You are on page 1of 9

KOMPANG

PENGENALAN
Kompang adalah sejenis alat muzik tradisional dari keluarga membranofon. Ia
menyerupai sebuah kuali dan terbahagi kepada dua bahagian iaitu baluh
(badan) dan belulang.
Baluh: bingkai kompang diperbuat daripada kayu pokok nangka.
Belulang: daripada kulit kambing.

Permainan kompang terbahagi kepada beberapa jenis. Antara jenis-jenis


kompang ialah:
a. Kompang Hadrah ( Negeri Perak )
b. Kompang Johor / Jawa
c. Kompang Eizhar ( Negeri Selangor )
d. Kompang Kelalang ( Negeri Melaka )

Kompang boleh diperolehi dalam saiz yang berlainan mengikut umur tertentu.
Antara saiz kompang yang mengikut peringkat umur pemain adalah seperti
berikut:

Saiz (cm) Umur (tahun)


30 cm 12 tahun dan ke bawah
32.5 cm 13 dan 14
35 cm 15 dan 16
37.5 cm dan 40 cm Orang dewasa

1
SEJARAH
Kompang dipercayai berasal dari Timur Tengah berdasarkan beberapa pendapat
iaitu:
Pendapat pertama:
Bentuknya sama dengan hadrah yang menyerupai kompang yang terdapat di
negara Arab.

Pendapat kedua :
Lirik lagu yang dimainkan selalunya dalam bahasa Arab , contohnya Selawat.

Permainan kompang dibawa oleh pedagang Arab yang datang berdagang ke


Nusantara. Ia digunakan untuk menarik perhatian pembeli terhadap perniagaan
mereka. Dipercayai permainan ini menjadi ikutan masyarakat tempatan dan
seterusnya berkembang sehingga kini.Manakala permainan kompang
berkembang ke Tanah Melayu akibat imigrasi masyarakat Jawa. (Abdul Latif
Ali,1980:12)

FUNGSI
Persembahan kompang ini mempunyai pelbagai fungsi dan peranan. Pada
asasnya, ia bertujuan untuk memeriahkan sesuatu upacara. Sungguhpun
demikian, fungsi permainan ini turut mengalami perkembangan mengikut masa.
Antara fungsi permainan kompang ialah:

1. Mengiringi aktiviti vokal seperti nyanyian solo atau kumpulan secara


ensemble (nasyid, marhaban).
2. Mengarak pengantin, kanak-kanak berkhatan, berkhatam Quran, dan
upacara rasmi yang melibatkan pembesar.
3. Menjadi elemen permainan ensembel lain seperti orkestra, lagu etnik
kreatif, cak lempong, cak lempong pacik dan gamelan.
4. Untuk merangsang semangat pasukan yang bertanding, contohnya pasukan
bola sepak.
5. Pertandingan – paluan kompang dan kompang formasi

2
Persembahan kompang diketuai oleh seorang pemimpin. Tugas pemimpin ialah
untuk memulakan dan menamatkan sesuatu permainan dengan arahan atau
lakuan tertentu.

TEKNIK PERMAINAN
Pegang kompang dengan sebelah tangan sementara sebelah tangan lagi
memukulnya. Kompang boleh dimainkan secara duduk atau berdiri. Pada
asasnya, kompang menghasilkan dua bunyi iaitu ‘pak’ dan bunyi ‘bung’. Pukulan
‘pak’ mestilah lebih berat daripada bunyi ‘bung’.

Bunyi ‘pak’ dihasilkan apabila bahagian tengah kompang dipalu dengan tapak
tangan sambil jari tangan terbuka. Kekuatan bunyi adalah hasil daripada pukulan
tapak jari. Untuk menghasilkan bunyi yang tepat, sentuh tapak ibu jari dan jari
anak mendahului jari yang lain semasa memukul.

Bunyi ‘bung’ dihasilkan apabila bahagian tepi permukaan kompang iaitu 1/3
daripada permukaan dipukul dengan jari. Manakala kesemua jari berkeadaan
tertutup semasa membuat pukulan. Sila rujuk posisi dan cara memegang
kompang.

3
CARA MEMEGANG KOMPANG

Pegang kompang dengan sebelah tangan sementara sebelah lagi memukulnya.


