You are on page 1of 9

TUGASAN 1: LAPORAN AMALI 3

1.0 Tajuk

Keapungan dan Prinsip Archimedes

2.0 Teori

Suatu jasad akan tenggelam atau timbul apabila dimasukkan ke dalam cecair. Jasad akan
mengalami kehilangan berat jika apabila dimasukkan ke dalam cecair. Fenomena ini terjadi
disebabkan oleh terdapatnya satu daya yang cuba mengapungkan jasad yang bertindak
bertentangan dengan graviti (rujuk rajah 1). Mengikut Hukum Newton, jasad tidak berada
dalam keadaan pegun jika tidak ada keseimbangan daya (Ahmad Hashem, 1998). Sebagai
contoh berat bongkah mesti diseimbangi oleh satu daya lain yang bertindak bertentangan
arah dengannya untuk bongkah terapung (rujuk rajah 1). Daya ini dipanggil daya apungan,
FB.

Daya Apungan, FB

mg

Rajah 1

Menurut Wong (1986) sekiranya daya apungan, FB diambilkira dari konsep tekanan dalam
cecair. Apabila sesuatu bongkah di masukkan ke dalam air. Luas permukaan cecair di bawah
bongkah ialah A dan kedalaman permukaan yang dimasukkan ke dalam air ialah h. Lebihan
tekanan di bawah permukaan dibandingkan dengan permukaan cecair berketumpatan, ƥF
menghasilkan rumus tekanan, P seperti berikut:

P= ƥFgh

Daya yang betindak pada permukaan bongkah ialah daya apungan, FB dan dengan itu
tekanan pada permukaan bawah bongkah ialah

𝐹
P= = ƥFgh
𝐴

Ini menghasilkan rumus daya apungan seperti berikut:


F= ƥFghA

= ƥFVg

Dengan V ialah isipadu bahagian bongkah yang tenggelam di dalam air. Merujuk daripada
rumus ini satu prinsip diperkenalkan yang diberi nama Prinsip Archimedes. Menurut Zakaria
Karim (2003) Prinsip Archimedes menyatakan:

“Bagi satu jasad yang tenggelam, sama ada sepenuhnya atau sebahagian di dalam
sesuatu bendalir, daya apungan ke atas jasad tersebut adalah sama dengan berat
bendalir yang tersesar.”

3.0 Tujuan

Untuk menentukan perubahan daya apungan, FB yang bertindak ke atas objek pada
kedalaman air yang berbeza

4.0 Alat dan radas:

Alat:

Plastisin, bekas berbentuk silinder, pasir.

Radas:

Blok kayu, benang, bikar 200 cm3, bikar 1000 cm3, penimbang elektronik, tin eureka.

5.0 Definisi secara Operasi

Definisi secara operasi daya apungan, FB ialah apabila objek silinder di masukkan ke dalam
air, sama ada tenggelam atau separa tenggelam, daya apungan yang bertindak ke atas
objek silinder adalah sama dengan berat bendalir yang tersesar.

6.0 Gambar rajah


7.0 Prosedur
1. Bekas berbentuk silinder diisi dengan pasir sehingga penuh kemudian ditutup
dengan penutup bekas.
2. Bekas berbentuk silinder disalut permukaannya dengan menggunakan plastisin
sehinggan bekas berbentuk silinder yang sempurna menjadi objek silinder.
3. Objek silinder diikat meggunakan benang.
4. Objek silinder ditanda senggatan dengan ukuran 1cm, 2cm, 3cm, 4 cm, 5cm dan
6 cm.
5. Sebuah bikar 200 cm3 kosong ditimbangkan pada penimbang elektronik kemudian
jisim bikar direkodkan.
6. Sebuah tin eureka diisikan dengan air sehingga air berlebihan mengalir keluar dari
muncungnya.
7. Apabila air tidak mengalir dari muncungnya lagi, sebuah bikar 200 cm3 kosong
diletakkan di bawah muncung itu.
8. Objek silinder yang tergantung diturunkan dengan perlahan-lahan ke dalam tin
eureka sehingga objek silinder tenggelam ke dalam air pada senggatan pertama
yang berukuran 1 cm.
9. Apabila tiada lagi air mengalir dari muncung tin eureka, jisim bikar yang berisi air
tersesar itu ditimbangkan. Jisim bikar berisi air tersesar direkodkan.
10. Langkah 1-9 diulang dengan objek silinder ditenggelamkan di dalam air mengikut
senggatan dengan ukuran 2 cm, 3 cm, 4 cm, 5cm dan 6 cm.
8.0 Jadual Keputusan

Jadual 7: Daya Apungan bagi objek silinder dan berat air yang tersesar apabila objek
silinder di masukkan ke dalam air pada kedalaman yang berbeza.

