You are on page 1of 5

I.

PELAN OPERASI LATIHAN (POL)

POL merupakan struktur latihan secara berperingkat dan mempunyai standard umum yang
telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Menurut Norizan (2018),
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 telah menerangkan dengan jelas akan
keperluan pelaksanaan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam (DLSMSA) untuk semua
pegawai perkhidmatan awam. Dalam hal ini, DLSMSA telah menetapkan bahawa setiap
anggota perkhidmatan awam perlu melengkapkan diri dan dilengkapkan dengan sikap
(attitude), kemahiran (skills) dan pengetahuan (knowledge) yang bersesuaian melalui program
pembangunan sumber manusia yang terancang yang berteraskan pembangunan kompetensi
dan pembelajaran berterusan.

Berfokus kepada warga kerja di bawah KPM, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun
2019 telah diisytihar, yang bertujuan untuk memaklumkan pelaksanaan Dasar Latihan Sumber
Manusia (DSLM) kepada warga pendidik. Ia amat sesuai untuk guru permulaan kerana melalui
POL ini, guru dapat menjalani latihan dan proses ini dicapai melalui sebarang bentuk
pembelajaran seperti kursus, latihan semasa bekerja dan program mentoring/coaching yang
dapat menyumbang kepada pembangunan individu dan kecemerlangan organisasi.

Selain itu, kursus dalam DSLM ini melibatkan kursus jangka pendek yang tempohnya tidak
melebihi tiga bulan termasuk hari kelepasan mingguan, am dan cuti akademik. Latihan dalam
perkhidmatan pula akan melibatkan latihan jangka sederhana,latihan jangka panjangan dan
latihan pra perkhidmatan.

Kaedah pelaksanaan struktur latihan POL ini melibatkan lima peringkat iaitu peringkat pra
penempatan, asas, pertengahan, lanjutan, peralihan. Dalam hal ini, kompetensi amat
dititikberatkan dengan memberi pendedahan kepada kompetensi pada peringkat pra
penempatan seterusnya beralih kepada penerapan kompetensi. Pada peringkat ini, guru
permulaan merupakan sasaran utama kerana baru dilantik dalam perkhidmatan awam.
Pengenalan dan pendedahan kepada budaya kerja diterapkan pada peringkat ini. Pada
peringkat pertengahan pula melibatkan pembangunan dan peningkatan kompetensi. Kumpulan
sasaran ini juga melibatkan guru permulaan yang berkhidmat kurang daripada tiga tahun
dengan menerapkan asas-asas pentadbiran dan pengurusan. Akhir sekali, pada peringkat
lanjutan ia lebih berfokus kepada pengukuhan kompetensi dan peringkat peralihan akan
melibatkan kepada tahap peralihan kerjaya. Setelah guru permulaan menguasai peringkat
sebelumnya, maka tidak mustahil untuk mereka beralih kepada peringkat lanjutan dan peralihan
tersebut.

Kesimpulannya, melalui DSLM ini, ia dapat menyediakan warga kerja yang berkualiti,
berpengetahuan, berkemahiran, berfikiran luas, multitasking, kreatif dan mampu menghadapi
cabaran semasa dan masa hadapan serta meningkatkan tahap profesionalisme.

II. PEMBANGUNAN KOMPETENSI DAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

Kompetensi merujuk kepada pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang diperlukan
bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Menurut model kompetensi Iceberg, dalam
artikel Standard Kompetensi Guru Malaysia (2012), pengetahuan dan kemahiran adalah
merupakan komponen kompetensi yang mudah dilihat dan dikenal pasti manakala ciri-ciri
peribadi merupakan komponen pendukung yang sukar dilihat dan kenal pasti tetapi adalah
merupakan faktor penting dalam mewujudkan pegawai cemerlang yang mempunyai
pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam sesuatu jawatan. Kemahiran dan
pengetahuan selalunya boleh diperoleh melalui kursus atau latihan dan boleh dikaitkan dengan
kelayakan akademik. Pembangunan ciri-ciri peribadi seseorang pekerja adalah lebih mencabar
dan perlu diberi penekanan khas bagi mencapai kejayaan yang diharapkan melalui latihan dan
pembangunan. Dalam hal itu, Beare (2001), mengenalpasti kompetensi minimum bagi guru
ialah kurikulum, pedagogi, penilaian, sumbangan kepada sekolah dan sumbangan kepada
profesion. Lima kandungan ini perlu dikuasai sepenuhnya dalam membentuk seorang guru
profesional di masa akan datang.

III. AMALAN SGM – AMALAN PROFESIONAL KEGURUAN, PENGETAHUAN


MANTAP, KEMAHIRAN PDP (M/S 8)

Sebagai guru permulaan, amalan SGM perlu diterapkan secara mendalam dengan
menekankan 3 standard kualiti guru iaitu amalan profesionalisme keguruan, pengetahuan dan
kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran penilaian bersepadu.

Melihat kepada aspek pertama iaitu, amalan profesionalisme ini terdiri daripada domain diri,
profesion dan sosial seorang guru. Dalam aspek pertama ini, ia merupakan usaha untuk
membentuk tatasusila profesion keguruan, nilai murni dalam kurikulum, nilai utama dalam
perkhidmatan awam dan prinsip utama etika kerja. Aspek kedua ialah pengetahuan dan
kefahaman yang bertumpu kepada subjek pengkhususan, ilmu pendidikan, kuriulum dan
kokurikulum. Misalnya, ia menjadi teras dalam PdP, ilmu dan sumber pendidikan serta
pentaksiran dan penilaian. Aspek ketiga ialah kemahiran PdP iaitu menekankan perancangan,
pelaksanaan dan penilaian. Contohnya, dari segi penyediaan Rancangan Pengajaran Harian,
melaksanakan PdP, memantau dan mentaksir serta menilai dan mengurus bilik darjah serta
kokurikulum.

