You are on page 1of 51

AKTA KESIHATAN MENTAL 2001

PERATURAN-PERATURAN KESIHATAN MENTAL 2010

-------------------------------------
SUSUNAN PERATURAN
-------------------------------------

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Peraturan

1. Nama dan mula berkuat kuasa

2. Tafsiran

3. Borang

BAHAGIAN II

TATACARA BAGI KEMASUKAN, PENAHANAN, PEMERIKSAAN DAN KAJIAN


SEMULA PESAKIT DALAM, DAN PELEPASAN ATAU PEMINDAHAN PESAKIT
DARI, HOSPITAL PSIKIATRI

4. Kemasukan atau penahanan pesakit sukarela ke dalam hospital psikiatri

5. Permohonan, saranan atau perintah bagi kemasukan atau penahanan


pesakit tidak sukarela ke dalam hospital psikiatri

6. Perintah bagi penahanan dan perintah penahanan lanjut pesakit tidak


sukarela dalam hospital psikiatri oleh Pengarah Perubatan dan lain-lain

7. Perintah bagi penahanan lanjut pesakit tidak sukarela dalam hospital


psikiatri oleh Pelawat

8. Arahan bagi penahan lanjut pesakit tidak sukarela dalam hospital psikiatri
oleh Pelawat

9. Permohonan bagi pelepasan pesakit tidak sukarela dari hospital psikiatri

10. Pemberitahuan berkenaan dengan pelepasan pesakit kepada Mahkamah

11. Pemindahan pesakit tidak sukarela


BAHAGIAN III

PENJAGAAN PESAKIT DALAM KEMUDAHAN PSIKIATRI

12. Penjagaan pesakit di kemudahan psikiatri

13. Pelan penjagaan pesakit

14. Rawatan penjagaan kecemasan di rumah jagaan kejururawatan psikiatri

15. Penjagaan pesakit tidak sukarela yang dilepaskan dari hospital psikiatri

16. Penjagaan kesihatan mental masyarakat

17. Kewajipan untuk memberitahu saudara pesakit berkenaan dengan


permohonan untuk pelepasan dari rumah jagaan kejururawatan psikiatri

18. Penjagaan orang di bawah umur dengan kecelaruan mental

19. Penjagaan geriatrik

BAHAGIAN IV

TERAPI ELEKTROKONVULSIF

20. Tatacara bagi terapi elektrokonvulsif

21. Dewan Bedah atau suite rawatan

22. Bekalan oksigen dalam bilik rawatan dan bilik atau kawasan pemulihan

23. Kelengkapan dan bekalan dalam bilik rawatan

24. Alat terapi elektrokonvulsif, penyenggaraan dan buku log


.

BAHAGIAN V

PENGEKANGAN ATAU PENGASINGAN

25. Petunjuk dan tatacara pengekangan atau pengasingan

26. Kawasan pengekangan

27. Peralatan pengekangan

28. Pemakaian cara pengekangan fizikal


29. Bilik pengasingan

30. Maklumat yang perlu dicatatkan dalam rekod

BAHAGIAN VI

PIAWAIAN BAGI HOSPITAL PSIKIATRI SWASTA, RUMAH JAGAAN


KEJURURAWATAN PSIKIATRI SWASTA DAN PUSAT KESIHATAN MENTAL
MASYARAKAT SWASTA DLL.

31. Pematuhan kepada kehendak khusus

32. Pintu

33. Tingkap

34. Keselamatan

35. Kehendak bilik atau wad

36. Pencahayaan di kawasan penjagaan pesakit

37. Kemudahan dan perkhidmatan jagaan kecemasan psikiatri

38. Kawasan Penjagaan Rapi

39. Kakitangan

40. Penginapan pesakit di dalam pusat kesihatan mental masyarakat swasta

41. Pengurusan kewangan pesakit

42. Barangan dan pakaian persendirian

BAHAGIAN VII

HAK PESAKIT

43. Penyataan hak pesakit

44. Kewajipan untuk mengadakan penyataan hak-hak pesakit

45. Penyataan hak pesakit hendaklah dipamerkan

46. Dokumen yang hendaklah tersedia untuk rujukan


BAHAGIAN VIII

PERKARA MENGENAI KOMUNIKASI

47. Komunikasi oleh pesakit yang dimasukkan ke hospital psikiatri

48. Komunikasi oleh orang yang ditahan atau dikurung di hospital psikiatri
yang diluluskan

BAHAGIAN IX

TATACARA YANG MESTI DIIKUTI OLEH LEMBAGA PELAWAT

49. Notis mesyuarat atau lawatan Lembaga Pelawat

50. Pelantikan Pengerusi untuk mesyuarat atau lawatan

51. Tatacara mesyuarat atau lawatan Lembaga Pelawat

52. Pembatalan pelantikan Pelawat

53. Peletakan jawatan Pelawat

JADUAL
AKTA KESIHATAN MENTAL 2001

PERATURAN-PERATURAN KESIHATAN MENTAL 2010

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 92 Akta Kesihatan Mental
2001 [Akta 615], Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut:

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Nama dan mula berkuat kuasa

1. (1) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan


Kesihatan Mental 2010.

(2) Peraturan-peraturan ini mula berkuat kuasa pada


___________________.

Tafsiran

2. Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki


makna yang lain -

"bilik atau kawasan pemulihan" mempunyai erti yang sama sebagaimana


diberikan kepada ungkapan itu dalam Peraturan-Peraturan Kemudahan dan
Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan
Kesihatan Swasta Lain) 2006 [P.U. (A) 138/2006];

"kemasukan" merujuk kepada pendaftaran seseorang sebagai pesakit dalam


atau pesakit luar dan yang untuknya satu rekod khidmat jagaan kesihatan diadakan;

"kemudahan pesakit luar" ertinya mana-mana premis yang digunakan atau


dimaksudkan untuk digunakan oleh penjagaan kesihatan profesional untuk memberi
khidmat penjagaan kesihatan kepada individu sebagai pesakit luar dan termasuk
klinik perubatan atau klinik pesakit luar atau jabatan pesakit luar dalam kemudahan
penjagaan kesihatan;

―kemudahan psikiatri‖ termasuk mana-mana hospital psikiatri, rumah jagaan


kejururawatan psikiatri dan pusat kesihatan mental masyarakat;

―kemudahan psikiatri yang diwartakan‖ termasuk mana-mana hospital


psikiatri yang diwartakan, rumah jagaan kejururawatan psikiatri yang diwartakan
atau pusat kesihatan mental masyarakat yang diwartakan;

"khidmat pesakit luar" adalah khidmat yang diberikan berasaskan pesakit luar
di kemudahan pesakit luar oleh ahli penjagaan kesihatan profesional yang
mempunyai kelayakan, latihan dan pengalaman serta kebolehan untuk menjaga
pesakit yang bercelaru mental;

"pesakit" ertinya orang yang didaftarkan sebagai pesakit luar atau


dimasukkan ke hospital sebagai pesakit dalam atau dimasukkan ke hospital di
bawah perintah Pengarah Perubatan, pegawai perubatan, pengamal perubatan
berdaftar atau atas perintah Mahkamah di bawah Akta ini;

"pelan penjagaan" ertinya suatu rancangan yang mewujudkan matlamat


penjagaan dan program tindakan bersepadu untuk memenuhi keperluan psikiatri,
perubatan, pembedahan, jagaan kejururawatan, pemulihan, psikososial dan
keperluan rohani pesakit.

Borang

3. Borang dalam Jadual Pertama ditetapkan bagi kegunaan di bawah peraturan-


peraturan ini.
BAHAGIAN II

TATACARA BAGI KEMASUKAN, PENAHANAN, PEMERIKSAAN DAN KAJIAN


SEMULA PESAKIT DALAM DAN PELEPASAN ATAU PEMINDAHAN PESAKIT
DARI HOSPITAL PSIKIATRI

Kemasukan atau penahanan pesakit sukarela ke dalam hospital psikiatri

4. (1) Permohonan bagi kemasukan sebagai pesakit sukarela ke dalam


mana-mana hospital psikiatri di bawah subseksyen 9(1) Akta hendaklah dibuat
dalam Borang 1.

(2) Perintah bagi penahanan pesakit sukarela dalam hospital psikiatri oleh
pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar di bawah subseksyen 9(5)
Akta hendaklah dibuat dalam Borang 2.

Permohonan, saranan atau perintah bagi kemasukan atau penahanan pesakit


tidak sukarela ke dalam hospital psikiatri

5. (1) Permohonan bagi kemasukan sebagai pesakit tidak sukarela ke dalam


hospital psikiatri oleh saudara orang yang disyaki bercelaru mental di bawah
perenggan 10(1)(a) Akta hendaklah dibuat dalam Borang 3.

(2) Saudara pesakit yang dirujuk dalam subperaturan (1) yang


memberikan maklumat palsu dalam Borang 3 melakukan suatu kesalahan dan
boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau penjara
tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

(3) Saranan bagi kemasukan sebagai pesakit tidak sukarela ke dalam


hospital psikiatri oleh pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar di
bawah perenggan 10(1)(b) Akta hendaklah dibuat dalam Borang 4.

(4) Perintah bagi kemasukan sebagai pesakit tidak sukarela ke dalam


hospital psikiatri oleh seseorang pegawai perubatan atau pengamal perubatan
berdaftar di bawah seksyen 14 Akta hendaklah dibuat dalam Borang 5.
Perintah bagi penahanan dan perintah penahanan lanjut pesakit tidak sukarela
dalam hospital psikiatri oleh Pengarah Perubatan dan lain-lain

6. (1) Perintah bagi penahanan pesakit tidak sukarela ke dalam hospital


psikiatri oleh Pengarah Perubatan hospital psikiatri di bawah subseksyen 10(5) dan
14(4) hendaklah dibuat dalam Borang 6.

(2) Perintah bagi penahanan lanjut pesakit tidak sukarela dalam hospital
psikiatri oleh dua pegawai perubatan atau dua pengamal perubatan berdaftar,
mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah perenggan 10(8)(b) dan 14(7)(b)
Akta hendaklah dibuat dalam Borang 7.

