You are on page 1of 7

DASAR 1 : TENAGA PENGAJAR

DASAR AM PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

1.1 Semua guru di sekolah ini adalah merupakan ibubapa kedua kepada semua pelajar.
1.2 Sentiasa meletakkan kepentingan dan kebajikan pelajar dalam semua bentuk tindakan dan
keputusan yang dibuat.
1.3 Semua guru perlu melayan semua pelajar dengan adil, saksama, bertimbang rasa, dan kasih sayang

DASAR 2 : PENDAFTARAN MURID

2.1 Sekolah ini menerima kemasukan pelajar dari pelbagai kaum tanpa sekatan.
2.2 Setiap maklumat pelajar akan didaftarkan ke dalam buku rekod pendaftaran dan
ke dalam Sistem Maklumat Murid (SMM).
2.3 Setiap pelajar akan di tempatkan di kelas-kelas berdasarkan prestasi akademik.
2.4 Takwim pendaftaran murid;
2.4.1 Pendaftaran sepanjang bulan Mac - 1 hingga 31 Mac
2.4.2 Pemberitahuan kelulusan permohonan - hujung bulan Julai
2.4.3 Pengesahan pendaftaran Ibu bapa - sepanjang bulan Ogos
2.4.4 Pendaftaran murid dan taklimat ibu bapa- akhir Disember/awal Januari

DASAR 3 : PELANTIKAN PENGAWAS

3.1 Diadakan pada penghujung tahun untuk tahun berikutnya.


3.2 Pemilihan oleh guru berdasarkan pemilihan oleh semua guru.
3.3 Penentuan pengawas, Ketua dan Penolong Pengawas dibuat oleh Guru-guru Lembaga Disiplin Sekolah.
3.4 Ibu bapa diberitahu tentang pemilihan pada hujung untuk persediaan pakaian murid.
3.5 Pengawas yang baru dilantik akan diberi tempoh perubaan selama sebulan.

DASAR 4 : PENGURUSAN DISIPLIN

4.1 Setiap murid mesti mempunyai Buku Peraturan Sekolah dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.
4.2 Mempunyai Lembaga disiplin yang terdiri daripada Guru Besar dan Semua Penolong Kanan serta
guru- guru yang menjadi AJK Disiplin.
4.3 Semua masalah disiplin direkod dan dilaporkan ke PPD.
4.4 Pelajar yang sering melanggar peraturan sekolah, akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin.
4.5 Ibu bapa dipanggil hadir bagi membincangkan masalah disiplin anak untuk yang serius atau
berulang melebihi 4 kali
4.6 Sekolah akan mengamalkan pendekatan “Nasihat Dan Bimbingan” dalam menangani
permasalahan disiplin pelajar.
4.7 Ibubapa atau penjaga kepada pelajar yang tidak hadir ke sekolah, perlu memaklumkan atau menulis
Surat kepada pihak sekolah.
4.8 Murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab selama tiga hari berturut-turut dikira ponteng sekolah.

DASAR 5 : KEBAJIKAN

5.1 Pelajar-pelajar yang menghadapi pelbagai masalah akan sentiasa cuba dibantu melalui
jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk di peringkat sekolah.
5.2 Pihak sekolah akan sentiasa membuka pintu kepada sesiapa yang ingin memberikan apa jua
bentuk bantuan kepada pelajar disekolah ini.
5.3 Pihak sekolah akan melindungi maklumat peribadi pelajar yang bermasalah demi
menjaga maruah pelajar tersebut.
5.4 Memastikan murid yang layak mendapat bantuan diberikan bantuan berikut; RMT
- pendapatan kurang daripada RM580.00 atau per kapita RM140.00
PS1M - pendapatan kurang daripada RM930.00 atau per kapita RM230.00
KWAPM-pendapatan kurang daripada RM930.00 atau per kapita RM240.00)
SPBT - semua murid layak menerima mulai tahun 2008
Bantuan Awal Persekolah- pendapatan di bawah RM3000.00
5.5 Pemilihan berdasarkan maklumat APDM dan diputuskan oleh AJK Kebajikan.
5.6 RMT dijalankan waktu rehat dan susu 1M diberi sebelum waktu balik sekiranya ada peruntukkan.
5.7 Bekalan makanan RMT disediakan oleh Pengusaha Kantin bagi memastikan tahap kebersihan dan
mutu makanan mudah dipantau.
5.8 AJK memantau penyediaan makanan dan menyelia murid makan semasa waktu rehat.

DASAR 6 : KAUNSELING

6.1 Mendapat khidmat guru bimbingan yang dilantik.


6.2 Guru bimbingan bekerjasama dengan pihak pentadbir dan AJK Disiplin bagi menjayakan
kursus, bengkel, ceramah dan mewujudkan perhubungan erat dengan Badan-badan luar
yang berkaitan.

