You are on page 1of 5

BRAIN SKILLS ACADEMY MALAYSIA

CAWANGAN BORNEO
Sabah, Sarawak, Labuan

Headquarters : 013-533 9878


Email HQ : malaysiabrainskillsacademy@gmail.com
H/P Borneo : 018-624 4049
Email Cawangan : borneobrainskillsacademy@gmail.com

TAWARAN JAWATAN PART-TIME HOME TUTOR | HOME QURAN | SKILLS TRAINER

Berdasarkan kepada maklumat diatas, syarikat kami berbesar hati untuk menawarkan jawatan tersebut kepada
cik/tuan/puan berkuat-kuasa serta merta sebaik sahaja surat tawaran dan perjanjian ini ditandatangi dan dihantar
semula kepada kami . Kehadiran cik/tuan/puan kedalam organisasi ini amatlah dialu-alukan. Tahniah diucapkan.

MAKLUMAT INDIVIDU
Nama : Zamshari Bin Mohamad
Kad Pengenalan : 770727-13-6365
No telefon dihubungi : 016-8844890/0102083762
Jawatan yg dipilih : Home Tutor | Home Quran | Skills Trainer (potong yg mana tidak berkenaan)
Nombor utk dihubungi : 016-8844890/0102083762
Negeri- Daerah pilihan : Miri-Sarawak (cth : Bintulu - Sarawak)
Pilihan mengajar : Melukis & Mewarna, Gitar (cth : BM,BI, Mengaji, Renang, Piano)

BAHAGIAN A SYARAT DAN TERMA JAWATAN – WHATSAPP GROUP

1. Surat tawaran dan perjanjian ini mestilah ditandatangani dan dihantar semula melalui email sahaja. Sebaik
sahaja surat tawaran ini diterima, pengurus anda akan memasukkan nama anda ke dalam whatsapp group
[ BSA – Tutor Borneo ] dalam tempoh dua minggu dikira daripada tarikh penerimaan

2. Sebarang tugasan mengajar baharu hanya akan dipost di dalam whatsapp group sahaja. Anda perlu
memilih sendiri senarai kelas kosong baharu yang ditawarkan melalui whatsapp group oleh pengurus anda
berdasarkan kesesuaian dari segi penetapan masa, jenis subjek, kadar yg diberikan serta jarak masing-
masing. Oleh yg demikian, penting untuk setiap tutor menghantar semula surat tawaran dan perjanjian
ini agar anda dapat dimasukkan ke dalam whatsapp group tersebut.

3. Whatsapp group [ BSA – Tutor Borneo] terdiri daripada tutor-tutor dari negeri Sabah (Kota Kinabalu,
Tawau, Sandakan, Lahad Datu & Keningau), Sarawak (Kuching, Miri, Sibu & Bintulu) dan W.P. Labuan .
Oleh itu, mana2 tutor yg berada di luar kawasan dan daerah yg dinyatakan diatas, maka anda mungkin
tidak akan mempunyai sebarang tugasan mengajar yg sesuai utk anda memandangkan Brain Skills
Academy hanya beroperasi dlm kawasan yg dinyatakan sahaja

BAHAGIAN B SYARAT DAN TERMA JAWATAN – TUGASAN MENGAJAR

1. Bagi setiap kelas baharu yang diambil oleh tutor, anda mestilah mengajar untuk kelas tersebut bagi
tempoh sekurang-kurangnya 4 bulan sebelum membuat keputusan untuk berhenti mengajar klien
tersebut. Sekiranya anda berhenti dibawah tempoh 4 bulan, pendapatan anda untuk kelas klien tersebut
akan dipotong separuh pada bulan akhir kelas anda bersama klien tersebut. Syarat ini ditetapkan supaya
tidak berlaku kekerapan pertukaran guru dalam tempoh yg singkat yg hanya akan menimbulkan konflik
pendidikan anak-anak klien itu sendiri

SAYA BERSETUJU DGN SYARAT DI HALAMAN INI 1


2. Setiap kelas baharu yg diambil oleh mana-mana tutor, Brain Skills Academy menawarkan bayaran bonus
khas RM15 per klien. Hal ini bermakna, jika pada sesuatu bulan itu, tutor mengambil 3 kelas baharu dari 3
klien berbeza, maka bonus khas sejumlah RM45 akan dibayar bersama-sama dgn elaun yang akan diterima
pada bulan berikutnya.