(3) Perintah yang dirujuk dalam subperaturan (2) hendaklah


ditandatangani oleh dua pegawai perubatan atau dua pengamal perubatan berdaftar
dalam masa tiga hari bekerja di antara satu sama lain dan perintah itu hendaklah
bagi suatu tempoh tidak melebihi tiga bulan dari tarikh terkemudian di antara dua
tandatangan itu.

Perintah bagi penahanan lanjut pesakit tidak sukarela dalam hospital psikiatri
oleh Pelawat

7. Perintah bagi penahanan lanjut pesakit tidak sukarela ke dalam hospital


psikiatri oleh Pelawat di bawah perenggan 44(2)(b) Akta hendaklah dibuat dalam
Borang 8.

Arahan bagi penahanan lanjut pesakit tidak sukarela dalam hospital psikiatri
oleh Pelawat

8. Arahan bagi penahanan lanjut pesakit tidak sukarela ke dalam hospital


psikiatri oleh Pelawat di bawah perenggan 45(2)(c), 4(c) dan subseksyen 45(5) Akta
hendaklah dibuat dalam Borang 9.
Permohonan bagi pelepasan pesakit tidak sukarela dari hospital psikiatri

9. (1) Permohonan bagi pelepasan pesakit tidak sukarela dari hospital


psikiatri oleh pesakit tidak sukarela atau saudara pesakit tidak sukarela itu di bawah
seksyen 16 Akta hendaklah dibuat dalam Borang 10.

(2) Pengarah Perubatan hendaklah memaklumkan keputusan


permohonan itu kepada pemohon yang dinyatakan dalam Borang 10 dalam masa
empat belas hari dari tarikh penerimaan permohonan itu.

Pemberitahuan berkenaan dengan pelepasan pesakit kepada Mahkamah

10. Pemberitahuan di bawah subseksyen 21 Akta oleh Pengarah Perubatan


kepada Mahkamah berkenaan dengan pelepasan pesakit yang ditahan menurut
subseksyen 55(1) atau seksyen 73 Akta hendaklah dibuat dalam Borang 11.

Pemindahan pesakit tidak sukarela

11. (1) Perintah yang mengarahkan pemindahan pesakit tidak sukarela


daripada hospital psikiatri kerajaan atau hospital psikiatri swasta yang diwartakan ke
hospital psikiatri kerajaan atau hospital psikiatri swasta yang diwartakan yang lain
oleh Ketua Pengarah atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya di bawah
seksyen 19 Akta hendaklah dibuat dalam Borang 12.

(2) Pemegang lesen dan orang yang bertanggungjawab ke atas hospital


psikiatri swasta yang diwartakan atau Pengarah Perubatan hospital psikiatri
kerajaan hendaklah, sebelum melaksanakan perintah dirujuk dalam subperaturan
(1), memastikan bahawa –

(a) pengaturan dibuat terlebih dahulu dengan hospital psikiatri yang


menerima pesakit;

(b) ringkasan klinikal pesakit tidak sukarela itu disediakan; dan


(c) pesakit tidak sukarela itu dihantar dengan penjagaan yang
sesuai.

(3) Hospital psikiatri kerajaan atau hospital psikiatri swasta yang


diwartakan yang menerima pesakit hendaklah memastikan penerusan perintah
penahanan yang dibuat sebelum pemindahan pesakit tidak sukarela ke hospital
psikiatri itu.

BAHAGIAN III

PENJAGAAN PESAKIT DALAM KEMUDAHAN PSIKIATRI

Penjagaan pesakit dalam kemudahan psikiatri

12. (1) Pengarah Perubatan, pemegang lesen atau orang yang


bertanggungjawab, mengikut yang berkenaan, ke atas kemudahan psikiatri
hendaklah memastikan bahawa—

(a) pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar, sebaik-


baiknya ahli psikiatri, dilantik untuk menjaga pesakit;

(b) khidmat pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar


yang berpengalaman dalam bidang psikiatri sentiasa tersedia
pada setiap masa diminta atau jika dikehendaki;

(c) maklumat yang secukupnya diberikan untuk memudahkan


kemasukan dan pengurusan pesakit;

(d) pesakit dimasukkan ke wad atau bilik yang bersesuaian di


kemudahan psikiatri menurut jantina dan umur; dan
(e) pesakit wanita dan di bawah umur hendaklah ditemani semasa
pemeriksaan dan rawatan di kemudahan psikiatri.

(2) Pengarah Perubatan, pemegang lesen atau orang yang


bertanggungjawab, mengikut yang berkenaan, ke atas kemudahan psikiatri tidak
boleh membenarkan mana-mana orang menziarahi pesakit jika pada pendapatnya,
orang itu bersikap kasar terhadap pesakit ataupun lawatan itu memudaratkan
rawatan atau pemulihan pesakit itu .

Pelan penjagaan pesakit

13. (1) Pengarah Perubatan, pemegang lesen atau orang yang


bertanggungjawab, mengikut yang berkenaan, ke atas kemudahan psikiatri
hendaklah memastikan bahawa setiap pesakit mempunyai pelan penjagaan bagi
pengurusan pesakit semasa rawatan dan selepas pelepasan pesakit itu.

(2) Pengarah Perubatan, pemegang lesen atau orang yang


bertanggungjawab, mengikut yang berkenaan, atas kemudahan psikiatri hendaklah
mempunyai garis panduan mengenai pelan penjagaan pesakit sebagaimana yang
diluluskan oleh Ketua Pengarah.

Rawatan penjagaan kecemasan di rumah jagaan kejururawatan psikiatri

14. Orang yang bertanggungjawab ke atas rumah jagaan kejururawatan psikiatri


hendaklah memeriksa atau menyebabkan diperiksa mana-mana pesakit yang
menunjukkan tanda dan gejala kemerosotan mental dan boleh menjalankan atau
menyebabkan dijalankan rawatan kecemasan sebelum menyarankan supaya
pesakit dimasukkan ke dalam hospital psikiatri.
Penjagaan pesakit tidak sukarela yang dilepaskan dari hospital psikiatri

15. (1) Pengarah Perubatan sesebuah hospital psikiatri boleh, apabila


melepaskan pesakit tidak sukarela di bawah seksyen 15 atau 16 Akta,
memerintahkan bahawa seseorang pesakit tidak sukarela itu dilepaskan kepada-

(a) jagaan saudara atau rakan;

(b) jagaan dirinya sendiri jika diluluskan oleh ahli psikiatri yang
bertanggungjawab; atau

(c) kemudahan jagaan kesihatan yang lain.

(2) Pengarah Perubatan hospital psikiatri itu hendaklah, sebelum


melepaskan tidak pesakit tidak sukarela di bawah perenggan 1(a) atau (b),
menyediakan pesakit tersebut dengan-

(a) ubat yang mencukupi; dan

(b) notis secara bertulis tentang tarikh, masa dan nama hospital yang
menerima bagi temu janji susulan,

bagi memastikan penerusan jagaan.

(3) Pengarah Perubatan hospital psikiatri itu hendaklah menyediakan


hospital yang menerima yang disebut dalam perenggan (2)(b) dengan ringkasan
klinikal pesakit tidak sukarela itu.

(4) Pengarah Perubatan hospital psikiatri itu hendaklah, sebelum


melepaskan pesakit tidak sukarela di bawah perenggan 1(c), menyediakan
kemudahan jagaan kesihatan yang menerima itu dengan ringkasan klinikal pesakit
itu.
(5) Bagi maksud peraturan-peraturan ini, ―kemudahan jagaan kesihatan‖
ertinya mana-mana premis yang mana salah satu atau lebih anggota masyarakat
menerima perkhidmatan jagaan kesihatan.

Pasukan kesihatan mental masyarakat

16. (1) Pengarah Perubatan atau pemegang lesen atau orang yang
bertanggungjawab, mengikut yang berkenaan, ke atas hospital psikiatri atau pusat
kesihatan mental masyarakat hendaklah memastikan penubuhan suatu pasukan
kesihatan mental masyarakat bagi perkhidmatan penjagaan kesihatan mental
masyarakat.

(2) Pasukan kesihatan mental masyarakat hendaklah –

(a) terdiri daripada orang pelbagai disiplin; dan

(b) diketuai oleh pegawai perubatan atau pengamal perubatan


berdaftar sebaik-baiknya ahli psikiatri.

(3) Pasukan kesihatan mental masyarakat hendaklah memberi


perkhidmatan kesihatan mental yang menyeluruh.

(4) Pengarah Perubatan atau pemegang lesen atau orang yang


bertanggungjawab, mengikut yang berkenaan, ke atas hospital psikiatri atau pusat
kesihatan mental masyarakat hendaklah mengekalkan daftar bagi pesakit di bawah
jagaan pasukan kesihatan mental masyarakat itu.

Kewajipan untuk memberitahu saudara pesakit berkenaan dengan


permohonan untuk pelepasan dari rumah jagaan kejururawatan psikiatri
17. Apabila pesakit memberikan notis kepada orang yang bertanggungjawab
memohon bagi pelepasan daripada rumah jagaan kejururawatan psikiatri di bawah
subseksyen 31(4) Akta, orang yang bertanggungjawab itu hendaklah, dalam masa
dua puluh empat jam dari penerimaan notis itu, memberitahu saudara pesakit itu
berkenaan notis itu.

Penjagaan orang yang di bawah umur dengan kecelaruan mental

18. (1) Pengarah Perubatan atau pemegang lesen atau orang yang
bertanggungjawab, mengikut yang berkenaan, ke atas kemudahan psikiatri
hendaklah memastikan bahawa –

(a) semua orang yang di bawah umur dengan kecelaruan mental yang
dimasukkan atau ditahan di kemudahan psikiatri ditempatkan dalam
persekitaran yang sesuai mengikut jantina dan umur;

(b) semua langkah diambil untuk melindungi keselamatan emosi dan


fizikal orang yang di bawah umur dengan kecelaruan mental itu;

(c) langkah yang mencukupi dan sesuai disediakan agar tidak


mengganggu perkembangan fizikal, sosial dan akademik pesakit di
bawah umur dengan kecelaruan mental; dan

(d) pelan penjagaan dibincangkan dengan ibu bapa atau penjaga.

