You are on page 1of 2

Ujian Teori Citra Asas Bola Baling (LCMS 1642)

Nama:MUHAMAD AZRUL FITREY BIN ZUHAIMI


No Matrik:A169139
Fakulti/Tahun:FKAB/I

Soalan 1
Nyatakan bilangan maksimum yang berada di dalam gelanggang perlawanan bagi satu
pasukan. (1 markah)
7 orang sepasukan

Soalan 2
Nyatakan tiga(3) kesalahan yang boleh diberikan hukuman penalti dua(2) minit.(3 markah)
1.Memegang tangan dan menolak pihak lawan
2.Memegang badan pihak lawan
3.Melanggar pihak pertahanan yang static

Soalan 3
Nyatakan saiz dan berat bola sukan bola baling bagi kategori lelaki dan wanita dewasa.(2
markah)
1. Lelaki dan remaja lelaki (16 tahun ke atas) Bola saiz 3. Berat antara 425 g sehingga
475 g. Lilitan antara 58 cm hingga 60 cm.
2. Wanita dan remaja perempuan (14 tahun ke atas) Bola saiz 2. Berat antara 325 g
hingga 375 g. Lilitan antara 54 cm hingga 56 cm

Soalan 4
Nyatakan empat(4) asas pergerakan bagi sukan bola baling.(4 markah)

1. Berlari
2. Melompat
3. Hantaran bola
4. Menyambut bola
Soalan 5
Nyatakan bilangan pengadil yang berada di dalam gelanggang bagi permainan bola
baling.(1 markah)
2 orang pengadil

Soalan 6
Nyatakan saiz gelanggang,bulatan dan garisan serta tiang gol bagi permainan bola
baling.(5 markah)
Gelanggang permainan berbentuk segiempat bujur, 40 meter panjang di garisan tepi
dan 20 meter lebar di garisan gol. Gelanggang permainan dibahagikan kepada dua
bahagian yang sama luas oleh satu garisan tengah. Setiap kawasan gol mengandungi
satu garisan kawasan gol yang berjejari 6 meter dari tepi dalam tiang gol. Garisan
balingan percuma adalah putus-putus dan berjejari 9 meter dari tepi dalam tiang gol.
Panjang garisan penalti ialah 1 meter dan berjarak 7 meter dari tengah garisan gol.
Panjang garisan penjaga gol pula ialah 15 cm dan jaraknya dari tengah garisan gol
ialah 4 meter. Di dua garisan tepi, terdapat dua garisan pertukaran pemain dengan
panjang 15 cm dan jaraknya dari garisan tengah ialah 4.5 meter. Semua garisan dalam
gelanggang perlu ditandakan secara jelas dengan ukuran selebar 5 cm.

Soalan 7
Nyatakan posisi pemain yang ada di dalam permainan bola baling.(4 markah)

POSISI SEMASA SERANGAN DAN PERTAHANAN

Penjaga gol

Pertahanan Pertahanan belakang kiri (PBKr)

belakang Pertahanan belakang tengah (PBT)

Pertahan belakang kanan (PBKn)

Penyerang Penyerang kiri (PKr)


Penyerang kanan (PKn)

You might also like