You are on page 1of 1

Yang berusaha, En.

Teo Boong Sai, Guru Besar SJKC Kuo Kuang 2


Yang dihormati, Cik Teo Ah See GPK1 SJKC Kuo Kuang 2
Yang dihormati, Cik Chiong GPK2 SJKC Kuo Kuang 2
Pn. Gu, GPK Kokurikulum

Yang dihormati, Pn. Faridah dan En. Mohd Pazeli, Penceramah program kesedaran MAKNA
Barisan guru-guru penolong kanan dan guru-guru sekalian.

Selamat sejahtera diucapkan kepada semua.


Selamat datang ke Program Kesedaran MAKNA tahun 2017.

Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan tentang sejarah dan misi
MAKNA, statistik kanser, aktiviti – aktiviti MAKNA, pencegahan kanser, cara mendapatkan
bantuan MAKNA dan lain - lain. Selain itu diadakan Program Sumbangan Debit Langsung
kepada kakitangan yang berminat untuk menderma.

MAKNA ialah Majlis Kanser Nasional.

Diharapkan dengan adanya program ini, kakitangan dididik mengenai kanser dan mengamalkan
gaya hidup yang sihat.

Seterusnya, maljis dengan segala hormatnya mempersilakan En. Teo Boong Sai, Guru Besar
SJKC Kuo Kuang 2 untuk memberikan ucapan. Majlis menjemput dan mempersilakan.

Terima kasih kpd En. Teo Boong Sai di atas ucapan yang bermakna itu tadi.

Seterusnya, majlis dengan penuh takzimnya menjemput Pn. Faridah/ En. Mohd Pazeli untuk
memberikan taklimat beliau. Dipersilakan

Terima Kasih diucapkan kepada Pn. Faridah/ En. Mohd Pazeli diatas taklimat beliau yang
cukup bermakna sebentar tadi.

Seterusnya,
Majlis mempersilakan Cik Teo Ah See untuk mengiringi Tuan Guru Besar untuk menyampaikan
sedikit cenderamata kpd Pn. Faridah dan En. Mohd Pazeli.

DIpersilakan.

Sekian sahaja majlis taklimat kesedaran MAKNA tahun 2017.


Sekian, Terima kasih.

You might also like