You are on page 1of 11

Soalan 1 -7

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1 ___________ bayu Laut China Selatan amat nyaman dan memberikan ilham kepada Wafa
untuk berkarya.

A Kocakan
B Hembusan
C Hempasan
D Gegaran

2 Impian Aleesa untuk menjadi doktor bakal menjadi ___________ setelah dia mendapat
tawaran belajar di Fakulti Perubatan, Universiti Malaya.

A harapan
B kejayaan
C kebetulan
D kenyataan

3 Seremban ialah _____________ Negeri Sembilan dan jaraknya dengan Kuala Lumpur
hanyalah lebih kurang 100 kilometer.

A kota raya
B bandar raya
C ibu negeri
D ibu negara

4 Walaupun Khaled ____________ melakukan kesalahan itu, dia tetap menafikannya.

A jelas-jelas
B mentah-mentah
C senang-senang
D terang-terang
5 Ubat untuk mencegah ketagihan rokok dihasilkan melalui __________yang dilakukan oleh
pakar perubatan tempatan.

A penemuan
B penyiasatan
C penyelidikan
D pengetahuan

6 Yang di-Pertuan Agong bersetuju untuk ___________ pelantikan menteri kabinet baharu
selepas dicadangkan oleh Perdana Menteri.

A mengesahkan
B memasyhurkan
C memperkenankan
D mengisytiharkan

7 “Jarak __________ sebuah meja dengan meja yang lain ialah satu meter,” arah Cikgu Awatif
kepada pelajar-pelajarnya.

A dari
B antara
C di antara
D daripada

Soalan 8 – 14
Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan
itu telah ditandakan dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.
Pilih jawapan yang paling sesuai.

8 Kerja-kerja tanaman padi terganggu kerana keadaan cuaca tidak menentu di daerah Kerian
A B
belakangan ini. Tiada kesalahan.
C D

9 Acara keramaian di istana Melaka telah dibatalkan kerana baginda sultan sedang sakit.
A B C
Tiada kesalahan.
D
10 Pak Sahak memperelokkan ruang tamu rumahnya kerana anak perempuannya akan
A B
melangsungkan pertunangan pada hujung minggu ini. Tiada kesalahan.
C D

11 Terima kasih saya ucapkan kerana anda tidak berbuat bising di tempat ini. Tiada kesalahan.
A B C D

12 Batuk yang dihidap oleh Mak Temah masih juga tidak kurang walaupun berbagai ubat
A B C
telah diambil. Tiada kesalahan.
D

13 Para pekerja dikehendaki mematuhi arahan yang diberikan demi untuk melicinkan
A B
kerja-kerja pejabat. Tiada kesalahan.
C D

14 Mangsa kemalangan itu telah diletakkan di atas pengusung lalu dimasukkan ke dalam
A B C
ambulans. Tiada kesalahan.
D

Soalan 15-17
Pilih ayat- ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

15 I Perasaan rindunya terhadap kampung halaman tidak pernah padam.


II Masih belum padam semangat Johari untuk menewaskan lawannya.
III “Padam muka budak nakal itu,” kata Shary kepada Mary.
IV Api yang membakar tunggul-tunggul kayu itu telah padam.

A I dan IV sahaja
B III dan IV sahaja
C I,II dan III sahaja
D I,II dan IV sahaja
16 I Wira dan wirawati berkahwin pada penghabisan cerita.
II Adik saya berpuasa sehingga penghabisan bulan Ramadan.
III Kereta itu tersadai di tepi jalan kerana penghabisan minyak.
IV Dia berlari sekuat-kuat hati sehingga penghabisan tenaga.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I,II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

17 I Emak menjemput garam dan memasukkannya ke dalam gulai.


II Ayah menjemput abang di lapangan terbang pada petang Ahad.
III “Datang tak menjemput, pergi tak dihalau,” kata Farid dengan geramnya.
IV Pak Borhan menjemput penduduk kampung ke majlis perkahwinan anaknya.

A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan IV sahaja
D I, III dan IV sahaja

Soalan 18 – 21
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan
penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu
mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

18 Sebahagian daripada pelajar sekolah tersebut merupakan penerima biasiswa sebuah yayasan
di Kuala Lumpur.

A Sebahagian dari pelajar


B Sebahagian daripada pelajar–pelajar
C Sebahagian dari pelajar-pelajar
D Sebahagian daripada pelajar

19 Ahli pengakap akan menjalankan gotong-royong bagi membersihkan surau sekolah pada
minggu hadapan.

A menjalankan bergotong-royong
B menjalani bergotong-royong
C menjalani bergotong-royong
D menjalankan gotong-royong
20 Kehidupan Pak Amin yang dahulunya susah, sekarang sudah sangat senang–lenang setelah
semua anaknya bekerja.

A sudah senang -lenang


B sangat senang-lenang
C sangat sudah senang-lenang
D sudah sangat senang-lenang

21 Kami akan bersihkan kawasan belukar di belakang dewan itu secara bergotong-royong.

A Akan dibersihkan oleh kami


B Kami akan membersih
C Akan kami bersihkan
D Kami akan bersihkan

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat
yang dicetak tebal.

