You are on page 1of 8

KERTAS KERJA

PROGRAM BICARA TEKNIKAL DAN PIBKS

SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH
DAERAH KUALA NERUS, TERENGGANU.

ANJURAN BERSAMA

PEJABAT PENDIDIKAN KUALA


NERUS, 21060 BANDAR
AL WATIQU BILLAH
KUALA NERUS, TERENGGANU

TARIKH : 27 Julai 2019 (Sabtu)

TEMPAT : SMK. BATU RAKIT, KUALA NERUS, TERENGGANU

1
1.0 PENGENALAN

Kepentingan kejuruteraan dalam menyelesaikan masalah negara banyak


mempengaruhi kesejahteraan rakyat, kualiti kehidupan, daya saing, kemampanan
seterusnya masa hadapan negara kita.

Menurut Penolong Naib Canselor, Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia


(USM), Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah menyatakan bahawa bidang
kejuruteraan merupakan salah satu perkara penting dalam kehidupan seharian.

“Kita perlukan jurutera kita sendiri di kalangan rakyat kita untuk membangunkan
negara dan meningkatkan kulaiti kehidupan yang tinggi menjelang 2020 nanti”,
katanya.

Ahmad Farhan yang juga Dekan, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam berharap
kaunselor sekolah dan juga ibu bapa yang hadir dapat membantu pelajar-pelajar
menerangkan dengan lebih jelas dan mendalam mengenai peluang pengajian yang
ditawarkan di USM khususnya dalam bidang kejuruteraan.

“Penolong Naib Canselor, Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains


Malaysia (USM), Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah”

Institut Teknologi Massachusetts (MIT) telah menyiarkan sebuah


laporan terkini bertajuk Reimagining and Rethinking Engineering Education. Laporan
itu mendapat perhatian seluruh dunia khususnya golongan cendekiawan kerana ia
mengupas trend perubahan landskap pendidikan kejuruteraan bagi menentukan
pemimpin masyarakat semasa dan akan datang.

Laporan itu yang ditulis Ed Crawley, seorang profesor Kejuruteraan Ford di Jabatan
Kejuruteraan Aeronautik dan Astronautik di MIT, menerangkan beberapa hala tuju
masa depan pendidikan kejuruteraan dan bagaimana bakal jurutera dilatih dalam
menangani isu-isu berkaitan kemasyarakatan.

Crawley yang juga Pengarah Pusat Transformasi Pendidikan Kejuruteraan Baru


(NEET) di MIT menyatakan: “Jurutera perlu menangani cabaran berkaitan
masyarakat yang kompleks pada abad ke-21 dengan membina mesin, bahan dan
sistem generasi baharu. Kita perlu memikirkan semula bagaimana kita mendidik
jurutera untuk menghadapi masyarakat sekarang dan akan datang.

“Kami tidak menawarkan pengajian di Pusat Pendidikan MIT dalam situasi industri
masa lalu, sebaliknya menyasarkan pelaksanaan pengajian dalam situasi industri
masa depan. Bekerjasama dengan pihak industri bagi membangun pelbagai projek
masa depan adalah bermula daripada pengajian tahun pertama sehingga tahun
akhir.

“Para pelajar dikehendaki menghasilkan pelbagai jenis mesin merangkumi segala


sesuatu yang akan dibina oleh jurutera masa depan termasuklah pembinaan
merentasi bidang mekanikal, sistem maklumat, kejuruteraan nano, biologi, statik dan

2
kelestarian tenaga. Kami menyasarkan pendidikan MIT bagi industri masa depan,
bukannya industri masa lalu.”

Hasil daripada kajian kes dan laporan MIT itu membuktikan bahawa industri hari ini
dan masa depan perlu dibangunkan oleh kumpulan jurutera dan pereka yang mampu
merentasi bidang di antara kejuruteraan dengan bioteknologi, perubatan, komputer,
reka bentuk industri dan pelbagai bidang utama. Teknik pengajaran dan
pembelajaran itu akan dapat menyediakan bakal jurutera menghadapi situasi dan
persekitaran masa depan dengan lebih menyeluruh.

“PROFESOR DR. MUHIDIN ARIFIN ialah Pengarah Institut Kejuruteraan


Sukan Pusat Kecemerlangan Universiti Selangor.”

Sehubungan dengan perkembangan bidang kejuruteraan dan keperluan jurutera


Negara maka Pejabat Pendidikann Daerah Kuala Nerus dan KNS Konsultan telah
merangka program BICARA TEKNIKAL DAN PIBKS untuk menarik minat para pelajar
daripada kelas aliran sains daripada beberapa buah sekolah di Kuala Nerus.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Meningkatkan matlamat diri murid dalam mencapai sekurang-kurangnya


tahap lulus dalam semua matapelajaran di peringkat SPM.
2.2 Memberi pendedahan kerjaya dan motivasi kepada pelajar dalam bidang
Kejuruteraan mekanikal dan elektrikal.
2.3 Mendedahkan suasana sebenar alam kerjaya kejuruteraan Mekanikal
dan elektrikal

3.0 SASARAN

3.1 Pelajar tingkatan 5 dari aliran Sains yang berminat kepada bidang
kejuruteraan.
3.2 Terdiri daripada 250 orang murid dari 6 buah sekolah menengah dari
daerah Kuala Nerus.