DASAR 7 : KESELAMATAN

7.1 Keselamatan pelajar akan sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang mereka berada di kawasan
sekolah pada waktu persekolahan.
7.2 Ibubapa atau penjaga, yang ingin membawa pelajar keluar perlu menulis nama di dalam Buku
Kebenaran Keluar yang terletak pejabat.
7.3 Semua pelajar dilindungi dengan Skim Insurans Takaful Malaysia.
7.4 Alat pemadam api disediakan di tempat-tempat strategik.
7.5 Alat pemdam api diselia dan diganti 2 kali setahun.
7.6 Latihan kebakaran dijalankan sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
7.8 Kawalan keselamatan oleh pengawal Keselamatan 24 jam sehari. 2 orang pengawal pada waktu siang
Dan 2 orang pada waktu malam.

DASAR 8: KESIHATAN

8.1 Sekolah akan memastikan tahap kesihatan pelajar sentiasa baik melalui
program- program yang dirancang seperti :
• Pemeriksaan Gigi dan Mata sekali setahun
• Pemeriksaan Kesihatan bagi Tahun 1 dan Tahun 6
• Program RMT
• Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan
• Ceramah dan Kempen
8.2 Mendapatkan maklumat tahap kesihatan pelajar daripada ibu bapa / penjaga.
8.3 Penjaga akan dihubungi sekiranya pelajar didapati tidak sihat semasa berada di sekolah.
8.4 Pihak sekolah akan terus berurusan dengan pihak hospital, tanpa menghubungi penjaga terlebih
dahulu terhadap kes-kes yang kronik.
8.5 Pihak sekolah akan berusaha membantu pelajar-pelajar yang mempunyai masalah Kesihatan.
8.6 Mendapatkan khidmat bantuan semburan nyamuk dari agensi yang bertanggungjawab
sekurang- kurangnya sekali setahun.

DASAR 9 : KECERIAAN & KEBERSIHAN

9.1 Diwujudkan jadual tugas bagi setiap murid bagi memastikan kelas berada dalam keadaan bersih
dan sesuai untuk proses pembelajaran berlaku.
9.2 Terdapat pekerja membersihkan kawasan sekolah.
9.3 Mengadakan program keceriaan dan gotong royong sekurang-kurangnya sekali setahun.
9.4 Bilik tandas dikhaskan satu kelas satu tandas.

DASAR 10: DATA & REKOD

10.1 Semua kemasukan murid direkod dalam Buku Pendaftaran Murid.


10.2 Maklumat peribadi murid yang disediakan oleh ibu bapa disimpan dalam Sistem Maklumat Murid
(SSM)/APDM
10.3 Buku Jadual Kedatangan Murid sentiasa disimpan di pejabat setelah dicatat kehadiran oleh guru
kelas selewat-lewatnya satu jam selepas loceng pertama.
10.4Semakan Buku Kedatangan dibuat akhir bulan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
10.5Semua data berkaitan disimpan dalam fail sebagai rujukan.

MATLAMAT STRATEGIK
PENGURUSAN HAL EHWAL MURID DAN SAHSIAH PELAJAR.

Kejayaan cemerlang sesebuah sekolah banyak bergantung kepada bagaimana sekolah menguruskan
hal- hal berkaitan disiplin, sahsiah, dan komitmen murid-muridnya. Sehubung dengan itu, Pengurusan
Hal Ehwal Murid dan sahsiah pelajar sekolah telah menetapkan beberapa matlamat yang perlu dan
hendak dicapai. Matlamat-matlamat tersebut ialah :
1. Memastikan pelajar sekolah ini mempunyai data maklumat peribadi yang lengkap dan kemaskini.
2. Memastikan pelajar di sekolah ini sentiasa mematuhi peraturan sekolah.
3. Memastikan pelajar di sekolah ini mengamalkan “ Budaya Hidup Sihat”.
4. Memastikan pelajar sekolah ini mendapat layanan yang adil dan seimbang dari guru-guru.
5. Memastikan pelajar sekolah ini tidak terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang tidak bermoral
seperti berikut;
a. Ponteng
kolah b.
Merokok
c. Pergaduhan
d. Kelakuan
lucah e.
Membuli
f. Kurang ajar atau biadap
g. Merosakkan harta benda sekolah/awam (VANDALISME)

BUKU PANDUAN PENGURUSAN, PENTADBIRAN & TAKWIM 2019


6. Memastikan pelajar sekolah ini yang bermasalah ekonomi dan pembelajaran mendapat bantuan dan
pertolongan yang sewajarnya.
7. Berusaha menerapkan nilai-nilai murni melalui pelbagai aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah.
8. Memastikan pelajar sekolah ini sentiasa menjaga keselamatan diri, keluarga, dan harta benda sekolah.
9. Menggalakkan pelajar sekolah ini sentiasa berusaha menjaga dan menaikkan nama sekolah.

STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI


MATLAMAT STRATEGIK
PENGURUSAN HAL EHWAL MURID & SAHSIAH PELAJAR

1. Sistem Pendaftaran Pelajar.


1.1 Sekolah melaksanakan Program Hari Pendaftaran murid tahun 1.
1.2 Hari pendaftaran murid dijalankan sehari sebelum cuti persekolahan bermula.
1.3 Ibu bapa atau penjaga murid menyerahkan borang maklumat murid semasa hadir pada hari pendaftaran.
1.4 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari pendaftaran adalah seperti berikut;
a. Pendaftaran di kelas dengan menyerahkan borang maklumat murid.
b. Pembelian buku tulis dan keperluan persekolahan di kedai buku sekolah.
c. Pengagihan buku teks
d. Taklimat sistem pentadbiran sekolah kepada ibu bapa atau penjaga
1.5 Memasukan data murid ke dalam buku rekod pendaftaran sekolah dan sistem maklumat murid sebelum
akhir bulan Januari.

2. Penguatkuasaan Peraturan Sekolah


2.1 Semua murid perlu memiliki Buku Peraturan Sekolah
2.2 Semua murid dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama.
2.3 Membuat pelantikan pengawas sekolah yang terdiri daripada murid tahun tiga hingga tahun enam.
2.4 Bilangan pengawas sekolah adalah 10% daripada bilangan keseluruhan murid pada tahun semasa.
2.5 Semua pengawas yang dilantik perlu melalui proses berikut;
a. Pencalonan oleh guru kelas
b. Temuduga oleh jawatankuasa disiplin dan pengawas sekolah
c. Kursus perlaksanaan tugas dan tanggungjawab
d. Tempoh percubaan sepanjang bulan Januari
e. Majlis watikah perlantikan.
2.6 Mengadakan sesi kaunseling khas kepada murid-murid yang sering melanggar peraturan.

3. Pelaksanaan Program-program Kesihatan


3.1 Memastikan perlaksanaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) menepati sasaran dan matlamat
perlaksanaannya seperti berikut;
a. Bilangan murid yang terlibat
b. Pemilihan murid yang tepat
c. Penyediaan menu yang berkhasiat
3.2 Memastikan murid menggunakan sepenuhnya waktu rehat secara berfaedah seperti berikut;
a. Cukup masa untuk membeli makanan dan menjamu selera
b. Berinteraksi dengan kawan-kawan
c. Bersedia untuk sesi pembelajaran seterusnya
d. Mendapatkan maklumat atau bahan-bahan dari pusat sumber dan pusat akses
3.3 Membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala seperti;
a. Pemeriksaan mata
b. Pemeriksaan gigi
c. Pemeriksaan kuku dan rambut
BUKU PANDUAN PENGURUSAN, PENTADBIRAN & TAKWIM 2019

d. Pemeriksaan kesihatan dan kebersihan diri


3.4 Memastikan pengurusan kantin dan persekitaran sentiasa bersih.
a. Pekerja kantin mendapat suntikan dari jabatan kesihatan
b. Jenis-jenis jualan di kantin adalah berkhasiat dan berkualiti
c. Penyediaan makanan adlaah secara masak sendiri
d. Tong-tong sampah disediakan mencukupi keperluan
3.5 Mewujudkan tabiat sukakan kebersihan dan melalui aktiviti berikut;
a . Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas
b. Gotong royong
c. Mengutip sampah dan masukkan ke tong sampah secara spontan bila menjumpainya
d. Tidak membuang sampah merata-rata

4. Mempertingkatkan peranan guru-guru


4.1 Guru perlu sentiasa memberi layanan yang adil kepada semua murid dalam sebarang tindakan yang
diambil.
4.2 Tindakan-tindakan guru adalah konsep “MENDIDIK BUKAN MENGHUKUM”
4.3 Semua guru perlu memainkan peranan sebagai GURU DISIPLIN.

5. Melaksanakan Sesi Kaunseling dan Motivasi


5.1 Murid-murid yang menghadapi masalah disiplin dan rendah akhlak akan sentiasa diberi kaunseling dan
dibimbing melalui aktiviti berikut;
a. Sesi Kaunseling Individu
b. Sesi Kaunseling Kelompok
c. Lawatan khas guru kaunseling ke rumah
d. Kem Jati Diri

6. Pelaksanaan modul-modul dalam Program Sekolah Selamat


6.1 Melatih murid-murid menyelamatkan diri dari keadaan kecemasan seperti kebakaran melalui LATIHAN
KAWAD KECEMASAN.
6.2 Mengadakan sesi ceramah dari pihak-pihak tertentu berkaitan perkara berikut;
a. Keselamatan jalan raya
b. Jenayah juvana
c. Pertolongan cemas
d. Penyalahgunaan dadah

7. Penggalakkan Penyertaan Aktiviti Luar


7.1 Murid-murid digalakkan menyertai aktiviti luar bilik darjah yang dianjurkan oleh perbagai pihak seperti;
a. Menyertai pertandingan mewarna dan melukis
b. Menyertai lawatan sambil belajar
c. Menyertai pertandingan kokurikulum akademik
d. Menyertai pertandingan sukan dan permainan

7.2 Murid-murid juga diasuh dan diberikan panduan bagaimana menguruskan masa dengan baik dan
berfaedah melalui aktiviti seperti;
a. Pembacaan di pusat sumber atau perpustakaan
b. Menghadiri kelas tambahan atau tuisyen
c. Program bersama keluarga

You might also like