Kompang boleh dimainkan secara duduk atau berdiri. Bunyi terhasil daripada
paluan kompang boleh dipengaruhi oleh teknik memegang kompang.
Para pekompang haruslah mengelakkan daripada memegang kompang sehingga
melepasi bahagian hadapan baloh disebabkan ianya boleh menjejeskan kualiti
bunyi terhasil.
Cara memegang kompang lazimnya ada dua cara iaitu:
a) menatang (ibu jari di dalam baloh, jari jemari lain di bawah baloh)
 kedudukan kompang di atas telapak tangan ertinya kesenian yang dibawa
secara bersungguh-sungguh.
 ianya juga seperti menadah doa yang mungkin dapat disesuai ketika
iringan berzikir semasa berkompang.
 kedudukan kompang dipastikan menegak - meletak kesenian yang dibawa
agar tegak berdiri (bukan rebah).
 mudah memberikan isyarat mula / henti sesuatu acara
perkompangan; dapat disandar di bahu sekiranya lenguh memegang
ketika berdiri ataupun duduk.

4
b) membimbit (ibu jari di luar baloh, jari jemari lain di dalam baloh)
 kedudukan kompang dalam genggaman, seolah-olah mencerminkan
kesungguhan dalam memelihara kesenian yang dibawa dapat dikait juga
dengan cara berdoa
 sesetengah pendapat mengatakan mudah disesuai untuk bersilat
(menumbuk dengan kompang) bila perlu
 Apabila dinaikkan ke atas, seolah-olah menjunjung kompang (Awas!
Kompang yang berlambang, mungkin kelihatan terbalik)
 Dapat diletakkan di lantai ketika berkompang semasa duduk.

Maka, dapatlah disimpulkan bahawa cara memegang ini mempunyai falsafah


dan kelebihan masing-masing. Namun adalah lebih baik diselaraskan cara
memegang bagi sesuatu kumpulan agar nampak lebih seragam.

Posisi kompang secara berdiri untuk perarakan

5
POSISI PEMAIN KOMPANG
Permainan ini dipersembahkan secara beramai-ramai atau ensembel. Biasanya
dimainkan oleh kira-kira 10 hingga 20 orang. Posisi pemain semasa
persembahan kompang adalah sama ada secara duduk atau berjalan sambil
berarak.

Terdapat tiga paluan digabungkan untuk menghasilkan paduan bunyi yang


berharmoni. Tiga kumpulan paluan tersebut dipanggil Melalu,
Meningkah dan Menyilang.
Fungsi paluan ini adalah seperti berikut;

Kumpulan Melalu : memainkan rentak asas.


Kumpulan Menyilang : memainkan rentak silihan (upbeat) kepada
pukulan Melalu.
Kumpulan Meningkah : menjadi penghias rentak yang dimainkan paluan
antara kumpulan Melalu dan Menyilang.

6
Setiap persembahan kompang terdiri dari tiga bahagian pukulan iaitu;
Pukulan ‘Mula’ untuk memainkan sesebuah lagu,Pukulan lagu dan
Pukulan ‘Mati’ untuk mengakhiri sesebuah lagu.

PUKULAN MULA, PUKULAN LAGU DAN PUKULAN TAMAT

7
PENJAGAAN KOMPANG

Kompang dalam simpanan seharusnya dikendurkan permukaannya. Sebelum


memulakan permainan kompang, permukaannya perlu ditegangkan dengan
sedak. Kompang yang basah seharusnya dijemur sehingga kering supaya tahan
lebih lama.

Semasa dalam simpanan juga, kompang perlu diletakkan dengan berkeadaan


muka kompang bertindan dengan permukaan lain dan disusun di rak atau almari
yang sesuai. Ini untuk mengelakkan kerosakan muka kompang apabila ditindani
oleh baluh kompang.

PENALAAN KOMPANG

Penalaan kompang bertujuan untuk meninggikan ton bunyi kompang dan


menegangkan permukaannya dengan menggunakan sedak. Sedak boleh dibuat
daripada rotan atau wayar plastik. Sedak ditolak dengan kayu sedak di sekeliling
bahagian dalam, di antara baluh dan belulang kompang.

8
9

You might also like