Penjagaan geriatrik

19. Pengarah Perubatan atau pemegang lesen atau orang yang


bertanggungjawab, mengikut yang berkenaan, ke atas kemudahan psikiatri
hendaklah memastikan bahawa–

(a) mana-mana pesakit geriatrik yang dimasukkan ke dalam atau ditahan


dalam kemudahan psikiatri ditempatkan dalam persekitaran yang
sesuai mengikut jantina dan umur;
(b) kemudahan berasingan dan persekitaran yang terpisah bagi pesakit
berkeperluan khusus dijadikan tersedia; dan

(c) semua langkah diambil untuk melindungi keselamatan fizikal dan


emosi pesakit geriatrik.

BAHAGIAN IV

TERAPI ELEKTROKONVULSIF

Tatacara bagi terapi elektrokonvulsif

20. Keputusan untuk memulakan terapi elektrokonvulsif dan bilangan sesi


rawatan pada mana-mana pesakit di mana-mana kemudahan psikiatri hendaklah
dibuat oleh ahli psikiatri.

Dewan bedah atau suite rawatan

21. (1) Tertakluk kepada subperaturan (2), (3) dan (4), Pengarah Perubatan
atau pemegang lesen hospital psikiatri hendaklah memastikan bahawa semua terapi
elektrokonvulsif ke atas mana-mana pesakit dijalankan di bilik bedah atau suite
rawatan hospital psikiatri oleh ahli psikiatri atau pegawai perubatan atau pengamal
perubatan berdaftar di bawah pengawasan seorang ahli psikiatri.

(2) Dewan bedah atau suite rawatan yang dirujuk dalam subperaturan (1)
hendaklah mempunyai bilik menunggu , rawatan dan bilik atau kawasan pemulihan
yang khusus.

(3) Bilik yang dirujuk dalam subperaturan (2) hendaklah -

(a) dicahayakan dan diudarakan secara secukupnya; dan


(b) bersebelahan dan bercantum antara satu sama lain.

(4) Dewan bedah dan suite rawatan itu hendaklah tidak digunakan
sebagai laluan trafik.

(5) Bilik rawatan sama ada di dalam dewan bedah atau suite rawatan itu
hendaklah mempunyai—

(a) ukuran minimum 16 meter persegi; dan

(b) ruang khusus untuk kelengkapan, bekalan dan rekod terapi


elektrokonvulsif.

(6) Pengarah Perubatan atau pemegang lesen hospital psikiatri hendaklah


memastikan bahawa bilik atau kawasan pemulihan, sama ada dalam bilik bedah
atau suite rawatan mempunyai kakitangan yang khusus dengan kelayakan, latihan
dan pengalaman yang berkaitan.

(7) Pengarah Perubatan atau pemegang lesen hospital psikiatri hendaklah


menyenggara daftar pesakit bagi dewan bedah atau suite rawatan.

Bekalan oksigen di bilik rawatan dan bilik atau kawasan pemulihan

22. Bekalan oksigen di bilik rawatan dan bilik atau kawasan pemulihan sesuatu
dewan bedah atau suite rawatan hendaklah dipantau dan direkodkan secukupnya
dalam suatu buku log.

Kelengkapan dan bekalan dalam bilik rawatan

23. Pengarah Perubatan atau pemegang lesen hospital psikiatri hendaklah


memastikan bilik rawatan di hospital psikiatri dilengkapi dengan kelengkapan dan
bekalan minimum sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.
Alat terapi elektrokonvulsif, penyenggaraan dan buku log

24. (1) Pengarah Perubatan atau pemegang lesen hospital psikiatri hendaklah
memastikan alat terapi elektrokonvulsif yang digunakan untuk memberikan
rangsangan elektrik kepada seseorang pesakit mematuhi kehendak sebagaimana
dinyatakan dalam Jadual Kedua.

(2) Alat elektrokonvulsif itu hendaklah mempunyai penyenggaraan berkala


menurut garis panduan pengeluar dan semua kegiatan penyenggaraan, hasil ujian,
kekurangan dan langkah pembetulan hendaklah didokumenkan dalam buku log.

(3) Buku log itu hendaklah disimpan di dalam bilik rawatan dan tersedia
sepanjang masa bagi pemeriksaan.

BAHAGIAN V

PENGEKANGAN ATAU PENGASINGAN

Petunjuk dan tatacara bagi pengekangan atau pengasingan

25. (1) Petunjuk dan tatacara bagi pengekangan atau pengasingan secara
fizikal atau kimia yang boleh digunakan ke atas pesakit di hospital psikiatri
hendaklah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.

(2) Tiada seorang pun pesakit di bawah umur dua belas boleh dikenakan
pengekangan atau pengasingan secara fizikal dalam mana-mana hospital psikiatri.

(3) Privasi dan keselamatan pesakit hendaklah diperhatikan pada setiap


masa semasa tatacara pengekangan atau pengasingan.

(4) Tiada pengekangan atau pengasingan secara kimia atau fizikal boleh
digunakan ke atas pesakit dibenarkan di rumah jagaan kejururawatan psikiatri atau
pusat kesihatan mental masyarakat, melainkan jika semasa kecemasan dan pesakit
hendaklah dipindahkan selepas itu ke hospital psikiatri tanpa kelengahan.
(5) Jika tempoh masa pengekangan fizikal seseorang pesakit melebihi
lapan jam, ahli psikiatri hendaklah menilai semula pesakit itu tentang keperluan
pengekangan lanjut.

(6) Tiada pengasingan boleh dijalankan ke atas seseorang pesakit bagi


tempoh lebih daripada lapan jam berturut-turut atau selama lebih daripada dua belas
jam berselang-seli melebihi tempoh empat puluh lapan jam, tanpa suatu penilaian
semula secara bebas oleh ahli psikiatri atau pengamal perubatan lain yang sama
kekananannya yang tidak terlibat secara langsung dalam penjagaan pesakit pada
masa kejadian yang membawa kepada pengasingan pesakit itu.

Kawasan pengekangan

26. (1) Hendaklah ada tempat terhad yang ditetapkan dengan ruang
pemerhati yang khusus yang dikendalikan oleh kakitangan yang berkelayakan,
terlatih dan berpengalaman bagi maksud memantau pesakit.

(2) Kawasan yang dirujuk dalam subseksyen (1) hendaklah dicahayakan


dan diudarakan secukupnya.

Peralatan pengekangan

27. Peralatan yang dibenarkan atau dilarang digunakan sebagai pengekangan


fizikal seseorang pesakit hendaklah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual
Ketiga.

Pemakaian cara pengekangan fizikal

28. Cara pengekangan fizikal seseorang pesakit hendaklah–

(a) dijalankan atau diawasi oleh kakitangan yang berkelayakan, terlatih


dan berpengalaman; dan
(b) digunakan hanya pada anggota kaki dan tangan pesakit itu.

Bilik pengasingan

29. (1) Hendaklah ada bilik pengasingan perseorangan yang khusus yang
dikendalikan oleh kakitangan yang berkelayakan, terlatih dan berpengalaman bagi
maksud pengasingan seseorang pesakit.

(2) Bilik pengasingan itu hendaklah -

(a) dicahayakan dan diudarakan secara secukupnya;

(b) terletak bagi mengekal privasi dan pemantauan pesakit;

(c) ukuran minimum 10 meter persegi;

(d) disediakan dengan sesekat yang kekal secara fizikal; dan

(e) dikalisbunyikan secara secukupnya.

(3) Pintu bilik pengasingan itu hendaklah -

(a) merupakan satu daun pintu yang dibuka ke luar diperbuat


daripada bahan yang teguh; dan

(b) mempunyai panel pemerhatian yang diperbuat daripada


kaca keselamatan.

(4) Perabot dalam bilik pengasingan hendaklah diperbuat daripada bahan


yang tidak akan membahayakan pesakit.

(5) Bilik pengasingan boleh mempunyai televisyen pemantau litar tertutup.


(6) Sangkar, kotak kayu, palang besi, kekisi atau perangkap logam atau
bekas atau ruang lain yang menjatuhkan maruah tidak boleh digunakan sebagai
cara pengasingan di dalam bilik pengasingan.

Maklumat yang perlu dicatatkan dalam rekod

30. (1) Setiap kawasan pengekangan atau bilik pengasingan hendaklah


menyenggarakan rekod yang mengandungi maklumat sebagaimana yang
dinyatakan dalam Jadual Ketiga.

(2) Rekod yang disimpan dalam kawasan pengekangan dan bilik


pengasingan hendaklah masing-masing disebut sebagai Rekod Pengekangan
Fizikal dan sebagai Rekod Pengasingan.

(3) Kedua-dua Rekod hendaklah disediakan sepanjang masa bagi


maksud pemeriksaan.

BAHAGIAN VI

PIAWAIAN BAGI HOSPITAL PSIKIATRI SWASTA, RUMAH JAGAAN


KEJURURAWATAN PSIKIATRI SWASTA DAN PUSAT KESIHATAN MENTAL
MASYARAKAT SWASTA DLL.

Pematuhan kehendak khusus

31. (1) Sesuatu hospital psikiatri swasta dan hospital psikiatri swasta yang
diwartakan hendaklah mempunyai pintu masuk utama, tempat menyambut tetamu,
lobi dan ruang menunggu sama ada yang dikhususkan atau secara berkongsi.

(2) Sesuatu hospital psikiatri swasta dan hospital psikiatri swasta yang
diwartakan hendaklah mempunyai—
(a) kawasan persendirian dan umum yang di tentukan dengan jelas;

(b) ruang untuk aktiviti rehabilitasi bagi individu atau kumpulan; dan

(c) kemudahan yang selamat dan mesra pengguna untuk pesakit,


kakitangan dan pengunjung.

Pintu

32. (1) Semua pintu di ruang penjagaan pesakit sesuatu hospital psikiatri
swasta, hospital psikiatri swasta yang diwartakan, rumah jagaan kejururawatan
psikiatri swasta, rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta yang diwartakan,
pusat kesihatan mental masyarakat swasta dan pusat kesihatan mental masyarakat
swasta yang diwartakan hendaklah diperbuat daripada bahan yang selamat dan
tidak membahayakan.

