You are on page 1of 14

吉隆坡中华女校

SJKC CHUNG HWA (P),


JALAN DAMAI OFF JALAN AMPANG,
55000 KUALA LUMPUR,
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

LAPORAN DOKUMENTASI
SAMBUTAN
HARI GURU 2018

Tarikh : 1 Jun 2018


Masa :10.00 pagi hingga 1.05 petang
Tempat : Dewan SJKC CHUNG HWA (P)
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 TARIKH PELAKSANAAN

2.2 JAWATANKUASA PELAKSANA

2.3 OBJEKTIF

2.4 KAEDAH PELAKSANAAN

2.5 BAHAN-BAHAN / PERALATAN YANG DIGUNAKAN

3.0 HURAIAN PENILAIAN TUGASAN / AKTIVITI

4.0 PENCAPAIAN AKTIVITI

5.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

6.0 PENUTUP

7.0 LAMPIRAN

7.1 Perutusan Hari Guru Menteri Pendidikan Malaysia 2017

7.2 Perutusan Hari Guru KPPM 2017

7.3 Aturcara Majlis Sambutan Hari Guru 2017

7.4 Gambar-gambar Sambutan Hari Guru 2017


1.0 PENGENALAN

Hari Guru di Malaysia merupakan satu tanda penghargaan dan penghormatan


kepada semua warga guru dan pendidik di Malaysia. Hari Guru di Malaysia disambut pada
16 Mei setiap tahun. Sambutan Hari Guru di SJKC Chung Hwa (P) telah diadakan pada 1
Jun 2018 di dewan sekolah. Tema Hari Guru untuk tahun 2018 ialah “Guru Pembina
Negara Bangsa”.

Hasrat dari perutusan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam tema Hari Guru
pada tahun 2018 ialah peranan guru yang terbukti memainkan watak penting dalam
memperjuangkan kemerdekaan dan mengekalkan kedaulatan negara melalui sistem
pendidikan yang mampan. Seterusnya, guru juga berperanan membangunkan negara dan
membina negara dan membina bangsa bertamadun sehingga dikagumi oleh masyarakat
dunia.

Pemilihan tema tersebut amat bersesuaian dengan tugas guru kerana guru
berperanan untuk memastikan pembentukan jati diri murid yang kukuh dan berkeyakinan
tinggi. Ia juga berlandaskan prinsip-prinsip Rukun Negara dan nilai-nilai murni dalam
kehidupan. Seorang guru bukan sahaja memikul tanggungjawab menyampaikan ilmu
kepada anak didiknya, tetapi juga untuk membina bangsa negara yang bersahsiah tinggi.
2.0 LATAR BELAKANG

2.1 TARIKH PELAKSANAAN:

Tarikh : 1 Jun 2018 (Jumaat)

Masa : 10.00 pagi – 12.30 petang

Tempat : Dewan Sekolah

2.2 JAWATANKUASA PELAKSANA:

Senarai ahli jawatankuasa telah dilampirkan dalam Lampiran.

2.3 OBJEKTIF:

i. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan


integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
ii. Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting guru dalam
masyarakat Malaysia.
iii. Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
iv. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
v. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-
persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
vi. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatar belakangkan Malaysia dan mengambil
langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

2.4 KAEDAH PELAKSANAAN:

Segala aturcara telah dilampirkan bersama dalam lampiran.

2.5 BAHAN-BAHAN / PERALATAN YANG DIGUNAKAN:

Kamera, mikrofon , komputer riba , projektor dan paparan skrin, kerusi bankuet dan kerusi

plastik.
3.0 HURAIAN PENILAIAN TUGASAN / AKTIVITI:

Semua ahli jawatankuasa telah menjalankan tugas dengan baik dan sambutan Hari Guru 2018
berjalan lancar.

4.0 MASALAH

Murid-murid yang tidak mengikut arahan guru telah menyebabkan program tidak dapat
dijalankan dengan lancar dan pengerusi majlis perlu memberhentikan acara dan menegur murid
supaya murid memberikan kerjasama.