3. Setiap tutor baru yg diterima masuk ke dalam organisasi kami tidak dijamin sebarang tugasan mengajar
untuk anda oleh kerana tugasan mengajar adalah 100% bergantung kepada pendaftaran klien
baharu.Sekiranya tiada pendaftaran klien baharu , maka tiada tugasan mengajar akan diberikan. Tugasan
mengajar adalah bergantung kepada kekosongan semata-mata. Walaubagaimanapun, kami di Brain Skills
Academy akan sentiasa berusaha untuk mempromosikan perkhidmatan kami kepada orang ramai
disamping memerlukan anda untuk meningkatkan imej kami di mata masyarakat melalui pengajaran yg
dipersembahkan oleh tutor-tutor yang komited dan menjadi buah mulut masyarakat sekeliling.

4. Bagi setiap kelas yang telah berjaya dilengkapkan, anda mestilah menghantar laporan mengajar tersebut
kepada pengurus masing-masing (hanya melalui whatsapp) untuk tujuan semakan dan catatan
pengurusan elaun masing-masing. Tanpa laporan mengajar, elaun anda tidak akan dibayar oleh kami.
Anda perlu memastikan semua kelas berjaya dilengkapkan sebelum 30/31hb setiap bulan. Sekiranya tidak
sempat juga, anda diberi peluang sehingga 5hb bulan berikutnya untuk melengkapkan semua kelas
tertunggak. Contoh mudah laporan mengajar melalui format whatsapp adalah seperti dibawah :

BAHAGIAN C SYARAT DAN TERMA JAWATAN – ELAUN TUTOR

1. Bayaran elaun hanya akan dibayar melalui perbankan internet, bukan secara tunai. Oleh yang demikian,
mana-mana tutor yg berkhidmat dgn kami perlu memiliki sekurang-kurangnya 1 akaun bank daripada
mana-mana bank. Walaubagaimanapun, keutamaan adalah kepada mereka yang memiliki akaun dgn
Malayan Banking Berhad (Maybank). Jika tidak memiliki akaun bersama Maybank, anda boleh
memberikan mana-mana akaun bank selain Maybank.

SAYA BERSETUJU DGN SYARAT DI HALAMAN INI 2


2. Kadar elaun tidak bergantung kepada tahap pendidikan seseorang tutor tetapi ianya bergantung kepada
tahap pendidikan para pelajar itu sendiri. Semakin tinggi tahap pendidikan seseorang pelajar yang perlu
dididik, maka semakin tinggi bayaran elaun yang bakal diterima.

PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEKOLAH RENDAH MENENGAH RENDAH


(umur 4-6 tahun) (Darjah 1-darjah 6) (Tingkatan 1-3)

RM19/jam – 1 org RM22/jam – 1 org RM25/jam – 1 org


RM24/jam – 2 org RM27/jam – 2 org RM30/jam – 2 org
RM29/jam – 3 org RM32/jam – 3 org RM35/jam – 3 org
RM34/jam – 4 org RM37/jam – 4 org RM40/jam – 4 org
RM39/jam – 5 org RM42/jam – 5 org RM45/jam – 5 org

MENENGAH TINGGI PRA – UNIVERSITI MENGAJI KANAK-KANAK


(Tingkatan 1-5) (Tingkatan 6) DAN REMAJA
(umur 4-17 tahun)
RM28/jam – 1 org RM36/jam – 1 org
RM33/jam – 2 org RM41/jam – 2 org RM22/jam – 1 org
RM38/jam – 3 org RM46/jam – 3 org RM27/jam – 2 org
RM43/jam – 4 org RM51/jam – 4 org RM32/jam – 3 org
RM48/jam – 5 org RM56/jam – 5 org RM37/jam – 4 org

MENGAJI DEWASA MENGAJI KELUARGA KELAS BAKAT/KEMAHIRAN


DAN WARGA EMAS (umur 4-60 tahun) Peringkat Kanak- kanak
(umur 18-60 tahun) (umur 4-12 tahun)
RM24/jam – 1 org
RM25/jam – 1 org RM29/jam – 2 org RM30/jam – 1 org
RM30/jam – 2 org RM34/jam – 3 org RM35/jam – 2 org
RM35/jam – 3 org RM39/jam – 4 org RM40/jam – 3 org
RM40/jam – 4 org RM44/jam – 5 org RM45/jam – 4 org
RM44/jam – 5 org
KELAS BAKAT/KEMAHIRAN KELAS BAKAT/KEMAHIRAN
Peringkat Remaja Peringkat Dewasa
(umur 13-17 tahun) (umur 18 tahun keatas)

