You are on page 1of 2

GAYUNG SYED HAMID

Dikenali juga Silat Habib Hamid.Seorang Sayyid yang bernama Syed Abdul Rahman Bin Alwi AlHaddad
yang berketurunan dari Hadramaut,Yaman telah datang ke negeri Terengganu. Beliau telah pergi
bertapa/berkhalwat untuk mendekatkan diri dengan Allah di sebuah bukit yg bernama Bukit Bucu. Beliau
juga digelar Habib Bucu. Dipercayai ilham 'permainan' silat diperolehi semasa beliau bertapa di bukit Bucu
yang terletak di Batu Rakit,Terengganu. Permainan ini kemudian diperturunkan oleh nya kepada adik beliau
iaitu Syed Abdul Hamid atau dikenali juga Habib hamid.Bermula disini permainan ini dikenali Gayung Syed
Hamid atau Silat Habib Hamid. Istilah silat & gayong sebenarnya berbeza, cuma di terengganu istilah itu
seakan sama maksudnya.

Pada asas gerak melangkah, permainan ini bermain dalam bulat di mana dalam latihan 2 pesilat akan
berdiri berhadapan dan melangkah dalam bentuk bulatan.Mata ke mata bertentang. Sambil membuka

langkah menanti dan menjual rusuk.


Gayung ini mengamalkan langkahan melangkah atau cabut langkah. Dalam latihan banyak menggunakan
tendangan atau gantung kaki untuk mengimbangkan badan dengan sebelah kaki. Kelek kiri dan kanan .
Kedudukan dan berjalan dalam bulat dalam permainan ini sebenarnya ada banyak rahsia yang
tersembunyi.Keseluruhan anggota tubuh perlu berkedudukan betul dimana ada 'kemudinya' , 'mata
anginnya', 'dimana pemberatnya' dimana ada 'tegaknya', dimana ada 'katupnya', dimana ada 'kelek'nya,
dimana ada 'setoknya' (sentak), dan seterusnya kesemua digabungkan serta 'dipasang' dalam melangkah
dalam bulatan. Asas melangkah dalam bulatan ini adalah untuk tujuan menghidupkan setiap anggota tubuh
serta kedudukan dengan lawan. Bulat hanya dalam latihan. Bila bulat sudah hidup, maka dalam
pertempuran tiada lagi bulat kelihatan tetapi gerak asas dalam bulatan tetap ada walau hanya ketebalan
tubuh dimata. Asas tumbukan pula ialah tumbukan biasa dan 'cebok'. Asas buang pula ialah 'buang siku'
dan 'buang selok'. Buang hanya pada asasnya atau hanya pada namanya sahaja kerana buang permainan
ini sebenarnya 'makan' dan tidak keterlaluan jika saya katakan disini permainan ini 'tiada buang'. Asas
sepakan pula terbahagi dua iaitu catukan dan spelek (side kick).

Tapak 3 digunakan dalam permainan Gayung Syed Hamid. Tapak 3 ialah ibu segala tapak.Gayungan ini
bukan sejenis silat Tari tapi Silat Tempur. Sesiapa yang bukan ahli akan menganggap nya sebagai Silat
Tari bila melihatnya. Ada yang memanggil nya Gayung Pukul. Secara tradisi nya, gayung ini diajar secara
tertutup dan tidak boleh dilihat selain ahli nya.

Ada permainan yang ada langkah sembah dan bunga , pecahan ini diajar oleh Lebai Awang. Pecahan ini
juga dipanggil Main sebelah. Satu pecahan lagi adalah dari susur galur Allahyarham Ayoh Su
Mezah(Hamzah),juga dipanggil main dua belah.Permainan sepupu Syed Hamid,Syed Omar sama dengan
gaya permainan Ayoh Su Mezoh. Ayohsu Mezoh memper'hamba' kan diri kepada Syed Hamid untuk
belajar gayungan ini. Ayohsu Mezoh mengikut Syed Hamid bermaustautin ke Balok,Kuantan walaupun
ayohsu Mezoh asal nya dari Besut. Sebagai menabur bakti,Ayohsu Mezoh telah menanam anak2 pokok
kelapa di Balok.Sehingga sekarang,ramai keturunan Syed Hamid berada di Kemaman,Baluk dan Kuantan.

