You are on page 1of 2

Ruj. Kami: KP.BT.300-8972/HK/Jld.

17(8)
Tarikh: Mac 2013

Semua Pengarah Pelajaran Negeri

YBhg. Datuk/Dato’/Tuan

SURAT SIARAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) :


Pelaksanaan Tatacara Pelupusan Buku Teks

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Surat Siaran ini bertujuan memaklumkan bahawa Bahagian Buku Teks


(BBT) dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia (ANM) telah menyediakan Jadual
Pelupusan Rekod (JPR) Fungsian bagi tujuan pelaksanaan pelupusan buku teks di
seluruh negara. JPR ini mengandungi maklumat judul dan butiran berkaitan buku
teks yang dibenarkan untuk dibuat pelupusan. Merujuk kepada peruntukan seksyen
25 - 29 Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629]yang berkuat kuasa pada masa ini, buku
teks diklasifikasikan sebagai bahan bercetak iaitu rekod awam yang perlu dilupuskan
mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

...3. Selaras dengan ketetapan ini,sekolah hendaklah melaksanakan proses


pelupusan buku teks sebagaimana prosedur yang ditetapkan dalam JPR. Semua
permohonan pelupusan mestilah dihantar kepada pihak ANM terlebih dahulu melalui
Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) untuk kelulusan ANM. Manakala prosedur dan
kaedah pemusnahan pelupusan selepas kelulusan permohonan diberikan oleh ANM
pula adalah tertakluk di bawah peraturan dan bidang kuasa yang ditentukan oleh
pihak JPN masing-masing (sila rujuk Tatacara Pelupusan Oleh Sekolah di bawah
JPN - Lampiran 4dan Proses Kerja Bagi Pengurusan Pelupusan Buku Teks oleh
Sekolah di bawah JPN- Lampiran 5).

4. Untuk memastikan tatacara pelupusan ini terlaksana mengikut prosedur, JPN


perlu mematuhi langkah-langkah yang telah digariskan, termasuk menitikberatkan
tempoh simpanan buku teks di sekolah sebagaimana yang telah termaktub dalam
JPR. Tempoh penyimpanan buku teks (lupus) yang terlalu lama di sekolah selepas
mendapat kelulusan akan menyebabkan pihak sekolah mengalami kesulitan. Berikut
adalah tujuan JPR Fungsian dilaksanakan :
i. Menetapkan tempoh simpanan buku teks di sekolah-sekolah seluruh
negara sebelum dilupuskan bagi tujuan pemusnahan atau pemindahan
ke Arkib Negara.
ii. Memastikan pelupusan rekod dilaksanakan dengan mematuhi garis
panduan ANM supaya rekod bernilai kekal dapat dipelihara dengan
selamat manakala rekod tidak bernilai dapat dimusnahkan segera.
iii. Membolehkan penggunaan ruang simpanan rekod secara lebih
ekonomik.

...5. Bersama-sama ini disertakan bahan rujukan yang berkaitan pengurusan


pelupusan rekod awam sebagai panduan kepada sekolah yang melaksanakannya.

Lampiran 1 - Jadual Pelupusan Rekod Buku Teks.


Lampiran 2 - Contoh Borang Permohonan Pemusnahan Rekod Awam Arkib 2/08.
Lampiran 2(a) - Penerangan Borang Permohonan Pemusnahan Rekod Awam Arkib
2/08
Lampiran 3 - Contoh Borang Penentusahan Pemusnahan Rekod Awam Arkib
12/08.
Lampiran 3(a) - Penerangan Borang Penentusahan Pemusnahan Rekod Awam
Arkib 12/08.
Lampiran 4 - Tatacara Pelupusan Oleh Sekolah di bawah JPN
Lampiran 5 - Proses Kerja Bagi Pengurusan Pelupusan Buku Teks Oleh Sekolah
di bawah JPN)

6. Sehubungan dengan itu, kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato’/Tuan adalah


diminta untuk memanjangkan perkara ini kepada semua sekolah di bawah
pentadbiran YBhg. Datuk/Dato’/Tuan.

Kerjasama daripada pihak YBhg. Datuk/Dato’/Tuan dalam hal ini amat di hargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(DATUK Dr. AMIN BIN SENIN)


Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran
Sektor Dasar Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia

You might also like