You are on page 1of 2

Asasi adalah kursus pra universiti yang ditawarkan oleh universiti awam di Malaysia.

Kursus ini
terdapat di UM, UIAM, UiTM, UPM, USIM, UPNM, dan UNIMAS. Tempoh program Asasi
bergantung pada kursus yang ditawarkan, dari Program Satu Tahun (PST) dan Program Dua Tahun
(PDT).
Kenapa pilih kursus ini?
Tidak seperti Tingkatan Enam atau Matrikulasi, Asasi dibentuk khusus untuk persediaan pelajar
untuk menghadapi kurikulum di universiti. Terdapat dua jenis kursus dalam program Asasi, iaitu
jenis 'terbuka' dan 'tertutup'. Terbuka: Diiktiraf oleh universiti lain untuk meneruskan pengajian ijazah
sarjana muda. Contoh:

 Universiti Malaya (semua asasi kecuali asasi Alam Bina dan Pengajian


Islam, dan semua asasi di UIAM)
 Universiti Teknologi MARA (kecuali asasi di UIAM)
 Universiti Kebangsaan Malaysia (kecuali AsasiPintar)
Tertutup: Hanya diiktiraf oleh universiti yang menawarkan asasi dan tidak kepada universiti lain.
Contoh:

 Universiti Malaysia Sarawak


 Universiti Malaysia Sabah
 Universiti Sains Islam Malaysia
 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
 Universiti Putra Malaysia

Syarat layak masuk


Pemohon dikehendaki lulus dengan 5 kredit dalam SPM termasuk Bahasa Malaysia. Asasi biasanya
ditawarkan kepada pelajar Bumiputera. Bagaimanapun, terdapat enam kursus Asasi ditawarkan
kepada bukan bumiputera iaitu:

 AsasiPintar di UKM
 Asasi Sains Pertanian di UPM
 Empat kursus asasi di UPNM

Pilihan matapelajaran
Terdapat pelbagai jenis aliran dalam asasi. Setiap UA mempunyai programnya sendiri yang
mengambil masa antara satu atau dua tahun. Sebagai contoh, UiTM menawarkan program asasi
seperti berikut:
Pel
ajar dinasihatkan untuk mengkaji program asasi yang ditawarkan oleh universiti.
Kaedah penilaian
Pengajian Program asasi biasanya mempunyai satu tahun pengajian (dua semester), tetapi boleh
dilanjutkan kepada dua tahun melalui Program Dua Tahun (PDT). Ujian Peperiksaan diadakan
mengikut semester. Bergantung pada universiti tersebut, berkemungkinan ada peperiksaan
tambahan, sebagai contoh, UIAM mengadakan peperiksaan Bahasa Arab. Nilai Gred diberikan
mengikut kaedah CGPA. CGPA tertinggi ialah 4.0, dan pelajar dikehendaki mendapat sekurang-
kurangnya 2.0 CGPA atau lebih.
Yuran
Yuran disubsidikan oleh kerajaan. Sebagai tambahan, pelajar diberi elaun RM1,250 satu semester.
Yuran pengajian sebanyak RM350 dan kos penginapan sebanyak RM360 per semester.
Penginapan disediakan oleh pihak universiti.
Cara daftar
Permohonan untuk Asasi boleh dibuat secara online melalui laman web Unit Pusat Universiti (UPU)
dari Januari hingga minggu pertama April. Permohonan boleh dilakukan dengan mendapatkan
nombor pin khas dari Bank Simpanan Nasional (BSN). Baca panduan mengisi UPU dan memilih
kampus dan kursus anda di sini.
Jalan ke Uni
Luar Negara Universiti di luar negara tidak mengiktiraf asasi, jadi perlu sambung ke universiti
tempatan dalam ijazah sarjana muda sebelum ke universiti luar negara. Tempatan Program Asasi
akan diadakan selama setahun dan membenarkan pelajar untuk bekerja dalam tempoh setahun
selepas graduasi sebelum menyambung pelajaran dalam ijazah sarjana muda, dalam lingkungan
umur 21-22 tahun. Pelajar dikehendaki membayar semula elaun tersebut jika tidak dapat
menghabiskan pengajian.  

You might also like