Cerita lisan dari mulut ke mulut, dikatakan ada 'sudi' antara Syed Hamid dan Syed Sagar. Dari sudi itu
keluar darah daripada rusuk Syed Sagar.

***Ada pendapat,tapak dalam silat melayu adalah manifestasi daripada khalimah toyyibah iaitu penggunaan
huruf Lam,Alif dan Ha'. Lam dan Alif bergabung menjadi Lamalif. Huruf Ha' pula bermakna keputusan atau
buah samada kuncian atau pukulan. Apabila senjata keris digunakan,maka sempurnalah manifestasi
Khalimah Allah kerana keris berbentuk Alif.(Banyak rahsia diri bila memahami nya).

Sepintas kenangan lalu:


Aku semakin rapat dengan Ku Rohing (Tengku Rahim) semasa menyewa rumah di Lorong Kiri Keramat,
Kuala Lumpur. Kami sama-sama penuntut Engineering di UTM,Jalan Gurney. Dari Ku Rohing aku
mengenali Gayung Syed Hamid. Semasa cuti U, pertama kali aku kerumah Ku Rohing di Seberang
Baruh,Cabang 3,Kuala Terengganu.Setelah memberi salam, abang Ku Rohing iaitu Ku Ding menyapa
sambil membuka tingkap "kawang Rohing yer, maghi nok belajo ke maghi nok sudi?". Begitu lah
perwatakan adik beradik Ku Rohing yang berani ,keturunan Ku Long Pendekar iaitu pahlawan yang
membebas kan Besut dari Siam.

Bermula lah aku dengan gayungan ini. Dengan bermain bulat dan hampir setiap malam tulang kering
bengkak terkena siku. Ku Ding hanya memakai kain pelikat yang dilipat keparas lutut dengan singlet putih
nya. Malam seterus nya, itu lah pakaian aku untuk bergayung, TShirt dan kain pelikat yang dilipat keparas
lutut. Gelanggang permainan hanya dilaman rumah dengan samar2 cahaya lampu . Kegemaran Ku Ding
membela ayam sabung. Kerap kali ketika bergayung akan terpijak tahi ayam...tapi alah bisa jadi biasa!

Ketika pelimau,aku bermain dengan Ku Madi disaksi kan oleh Ayohsu Mezoh dan abang nya Pok Long,
juga Ayahanda Ku Rohing, Ayoh Ku Osman, abang nya Ku Mat(Guru) dan Ku Ding (kake) dan beberapa
orang murid lama.Ayohsu Mezoh mahukan aku dan rakan2 ringan dibawah,maksud nya ringan kaki. Kawal
pernafasan hingga kedada hinggakan tidak nampak turun dan naik nafas di perut, itu lah pesan beliau.

Sebelum aku ketahui berita kematian Ayohsu Mezoh, pernah aku bermimpi didatangi Ayohsu Mezoh.
Dalam mimpi itu muka nya ke muka ku dengan jari telunjuk di mulutnya 'syyyyy' seolah-olah tidak mahu aku
terkejut. Dia mengajak ku berdiri dan melangkah dalam permainan bulat. Hanya melangkah dalam mimpi
itu. Semasa hidup Ayohsu Mezoh, hanya dua atau tiga kali aku kerumah nya untuk membetul langkah.
Walaupun rumah nenek ku di Tanjung Batu 1,Kuala Terengganu tidak jauh dengan rumah Ayohsu Mezoh
di Ladang Titian, sebahagian masa membesar banyak di Kuantan,yang menjadi sebab kenapa aku jarang
sangat menziarahi Ayohsu Mezoh.

You might also like