You are on page 1of 2

Yang Berbahagia, En.

Teo Boong Sai, Guru Besar SJKC Kuo Kuang 2,

Cik Teo Ah See, Penolong Kanan Pentadbiran,

Cik Chiong Thiam Moy,Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Pn. Gu Ek Chu, Penolong Kanan Kokurikulum,

Pn. Tea Bee Kheng, Guru Penyelia Pagi,

Guru-guru Kanan, Ketua-ketua panitia, rakan-rakan guru, dan murid-murid yang dikasihi
sekalian.

Sebelum memulakan majlis pada pagi ini, semua hadirin diminta berdiri untuk sama-
sama menyanyikan lagu Negaraku, Lagu Negeri Johor, dan Lagu Sekolah.

Semua hadirin dipersilakan duduk.

Demikian tadi persembahan pembukaan daripada guru-guru Bahasa Melayu dan murid-
murid SJKC Kuo Kuang 2. Terima kasih diucapkan kepada semua.

Minggu Bahasa Melayu yang berlangsung sepanjang minggu ini adalah merupakan
suatu usaha daripada guru-guru Bahasa Melayu SJKC Kuo Kuang 2 untuk
meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu murid melalui permainan.

Tanpa melengah masa lagi, majlis dengan segala hormat dan sukacitanya
mempersilakan Yang Berbahagia En. Teo Boong Sai, Guru Besar SJKC Kuo Kuang 2
untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia
Tuan Guru Besar atas ucapan yang telah disampaikan.
Seterusnya, saya menjemput Cik Teo Ah See, Penolong Kanan Pentadbiran unk
mengiringi En. Teo Boong Sai Guru Besar SJKC Kuo Kuang 2 naik ke pentas untuk
menyempurnakan gimik perasmian Minggu Bahasa Melayu SJKC Kuo Kuang 2 tahun
2019. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Cik Teo Ah See dan En Teo Boong Sai kerana sudi
menyempurnakan gimik perasmian minggu Bahasa Melayu SJKC Kuo Kuang 2 bagi
tahun 2019.

Seterusnya, majlis menjemput En. Aslan bin Mukhsam, ketua Minggu Bahasa Melayu
tahun 2019 naik ke pentas unk menerangkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan
sepanjang minggu ini. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En Aslan bin Mukhsam atas penerangan yang telah
diberikan sebentar tadi.

Saya selaku pengerusi majlis Minggu Bahasa Melayu SJKC Kuo Kuang 2 dan para
guru Bahasa Melayu berharap semua murid dapat menyertai segala aktiviti yang telah
dirancang sepanjang minggu ini dengan bersungguh-sungguh seterusnya berharap
dapat meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu murid melalui permainan.

Sekian Terima Kasih.

You might also like