RM33/jam – 1 org RM36/jam – 1 org


RM38/jam – 2 org RM41/jam – 2 org
RM43/jam – 3 org RM46/jam – 3 org
RM48/jam – 4 org RM51/jam – 4 org
RM44/jam – 5 org RM44/jam – 5 org
3. Tarikh bayaran elaun tutor adalah bermula pada minggu kedua bulan berikutnya paling awal 8hb atau
selewatnya 14hb. Misalannya, jika kelas dijalankan pada bulan Mac , maka bayaran akan dijelaskan oleh
Brain Skills Academy ke akaun bank tutor adalah antara 8hb-14hb April. Sebarang bayaran yg dipohon
oleh tutor untuk mendapatkan lebih awal daripada tarikh dinyatakan tidak akan dilayan

4. Elaun tutor akan tertahan dan tidak akan dibayar sekiranya berlaku masalah seperti tiada akaun bank,
tidak menghantar laporan, berhenti secara tiba-tiba walaupun belum lengkap kelas, serta mendapat
aduan negatif daripada klien berkenaan anda

SAYA BERSETUJU DGN SYARAT DI HALAMAN INI 3


BAHAGIAN D SYARAT DAN TERMA JAWATAN – TANGGUNGJAWAB

1. Sebaik mendapat tugasan mengajar, para tutor boleh terus mengajar berdasarkan kepada
pengalaman/ilmu pengetahuan/buku-buku teks/buku latihan yang dimiliki. Para tutor perlu berusaha
mengkaji dan menyelidiki kembali format-format peperiksaan pelajar yang telah banyak berubah agar
ilmu yang ditunjukkan kepada para pelajar selari dengan silibus pendidikan terkini

2. Bagi tutor yang baru dalam bidang Home Tuition/Quranic Home ini, anda perlu memastikan beberapa
perkara penting yang perlu dijaga seperti ketepatan waktu kelas, Anda tidak seharusnya datang lewat ke
kelas secara kerap apatah lagi membatalkan kelas pada saat-saat akhir atau terlalu kerap menunda-nunda
kelas. Bermain telefon semasa kelas sedang dijalankan juga adalah satu kesalahan oleh kerana anda
dibayar bagi setiap saat kelas yg dijalankan anda oleh pihak klien.

3. Tutor bertanggungjawab penuh sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini terhadap anak klien atau
rumah klien. Oleh yang demikian ,pastikan anda sebagai tutor sentiasa menjaga adab ketika berada di
rumah klien-klien anda.

4. Tutor yang dilantik dilarang sama sekali menjadikan klien Brain Skills Academy sebagai klien sendiri oleh
kerana tindakan tersebut adalah suatu perbuatan yang tidak jujur yang akan membawa kerugian kepada
organisasi. Brain Skills Academy perlu menampung kos yg tinggi seperti pengiklanan jawatan, promosi
perkhidmatan, gaji pengurus cawangan, FB Ads, gaji kerani/ designer/ pengurus sumber manusia/auditor
/ pengurus pemasaran dan ramai lagi oleh kerana mereka semua ini diperlukan bagi membangunkan
syarikat

5. Tutor perlu membeli buku latihan yg sesuai untuk diberikan kepada anak klien/klien sebaik sahaja
mendapat tugasan mengajar yg baharu. Buku-buku yg dibeli boleh dituntut kembali daripada pengurus
masing-masing dgn menyertakan resit tuntutan. Nilai tuntutan akan dimaklumkan oleh pengurus anda
setiap kali anda mendapat tugasan mengajar yg baharu. Sekiranya tutor hanya mahu membuat salinan
nota kepada para pelajar, kos salinan turut boleh dituntut daripada pengurus anda asalkan tidak melebihi
daripada tuntutan maksimum dibenarkan. Bayaran tuntutan akan dibuat bersama-sama elaun tutor iaitu
pada bulan berikutnya.

6. Begitu juga bagi para trainer yg mengajar kelas-kelas kemahiran/bakat, anda perlu membeli apa-apa
peralatan yang sesuai dgn kelas yang akan dijalankan manakala kos bahan/peralatan yang dibeli boleh
dituntut daripada pengurus anda masing-masing berdasarkan jumlah tuntutan maksimum yg ditetapkan

7. Setiap kali anda mendapat tugasan mengajar baharu, maka anda perlu mengajar pada bulan-bulan
berikutnya sehingga klien sendiri memaklumkan kepada pengurus atau anda untuk menamatkan sesi
kelas Home Tuition/Quranic Home/Kelas Kemahiran bersama anda . Kecuali bagi kelas-kelas tertentu yang
dimaklumkan sendiri oleh klien sekadar untuk ambil kelas bagi tempoh 1 bulan sahaja atas sebab sebab
tertentu .