3
4.0 MASA, TEMPAT DAN PERASMI

Cadangan tarikh : 27 Julai 2019 (Sabtu)

Masa : 8:00pg. hingga 2:00 ptg.

Tempat : SMK Batu Rakit, Kuala Nerus, Terengganu

Perasmi : YM Hj. Tengku Azelam bin Tengku Abdullah, Pegawai


Pedidikan Daerah Kuala Nerus.

5.0 TENTATIF PELAKSANAAN PROGRAM

Bagi memastikan kelancaran aktiviti, maka tentatif program perlu dirancang bagi
menampakkan perjalanan program.

ATUR CARA MAJLIS

8.30 – 8.50 pg. : -Pendaftaran pelajar di dewan sekolah

9.00 pg.: -Ucapan Alu-aluan

-Bacaan Doa

-Ucapan Penyelaras Program

-Perasmian

9.30 pg: - Sesi 1 : Tayangan Video (BIM)

10.30 pg - Kudapan

10.45 pg. - Sesi 2 : Bicara Teknikal

- Panel 1 (Pakar IT)

- Panel 2 (M&E Engineering) - En. Jailani bin Harun

11.45 pg. - Road as Profesional Engineer - En. Jailani bin Harun

12.30 pg. - Soal jawab

- Sesi Bergambar

1.00 tgh. - Jamuan Tengahari.

- Bersurai

4
6.0 JAWATANKUASA PROGRAM

1. PENGERUSI : YM. HJ. TENGKU AZELAM BIN TENGKU


ABDULLAH

(Pegawai Pendidian Daerah Kuala Nerus)

2. TIMBALAN PENGERUSI : TN. HJ. MOHD TAMIDI BIN SIDEK


( Pengetua SMK Batu Rakit)

3. PROTOKOL MAJLIS : PN. ROHIATUL ASLAMIAH BT. EMBONG


Penolong Kanan Pentadbiran

4. PENYELARAS PROGRAM : TN. HJ. NOOR RAZI BIN JUSOH


(SIPartner+ PPD Kuala Nerus)

5. SETIAUSAHA : PN. SUZILAWATI BINTI SEMAN


(Kaunselor Organisasi PPD Kuala Nerus)

AJK

I. PENGERUSI MAJLIS : PN. NOR HANIDA BT. MOHD RASHIDI

II. PERSEDIAAN TEMPAT: EN. ASMADI BIN ABDULLAH

III. PA SISTEM : TN. HJ. MOHD SHARIF BIN MOHAMAD NOOR

IV. KAWALAN PELAJAR : EN. ROSLI BIN MAT NONG

V. JAMUAN : PN. NOR AIDA BINTI ABD. AZIZ

VI. CENDERAMATA : PN. AZLIDA BINTI ABDUL AZIZ


PENCERAMAH

5
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

i. Makanan murid 250 orang X RM 10.00 = RM 2500.00

8.0 SUMBER KEWANGAN


Menggunakan sepenuhnya Peruntukan Akaun Amanah Jabatan (L1212629)- Faedah

Bank, Akaun J/Kuasa Pengisian Wawasan Pendidikan Terengganu dan pencairan


sebanyak RM 2500.00

9.0 PENUTUP

Semoga dengan adanya program ini nanti, diharapkan dapat membantu murid-murid sasaran
agar mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang kejuruteraan dan seterusnya
memberi perhatian kepada mata pelajaran yang diperlukan dalam bidang kejuruteraan.
Dengan itu secara tidak langsung akan meningkatkan prestasi akademik yang baik di dalam
peperiksaan SPM 2019.

6
Disediakan Oleh; Disemak Oleh;

……………………………………….. ……………………………………
(NOOR RAZI BIN JUSOH) (YM. TENGKU AZELAM BIN TENGKU
School Improvement Partner + (SIP+)
ABDULLAH )
Pejabat Pendidikan Kuala Nerus
Pegawai Pendidikan Daerah.
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Nerus.
Pegawai Penyelaras

Pengesahan Peruntukan Pegawai Meja / Pengesahan Unit Kewangan :


Ketua Aktivti :

……………………………………………. ………………………………….……………….

Ulasan Pelulus; ( tandakan ( / ) pada petak yang berkenaan )

Diluluskan

Tidak diluluskan

Perlu penambahbaikan

………………………………………
( )
Pengarah / Timbalan Pengarah
Jabatan Pendidikan Terengganu
Tarikh :

7
Lampiran 1

MENU MAKANAN

MASA MENU

10:30-11:00 MEE GORENG


Kudapan KEROPOK
AIR TEH O

12:30 pm NASI PUTIH


Makan tengahari GULAI AYAM
SAYUR CAMPUR
AIR SIRAP AIS

You might also like