5.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Guru dan jurulatih kelas bakat perlu bekerjasama untuk memastikan persembahan yang
berkualiti dapat dipersembahkan dan disiplin murid perlu dikawal supaya program dapat
dilaksanakan dengan lancar.

6.0 PENUTUP

Pada 1 Jun 2018, SJKC Chung Hwa (P) telah mengadakan sambutan Hari Guru di dewan
sekolah. Segala persiapan telah dibuat dengan rapi dan sambutan tersebut telah berjalan dengan
lancar.

Semua murid dan guru berkumpul di dewan sekolah pada jam 10.00 pagi. Majlis dimulakan
dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Lagu Sekolah.
Seterusnya, Guru Besar SJKC Chung Hwa (P), Cik Tan Sow Yong memberikan ucapan dan diikuti
dengan ucapan Pengerusi Lembaga Pengurus dan ucapan Pengerusi PIBG. Dalam ucapan Guru
Besar, beliau menegaskan bahawa peranan dan tanggungjawab guru pada hari ini telah bertambah
berat kerana Kementerian Pendidikan telah melaksanakan pelbagai dasar seperti Pembelajaran
Abad ke-21 dan Program i-Think untuk memastikan murid-murid dapat menuju ke arah kemahiran
berfikir aras tinggi. Guru Besar juga menyeru ibu bapa untuk memberikan sokongan dan kerjasama
kepada guru-guru di sekolah untuk memastikan objektif pembelajaran anak-anak tercapai.

Majlis diteruskan dengan pembacaan Perutusan Menteri Pendidikan dan ketua Pengarah
Pendidikan oleh wakil-wakil guru, Puan Mariatie. Seterusnya, Cik Tan Sow Yong mengetuai semua
guru untuk membaca Ikrar Hari Guru. Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu “Kami Guru Malaysia”
dan lagu “Guru Pembina Negara Bangsa”.
Selepas itu, majlis diteruskan dengan upacara memotong kek dan upacara penghormatan
guru. Hadiah penghargaan daripada PIBG dan Guru Besar telah dianugerahkan kepada setiap
guru. Selepas itu, sebuah video mengenai aktiviti-aktiviti guru SJKC Chung Hwa (P) telah
ditayangkan menerusi projektor dan paparan skrin di dewan.

Pada jam 11.00 pagi, persembahan murid-murid dimulakan. Acara dimulakan dengan
persembahan tarian oleh murid-murid. Selepas itu, persembahan daripada pasukan Sport Stacking
sekolah.Seterusnya, persempahan koir daripada pasukan koir sekolah Majlis diikuti harmonika yang
menarik telah disertai oleh 50 orang murid. Seterusnya persembahan ukulele oleh murid. Majlis
diakhiri oleh persembahan pancaragam sekolah oleh murid.

Majlis sambutan Hari Guru SJKC Chung Hwa (P) berakhir pada jam 12.30 petang.

Disediakan oleh: Disahkan oleh :

_______________ ________________________
(Cik Siti Azimah Sharipuddin) (Cik Tan Sow Yong)
Dokumentasi Sambutan Hari Guru Guru Besar
SJKC CHUNG HWA (P)
Tarikh : Tarikh :
LAMPIRAN
7.1 PERUTUSAN
HARI GURU
MENTERI
PENDIDIKAN
MALAYSIA 2018
7.2 PERUTUSAN
HARI GURU KPPM
2018
7.3 ATURCARA
SAMBUTAN
HARI GURU 2018
7.4 GAMBAR
SAMBUTAN HARI
GURU 2018
Guru besar, Cik Tan Sow Yong Bersama tetamu- tetamu kehormat

Bacaan Ikrar oleh guru- guru.


Pembacaan Perutusan Menteri Pendidikan oleh Puan Mariatie.

Persembahan tarian oleh murid.


Pertunjukan “Cup-Stacking’ oleh murid.

Persembahan nyanyian dari murid.

You might also like