You are on page 1of 1

Kesimpulannya, eBKF7 telah masuk edisi ke 7 dan telah menjani beberapa perubahan dari segi

penganjuran bersama dengan pihak-pihak luar iaitu WWF, FORMADAT dan Cornell Universiti yang
telah melihat the unconference eBKF merupakan suatu platform yang terbaik untuk mereka
bekerjasama dengan pihak indigenous community di Borneo terutamanya di bahagian Borneo
Highland. Objektif eBKF yang dianjurkan oleh ISITI, UNIMAS adalah selaras dengan objektif pihak
mereka juga.

Selain itu, penglibatan pihak komuniti juga telah bertambah bukan sahaja di dalam Malaysia tetapi
juga di luar negara khususnya di Negara Indonesia dengan penglibatan komuniti Lun Dayeh dari
Kawasan Lun Bawang, Karayan, Indonesia. Penglibatan mereka di dalam Malaysia dan penglibatan
pihak Malaysia di dalam Indonesia untuk penganjuran eBKF kali ini menunjukkan pertalian yang erat
diantara pihak komuniti di Kawasan Borneo Highland ini walaupun terpisah oleh persempadanan
Negara. Ini dapat diibaratkan seperti bagaikan ‘aur dengan tebing’ iaitu pihak komuniti di Krayan,
Indonesia dan juga di Ba’kelalan, Malaysia saling memerlukan di antara mereka untuk kelangsungan
hidup yang mampan dan kehidupan yang harmoni.

Akhir sekali, walaupun terdapat beberapa perkara yang tidak berjalan dengan lancar seperti yang telah
dirancang, kejayaan penganjuran eBKF di kawasan pedalaman seperti di Buduk Nur, Ba’kelalan dan
juga di Lun Bawang, Krayan merupakan suatu pencapaian yang membanggakan. Ini adalah kerana
ianya telah dianjurkan di dalam keadaan yang sungguh baik di kawasan pedalaman yang memerlukan
banyak kemudahan untuk penganjuran conference. Kejayaan penganjuran eBKF ini adalah
penglibatan dan kepercayaan yang beterusan daripada pihak komuniti dan juga pihak ketiga iaitu
rakan kongsi dan pemberi dana kepada pihak ISITI, UNIMAS.

You might also like