub Selatan D. Pada kutub Utara dan Kutub Selatan

You might also like