(2) Pintu hendaklah boleh dikunci dan diakses oleh kakitangan dalam
situasi kecemasan.

Tingkap

33. Semua tingkap di kawasan penjagaan pesakit sesuatu hospital psikiatri


swasta, hospital psikiatri swasta yang diwartakan, rumah jagaan kejururawatan
psikiatri swasta, rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta yang diwartakan,
pusat kesihatan mental masyarakat swasta dan pusat kesihatan mental masyarakat
swasta yang diwartakan hendaklah—

(a) mempunyai panel yang diperbuat daripada bahan yang selamat dan
tidak membahayakan;

(b) mempunyai darjah pembukaan yang terhad; dan


(c) menggunakan kekisi yang estetik dan tidak seperti penjara, jika perlu.

Keselamatan

34. Sesuatu hospital psikiatri swasta, hospital psikiatri swasta yang diwartakan,
rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta, rumah jagaan kejururawatan psikiatri
swasta yang diwartakan, pusat kesihatan mental masyarakat swasta dan pusat
kesihatan mental masyarakat yang diwartakan hendaklah mempunyai sistem
keselamatan yang diadakan dalam bentuk yang tidak menghalang dan mudah
dikawal selia oleh kakitangan.

Kehendak bilik atau wad

35. Sesuatu hospital psikiatri swasta, hospital psikiatri swasta yang diwartakan,
rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta, rumah jagaan kejururawatan psikiatri
swasta, pusat kesihatan mental masyarakat swasta dan pusat kesihatan mental
masyarakat yang diwartakan hendaklah tidak mempunyai lebih dari enam buah katil
dalam satu bilik atau wad.

Pencahayaan di kawasan penjagaan pesakit

36. Sesuatu hospital psikiatri swasta, hospital psikiatri swasta yang diwartakan,
rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta, rumah jagaan kejururawatan psikiatri
swasta, pusat kesihatan mental masyarakat swasta dan pusat kesihatan mental
masyarakat yang diwartakan hendaklah menyediakan lampu reses dalam semua
kawasan penjagaan pesakit.

Kemudahan dan perkhidmatan jagaan kecemasan psikiatri

37. (1) Sesuatu hospital psikiatri swasta dan hospital psikiatri swasta yang
diwartakan hendaklah mengadakan kemudahan dan perkhidmatan jagaan
kecemasan psikiatri dua puluh empat jam yang hendaklah –
(a) ditempatkan di tingkat bawah dan terpisah daripada kawasan pesakit
dalam;

(b) mempunyai laluan yang bersesuaian bagi ambulans, kenderaan


kecemasan yang lain, kenderaan persendirian dan pesakit jumpa
terus;

(c) mempunyai katil untuk pemerhatian dan rawatan kecemasan;

(d) mempunyai stesen kakitangan jururawat; dan

(e) mempunyai bilik untuk temubual dan kaunseling.

(2) Walau apa pun subperaturan (1), kemudahan dan perkhidmatan


kecemasan boleh dikongsi dengan perkhidmatan dan kemudahan kecemasan
penjagaan kesihatan yang lain.

Kawasan Penjagaan Rapi

38. Sesuatu hospital psikiatri swasta dan hospital psikiatri swasta yang
diwartakan hendaklah mengadakan kawasan penjagaan rapi bagi pesakit yang
mempunyai risiko tinggi untuk membahayakan diri atau orang lain yang hendaklah –

(a) terletak di tengah-tengah berdekatan dengan stesen jururawat; dan

(b) mempunyai laluan terhad.

Kakitangan

39. (1) Hospital psikiatri swasta dan hospital psikiatri swasta yang diwartakan
hendaklah mengadakan satu pasukan pelbagai displin terdiri daripada sekurang-
kurangnya seorang ahli psikiatri atau pengamal perubatan berdaftar dengan
sekurang-kurangnya satu tahun pengalaman dalam bidang psikiatri, seorang ahli
psikologi klinikal atau kaunselor, seorang jurupulih pekerjaan dan jururawat atau
pembantu perubatan untuk memenuhi keperluan rawatan dan rehabilitasi psikososial
pesakit.

(2) Rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta, rumah jagaan


kejururawatan psikiatri swasta yang diwartakan, pusat kesihatan mental masyarakat
swasta dan pusat kesihatan mental masyarakat swasta yang diwartakan hendaklah
menyediakan satu pasukan pelbagai displin yang terdiri dari sekurang-kurangnya
seorang ahli psikiatri atau pengamal perubatan berdaftar dengan sekurang-
kurangnya satu tahun pengalaman dalam bidang psikiatri, seorang ahli psikologi
klinikal pelawat atau kaunselor , seorang jurupulih pekerjaan pelawat, jururawat
atau pembantu perubatan untuk memenuhi keperluan rawatan dan rehabilitasi
psikososial pesakit.

(3) Kemudahan pskiatri swasta yang menyediakan perkhidmatan bagi


pesakit geriatrik hendaklah, sebagai tambahan kepada perkhidmatan yang disebut
dalam subperaturan (1) atau (2) sebagaimana yang terpakai, menyediakan
sekurang-kurangnya seorang ahli fisioterapi pelawat.

Penginapan seseorang dalam pusat kesihatan mental masyarakat swasta

40. (1) Seseorang yang mengalami kecelaruan mental dan didaftarkan


dengan sebuah kemudahan psikiatri boleh menginap di pusat kesihatan mental
masyarakat swasta atau pusat kesihatan mental masyarakat swasta yang
diwartakan tidak lebih dua puluh empat jam.

(2) Walau apa pun subperaturan (1), seseorang yang mendatangkan


bahaya kepada dirinya atau keselamatan orang lain tidak boleh dibenarkan
menginap.

(3) Persiapan hendaklah dibuat untuk merujuk orang itu menginap menurut
subperaturan (1), ke sesuatu hospital psikiatri atau rumah jagaan kejururawatan
psikiatri, jika perlu, dalam masa dua puluh empat jam dari penginapan.
(4) Tiada cara pengekangan fizikal atau pengasingan boleh diguna ke atas
orang yang ditempatkan di bawah subperaturan (1).

(5) Butiran pesakit hendaklah direkodkan setelah penginapan di bawah


subperaturan (1).

Pengurusan kewangan pesakit

41. (1) Sesuatu hospital psikiatri swasta, hospital psikiatri swasta yang
diwartakan, rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta dan rumah jagaan
kejururawatan psikiatri swasta yang diwartakan hendaklah mengadakan peluang
yang maksimum kepada setiap pesakit untuk menjalankan kebebasan kewangannya
mengikut tahap kompetensinya.

(2) Apabila seorang pesakit dianggap tidak dapat menjalankan kebebasan


kewangannya di bawah subperaturan (1), hospital psikiatri swasta, hospital psikiatri
swasta yang diwartakan, rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta dan rumah
jagaan kejururawatan psikiatri swasta yang diwartakan hendaklah mempunyai dasar
bertulis mengenai pengurusan kewangan pesakit atas amanah baginya.

Barangan persendirian dan pakaian

42. (1) Sesuatu hospital psikiatri swasta, hospital psikiatri swasta yang
diwartakan, rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta, rumah jagaan
kejururawatan psikiatri swasta yang diwartakan, pusat kesihatan mental masyarakat
swasta dan pusat kesihatan mental masyarakat yang diwartakan hendaklah
menyediakan pesakit dengan ruang yang mencukupi untuk menyimpan barangan
persendiriannya.

(2) Sesuatu hospital psikiatri swasta, hospital psikiatri swasta yang


diwartakan, rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta, rumah jagaan
kejururawatan psikiatri swasta yang diwartakan, pusat kesihatan mental masyarakat
swasta dan pusat kesihatan mental masyarakat yang diwartakan hendaklah
membenarkan pesakit memakai pakaian pilihan mereka yang sesuai .

BAHAGIAN VII

HAK PESAKIT

Penyata hak pesakit

43. (1) Pengarah Perubatan atau pemegang lesen atau orang yang
bertanggungjawab, mengikut mana yang berkenaan, ke atas sesuatu kemudahan
psikiatri hendaklah mengadakan penyataan hak pesakit sebagaimana yang
diluluskan oleh Ketua Pengarah.

(2) Penyataan hak pesakit hendaklah dalam bentuk dan bahasa yang
boleh difahami oleh saudara atau sahabat pesakit faham.

(3) Penyataan hak pesakit hendaklah sekurang-kurangnya mengandungi


peruntukan bagi hak pesakit kepada—

(a) sebab kemasukan dan penahanannya dan cara bagi pelepasan,


kebenaran bercuti atau pemindahan;

(b) rawatan, maklumat, kerahsiaan, pengenalan diri dan privasi;

(c) penginapan yang mencukupi;

(d) kegiatan riadah;

(e) pengamalan identiti jantina;

(f) pengamalan kepercayaan agama pilihannya;

(g) berkomunikasi dengan orang di luar;


(h) menerima pelawat;

(i) mempunyai peluang untuk pendapat ahli psikiatri kedua;

(j) mendapatkan pembelaan undang-undang; dan

(k) merayu kepada Pengarah Perubatan, Lembaga Pelawat atau


Ketua Pengarah untuk pelepasan.

Kewajipan untuk mengadakan penyataan hak pesakit

44. (1) Pengarah Perubatan atau pemegang lesen atau orang yang
bertanggungjawab, mengikut mana yang berkenaan, sesuatu kemudahan psikiatri
hendaklah mengadakan penyataan hak pesakit kepada setiap pesakit dalam
kemudahan psikiatri.

(2) Walau apa pun subperaturan (1), apabila pesakit tidak dapat
memahami makna penyataan hak pesakit itu oleh sebab keadaan akalnya,
pernyataan hak pesakit itu hendaklah diadakan kepada pesakit itu dengan sebaik
sahaja pesakit itu berupaya untuk memahami maknanya.

