You are on page 1of 11

KESATUAN GURU MELAYU MALAYSIA BARAT (KGMMB)

CAWANGAN PAHANG TIMUR

PERTANDINGAN BOWLING TERTUTUP


KGMMB CAWANGAN PAHANG TIMUR
2020
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN
PERTANDINGAN BOWLING
KGMBB CAWANGAN PAHANG TIMUR 2020

1. PERATURAN PERTANDINGAN

1.1 PENGENALAN

Pertandingan bowling ini bermatlamat untuk menggalakkan penyertaan ahli-ahli Kesatuan di


dalam acara sukan sebagai aktiviti mengeratkan sillaturrahim. Disamping itu, ia dapat mendorong
ahli mewujudkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian sambil beriadah. Melaluinya,
diharapkan agar ahli dapat mewujudkan budaya hidup berteraskan kesukanan bagi
meningkatkan kecergasan diri yang proaktif dan terbilang.

1.2 TARIKH DAN TEMPAT


Pertandingan akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tempat : Pusat Bowling Semambu
Lot 89, Jalan Industri Semambu 7, Pahang, 25350 Kuantan
Tarikh :
Hari :
Masa : 12.00 tgh – 3.00 ptg
(Bermula dengan pasukan wanita dan diikuti dengan pasukan lelaki)
2. PENYERTAAN

2.1 Pertandingan adalah mengikut kategori lelaki dan wanita berpasukan.


2.2 Penyertaan terbuka kepada semua ahli yang berdaftar dengan Kesatuan Guru-
guru Malaysia Barat cawangan Pahang Timur yang terdiri dari 4 daerah iaitu
Kuantan, Pekan, Rompin dan Maran.
2.3 Penyertaan hanya dibuka kepada 16 pasukan sahaja (8 pasukan lelaki dan 8
pasukan wanita) berdasarkan first come first serve.
2.4 Setiap daerah boleh menghantar 2 pasukan lelaki dan 2 pasukan wanita. Setiap
pasukan terdiri daripada 4 orang pemain

3. YURAN PENYERTAAN

3.1 Yuran penyertaan ditanggung sepenuhnya oleh pihak KGMMB Cawangan


Pahang Timur

4. PENDAFTARAN PEMAIN

4.1 Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan menggunakan


borang yang disediakan oleh Urusetia Pertandingan Bowling KGMBB. Hanya
pemain-pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan untuk mengambil bahagian.
Susunan nama pemain akan diambil kira dari borang pendaftaran pemain
mengikut turutan nombor yang dicatat
4.2 Pertukaran nama-nama pemain boleh dilakukan selewat-lewatnya sehari sebelum
pertandingan bermula.
4.3 Hanya SEORANG sahaja pemain yang pernah mewakili negara dan negeri bagi
pertandingan peringkat Kebangsaan, MAKSAK dan SUKMA yang boleh
didaftarkan dalam pasukan;
4.4 Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili satu pasukan sahaja;
4.5 Semua pasukan yang telah mengesahkan penyertaan hendaklah mendaftar
pasukan masing-masing pada

5. CARA PERTANDINGAN

5.1 Kejohanan ini akan dijalankan secara:


i. Berpasukan Lelaki
ii. Berpasukan Wanita
5.2 Semua pasukan akan bermain sebanyak tiga (3) game
5.3 Kedudukan lane semua pasukan akan ditentukan oleh pihak Penganjur
5.3 Semua pasukan akan bermain secara `cross lane’.
5.5 Semua perlawanan akan dijalankan mengikut susunan jadual yang telah
ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur.
5.6 Semua pasukan yang dijadualkan untuk bermain mestilah berada di lorong
permainan 10 minit sebelum perlawanan dimulakan.
5.7 Pasukan yang enggan bermain pada waktu yang dijadulkan itu akan dianggap
sebagai menarik diri (iaitu memberi walk-over)

6. PENENTUAN KEMENANGAN
6.1 Pasukan yang memungut jumlah jatuhan pin terbanyak akan diisytiharkan sebagai
pemenang.
6.2 Kategori Hadiah adalah:
Juara @ RM 300.00
(Kategori Lelaki/Wanita Berpasukan)
Naib Juara @ RM 200.00
(Kategori Lelaki/Wanita Berpasukan)
Tempat Ketiga @ RM 100.00
(Kategori Lelaki/Wanita Berpasukan)
Juara High Score @ RM 50.00
(Individu Lelaki/Wanita)
(Hadiah Pertandingan akan diubah jika penyertaan pasukan
berkurangan/berdasarkan penyertaan pasukan)

6.3 Sekiranya setelah semua perlawanan selesai dan dua pasukan atau lebih didapati
memperolehi jumlah pin yang sama maka kaedah berikut akan diambilkira untuk menentukan
pemenang
a. Jumlah terbanyak jatuhan pin pasukan permainan terakhir (game ketiga)
dianggap sebagai pemenang
b. Jika masih juga sama, pemenang bersama akan diisytiharkan.
7. PAKAIAN

7.1 Semua pasukan/pemain mesti memakai pakaian yang bersesuaian.

8. BANTAHAN

8.1 Sebarang bantahan hanya boleh dibuat oleh Pengurus atau Ketua Pasukan
sahaja dan hendaklah dibuat secara lisan kepada Urusetia Pertandingan. Surat
bantahan hendaklah ditandatangi oleh Pengurus Pasukan dan disertakan dengan
wang cagaran secara Tunai sebanyak RM300.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ratus
Sahaja). Wang cagaran tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan itu gagal
atau ditolak.
9. TARIKH TUTUP PERMOHONAN

9.1 Semua borang penyertaan yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada
Urusetia Pertandingan sebelum atau pada
9.2 Syarat-syarat dan peraturan di atas boleh diubah atau ditambah oleh penganjur
tanpa perlu memaklumkan kepada pasukan-pasukan yang akan bertanding;dan
9.3 Segala keputusan oleh pihak penganjur adalah muktamad.