BAHAGIAN E SYARAT DAN TERMA JAWATAN – PEMBERHENTIAN

1. Mana-mana tutor yang mahu menarik diri daripada mengajar seseorang klien sedia ada perlulah
menjelaskan perkara tersebut kepada pengurus masing-masing sekurang-kurangnya 1 bulan lebih awal
bagi membolehkan pengurus anda mempunyai masa secukupnya bagi mencari pengganti untuk anda .
Kegagalan berbuat demikian, menyebabkan elaun anda akan tergantung dan tidak dibayar oleh kami.

SAYA BERSETUJU DGN SYARAT DI HALAMAN INI 4


2. Mana-mana tutor yang ingin berhenti mengajar kesemua klien dibawahnya, mestilah menyediakan surat
rasmi yang menyatakan sebab dan alasan munasabah diatas tindakan tersebut. Surat tersebut mestilah
diberikan melalui email 2 bulan lebih awal sebelum mengambil keputusan untuk berhenti . Kegagalan
berbuat demikian menyebabkan elaun anda hanya akan dibayar separuh daripada jumlah sepatutnya
diterima.

3. Sebarang pertukaran ke cawangan lain, bolehlah terus berhubung dengan Headquarters , mereka akan
menukarkan anda daripada whatsapp group sedia ada ke whatsapp group cawangan lokasi baharu anda.

4. Tutor yang didapati melanggar mana-mana peruntukkan yang dinyatakan akan diberikan surat amaran
oleh pengurusan HQ untuk kali pertama. Sekiranya kesalahan yang sama masih berulang, tindakan
pemberhentian serta merta akan diambil, malah tutor tersebut akan dikeluarkan daripada whatsapp
group [ BSA – Tutor Borneo ] dan elaun tutor yang sepatutnya diterima akan digantung dan tidak dibayar

BAHAGIAN F SYARAT DAN TERMA JAWATAN – FAEDAH DAN INSENTIF

1. Setiap tutor yang mengambil tugasan baharu , akan dibayar bonus khas RM15 bagi setiap klien baharu
dibawahnya.

2. Insentif khas untuk Tutor yang bergelar “Tutor Contoh” akan dibayar 2x setiap tahun mengikut cawangan
masing-masing yang akan diumumkan oleh pihak Headquarters. “ Tutor Contoh” adalah mereka yang
mengambil banyak kelas-kelas mengajar disamping mendapat maklumbalas yang baik daripada pihak
klien malah mereka yang sering berjaya menghabiskan kelas pada waktunya tanpa ada sebarang
tundaan/penggantian

3. Tutor yang sudah lama mengajar seseorang klien untuk tempoh 7 bulan keatas boleh dipertimbangkan
untuk kenaikkan elaun sekitar RM1/jam – RM5/jam bergantung kepada pilihan pengurus masing-masing.

4. Para tutor boleh berbincang sebarang perkara yg berkaitan dgn pendidikan di Malaysia atau bertanya
sebarang soalan kpd para tutor lain & pihak pengurus di dalam whatsapp group [BSA – Tutor Borneo ] . Di
dalam whatsapp group tersebut juga, para tutor akan dikongsikan pengetahuan berkenaan teknik-teknik
mengajar yang dapat menarik pelajar yg malas belajar, berkongsikan pengalaman mengajar dgn tutor-
tutor lain dan banyak lagi perkara-perkara menarik yang bersangkutan dengan sistem pendidikan.

BAHAGIAN G PERSETUJUAN TAWARAN DAN LANTIKAN

Zamshari Bin Mohamad 770727-13-6365


Saya____________________________________________bernombor kad pengenalan ____________ dengan ini
sudah membaca dan memahami kesemua syarat yang telah dinyatakan dan dengan rela hati bersetuju diatas
syarat-syarat tersebut. Saya juga akan berusaha memberikan khidmat yang terbaik kepada para klien di bawah
Brain Skills Academy

Tandatangan Pengesahan Syarikat

DISAHKAN :
BRAIN SKILLS ACADEMY
(PG0460885-U)
Headquarters : 013-5339878
malaysiabrainskillsacademy@gmail.com

** Sila tandatangan kecil dikesemua 5 helaian

SAYA BERSETUJU DGN SYARAT DI HALAMAN INI 5

You might also like