You are on page 1of 3

PERSATUAN PENDUDUK TAMAN KASTURI

Minit Mesyuarat Agung Penubuhan Bil.1/2019


Tarikh : 30 Januari 2019 (Rabu)
Masa 9.00 – 11.00 Malam
Tempat Pejabat Pemaju Gemencheh Development
Pengerusi En. Muhammad Afif Bin Ramli(Pengerusi)
Pencatat En. Muhammad Nursalam bin Kamaruddin
Kehadiran 1. Muhammad Afif Bin Ramli
2. Muhammad Nursalam Bin Kamaruddin (Bendahari)
3. Mohamad Sukeri B. Baharum (Pengerusi KRT)
4. M.Hanif B. Abdul Hamid
5. Mohd Ikbar B. Norrasid
6. Mohd Redzuan Bin Rozle
7. Izhar Bin Zali
8. Mohd Shukuruddin Bin Jamaluddin
9. Tengku Kahirul Bin Tengku Mohd
10. Khairul Ameely Bin Mokhtar
11. NorHassimi Bin Safiee
12. Tuan Rosli Bin. Tuan Abdul Rahman
13. Khairul Hafizi Bin Mohamed
14. Mohd Amin
15. Mohd Shahrul Nizam Bin Malik
16. Muhamad Syarif Bin Sakani
17. Mohd Bahizan Bin Bahary
18. Kayrul Frydaus
19. Kamarudin Awang
20. M. Marzuki Bin Husin
21. Wan Mohd Hanif Bin Wan hamat

1. Ucapan Pengerusi:
Mengucapkan terima kasih kepada semua warga taman yang dapat meluangkan
masa hadir ke mesyuarat.
Tindakan: Makluman

2. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu:


Dengan cadangan En. Mohd Redzuan Bin Rozle dan sokongan En. Khairul Ameely
Bin Mokhtar, minit mesyuarat yang lalu diterima dengan sebulat suara.
Tindakan: Makluman
3. Perbincangan
3.1 Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Kasturi
3.1.1 Pengerusi menyarankan agar semua AJK Persatuan Penduduk dapat
memberi komitmen sebaiknya dan menyuarakan sebarang permasalahan
agar dapat dibantu dan diselesaikan bersama
3.1.2 Mohon Pendaftaran Persatuan Penduduk dapat disegerakan.
Tindakan: En. Muhamad Syarif akan membantu setiausaha persatuan dalam
proses pendaftaran persatuan penduduk

3.2 Majlis Dialog Bersama Pemimpin


3.2.1 Atas cadangan Pengerusi Kelab Rukun Tetangga Kg. Tengah, En.
Mohamad Sukeri, ahli mesyuarat bersetuju untuk menganjurkan
Program Dialog bersama pemimpin anjuran bersama KRT Kg.
Tengah sebagai satu medium untuk warga taman menyuarakan
isu yang timbul dan mendapat penjelasan terus daripada pegawai
yang bertanggungjawab
3.2.2 Ahli mesyuarat sepakat mencadangkan agar menjemput Ahli Parlimen
Tampin, Penyelaras DUN Gemencheh. Wakil Pemaju, Pegawai
Daerah Majlis Daerah Tampin dan Pegawai Pejabat Perpaduan.
3.2.3 Kertas kerja cadangan perlu disediakan bagi mengumpul isu dan perkara
yang ingin diutarakan dalam Program Dialog bersama Pemimpin
Tindakan: Setiausaha dan AJK Persatuan Penduduk akan bekerjasama
mengumpul isu daripada warga Taman Kasturi

3.2.4 En. Marzuki mencadangkan agar program diadakan pada 17 November


2018 dan dipersetujui oleh semua hali mesyuarat.
3.2.5 Pengerusi mencadangkan agar kutipan dijalankan untuk menampung
perbelanjaan untuk majlis dialog tersebut.
Tindakan: Semua ahli mesyuarat bersetuju untuk membuat kutipan RM20 satu
rumah dan akan dikumpul oleh ketua lorong yang telah dilantik.

3.2.6 Kelab Rukun Tetangga akan membantu dalam perbelanjaan majlis atas
persetujuan daripada Pengerusi dan Bendahari KRT yang hadir.

4.3 Cadangan Perkara Ingin Diusulkan


4.3.1 Kadar cukai pintu yang agak tinggi
4.3.2 Isu Kesukaran untuk mendapatkan tong sampah daripada pihak kontraktor
pembersihan
4.3.3 Capaian rangkaian telefon yang sangat tidak memuaskan
4.3.4 Pemasangan palang di laluan masuk lorong taman dan mewujudkan satu
laluan sahaja untuk keluar masuk taman untuk keselamatan
Tindakan: Semua ahli mesyuarat bersetuju dengan perkara yang diusulkan dan
minta pelan untuk pemasangan palang diperincikan untuk makluman
semua warga taman.

5. Hal-hal Lain
Pengerusi berharap semua AJK dapat memberi komitmen untuk sama sama
menjayakan program dialog yang dirancang
Tindakan : Makluman

7. Penangguhan minit mesyuarat


Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 malam.

Disediakan oleh:

(EN. MUHAMMAD NURSALAM BIN KAMARUDDIN )


Pencatat

You might also like