You are on page 1of 3

SMK TUN ABD RAZAK SELEKOH

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MORAL KALI KEDUA TAHUN 2017

Tarikh : 11 MEI 2017 (Khamis)


Masa : 12.50 petang
Tempat : pusat sumber, SMK Tun Abd Razak Selekoh
Kehadiran :

Guru-guru yang hadir :


1. Cik Nuradilah binti Shaari (Pengerusi)
2. Cik Siti Salwa bt Abd Rahim (Naib Pengerusi)
3. Pn. Nor Rohaya bt Abdul Manap (Setiausaha)
4. Pn Jesmin bt Abd Wahab
5. En Khairil Anuar b Daud

AGENDA
1. Ucapan Pengerusi :

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru Pendidikan Moral atas
kehadiran dalam mesyuarat kali ke-2. Beliau juga memohon kerjasama semua ahli
panitia agar dapat menyumbangkan pendapat dan idea bagi meningkatkan prestasi
mata pelajaran Pendidikan Moral.

2. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1. Setiausaha membentangkan minit mesyuarat kali pertama 2017.

2.2. En.Khairil mencadangkan agar minit mesyuarat yang lalu disahkan dan disokong
oleh Pn.Jesmin.

3. Perkara Berbangkit

3.1. Tiada perkara berbangkit

4. Pembentangan Keputusan SPM 2016 Kekuatan, Kelemahan dan Tindakan


Susulan:

4.1. Analisis Keputusan Peperiksaan Mata Pelajaran Pendidikan Moral bagi peperiksaan
SPM 2016.

Secara keseluruhannya pencapaian subjek Pendidikan Moral dalam SPM 2016


merosot sama ada dalam kualiti dan kuantiti. Berdasarkan pencapaian peperiksaan
SPM 2016, peratus kualiti telah menurun sebanyak 45.45% berbanding target SPM
2015. Manakala peratus kuantiti telah menunjukkan peningkatan sebanyak 27.07%
iaitu daripada 13.63(3 orang)% kepada 40.7%(9 orang). Seterusnya, berlaku
penurunan GMP sebanyak 0.63
4.2. Kekuatan:
Pelajar yang mendapat keputusan yang baik selalu diperingatkan bahawa Pendidikan
Moral peringkat SPM adalah mudah. Kekuatannya:
4.2.1 Pelajar bersifat rajin, dedikasi, berinovasi dan proaktif.
4.2.1 Pelajar menguasai nilai dan definisi.
4.2.3 Pelajar yang dapat menjawab soalan struktur dengan baik.
4.2.4 Latihan berfokus kepada soalan topikal dan mengikut jadual.
4.2.5 Pendedahan soalan tahun lepas.
4.2.6 Pelajar masih bersemangat untuk lulus.

Kelemahan
5.2.1 Pelajar sederhana dan lemah tidak dapat menguasai nilai dengan baik.
5.2.2 Pelajar lemah tidak menjawab soalan esei.
5.2.3 Pelajar tidak dapat menjawab soalan berbentuk KBAT

Tindakan Susulan
Pengerusi menjelaskan bahawa program yang dirancang diteruskan dengan
memberi penekanan tentang penguasaan nilai dan soalan KBAT. Memberi fokus latih
tubi terancang dalam pengajaran dan pembelajaran. Program Peningkatan
Akademik seperti kelas tambahan, teknik menjawab soalan , Latihan Masa
Cuti dan mengumpul soalan-soalan percubaan dari negeri lain. Memperkukuhkan
Gerak Gempur – Gempur Elit dan Ujian topikal berterusan, dan program pecutan
akhir.

Makluman

5. Headcount dan TOV 2017


Rujuk Lampiran

6. Post Mortem Penilaian satu


6.1. Tingkatan 5
a. Kelemahan
- Tidak menguasai nilai dan definisi nilai samaada dalam soalan struktur
dan esei.
- Tidak dapat menjawab soalan berbentuk KBAT.
- Tidak dapat memberi contoh yang sesuai dalam soalan esei.
b. Tindakan
- Menumpukan latih tubi dengan memberi fokus kepada nilai dan kata
kunci nilai dalam tiga bidang pembelajaran iaitu perkembangan diri,
alam sekitar dan kekeluargaan.
- Menjalankan program penghayatan nilai dengan menggunakan set
soalan bergambar yang berkaitan dengan bidang perkembangan diri,
alam sekitar dan kekeluargaan dengan memberi penekanan terhadap
nilai dan definisi nilai.
6.2. Tingkatan 4
a. Kelemahan
- Sebahagian besar pelajar masih lemah dalam penguasaan nilai dan
soalan KBAT
- Pelajar tidak dapat memberikan nilai yang tepat berdasarkan contoh
situasi dalam soalan.
- Dalam soalan esei pula, pelajar tidak dapat memberikan penerangan
dan contoh yang sesuai.
b. Tindakan
- Memberikan fokus latih tubi terancang dengan memberi penekanan
terhadap penguasaan nilai dan soalan KBAT dan teknik menjawab
soalan.
Makluman

7. Semakan Program Peningkatan Akademik

7.1 Program Utama – Teknik menjawab soalan dan latih tubi berfokus.
7.2 Program sokongan – Latihan masa cuti
7.3 Bengkel dan bank soalan KBAT

8. Peperiksaan Pertengahan Tahun

8.1 Kaedah penyediaan kertas soalan bukan dalam bentuk tampalan


sebaliknya ditaip semula.
8.2 JSU perlu disediakan berasaskan nisbah 2:3:5 dan serahkan skema
jawapan dan JSU kepada ketua panitia.
Makluman
9. Hal-Hal Lain

9.1Headcount panitia dan murid diletakkan di dalam buku rekod masing-


masing
9.2Inovasi dalam pdp
Makluman
10. Ucapan Penangguhan

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli atas kerjasama yang


diberikan. Pengerusi juga mengharapkan agar ahli-ahli panitia terus komited dalam
menjalankan tugas seterusnya dapat mempertingkatkan lagi peratusan kelulusan
subjek Pendidikan Moral pada tahun ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………… ………………………..
(Pn Noor Rohaya binti Abd Manap) (Cik Nuradilah Binti Shaari)
Setiausaha Panitia Ketua Panitia Pendidikan Moral

You might also like