You are on page 1of 1

Gambar di bawah menunjukkan jenis-jenis pantang larang kaum di Malaysia.

Tulis ulasan
tentang kebaikan menghormati pantang larang kaum di Malaysia. Panjang ulasan kamu
hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Pantang larang kaum di Malaysia

Melayu India

1) Dilarang duduk di atas bantal 1) Dilarang mengasah pensel di


kedua-dua belah
2) Anak gadis dilarang menyanyi di Cina
dapur 2) Dilarang bersiul di dalam rumah
1) Dilarang menyapu sampah semasa pada waktu malam
hari pertama perayaan Tahun Baru Cina

2) Dilarang duduk di bawah tangga

Gambar di bawah menunjukkan tentang jenis-jenis pantang larang kaum di Malaysia. Bagi kaum
Melayu terdapat 2 pantang larang yang perlu mereka patuhi. Pertama, mereka dilarang duduk di
atas bantal dan kedua anak gadis dilarang menyanyi di dapur. Kebaikan menghormati pantang
larang ini ialah dapat membentuk peribadi yang mulia kerana perbuatan duduk di atas bantal
adalah tidak sopan. Selain itu, kita juga dapat membentuk nilai diri supaya cermat kerana
menyanyi di dapur boleh menyebabkan kelalaian dan mengakibatkan kebakaran. Bagi kaum
Cina 2 pantang larang mereka ialah dilarang menyapu sampah semasa hari pertama perayaan
Tahun Baru Cina dan dilarang duduk di bawah tangga. Kebaikan menghormati pantang larang
ini ialah supaya kita dapat melayan tetamu dengan baik. Duduk di bawah tangga pula boleh
menghindari diri kita daripada sebarang kecelakaan yang tidak diingini kerana dikhuatiri tangga
akan roboh dan kita boleh tercedera. Bagi kaum India pantang larang mereka ialah dilarang
mengasah pensel di kedua-dua belah dan dilarang bersiul di dalam rumah pada waktu malam.
Kebaikan menghormati pantang larang ini juga supaya dapat menghindari diri kita daripada
berlakunya kecelakaan kerana mengasah pensel di kedua-dua belah boleh mengakibatkan mata
tercucuk. Bersiul di dalam rumah pula dapat membentuk diri kita supaya menghormati orang lain
kerana bersiul boleh menyebabkan bunyi bising di dalam rumah. Kesimpulannya, terdapat
banyak kebaikan menghormati pantang larang kaum di Malaysia.

You might also like