(3) Penyataan hak pesakit hendaklah disimpan di tempat yang mudah


diperoleh dan tersedia untuk semua saudara atau rakan pesakit dan kakitangan
yang terlibat dalam rawatan dan pengurusan pesakit di sesuatu kemudahan
psikiatri.

Pernyataan hak pesakit hendaklah dipamerkan

45. Pernyataan hak pesakit hendaklah dipamerkan di bahagian yang mudah


dilihat dalam suatu kemudahan psikiatri.
Dokumen yang boleh didapati untuk rujukan

46. Pengarah Perubatan atau pemegang lesen atau orang yang


bertanggungjawab, mengikut yang berkenaan, ke atas sesuatu kemudahan psikiatri
hendaklah menjadikan tersedia dokumen sebagaimana yang dinyatakan dalam
Jadual Keempat untuk rujukan pesakit, atau saudara atau rakannya di kemudahan
psikiatri itu.
BAHAGIAN VIII

PERKARA MENGENAI KOMUNIKASI

Komunikasi oleh pesakit yang dimasukkan ke hospital psikiatri

47. (1) Surat yang ditulis kepada atau oleh pesakit yang dimasukkan atau
ditahan hendaklah disampaikan tanpa dibuka kepada orang yang surat itu
dialamatkan.

(2) Sekurang-kurangnya satu telefon dan talian telefon hendaklah


diadakan di setiap tingkat sesuatu kemudahan psikiatri bagi kegunaan pesakit sama
ada untuk panggilan masuk atau panggilan keluar dan telefon itu hendaklah terletak
di suatu tempat yang—

(a) mudah didatangi oleh pesakit; dan

(b) menjamin privasi komunikasi pesakit itu.

(3) Bentuk komunikasi yang lain hendaklah disediakan sebagaimana yang


boleh diarahkan oleh Ketua Pengarah.

Komunikasi oleh orang yang ditahan atau dikurung di hospital psikiatri yang
diluluskan

48 (1) Tertakluk kepada subperaturan (2), mana-mana orang yang ditahan atau
dikurung di bawah seksyen 342, 344 atau 348 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593]
atau peruntukan yang bersamaan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang
lain dalam hospital psikiatri yang diluluskan boleh mendapat akses kepada
komunikasi tanpa pemintasan.

(2) Pengarah Perubatan atau orang yang bertanggungjawab, mengikut


mana-mana yang berkenaan, ke atas sesuatu hospital psikiatri yang diluluskan
boleh jika dianggap perlu menyebabkan mana-mana surat yang ditulis oleh atau
kepada mana-mana orang yang ditahan atau dikurung di situ untuk pengawasan
rapi.

(3) Semua perhubungan melalui surat kepada dan daripada peguam,


wakil yang dilantik atau Pejabat Pemerintah orang yang ditahan atau dikurung di
hospital psikiatri tidak boleh dipintas.

(4) Pengarah Perubatan atau orang yang bertanggungjawab, mengikut


mana-mana yang berkenaan, ke atas sesuatu hospital psikiatri yang diluluskan
boleh mengenakan apa-apa syarat keselamatan bagi penggunaan dan lokasi telefon
ke atas mana-mana orang yang ditahan atau dikurung dalam hospital psikiatri yang
diluluskan.

BAHAGIAN IX

TATACARA YANG MESTI DIIKUTI OLEH LEMBAGA PELAWAT

Notis mesyuarat atau lawatan Lembaga Pelawat

49. Pengarah Perubatan atau pemegang lesen atau orang yang


bertanggungjawab, mengikut mana-mana yang berkenaan, dari satu hospital
psikiatri atau rumah jagaan kejururawatan psikiatri hendaklah mengeluarkan -

(a) notis mesyuarat atau lawatan yang dijadualkan sekurang-kurangnya


dua minggu sebelum tarikh mesyuarat atau lawatan yang dijadualkan
Lembaga Pelawat itu; atau
(b) notis mesyuarat atau lawatan segera yang diarahkan oleh Pengerusi
Lembaga Pelawat pada mana-mana masa yang munasabah untuk
menyoal siasat semua kematian atau peristiwa yang tidak diduga yang
berlaku sejak mesyuarat atau lawatan yang dijadualkan terakhir
Lembaga Pelawat,

kepada anggota Lembaga Pelawat.

Pelantikan Pengerusi untuk mesyuarat atau lawatan

50. Pengerusi Lembaga Pelawat boleh melantik Pelawat yang lain untuk
mempengerusikan mesyuarat atau lawatan Lembaga semasa ketiadaan Pengerusi.

Tatacara mesyuarat atau lawatan Lembaga Pelawat

51. (1) Hendaklah ada sesuatu buku laporan pelawat bagi maksud mesyuarat
atau lawatan Lembaga Pelawat dan buku itu hendaklah mengandungi semua
maklumat sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kelima.

(2) Mesyuarat atau lawatan Lembaga Pelawat hendaklah dijalankan


dengan memberi perhatian khusus kepada kerahsiaan dan maruah pesakit.

(3) Pesakit hendaklah diberi peluang untuk menyuarakan rasa tidak puas
hatinya tanpa rasa takut semasa mesyuarat atau lawatan Lembaga Pelawat.

(4) Pelawat hendaklah menilai mana-mana pesakit sukarela di hospital


psikiatri yang penahanannya melebihi tiga bulan untuk membuat pertanyaan
mengenai hak dan kebajikannya.

(5) Pelawat hendaklah mengemukakan saranan, aduan atau ulasan jika


perlu dan hendaklah mencatatkan saranan, aduan atau ulasan, jika ada, dalam
Buku Laporan Pelawat.
(6) Saranan, aduan atau ulasan itu hendaklah diambil tindakan oleh orang
yang bertanggungjawab dan dilaporkan dalam mesyuarat Lembaga yang
dijadualkan selepas itu atau sebagaimana yang diarahkan.

(7) Pelawat boleh menimbangkan keputusan semasa ketiadaan orang


yang bertanggungjawab jika dianggap perlu.

(8) Pelawat boleh menghendaki mana-mana orang yang bekerja di


hospital psikiatri dan rumah jagaan kejururawatan psikiatri atau mana-mana saudara
atau sahabat pesakit, yang mengetahui tentang kenyataan atau hal keadaan mana-
mana perkara dalam siasatan untuk ditemu bual oleh Pelawat dan hendaklah
memberikan maklumat sama ada secara lisan atau bertulis.

(9) Notis temu bual itu hendaklah disampaikan kepada orang yang
bertanggungjawab yang tugasnya hendaklah untuk memastikan kehadiran orang
yang disebut dalam subperaturan (8) pada tarikh dan masa mesyuarat sebagaimana
yang dinyatakan dalam notis itu.

(10) Mana-mana orang, yang dikehendaki oleh Pelawat, hendaklah


memberikan apa-apa maklumat yang diketahuinya atau dipercayainya benar.

(11) Pelawat hendaklah melaporkan sebarang penemuan atau


ketidakpatuhan semasa temu bual dalam buku laporan pelawat.

(12) Format mesyuarat atau lawatan hendaklah diputuskan oleh Pelawat.

Pembatalan pelantikan Pelawat

51. (1) Pelantikan Pelawat boleh disarankan supaya dibatalkan jika dia—

(a) tidak menghadirkan diri dalam tiga mesyuarat atau lawatan


Lembaga Pelawat berturut-turut tanpa sebab yang sah; atau

(b) melanggar mana-mana terma dan syarat pelantikannya.


(2)Pelawat yang disarankan supaya ditamatkan pelantikannya hendaklah
buat sementara waktu tidak lagi menghadiri mesyuarat atau lawatan Lembaga
Pelawat yang dijadualkan sehingga mendapat keputusan Menteri.

(3) Setelah keputusan Menteri untuk membatalkan pelantikan itu, Pelawat


itu hendaklah diberitahu.

Peletakan jawatan Pelawat

52. (1) Pelawat yang ingin meletak jawatan hendaklah memberikan notis satu
bulan secara bertulis mengenai hasratnya itu kepada Pengerusi Lembaga Pelawat,
yang akan selepas itu menyampaikannya kepada Menteri.

(2) Setelah menerima peletakan jawatan itu, Menteri bolehlah melantik


ahli baru bagi Lembaga Pelawat.
JADUAL PERTAMA

[Peraturan 3]

BORANG 1

KEMASUKAN SECARA SUKARELA KE HOSPITAL PSIKIATRI

[SUBSECTION 9(1) AKTA KESIHATAN MENTAL 2001]

Kepada
Pengarah Perubatan, HOSPITAL PSIKIATRI ……............................…………………...…………...............
(nama hospital)
Saya, ……………………………………………........................No. Kad Pengenalan ......………………….…………...
(nama pesakit dewasa/ penjaga pesakit belum dewasa)*

beralamat di………………………………………………………………..……............ dengan ini meminta kemasukan


(alamat pemohon)

bagi pihak saya sendiri/bagi pihak *………………………………………………………………………………………....


(nama pesakit belum dewasa)

No.Kad Pengenalan/No.Sijil Kelahiran *................................beralamat di……………...............................................


(alamat pesakit belum dewasa)

sebagai pesakit sukarela ke hospital psikiatri yang dinyatakan di atas.

Saya / pesakit belum dewasa tersebut * akan dibenarkan keluar dalam tempoh tujuh puluh dua jam [72
Jam] dari tarikh notis pelepasan. Walau bagaimanapun, saya/penjaga pesakit belum dewasa tersebut *
memahami bahawa saya/pesakit belum dewasa tersebut mungkin dikehendaki terus berada di hospital psikiatri
jika diperakui oleh pegawai perubatan/pengamal perubatan berdaftar * yang tidak terlibat dalam penjagaan dan
pengurusan saya / pesakit belum dewasa tersebut *.

Tandatangan …………..………………….
Pemohon

Tarikh…………………………………..

