You are on page 1of 2

Bila kereta boleh ditarik?

Kenderaan hanya boleh ditarik apabila seorang peminjam gagal menjelaskan bayaran
bulanan hutangnya selama 2 bulan 21 hari atau apabila tunggakkan hutang mencecah
3 bulan.Mengikut kepada Hire Purchase act (akta Sewa Beli) apabila seorang
peminjam gagal membuat bayaran selama 2 bulan atau mempunyai 2 bulan tunggakan
maka syarikat atau bank diwajibkan menghantar suatu surat yang dipanggil 4th
schedule atau Jadual keempat ( Notis penarikan kenderaan @ notice intention to
repossessed). Surat ini memberitahu bahawa jika dalam masa 21 peminjam gagal
menjelaskan bayaran maka kenderaan akan ditarik.

Siapa yang akan menarik kenderaan?

Pada kebiasaannya syarikat atau Bank akan menggunakan agen yang berdaftar dengan
AHPCM untuk menjalankan penarikan. Agen yang sah akan membawa surat
kebenaran untuk menarik kenderaan ( repossession order) dan akan mencari
kenderaan yang tertera di atas Surat penarikan tersebut.Apabila agen berjaya
membuat penarikan , agen tersebut diwajibkan untuk melaporkan penarikan tersebut
di balai Polis terdekat sebelum menghantar kenderaan tersebut ke mana-mana pusat
penyimpanan atau stor pihak bank atau syarikat.

Apa yang perlu dilakukan jika berlakunya penarikan??

Apabila berlakunya penarikan , si peminjam dinasihatkan untuk meminta salinan


perintah penarikan, melihat kad kuasa penarikan agen yang sah dan mendapatkan
butir-butir diri agen penarikan bagi mengelakkan berlaku kecurian atau penipuan. Jika
tidak keberatan diminta peminjam pastikan bahawa agen membuat repot polis di
balai.Kerap terjadi penipuan dimana pencuri kenderaan mengambil kesempatan diatas
kelalaian ini.Peminjam dinasihatkan agar jangan cuba membayar ‘wang kopi’ kepada
agen yang menarik kereta kerana selalunya pihak bank akan mengeluarkan perintah
penarikan kepada beberapa agen yang sah . Membayar wang kopi tidak
menyelesaikan masaalah anda dan ianya diketogeri kan sebagai RASUAH kerana
agen hanya boleh mendapat upah daripada syarikat atau bank dan untuk mengelakkan
daripada dikenakan bayaran atau cas yang melampau oleh pihak agen penarikan .

Selepas kenderaan ditarik atau diserahkan kembali. Syarikat atau bank akan
mengeluarkan surat yang dipanggil Jadual kelima ( 5th Schedule) Dimana peminjam
akan diberikan tempoh selama 21 hari untuk mengambil semula kenderaan dengan
membayar semua tunggakan atau jumlah yang dipersetujui oleh pihak bank ataupun
peminjam diberi peluang untuk memperkenalkan pembeli diatas harga reserve yang
ditetapkan oleh pihak bank atau syarikat.Jika tidak ada apa-apa jawapan dari
peminjam , syarikat atau bank akan melelong kenderaan tersebut secara lelongan
awam terbuka atau melalui tender yang akan diawasi oleh satu badan atau
komiti.Sesiapa sahaja yang menawarkan harga tertinggi melepasi harga reserve yang
ditetapkan akan mendapat kenderaan tersebut.Jika ada lebihan wang dari jualan secara
tender atau lelongan awam. Wang tersebut akan dikembalikan kepada peminjam.

Oleh yang demikian jika seorang peminjam sudah hilang upaya untuk meneruskan
pembayaran adalah lebih baik kenderaan tersebut diserahkan kembali kepada syarikat
atau pihak bank kerana pihak bank TIDAK boleh mengenakan sebarang cas tambahan
seperti Kos penyimpanan, kos penarikan dan lain-lain cas sehingga kenderaan
tersebut dilelong atau dijual.Jika selepas jualan masih terdapat baki hutang yang perlu
dijelaskan( loss after sale) . Peminjam boleh berbincang dengan pihak bank atau
syarikat mengenai pembayaran semula yang mampu dibuat untuk menyelesaikan
hutang yang masih ada.

You might also like