Implikasi daripada pengamalan SGM ini dapat memberi panduan kepada guru permulaan
dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta mengekalkan profesion mereka.

IV. PENINGKATAN PROFESIONALISME MELALUI AKTIVITI PENYELIDIKAN

Guru merupakan agen perubahan dan semestinya agen perubahan perlu menguasai dan
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran. Dalam hal itu, bagaimana agen perubahan ini
bertindak adalah dengan peningkatan profesionalisme melalui aktiviti penyelidikan.
Penyelidikan adalah salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru agar kualiti pendidikan
dapat dicapai bagi memenuhi hasrat dan kehendak negara. Penyelidikan merupakan suatu
usaha yang sistematik untuk mendapatkan jawapan kepada suatu masalah. Biasanya,
penyelidikan dilakukan apabila ada masalah, isu dan keperluan untuk menyelesaikan masalah
tersebut.

Dengan melakukan penyelidikan, guru pemula khususnya, boleh memperbaiki pendekatan,


strategi, kaedah PdP, penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dari masa ke semasa.
Tambahan itu, amalan penyelidikan seperti kajian tindakan perlu dilaksanakan dengan lebih
intensif. Usaha Jabatan Pendidikan Negeri, Institut Pendidikan Guru dan Universiti
membudayakan budaya penyelidikan dalam kalangan guru amat dialukan. Malah terdapat kini
usaha setengah pihak yang mensyaratkan seorang guru perlu melakukan sekurang-kurangnya
satu kajian tindakan dalam setahun agar inovasi dalam PdP dapat dilaksanakan untuk
menambahbaik sistem pendidikan dan meningkatkan kualiti guru perlu disokong dan
diteruskan. Guru perlu menyahut cabaran ini agar kualiti pendidikan dapat ditingkatkan.

Dengan penyelidikan, guru-guru dapat membuat refleksi terhadap masalah-masal ah


pendidikan dan berkongsi pengalaman seterusnya boleh digunakan oleh guru-guru lain sebagai
rujukan dan penambahbaikan terhadap kualiti PdP.

V. PEMBANGUNAN KEMAHIRAN PROFESIONAL GURU PEMUDAHCARAAN


PEMBELAJARAN DAN PENTAKSIRAN (perlu)
Selaras dengan transformasi pendidikan yang mementingkan TMK, para guru di Malaysia
diberi pendedahan dengan kepelbagaian kursus pengkaryaan dalam kemahiran dan
kompentensi menggunakan peralatan TMK seperti kemahiran perkakasan dan perisian aplikasi.
Kursus-kursus kemahiran TMK yang dilaksanakan dapat meningkatkan keberkesanan PdP
sekiranya guru yang menerima kursus ini berjaya mengintegrasikan kursus yang diterima.

VI. PENGLIBATAN DALAM PEMBELAJARAN PROFESIONAL


VII. PEMBENTUKAN JALINAN DAN JARINGAN KOLABORATIF DENGAN IBUBAPA,
KOMUNITI DIDALAM DAN LUAR SEKOLAH SERTA PENGURUSAN KPM
VIII. AMALAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

Transformasi PPPM 2013-2025 memberi penekanan utama terhadap konsep KBAT yang
berupaya melahirkan generasi mempunyai keupayaan dalam pemikiran kritis dan kreatif.
Kementerian Pendidikan mendefinisikan KBAT sebagai “keupayaan untuk mengaplikasikan
pengetahuan, kemahiran, dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi
menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan berupaya mencipta sesuatu.” Berdasarkan
takrif tersebut, sudah pasti golongan yang perlu bertindak ialah guru, yakni pendidik abad ke-
21.

Menurut KPM (2014), menyatakan bahawa terdapat 7 elemen dalam melaksanakan KBAT.
Ia terbahagi kepada 2 elemen iaitu 3 elemen utama dan 4 elemen sokongan. Elemen utama
terdiri daripada kurikulum, pedagogi dan pentaksiran. Dalam hal ini, guru hendaklah
menerapkan unsur KBAT terutama dalam aspek kurikulum. Penetapan terhadap Standard
KBAT perlu disediakan. Selain itu, dari aspek pedagogi, guru boleh mengaplikasikan pedagogi
yang efektif dengan menggunakan alat berfikir yang pelbagai seperti peta i-think. Di samping
itu, aspek pentaksiran pula, manual pembina item KBAT perlu disediakan sebagai panduan.

Seterusnya, elemen sokongan terdiri daripada kokurikulum, sokongan komuniti dan swasta,
bina upaya dan sumber. Sebagai guru pemula, dari aspek kokurikulum, penyediaan toolkit amat
penting bagi menyelesaikan masalah. Tambahan itu, galakan dan penyertaan kepada
mekanisme bagi penyertaan sokongan komuniti dan swasta perlu diwujudkan untuk
meningkatkan KBAT di sekolah. Selain itu, dari aspek bina upaya ialah menyediakan latihan
KBAT kepada guru. Bagi guru pemula, ia sudah semestinya penting untuk dipelajari. Akhir
sekali, dari aspek sumber, KBAT dipertingkatkan lagi dan lebih pelbagai penerapannya.
Kesimpulannya, kemahiran berfikir terutamanya KBAT adalah sangat penting kerana
melibatkan penggunaan minda bagi menilai kewajaran untuk menilai sesuatu idea, meneliti
ketepatan, kebaikan dan kelemahan sesuatu dengan membuat pertimbangan yang wajar di
samping menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.

You might also like