Catatan: Pesakit belum dewasa adalah berumur di bawah lapan belas tahun.
*Potong mana-mana yang tidak berkenaan
BORANG 2

PERINTAH PENAHANAN DI HOSPITAL PSIKIATRI OLEH PENGAMAL PERUBATAN


BERDAFTAR SUPAYA PESAKIT SUKARELA DITAHAN

[SUBSEKSYEN 9(5) AKTA KESIHATAN MENTAL 2001]


Kepada,

Pengarah Perubatan , HOSPITAL PSIKIATRI………………………...………….............


( nama hospital )

Saya, ……………………………………………………......………………. Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan


(nama)

Berdaftar* beralamat di………………………………………………….............dengan ini memperakui bahawa saya


(alamat rasmi)

tidak terlibat dalam pengurusan pesakit tersebut dan mengesahkan bahawa pada ……………………………........
(tarikh)

di ………………………..…………………………………………………………….......... saya telah memeriksa sendiri


(tempat)

………………………………..………, No.Kad Pengenalan/No.Sijil Kelahiran* …………………………............……...


(nama pesakit)

beralamat di ………………………………………………………….............................., seorang pesakit sukarela, dan


(alamat)

mendapati bahawa pesakit tersebut mengalami kecelaruan mental berdasarkan alasan berikut:

………………………………………………………………………………………………………………..………………….
(nyatakan fakta kecelaruan mental)

…………………………………………………………………………………...………………………………………………

…………………………………………………………………………………………...………………………………………
Saya berpuas hati bahawa pesakit sukarela tersebut dikehendaki terus ditahan bagi tujuan penilaian atau
rawatan:
(i) untuk kesihatan atau keselamatannya sendiri; dan/atau
(ii) dengan tujuan untuk melindungi orang lain *

Saya dengan ini memerintahkan supaya pesakit tersebut ditahan bagi tempoh selanjutnya yang tidak melebihi
satu bulan dari tarikh perintah ini.
Tandatangan……………………………………….………………
Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan Berdaftar*

Tarikh…………………..……………………………….…………
*Potong mana-mana yang tidak berkenaan
BORANG 3

PERMOHONAN BAGI KEMASUKAN SEBAGAI PESAKIT TIDAK SUKARELA KE HOSPITAL PSIKIATRI OLEH
SAUDARA PESAKIT

[PERENGGAN 10(1)(a) AKTA KESIHATAN MENTAL 2001]


Kepada,

Pengarah Perubatan , HOSPITAL PSIKIATRI ………….........................................……………...………….


(nama hospital)

Saya, ………………………………………………………..…….. No. Kad Pengenalan …………………...……….……


(nama saudara pesakit)

beralamat di………………………………………………………………………...……...…, dengan ini meminta supaya


(alamat saudara pesakit)

tuan menerima ………………………………………………….… No. Kad Pengenalan ………...……………..………..


(nama orang yang disyaki mengalami kecelaruan mental)

beralamat di ………………………………………….………………………………….......... sebagai pesakit di hospital


(alamat nama orang yang disyaki mengalami kecelaruan mental)

psikiatri. Saya membuat permohonan ini berdasarkan alasan kecelaruan mental yang disyaki berikut,

……………………………………………………………………………………...…………………………………...............
(nyatakan fakta kecelaruan mental yang disyaki)

………………………………………………………………………...…………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………

dan kedudukan saya sebagai ……………………………………...………………….....………. pesakit.


(nyatakan pertalian keluarga)

Tandatangan
…………………………………………………………..
Pemohon

Tarikh…………………………………………………….
Catatan:
Borang ini adalah terpakai bagi tujuan subseksyen 31( 6 ) Akta.
BORANG 4

SARANAN BAGI KEMASUKAN SEBAGAI PESAKIT TIDAK SUKARELA DI HOSPITAL PSIKIATRI OLEH
PEGAWAI PERUBATAN ATAU PENGAMAL PERUBATAN BERDAFTAR

[PERENGGAN 10(1)(b) AKTA KESIHATAN MENTAL 2001]

Kepada,

Pengarah Perubatan , HOSPITAL PSIKIATRI ……………….........................………...…………......


( nama hospital )
Saya, ……………………………… Pegawai Perubatan/Pengamal Perubatan Berdaftar * beralamat di……………..
(nama)

…………………………dengan ini mengesahkan bahawa pada ……………..............di ……………………………....


(alamat rasmi) (tarikh) (tempat)

………………………………saya telah memeriksa sendiri ...……...……………………………………………………...


(nama orang yang mengalami kecelaruan mental)

No. Kad Pengenalan …………………beralamat di……………………………..……………………….dan mendapati


(alamat pesakit)

orang tersebut mengalami kecelaruan mental berdasarkan alasan berikut:

1. Fakta yang saya sendiri perhatikan:


…………………………………………………………………………………………………..……………………………….
(nyatakan fakta kecelaruan mental)

…………………………………………………………………………………………..……………………………………….
2. Fakta lain yang disampaikan kepada saya oleh saudara orang yang disyaki mengalami kecelaruan mental
yang telah membuat permohonan supaya orang itu dimasukkan ke hospital: [ Lihat Catatan ]

…………………………………………………………………………………………….……………………………………..
(nyatakan nama pemohon dan fakta)

Saya berpuas hati bahawa orang tersebut sedang mengalami kecelaruan mental yang menghendaki supaya dia
dimasukkan ke hospital psikiatri. Saya dengan ini menyarankan supaya orang tersebut dimasukkan dan ditahan
di hospital psikiatri bagi maksud penjagaan dan rawatan.

Tandatangan ……………...……………………………………
Pegawai Perubatan/ Pengamal
Perubatan Berdaftar*

Tarikh …………………..……………………………………
Catatan: Saranan mestilah disertakan dengan permohonan dalam Borang 3
* Potong mana-mana yang tidak berkenaan
BORANG 5

PERINTAH KEMASUKAN SEBAGAI PESAKIT TIDAK SUKARELA KE HOSPITAL PSIKIATRI OLEH PEGAWAI
PERUBATAN ATAU PENGAMAL PERUBATAN BERDAFTAR

[SEKSYEN 14 AKTA KESIHATAN MENTAL 2001]

Kepada,

Pengarah Perubatan, HOSPITAL PSIKIATRI …………….........................…………...………….......


(nama hospital)
Saya, ……….............………… Pegawai Perubatan/Pengamal Perubatan Berdaftar * beralamat di…………………
(nama)

………………….......dengan ini mengesahkan bahawa pada …………………… di……………….............................


(alamat rasmi) (tarikh) (tempat)

…………………… saya telah memeriksa sendiri …………………………………………............................................


(nama orang yang mengalami kecelaruan mental)

No. Kad Pengenalan …………………beralamat di………………………………..…...…….dan mendapati bahawa


(alamat pesakit)

orang tersebut mengalami kecelaruan mental berdasarkan alasan berikut:

1. Fakta yang saya sendiri perhatikan:

…………………………………………………………………………………………………………………..……………….
(nyatakan fakta kecelaruan mental)

……………………………………………………………………………………………………………..…………………….
2. Fakta lain yang disampaikan kepada saya oleh Pegawai Polis / Pegawai Kebajikan Masyarakat * atau

Perintah Mahkamah ......................………………………………………………………………………………………….


(nyatakan nama pemberi maklumat dan fakta)

Saya berpuas hati bahawa orang tersebut sedang mengalami kecelaruan mental yang menghendaki supaya dia
dimasukkan ke hospital psikiatri. Saya dengan ini menyarankan supaya orang tersebut dimasukkan dan ditahan
di hospital psikiatri yang dinyatakan di atas bagi maksud penjagaan dan rawatan

Tandatangan……………………………………………………
Pegawai Perubatan/ Pengamal
Perubatan Berdaftar*

Tarikh ………………………………..………………………
* Potong mana-mana yang tidak berkenaan
BORANG 6

PERINTAH BAGI PENAHANAN PESAKIT TIDAK SUKARELA OLEH PENGARAH PERUBATAN


[SUBSEKSYEN 10(5) DAN 14(4) AKTA KESIHATAN MENTAL 2001]

BAHAWASANYA saya, ………………………..……………........................………..., Pengarah Perubatan


(nama)

di Hospital Psikiatri ……………………......…...……., setelah membuat/ memastikan supaya dibuat * pemeriksaan


(nama hospital)
yang diperlukan untuk menentukan supaya terus ditahan ………………………….….....................................………
(nama pesakit)

No. Kad Pengenalan .……………………beralamat di ……………….………………….. pada ……………………….,


(alamat) (tarikh)
di ………………………………………………………;
(hospital psikiatri)

Saya berpuas hati bahawa pesakit tidak sukarela tersebut perlu terus ditahan bagi maksud penilaian atau rawatan;
(i) bagi kepentingan kesihatan atau keselamatannya sendiri; dan/atau
(ii) dengan tujuan untuk melindungi orang lain *

Saya dengan ini memerintahkan supaya pesakit tersebut ditahan bagi tempoh selanjutnya yang tidak melebihi satu
bulan dari tarikh perintah ini.

Tandatangan…………………...………………………
Pengarah Perubatan
Tarikh…….……………………………………………………

* Potong mana-mana yang tidak berkenaan


BORANG 7

PERINTAH BAGI TAHANAN LANJUT PESAKIT TIDAK SUKARELA DI HOSPITAL PSIKIATRI OLEH DUA ORANG
PEGAWAI PERUBATAN ATAU PENGAMAL PERUBATAN BERDAFTAR

[PERENGGAN 10(8)(b) DAN 14(7)(b) AKTA KESIHATAN MENTAL 2001]

Kepada,
Pengarah Perubatan, HOSPITAL PSIKIATRI ……..................…………...………...…………......
( nama hospital )
Kami, pegawai perubatan / pengamal perubatan berdaftar* yang bertandatangan di bawah, yang salah seorang

adalah ahli psikiatri, dengan ini mengesahkan bahawa kami telah memeriksa sendiri ………………………..….

.........................................................................................................No. Kad Pengenalan ......................................