Kedalaman air/ m Daya Apungan, FB / N Berat air yang tersesar/ N


0.01 0.316 0.389
0.02 0.631 0.689
0.03 0.947 0.989
0.04 1.265 1.289
0.05 1.579 1.489
0.06 1.893 1.809

9.0 Graf Daya Apungan, FB / N melawan Kedalaman air/ m

Graf Daya Apungan /N melawan Kedalaman air/ m


2
0.06, 1.893
1.8
1.6 0.05, 1.579
Daya Apungan /N

1.4
1.2 0.04, 1.265

1 0.03, 0.947
0.8
0.6 0.02, 0.631
0.4
0.01, 0.316
0.2
0
0 0.01 0.02 0.03 0.04 0.05 0.06 0.07
Kedalaman air/ m Daya Apung, FB / N

Rajah 2
10.0 Perbincangan
Graviti, g
Tekanan ke bawah

Objek silinder

h
r

Tekanan ke atas
Daya Apungan, FB

Air yang tersesar

Rajah 3

Berdasarkan penyiasatan yang dijalankan, apabila objek silinder dimasukkan ke


dalam air. Daya gravity, g akan bertindak ke bawah menyebabkan objek silinder tersebut
dapat tenggelam di dalam air (rujuk rajah 3). Mengikut Hukum Newton, jasad tidak berada
dalam keadaan pegun jika tidak ada keseimbangan daya. Oleh itu, objek silinder diseimbangi
oleh satu daya lain yang bertindak bertentangan arah dengan daya graviti untuk
membolehkan objek silinder itu terapung pada kedalaman yang berbeza (Yong, 2001). Daya
itu dikenali sebagai daya apungan, FB ( rujuk rajah 3).

Berdasarkan rajah 3, daya apungan, FB terhasil disebabkan oleh tekanan di dalam air
meningkat dengan kedalaman (Gant, 1981). Maka, tekanan ke atas di bawah permukaan
objek silinder yang terendam di dalam air lebih besar daripada tekanan ke bawah pada
permukaan atas objek silinder yang tidak terendam dengan air. Jadi, semakin meningkat
kedalam objek silinder di masukkan ke dalam air, semakin meningkat tekanan ke atas di
bawah permukaan objek silinder yang terendam.

Berdasarkan penyiasatan, daya yang disebabkan oleh tekanan ke bawah permukaan


atas silinder adalah F1= P1A = ƥFgh1A. Manakala, daya yang disebabkan oleh tekanan ke atas
permukaan bawah objek silinder yang terendam ke dalam air F2= P2A = ƥFgh2A. Jadi, daya
bersih (net force) yang bertindak ke atas objek silinder yang dikenakan oleh tekanan air
dikenali juga sebagai daya apungan, FB (daya ke atas (tujahan) permukaan bawah silinder)
(Gancoli, 2000),

FB = F2 – F1 = ƥFgA (h2-h1)

= ƥFgA ∆ ℎ

= ƥF Vg

Dimana V = A ∆ ℎ adalah isipadu objek silinder.


Berdasarkan rajah 2, graf daya apungan FB melawan kedalaman air menunjukkan daya
apungan, FB adalah berkadar terus dengan kedalaman air, m di mana semakin meningkat
kedalaman objek silinder yang dimasukkan ke dalam air, semakin meningkat daya apungan
(daya tujahan permukaan bawah objek silinder). Hal ini kerana tekanan di dalam air meningkat
dengan kedalaman. Maka, tekanan ke atas di bawah permukaan objek silinder yang
terendam di dalam air lebih besar daripada tekanan ke bawah pada permukaan atas objek
silinder yang tidak terendam dengan air. Jadi, semakin meningkat kedalaman objek silinder
di masukkan ke dalam air, semakin meningkat tekanan ke atas di bawah permukaan objek
silinder yang terendam. Oleh itu, daya apungan yang dikenakan ke atas bawah permukaan
objek silinder yang terendam di dalam air semakin meningkat.