10. SUMBER KEWANGAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH

1 KGMMB 16 pasukan RM2400.00

JUMLAH KESELURUHAN RM2400.00


11. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH

1 Kos peserta 64 orang x (RM12.00 x 1 games) RM768.00


- Termasuk sewaan kasut dan stokin)

(RM5.00 x 64 Orang)
- Nasi Goreng (RM3.00 per seorang)
2 - Teh O Panas (RM1.00 per seorang) RM320.00
Kos makanan:
Air Mineral peserta = RM64.00

Hadiah
- Johan Berpasukan (Kategori Lelaki)=
RM 300.00
- Johan Berpasukan (Kategori Wanita)=
RM 300.00
- Naib Johan Berpasukan (Kategori
Lelaki)=RM 200.00
- Naib Johan Berpasukan (Kategori
Wanita)=RM 200.00 RM
3 Hadiah & Cenderahati
1300.00
-Ketiga (Kategori Lelaki)=RM 100.00
-Ketiga
(Kategori Wanita)=RM 100.00
-Individu Jatuhan Pin Tertinggi
(Kategori Lelaki)=RM 50.00
-Individu Jatuhan Pin Tertinggi
(Kategori Wanita)=RM 50.00
-
4 Hal-hal Lain Cenderahati = RM52.00 RM52.00

RM
JUMLAH KESELURUHAN
2440.00
12. TENTATIF PERTANDINGAN

12.00tgh : Pendaftaran peserta


12.15tgh : Ucapan alu-aluan Pengerusi KGMMB Cawangan Pahang Timur
12.30tgh : Pertandingan bowling bermula
2.00ptg : Pertandingan tamat
2.15 ptg : Jamuan ringkas dan penyampaian hadiah kepada pemenang
2.30 ptg : Ucapan penutup Pengerusi KGMMB Cawangan Pahang Timur
3.00 ptg : Bersurai
13. JAWATANKUASA PERTANDINGAN BOWLING

PENGERUSI
Azhar bin Yahya

NAIB PENGERUSI
Tn. Hj Razali bin Bidin

SETIAUSAHA
Azman bin Mat Yasin

PEN. SETIAUSAHA
Mohd Sobri bin Yusuf

BENDAHARI

JAWATANKUASA URUSETIA/ PERSIAPAN TEMPAT


Mohd Sobri bin Yusuf
Asmawi bin Daud

JAWATANKUASA PENDAFTARAN
Nor Fazliana binti Razali
Ana binti Ismail

JAWATANKUASA HADIAH & CENDERAHATI


Hajah Marina binti Hj. Yaakob
Hajah Nik Azlina binti Hj. Awang

JAWATANKUASA PERALATAN , KESELAMATAN


Zulkipli bin Nawang

JAWATANKUASA MAKANAN
Sriyalzuma bt Yahaya
Salbiah bte Abd Hamid

PENGACARA MAJLIS PENUTUP


Tn. Hj Razali bin Bidin
14. PENUTUP

Pertandingan Bowling KGMMB Cawangan Pahang Timur 2020 ini adalah bagi memenuhi aktiviti
kelab pada tahun 2020. Diharap pertandingan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya mengikut
jadual yang dirancang dan mendapat sambutan daripada semua ahli. Segala kerjasama yang
diberikan oleh urusetia mahupun peserta didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Disediakan oleh Disahkan oleh

……………………….. ……………………….
MOHD SOBRI BIN YUSUF AZHAR BIN YAHYA
BIRO SUKAN PENGERUSI
KGMMB PAHANG TIMUR KGMMB PAHANG TIMUR
BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN BOWLING
KATEGORI LELAKI
KGMMB CAWANGAN PAHANG TIMUR 2020
Daerah : .......................................................................
Nama Ketua Pasukan : .......................................................................................
No. Tel: ............................................. (Pej.) ..................................................(H/P)
No. Faks: .......................................... (e-mel): .......................................................

LELAKI

Bil. Nama Penuh Pemain No. K/P

1.
2.
3.
4.

PENGAKUAN: Bahawasanya kami, adalah ahli berdaftar KGMMB Cawangan Pahang Timur.
Kami faham dan akan mematuhi segala Undang-undang dan Peraturannya.

Tarikh: ..................................... ...............................................


(Tandatangan Ketua Pasukan)

Borang yang lengkap di isi hendaklah dikembalikan kepada Urusetia Pertandingan Bowling
BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN BOWLING
KATEGORI WANITA
KGMMB CAWANGAN PAHANG TIMUR 2020
Daerah : .......................................................................
Nama Ketua Pasukan : .......................................................................................
No. Tel: ............................................. (Pej.) ..................................................(H/P)
No. Faks: .......................................... (e-mel): .......................................................

WANITA

Bil. Nama Penuh Pemain No. K/P

1.
2.
3.
4.

PENGAKUAN: Bahawasanya kami, adalah ahli berdaftar KGMMB Cawangan Pahang Timur.
Kami faham dan akan mematuhi segala Undang-undang dan Peraturannya.
.
Tarikh: ..................................... ...............................................
(Tandatangan Ketua Pasukan)

Borang yang lengkap di isi hendaklah dikembalikan kepada Urusetia Pertandingan Bowling

You might also like