(nama pesakit)

di …………………………………………………………………………………
(nama hospital)

dan berpuas hati bahawa penahanan berterusan pesakit tersebut adalah wajar atas alasan yang berikut:
……………………………………………………………………………………………………………………………………
(nyatakan fakta kecelaruan mental)
…………………………………………………………………………...………………………………………………………

Kami dengan ini memerintahkan supaya pesakit tersebut ditahan bagi maksud penilaian atau rawatan di hospital
psikiatri bagi tempoh selanjutnya yang tidak melebihi tiga bulan dari tarikh perintah ini, mengikut mana-mana yang
terkemudian.

Tandatangan........................................................... Tandatangan...................................................

Pegawai Perubatan/Pengamal Pegawai Perubatan/Pengamal


Perubatan Berdaftar/Ahli Psikiatri* Perubatan Berdaftar/ Ahli
Psikiatri*
……………………………………………………........ ……………………………………………………
Nama dan Alamat Rasmi Nama dan Alamat Rasmi

Tarikh………………………………………………….. Tarikh……………………………………………

* Potong mana-mana yang tidak berkenaan


BORANG 8

PERINTAH TANAHAN LANJUT PESAKIT TIDAK SUKARELA DI HOSPITAL PSIKIATRI OLEH LEMBAGA
PELAWAT

[PERENGGAN 44(2)(b) AKTA KESIHATAN MENTAL 2001]

Kepada,
Pengarah Perubatan , HOSPITAL PSIKIATRI ………………………...…………..............................
(nama hospital)
Kami, Pelawat yang bertandatangan di bawah, dengan ini mengesahkan bahawa setelah memeriksa sendiri .......

………………………………………................................ No. Kad Pengenalan .………...............................................


(nama pesakit)

pada ……………………………. di …………………………………………………… berpuas hati bahawa penahanan


(tarikh) (nama hospital)
seorang pesakit tidak sukarela di bawah subseksyen 9(5), 10(8), 14(7) dan seksyen 73 Akta Kesihatan Mental 2001
berterusan pesakit tersebut adalah wajar bagi maksud rawatan kecelaruan mentalnya. Kami, dengan ini
memerintahkan supaya pesakit tersebut ditahan di hospital psikiatri bagi tempoh selanjutnya yang tidak melebihi
enam bulan dari tarikh perintah ini.

Tandatangan..………………… Tandatangan………………… Tandatangan……………………


(Pelawat) (Pelawat) (Pelawat)

Nama………………………… Nama………………………… Nama…………………………..

Tarikh………………….. Tarikh……………….…… Tarikh……………………..

* Potong mana-mana yang tidak berkenaan


BORANG 9

ARAHAN BAGI TAHANAN LANJUT PESAKIT TIDAK SUKARELA DI HOSPITAL PSIKIATRI OLEH
LEMBAGA PELAWAT

[PERENGGAN 45(2)(b), 4(c) DAN SUBSEKSYEN 45(5) AKTA KESIHATAN MENTAL 2001]

Kepada,
Pengarah Perubatan, HOSPITAL PSIKIATRI ………………………...………….......
(nama hospital)
Kami, Pelawat yang bertandatangan di bawah, dengan ini mengesahkan bahawa setelah memeriksa sendiri

………………………...……….…………………No. Kad Pengenalan …………………………….................................


(nama pesakit)
pesakit tidak sukarela yang ditahan di bawah subseksyen 9(5), 10(8), 14(7) dan seksyen 73* Akta Kesihatan Mental
2001 pada ………………................ di ………………………........………................. berpuas hati bahawa
(tarikh) (hospital psikiatri)
penahanan berterusan pesakit tersebut adalah wajar bagi maksud rawatan kecelaruan mentalnya.

Kami dengan ini memerintahkan supaya pesakit tersebut ditahan bagi tujuan penilaian atau rawatan di
hospital psikiatri yang dinyatakan di atas bagi tempoh selanjutnya yang tidak melebihi dua belas bulan dari tarikh
perintah ini .

Tandatangan………………… Tandatangan………………… Tandatangan………..…………


(Pelawat) (Pelawat) (Pelawat)

Nama………………………… Nama………………………… Nama…………...………………..

Tarikh………………………… Tarikh………………………… Tarikh…………………………….

* Potong mana-mana yang tidak berkenaan


BORANG 10

PERMOHONAN SUPAYA PESAKIT TIDAK SUKARELA DIBENARKAN KELUAR DARI HOSPITAL PSIKIATRI

[SEKSYEN 16 AKTA KESIHATAN MENTAL 2001]

Kepada,
Pengarah Perubatan, HOSPITAL PSIKIATRI ………………………...…....................………...... .
(nama hospital)
Saya, ……………………………………………, No. Kad Pengenalan ………………….beralamat di………..………..
(nama pesakit/saudara/sahabat pesakit (Catatan)*)

…………………………………………………….……dengan ini memohon untuk membawa keluar bagi pihak saya


(alamat pemohon)

saya sendiri/ bagi pihak* …………………………………………….No. Kad Pengenalan …………………….………


(nama pesakit)

dari hospital psikiatri.

Saya memahami bahawa Pengarah Perubatan tidak akan membenarkan pesakit tersebut keluar melainkan dia
berpuas hati bahawa pesakit tersebut -
a) tidak mengalami gangguan mental; atau
b) walaupun masih mengalami gangguan mental, tidak memerlukan penjagaan atau rawatan
selanjutnya di hospital psikiatri dan tidak berbahaya kepada dirinya sendiri atau kepada orang lain

Tandatangan………………………………..
(Pemohon)
Tarikh ……………………...…………..
* Potong mana-mana yang tidak berkenaan
BORANG 11

PEMBERITAHUAN KEPADA MAHKAMAH BERKENAAN PELEPASAN PESAKIT

[SEKSYEN 21 AKTA KESIHATAN MENTAL HEALTH 2001]

Kepada,

Mahkamah Tinggi .............................................

.............................................................................
.............................................................................
.............................................................................
(alamat Mahakamah Tinggi)

Saya,...........................................................Pengarah Perubatan daripada................................................................


(nama) (nama hospital)

Hospital Psikiatri , dengan ini memaklumkan anda bahawa pesakit tersebut .........................................................
(nama pasakit)
No. Kad Pengenalan ......................................................................dimasukkan dibawah subseksyen 55(1)/seksyen

73* Akta Kesihatan Mental 2001 [Akta 615] di bawah perintah mahkamah bertarikh...................................., telah

dilepaskan daripada hospital ini pada ...........................kepada penjagaan.......................................................(nama

orang bertanggungjawab) No. Kad Pengenalan ....................................

daripada.................................................................................................................................

....................................................................................................................................................................................

(alamat orang bertanggungjawab)

Bersama pemberitahuan ini disertakan bersama laporan perubatan pesakit tersebut.

Terima kasih.
Tandatangan........................................................
Pengarah Perubatan
Tarikh .....................................................

*Potong mana yang tidak berkenaan


BORANG 12

ARAHAN PEMINDAHAN PESAKIT TIDAK SUKARELA KE HOSPITAL PSIKIATRI YANG LAIN

[SEKSYEN 19 AKTA KESIHATAN MENTAL 2001]

Bahawasanya saya, Ketua Pengarah Kesihatan/ Orang yang Diberi Kuasa * …………………………………………
(nama)
…………………………..........…………di……………………………….......…..…….........., dengan ini mengarahkan
(jawatan rasmi) (nama hospital psikiatri yang diwartakan)

pemindahan …………………………………………… No. Kad Pengenalan …………....……………….……………..


(nama pesakit tidak sukarela)

yang sedang dimasukkan dan ditahan dibawah seksyen ......................................... Akta Kesihatan Mental 2001

(Borang......................... tarikh......................) daripada Hospital Psikiatri……………….....……………………………


(nama hospital )
ke Hospital Psikiatri…………………………………………….....
(nama hospital)

Tandatangan……………….…………………………
Ketua Pengarah Kesihatan/ Orang
yang Diberi Kuasa*

Tarikh…………….……………………………………..
* Potong mana-mana yang tidak berkenaan
JADUAL DUA

TERAPI ELEKTROKONVULSIF

[Peraturan 23 dan 24]

A. Keperluan minimum kelengkapan dalam suite terapi elektrokonvulsif

(1) Alat terapi elektrokonvulsif.

(2) Alat untuk memantau elektrokardiogram (ECG).

(3) Alat untuk memantau tekanan darah.

(4) Sistem pembekalan oksigen yang boleh menyediakan oksigen tekanan positif
berselang-selang melalui topeng atau tiub endotrakea.

(5) Set intubasi dengan saluran udara (pelbagai saiz)

(6) Radas penyedutan

(7) Alat defibrilasi.

(8) Oksimeter denyutan nadi;dan

(9) Troli ubat kecemasan dengan senarai ubat kecemasan

B. Peralatan Terapi Elektrokonvulsif dan ujian

(1) Alat terapi elektrokonvulsif hendaklah mematuhi piawai alat yang terpakai.

(2) Alat terapi elektrokunvulsif hendaklah-

(a) diuji sebelum pertama kali digunakan bagi mengetahui sifat hasil dan
pengendalian semua alat kawalan, parameter, dan semua ciri;

(b) ditentuukur oleh kakitangan berkelayakan;

(c) disediakan dengan penerangan tatacara ujian dan arahan penyenggaraan


pencegahan; dan

(d) berfungsi menurut piawai alat itu.


JADUAL KETIGA

(Peraturan 25, 27 dan 30)

A. Petunjuk untuk melakukan pengekangan secara kimia

(1) Pengekangan adalah bagi maksud rawatan perubatan pesakit.

(2) Untuk mencegah pesakit daripada mencederakan dirinya sendiri atau mana-mana orang
lain.

(3) Untuk mencegah pesakit daripada berterusan merosakkan harta.

(4) Apabila kaedah rawatan yang kurang berbentuk penghalang lain yang bertujuan untuk
menenteramkan pesakit tidak berjaya.

B. Tatacara pengekangan secara kimia

(1) Pengekangan secara kimia yang diluluskan

(a) Pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar hendaklah


menetapkan ubat yang hendak digunakan.

(b) Dalam hal kecemasan, pegawai perubatan atau pengamal perubatan


berdaftar hendaklah memberi kuasa kepada jururawat atau pembantu
perubatan yang bertugas bagi memberi ubat.