Selain itu, mengikut rumus daya apungan, FB = ƥF Vg, daya apungan adalah berkadar
terus dengan isipadu objek silinder, V= A ∆ ℎ /𝜋𝑟 2 ℎ (Wilkes, 2005). Di mana h yang diambilkira
di dalam isipadu objek silinder adalah sama dengan kedalaman air (rujuk jadual). Hal ini jelas
membuktikan bahawa semakin meningkat kedalaman objek silinder dimasukkan ke dalam air,
semakin meningkat daya apungan, FB. Sebagai contoh, daya apungan, FB bagi objek silinder
yang dimasukkan ke dalam air dengan kedalaman 0.01 m ialah 0.316 N. Kemudian, daya
apungan, FB semakin meningkat apabila objek silinder yang dimasukkan ke dalam air dengan
kedalaman 0.02 m iaitu 0.631 N dan seterusnya (rujuk jadual 7 ).

Ahmad Heshem 1998 menyatakan prinsip Archimedes adalah berkaitan tentang,

“Bagi satu jasad yang tenggelam, sama ada sepenuhnya atau sebahagian di dalam
sesuatu bendalir, daya apungan ke atas jasad tersebut adalah sama dengan berat
bendalir yang tersesar.”

Berdasarkan jadual 7, daya apungan, FB dengan berat air yang tersesar ini sedikit berbeza
pada setiap kedalaman objek silinder yang dimasukkan ke dalam air. Hal ini menunjukkan
penyiasatan tentang hubungan daya apungan dan kedalam air tidak begitu sempurna. Ini
mungkin disebabkan objek silinder tidak betul-betul berada dalam keadaan seimbang di
dalam air menyebabkan kedalaman objek silinder yang dimasukkan ke dalam air tidak begitu
tetap mengikut senggatan kedalaman yang telah di letakkan pada objek silinder. Hal ini
menyebabkan berat air yang tersesar tidak begitu tepat. Sepatutnya, apabila objek silinder
tenggelam sepenuhnya atau separa di dalam air, daya apungan, FB ke atas yang dikenakan
pada permukaan bawah objek silinder adalah sama dengan berat air yang tersesar bagi setiap
kedalaman air yang berbeza (Pirooz, 2017).
11.0 Ralat dan penambahbaikan

Antara ralat yang dikenalpasti sepanjang penyiasatan dijalankan ialah jisim air yang
tersesar direkodkan walaupun objek silinder yang dimasukkan ke dalam air masih bergerak-
gerak dan tidak seimbang. Selain itu, tali yang diikat pada objek tersebut tidak rapi
menyebabkan objek tidak dalam keadaan pegun apabila dimasukkan ke dalam air.
Penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah mengikat tali pada objek silinder dengan ketat
dan rapi supaya objek silinder dalam keadaan pegun dan memastikan objek silinder dalam
keadaan seimbang di dalam air dan tin eureka betul-betul tidak mengeluarkan air lagi sebelum
jisim air yang tersesar ditimbang menggunakan penimbang elektronik.

Selain itu, kedudukan paras mata tidak serenjang dengan skala bacaan semasa
memasukkan air pada kedalaman mengikut senggatan sekala bacaan pada objek silinder.
Hal ini menyebabkan kedalaman objek silinder yang dimasukkan ke dalam air tidak begitu
tepat. Penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah memastikan kedudukan mata sentiasa
berserenjang dengan senggatan skala bacaan pada objek silinder semasa memasukkan
objek silinder tersebut ke dalam air.

12.0 Kesimpulan
Semakin meningkat kedalaman objek yang dimasukkan ke dalam air, Semakin
meningkat daya apungan yang bertindak ke atas objek. Selain itu, apabila sesuatu objek
dimasukkan ke dalam air, sama ada tenggelam atau separa tenggelam, daya apungan, FB
yang bertindak ke atas objek adalah sama dengan berat air yang tersesar.
Rujukan
Ahmad Hashem (1998). Fizik Matrikuasi Jilid 2. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Gant, P. (1981). Mekanik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Giancoli. (2000). Principles in Physics. Malaysia: Longman Sdn Bhd.(27-32)

Pirooz, M. (2017). Archimedes’ Principle Revisited. Journal of Applied Mathematics and


Physics. (836-843)

Wilkes, J. (2005). Buoyancy Archimedes’ Principle. Pbysics 115 General Physics, Retrived
from: http://courses.washington.edu/phy115a/slides/03-115sp13-fluids2.pdf

Wong, O. L. (1986). Fizik STPM. Kuala Lumpur: Anthonian

Yong P.L. & Cheng L.S. (2001). Fizik STPM Jilid 1. Malaysia: Fajar Bakti Sdn. Bhd.(56-60)

Zakaria Karim (2003). Fizik. Petaling Jaya: Pearson Malaysia.


LAMPIRAN 1
Pelaksanaan Penyiasatan Amali 3

You might also like