22 Proton Persona yang dilancarkan pada bulan Ogos tahun lalu adalah antara model yang
mencatatkan jualan paling tinggi bagi pengeluar kereta nasional.

A Pengeluar kereta nasional telah mengeluarkan Proton Persona pada bulan Ogos tahun
lepas untuk mencatatkan jualan yang meningkat.
B Model yang mencatatkan jualan paling tinggi bagi pengeluar kereta nasional ialah model
Proton Persona yang dilancarkan pada bulan Ogos tahun lepas.
C Proton Persona akan menjadi model terlaris bagi pengeluar kereta nasional walaupun
baru dilancarkan pada bulan Ogos tahun lalu.
D Proton Persona yang dilancarkan pada bulan Ogos tahun lalu memberikan keuntungan
tertinggi kepada pengeluar kereta nasional.

23 Kerajaan telah bersetuju untuk menjadikan enam perayaan yang melibatkan kaum-kaum
utama di negara ini sebagai perayaan nasional.

A Sebanyak enam perayaan yang melibatkan kaum-kaum utama di negara ini telah
dijadikan perayaan nasional oleh kerajaan.
B Kerajaan bersetuju untuk menjadikan perayaan nasional di negara kita terdiri daripada
enam kaum utama.
C Perayaan nasional yang melibatkan kaum-kaum utama di Malaysia akan diadakan oleh
kerajaan.
D Perayaan utama bagi kaum-kaum di negara ini dijadikan perayaan nasional oleh kerajaan.
24 Sekiranya rakyat tidak bersatu padu, keamanan yang kita nikmati akan tergugat.

A Seandainya suasana tidak aman, rakyat tidak dapat hidup bersatu padu.
B Keamanan yang kita nikmati akan digugat seandainya rakyat tidak bersatu benar-benar.
C Kesenangan yang kita lalui sekarang akan musnah sekiranya rakyat tidak bersatu padu.
D Kita memerlukan rakyat yang bersatu padu agar kita dapat terus hidup dalam aman.

Soalan 25-27
Pilih ayat-ayat yang betul.

25 I Sejak belakangan ini, abang selalu terjaga di tengah malam buta.


II Masyarakat diseru untuk mempelajari sejarah tanah air bagi melahirkan warga yang
patriotik.
III “Kami mestilah membersihkan kelas masing-masing pada setiap pagi,” kata pengetua
kepada pelajar-pelajar.
IV Berlonggok-longgok batu terdapat di kawasan pembinaan rumah banglo tersebut.

A I dan II sahaja
B II dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

26 I Jalur Gemilang berkibaran di tepi-tepi jalan sepanjang bulan Ogos.


II Salam menanyakan ketuanya masa mereka akan bertolak ke Teluk Kemang.
III Hartawan itu menderma seperempat bahagian hartanya kepada anak-anak yatim.
IV Pak Cik Asraf memiliki koleksi setem-setem lama yang disimpannya sejak remaja.

A I dan IV sahaja
B II dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

27 I Beg yang berat itu tidak terangkat oleh saya.


II Penjenayah itu telah ditembak polis daripada sudut yang sukar.
III Tuan pengurus meminta jurutaip menaip surat itu semula.
IV Tukang masak itu mengajar suri rumah bagaimanakah kek dimasak.

A I dan III sahaja


B II dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja
Soalan 28 – 30
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataan-pernyataan
yang berikut.

Pucuk dicita ulam mendatang

28 Peribahasa di atas sama maksud dengan peribahasa

A bagai bulan jatuh ke riba


B seperti tikus jatuh ke beras
C kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan
D orang mengantuk disorongkan bantal

29 Fizah bercerita tentang novel yang sebenarnya telah dibaca oleh rakannya, Anisa.
Perbuatan Fizah itu umpama

A lunak gigi daripada lidah


B membuang garam ke laut
C orang buta diberi bersuluh
D mencurah air di daun keladi

30 Dalila membuat kerja rumahnya dengan sambalewa sahaja dan tidak bersungguh-sungguh.
Sikapnya ini diibaratkan

A bagai air titik di batu


B bagai api dalam sekam
C seperti aur ditarik songsang
D bagai melepaskan batok di tangga
Soalan 31 – 35
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Pilih jawapan
yang paling sesuai.

Maka Tuan Puteri Sa’dung pun diam tidak berkata-kata ; hendak pergi takut
menjadi angkara di atas tubuh, sebagaimana belum tentu lagi ; dan tiada hendak pergi,
takut dimurka oleh Sultan Abdullah itu, serta takut rosak akan negeri. Maka lalu berfikirlah
pula. Maka tiada berapa lama fikiran Tuan Puteri Sa’dung itu, dan jikalau aku tiada pergi,
tiada sudah, nescaya rosaklah negeri kita kerana orang Siam pun terlalulah hampirnya.
Maka tatkala itu lalu Tuan Puteri pun berkatalah , “ Ya kakandaku tuan, baiklah seperti
kehendak kakandaku tuan itu, adinda turutlah. Jikalau ditolong oleh Tuhan kita, nescaya
lepas surat kejahatan di atas tubuh adinda ini.”