(c) Jururawat atau pembantu perubatan yang bertugas hendaklah memberitahu


pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar jenis ubat yang
diberikan.

(2) Persetujuan bagi pengekangan secara kimia

Persetujuan hendaklah diperoleh daripada pesakit sukarela sebelum melakukan


pengekangan secara kimia.

(3) Penjagaan pesakit di bawah pengekangan secara kimia

(a) Jika pesakit mengalami gangguan akut, anggota kakitangan jururawat


hendaklah melawatnya pada selang waktu lima belas minit sekali.

(b) Pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar hendaklah


memeriksa pesakit yang mengalami gangguan akut dalam selang waktu
yang tidak lebih daripada empat jam sekali.

(c) Tanda vital pesakit hendaklah dipantau selalu sebagaimana yang


diperintahkan oleh pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar.

(d) Pesakit hendaklah dibekalkan dengan peralatan tempat tidur dan pakaian
pada masa yang sesuai.

(e) Pesakit hendaklah disediakan dengan kemudahan tandas yang mencukupi.

(f) Pesakit hendaklah disediakan dengan makanan dan minuman pada masa
yang sesuai.
(4) Maklumat yang perlu dicatatkan oleh pegawai perubatan atau pengamal perubatan
berdaftar.

(a) Ubat dan kaedah untuk melakukan tatacara pengekangan secara kimia yang
digunakan.

(b) Petunjuk bagi pengekangan.

(c) Nama dan tandatangan orang yang meluluskan atau memberi kuasa
penggunaan pengekangan tersebut.

(d) Nama orang yang melakukan pengekangan secara kimia.

(e) Masa pengekangan secara kimia dilakukan.

(f) Maklumat ini hendaklah didokumenkan dalam rekod pesakit.

C. Petunjuk bagi melakukan pengekangan secara fizikal

(1) Pengekangan adalah bagi maksud rawatan perubatan pesakit.

(2) Untuk mencegah pesakit daripada mencederakan dirinya sendiri atau orang lain.

(3) Untuk mencegah pesakit daripada berterusan merosakkan harta.

(4) Apabila kaedah rawatan yang kurang berbentuk penghalang yang lain untuk
menenteramkan pesakit tidak berjaya.

D. Tatacara pengekangan secara fizikal

(1) Pengekangan secara fizikal yang diluluskan

(a) Pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar hendaklah


meluluskan bentuk pengekangan secara fizikal.

(b) Dalam hal kecemasan, jururawat psikiatri yang bertugas hendaklah diberi
kuasa untuk melakukan bentuk pengekangan secara fizikal terhadap pesakit.

(c) Bentuk pengekangan secara fizikal yang dilakukan oleh jururawat psikiatri
yang bertugas hendaklah diberitahu kepada pegawai perubatan atau
pengamal perubatan berdaftar tanpa berlengah.

(2) Persetujuan

Tidak perlu mendapatkan persetujuan orang itu bagi pemakaian pengekangan


secara fizikal.

(3) Penjagaan pesakit semasa pengekangan secara fizikal

(a) Tiada pengekangan secara fizikal dibenarkan di rumah jagaan kejururawatan


psikiatri dan pusat komuniti mental masyarakat KECUALI pada masa pesakit
dibawa ke hospital psikiatri.
(b) Jika pesakit mengalami gangguan akut, anggota kakitangan jururawat
hendaklah melawatnya selang waktu tidak melebihi lima belas minit.

(c) Pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar hendaklah


memeriksa pesakit yang mengalami gangguan akut pada selang waktu yang
tidak lebih daripada empat jam sekali.

(d) Pesakit hendaklah dibekalkan dengan peralatan tempat tidur dan pakaian
pada masa yang sesuai.

(e) Pesakit hendaklah disediakan dengan kemudahan tandas yang mencukupi.

(f) Pesakit hendaklah disediakan dengan makanan dan minuman pada masa
yang sesuai.

(4) Menghentikan pengekangan secara fizikal

(a) Keputusan untuk menghentikan pengekangan hendaklah dibuat oleh


jururawat psikiatri yang bertugas.

(b) Pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar mestilah


dimaklumkan tentang penamatan pengekangan.

(5) Maklumat yang perlu dicatatkan oleh pegawai perubatan atau pengamal perubatan
berdaftar

(a) Petunjuk bagi pengekangan.

(b) Bentuk pengekangan secara fizikal yang telah digunakan.

(c) Nama dan tandatangan orang yang meluluskan atau memberi kuasa
penggunaan pengekangan tersebut.

(d) Nama dan tandatangan orang yang melakukan pengekangan secara fizikal.

(e) Nama dan tandatangan orang yang memberi kuasa supaya dihentikan
pengekangan secara fizikal.

(f) Maklumat ini hendaklah dicatatkan dalam rekod pesakit.

E. Senarai bahan yang dilarang untuk digunakan dalam pengekangan secara fizikal

(1) Untaian, tali dan rafia;

(2) Gari, belenggu dan pasung;

(3) Pengekang badan;

(4) Baju pasung;

(5) Rantai (daripada apa jua bahannya);

(6) Dawai;
(7) Pembalut; dan

(8) Peralatan dengan kekoyakan, bahagian besi yang menonjol atau apa-apa kecacatan
yang boleh membahayakan pesakit.

F. Senarai bahan yang boleh digunakan dalam pengekangan fizikal

(1) Katil pengekangan;

(2) Kerusi pengekangan;

(3) Kekangan berlapik yang dibuat sama ada daripada kain belacu atau kapas, kulit, nilon,
vinil, poliuretana, silikon atau bahan berasaskan getah; dan

(4) Apa-apa bahan lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah.

G. Petunjuk bagi pengasingan

(1) Pesakit dalam hospital psikiatri boleh diletakkan dalam pengasingan hanya jika perlu
bagi perlindungan, keselamatan atau kebaikan pesakit atau orang lain yang siapa
pesakit akan selainnya berhubungan.

(2) Kaedah rawatan yang kurang berbentuk penghalang lain yang lain untuk
menenangkan pesakit tidak berjaya.

H. Tatacara bagi pengasingan

(1) Penggunaan pengasingan hendaklah dibenarkan oleh pegawai perubatan atau


pengamal perubatan berdaftar.

(2) Dalam hal kecemasan, pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar boleh
memberi jururawat psikiatri atau pembantu perubatan kuasa untuk memastikan supaya
pesakit diletakkan dalam pengasingan selama tempoh yang ditetapkan dalam
pemberian kuasa tersebut dan memberitahu pegawai perubatan atau pengamal
perubatan berdaftar tentang pengasingan tersebut dengan segera dan pegawai
perubatan atau pengamal perubatan berdaftar hendaklah menilai semula pesakit itu
seberapa segera yang mungkin.

(3) Tidak perlu mendapatkan persetujuan orang itu untuk mengasingkannya.

(4) Anggota kakitangan jururawat hendaklah melawat pesakit yang mengalami gangguan
akut dalam selang waktu yang tidak lebih daripada lima belas minit.

(5) Pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar hendaklah melawat pesakit
dalam pengasingan dalam selang waktu yang tidak lebih daripada empat jam.

(6) Pesakit hendaklah dibekalkan peralatan tempat tidur dan pakaian pada masa yang
sesuai.

(7) Pesakit hendaklah disediakan peluang secukupnya untuk ke tandas.

(8) Pesakit hendaklah disediakan dengan makanan dan minuman pada masa yang sesuai.
(9) Pesakit boleh meminta untuk berkomunikasi dengan orang lain semasa dalam
pengasingan.

(10) Keputusan untuk menamatkan pengasingan boleh dibuat oleh pegawai perubatan atau
pengamal perubatan berdaftar.

I. Maklumat yang perlu dimasukkan ke dalam Buku Log Pengekangan Fizikal

(1) Dalam daftar pesakit hendaklah terdapat yang berikut:

(a) Nama;

(b) Umur;

(c) Jantina; dan

(d) Nombor Pengenalan.

(2) Sebab pengekangan secara fizikal digunakan.

(3) Nama dan tandatangan orang yang meluluskan atau memberi kuasa untuk
menggunakan pengekangan secara fizikal.

(4) Nama dan tandatangan orang yang menjaga pesakit dalam pengekangan.

(5) Tempoh masa yang pesakit diletakkan dalam pengekangan.

(6) Senarai kecederaan dan komplikasi yang dialami semasa pengekangan fizikal
tersebut.

J. Maklumat yang perlu dimasukkan ke dalam Buku Log Pengasingan

(1) Dalam daftar pesakit hendaklah terdapat yang berikut:

(a) Nama;

(b) Umur;

(c) Jantina; dan

(d) Nombor Pengenalan.

(2) Pengukuran bagi pengasingan.

(3) Nama dan tandatangan orang yang meluluskan pengasingan.

(4) Nama dan tandatangan orang yang menjaga pesakit dalam pengasingan.

(5) Tempoh masa dari permulaan ke akhir pesakit diletakkan dalam pengasingan.
JADUAL KEEMPAT

[Peraturan 46]

Dokumen yang boleh didapati di Kemudahan Psikiatri

(1) Akta Kesihatan Mental 2001.


(2) Peraturan-Peraturan Kesihatan Mental 2010.
(3) Dasar Kesihatan Mental Kebangsaan.
(4) Lembaran maklumat pesakit tentang pernyataan hak pesakit.

JADUAL KELIMA

[Peraturan 51]

Maklumat yang perlu dicatatkan dalam Buku Laporan Pelawat

(1) Tarikh dan masa mesyuarat atau lawatan.

(2) Kehadiran Pelawat.

(3) Teguran Pelawat tentang kejadian.

(4) Saranan berhubung dengan kemudahan atau perkhidmatan.

(5) Ulasan atau aduan tentang apa jua aspek infrastruktur, proses atau tatacara di hospital
psikiatri atau rumah penjagaan psikiatri.

(6) Apa jua perkara lain yang dianggap perlu.

Dibuat 15 Jun 2010


[ KK(R)-654(252)Jld 7(18);PN(PU2)506]
DATO’ LIOW TIONG LAI
Menteri Kesihatan

You might also like