You are on page 1of 10

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT JALIL,

JALAN 3/155A, BUKIT JALIL GOLF RESORT,


57000 KUALA LUMPUR.

MAJLIS PERSARAAN
EN. RIWAYAT B. YUNUS &
PN. HASNAH BT. HASAN

HARI :

SELASA

TARIKH:

6 FEBRUARI 2018

MASA:

10.30 PAGI (SESI PAGI) & 3.50 PETANG (SESI PETANG)

TEMPAT :

DEWAN TERBUKA, SK BUKIT JALIL

DIANJURKAN OLEH :

KELAB GURU & KAKITANGAN SK BUKIT JALIL


1.0 PENDAHULUAN
Majlis persaraan ini merupakan majlis yang dirancang dan dilaksanakan bagi
meraikan guru-guru yang bersara iaitu Encik Riwayat bin Yunus dan Puan Hasnah
binti Hasan. Majlis ini telah diadakan di dewan terbuka SK Bukit Jalil pada 6
Februari 2018 bersamaan hari Selasa. Majlis ini dilaksanakan untuk dua sesi iaitu
pada jam 10.30 pagi bagi sesi pagi dan 3.50 petang bagi sesi petang. Majlis
persaraan ini merupakan majlis yang dianjurkan oleh Kelab Guru & Kakitangan SK
Bukit Jalil. Seluruh warga SK Bukit Jalil iaitu semua guru dan murid telah dijemput
bagi bersama-sama memeriahkan majlis persaraan Encik Riwayat bin Yunus dan
Puan Hasnah binti Hasan ini.

2.0 LATARBELAKANG PROGRAM

2.1 Masa Perlaksanaan


Tarikh : 6 Februari 2018
Tempat : Dewan terbuka, SK Bukit Jalil
Masa : 10.30 pagi (sesi pagi) & 3.50 petang (sesi petang)

2.2 Objektif Program

Majlis persaraan ini telah diadakan untuk :


a) Meraikan guru-guru yang bersara.
b) Menghargai guru-guru yang bersara.
c) Memberi peluang kepada semua guru dan murid memberi penghormatan
terakhir kepada guru-guru yang bersara.

3.0 HURAIAN PERLAKSANAAN PROGRAM

3.1 Sebelum
Sehari sebelum majlis berlansung, pentas utama di dewan terbuka sekolah
telah dihias cantik mengikut kesesuaian majlis oleh AJK Pentas, Backdrop
dan Hiasan dewan. Karpet merah untuk perarakan masuk guru-guru yang
bersara turut disediakan. Selain itu, AJK Persembahan turut menjalankan
tugas mereka dengan melatih sebilangan murid untuk mengadakan
persembahan pada hari berlansungnya majlis. AJK dokumentasi pula
bertindak menyediakan buku program untuk memastikan semua guru dan
juga meraka yang terlibat bersedia sepanjang majlis berlansung. Pada pagi
sebelum majlis di mulakan pula, para guru dan murid telah diminta
berkumpul lebih awal di dewan terbuka untuk memastikan setiap program
yang dirancang berjalan lancar. AJK Siaraya dan Tayangan video juga telah
memastikan PA system berfungsi dengan baik supaya tidak mengganggu
kelancaran majlis kelak.

3.2 Semasa
Majlis telah dimulakan dengan ucapan alu aluan oleh pengacara majlis Cik
Syahidatul Akmal binti Mustaffar dan juga bacaan doa oleh Ustaz Mohd Irfan
bin Ibrahim. Ketibaan guru yang bersara iaitu Encik Riwayat bin Yunus yang
diiringi wakil PIBG bersama Guru Besar, Guru Penolong Kanan Kurikulum,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Guru Penolong Kanan
Kokurikulum disambut meriah oleh semua guru dan murid. Puan Hasnah
binti Hasan tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat
dielakkan. Majlis diteruskan dengan ucapan ringkas oleh wakil murid iaitu
Mohd Adli dari tahun 6 dan wakil guru iaitu Pengerusi Kelab Guru &
Kakitangan SK Bukit Jalil, Encik Mazroul bin Abu Zarim. Kemudian, Guru
Besar SK Bukit Jalil, Encik Mohd Nazri bin Ruwiyah turut dijemput untuk
memberikan ucapan kepada guru yang bersara. Selepas selesai ucapan-
ucapan penghargaan diberikan oleh beberapa pihak, persembahan murid
dijemput untuk memeriahkan lagi suasana majlis. Kemudian, persembahan
tayangan video & montaj turut dipersembahkan. Selepas itu, individu yang
diraikan iaitu Encik Riwayat bin Yunus dijemput ke pentas untuk memberikan
ucapan. Akhir sekali, majlis ditutup dengan program penyampaian hadiah
dari beberapa wakil guru dan murid. Majlis turut memberi peluang kepada
semua guru dan murid bersalaman dengan guru yang bersara semasa majlis
send off. Sepanjang majlis berlansung, AJK Fotografi dan Dokumentasi turut
memainkan peranan mereka dengan mengambil gambar-gambar majlis
untuk tujuan dokumentasi.

3.3 Selepas
Selepas majlis bersurai, semua guru dan murid dibenarkan pulang. AJK
Persiapan Dewan pula menyiapkan dewan untuk majlis sesi petang dan
majlis makan malam bersama guru yang bersara. Selain itu, AJK persiapan
tempat turut memainkan peranan dengan mengemas segala peralatan yang
akan digunakan untuk setiap program sepanjang majlis. AJK Jamuan pula
akan mengemas dan membersihkan kawasan tempat makan selepas majlis
makan malam selesai. Walau bagaimanapun, semua guru turut membantu
dalam memastikan majlis yang dirancang berjalan lancar dan kebersihan
kawasan selepas majlis terjaga.
4.0 PENUTUP
Majlis yang dilaksanakan ini diharapkan dapat mencapai objektif program seperti
yang dinyatakan. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Guru Besar
SK Bukit Jalil, Encik Mohd Nazri bin Ruwiyah, barisan pentadbir, Kelab Guru &
Kakitangan SK Bukit Jalil, semua guru serta semua murid SK Bukit Jalil atas
kerjasama yang diberikan dalam menjayakan majlis persaraan ini.

5.0 DOKUMENTASI BERGAMBAR


Majlis persaraan ini Encik Riwayat bin Yunus dan Puan Hasnah binti Hasan telah
diadakan di dewan terbuka SK Bukit Jalil pada 6 Februari 2018 bersamaan hari Selasa.
Sehubungan dengan itu, gambar-gambar di bawah menunjukkan pelaksanaan tentative
sepanjang sebelum, semasa dan selepas majlis berlangsung.

Gambar rajah 1 : Hiasan pentas


Gambar rajah 2 : Majlis persaraan Encik Riwayat dan Puan Hasnah

Gambar rajah 3 : En. Riwayat bersama Guru besar dengan rakan-rakan sekerja
Gambar rajah 4 : Kumpulan kompang

Gambar rajah 5 : Ketibaan En. Riwayat


Gambar rajah 6 : Perarakan masuk diiringi kompang oleh murid SKBJ

Gambar rajah 7 : Ucapan perpisahan En.Riwayat


Gambar rajah 8 : Saat terakhir dengan murid-murid kesayangan.

Gambar rajah 9 : sambil melambai-lambai


Di sediakan oleh : Disahkan oleh :
_______________________ _____________________
(Kovaiyap karasi a/p Vellasamy) (Pn.Faridah Binti Ibrahim )
AJK Dokumentasi, GPK Kanan,
Majlis Megaraya SK Bukit Jalil 2017 SK Bukit Jalil

You might also like