Maka tatkala itu bertangis-tangisanlah antara dua laki isteri, terlebih maklumlah
suami hendak bercerai tinggal dengan isterinya. Maka lalu Tuan Puteri Sa’dung pun
bersimpanlah. Maka tatkala sudah bersimpan itu, maka Tuan Puteri Sa’dung pun turunlah
berdua laki isteri itu kepada Jong kenaikan Tuk Ca yang mari itu. Maka sampailah kepada
Tuk Ca itu. Maka Tuk Ca itu pun suruh duduk di dalam jong itu diberi tempat kedudukan
tuan puteri dengan sempurna. Maka Sultan Abdullah pun baliklah kepada mahligai yang
dahulu itu.

Maka tatkala itu, Tuk Ca pun suruh panggillah sekalian raja-raja, menteri,
hulubalang, dan rakyat sekalian yang duduk di dalam mahligai itu. Maka orang pergi
panggil pun sampailah, katanya diberi ketahui oleh Tuk Ca, menyuruh panggil semuanya
turun akan kepada bahtera itu kerana hendak balik ke benua Siam, kata Tuan Puteri
Sa’dung itu sudah turun pergi mendapat Tuk Ca.

(Dipetik daripada prosa tradisional “Hikayat Seri Kelantan” ,


Antologi Harga Sebuah Lukisan, Tingkatan 3,
Dewan Bahasa dan Pustaka.)

31 Yang berikut merupakan punca ketakutan Tuan Puteri Sa’dung, kecuali

A dilarikan oleh raja Siam


B dimurkai Sultan Abdullah
C negeri akan menjadi rosak
D berlaku keburukan terhadap anggotanya
32 Apakah yang dilakukan oleh Tuan Puteri Sa’dung setelah memikirkan masalah yang
dihadapi?

A menurut arahan suaminya


B membantah arahan suaminya
C mengecam perbuatan suaminya
D enggan berjumpa dengan suaminya

33 Latar masyarakat yang terdapat dalam petikan ialah

A masyarakat yang suka melanggar perjanjian


B masyarakat yang suka menabur fitnah antara satu dengan yang lain
C masyarakat yang sabar apabila ditimpa kesusahan
D masyarakat yang tamak akan harta

34 Pilih pernyataan yang salah tentang Sultan Abdullah

A sahabat kepada Tuk Ca


B Suami kepada Tuan Puteri Sa’dung
C mahu membebaskan negerinya daripada ancaman Siam
D tidak suka akan peperangan

35 Apakah kesudahan cerita Hikayat Seri Kelantan ini?

A Tuan Puteri Sa’dung dibawa ke Siam


B Tuan Puteri Sa’dung berjaya melarikan diri
C Tuan Puteri Sa’dung mati kerana membunuh diri
D Tuan Puteri Sa’dung dibunuh oleh angkatan Siam
Soalan 36-40
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Pilih jawapan
yang paling sesuai.

SAJAK HARI AKHIR PERSEKOLAHAN

Ada suara hati


yang tersisip
di celah buku-buku
ada mata batin
yang mengintip
pesan para guru
ada air jernih
yang tumpah
dalam dakapan perpisahan
ada tangan nakal
yang mengukir:
merdeka, kita ke takah dewasa!

Ahmad Bakhtiar Abdul Mutalib


(Dipetik daripada antologi Kasut Kelopak Jantung,
Dewan Bahasa dan Pustaka.)

36 Apakah pesanan guru kepada penyajak?

A Belajar dengan bersungguh-sungguh sehingga cita-cita tercapai.


B Teruskan minat membaca walaupun tidak bersekolah lagi
C Simpan buku-buku sekolah untuk mengulang kaji pelajaran
D Jangan nakal dan menganggu kawan-kawan setelah dewasa

37 Pengulangan kata ada yang terdapat pada baris pertama, keempat, ketujuh dan kesepuluh
ialah gaya bahasa

A imaginasi
B metafora
C anafora
D epifora
38 Frasa ada air jernih yang tumpah bermaksud

A penyajak sedih
B penyajak keliru
C penyajak simpati
D penyajak menangis

39 Pernyataan yang berikut membuktikan bahawa sajak Hari Akhir Persekolahan berbentuk
bebas, kecuali

A setiap baris bebas ditafsirkan


B rima akhir pada setiap baris tidak sama
C jumlah suku kata pada setiap baris tidak sama
D setiap rangkap mengungkapkan maksud yang berbeza-beza

40 Sajak Hari Akhir Persekolahan membincangkan persoalan yang berikut, kecuali

A nasihat guru sangat berharga


B guru merupakan ejen perubahan masyarakat
C alam persekolahan sangat menggembirakan
D minat membaca perlu dipupuk sejak kecil

You might also like