You are on page 1of 1

TUGASAN : PROJEK KERJA KAYU

Anda dikehendaki mengenalpasti masalah penyimpanan yang terdapat di dalam bengkel KH yang
menyebabkan bengkel anda kurang terurus. Penghasilan produk kayu ini penting untuk menjadikan
bengkel anda nampak lebih kemas dan teratur. Anda haruslah menghasilkan produk yang sesuai untuk
menyelesaikan masalah yang anda telah kenalpasti di dalam bengkel anda.

Arahan:

1. Produk mestilah menepati tema am iaitu “PENYIMPANAN”.


2. Anda akan dibekalkan dengan satu set kayu yang telah siap dipotong untuk digunakan dalam
penghasilan produk anda.
3. Anda boleh menggunakan bahan-bahan terbuang lain untuk menghasilkan produk anda.
4. Tugasan ini hendaklah dilakukan secara berkumpulan, iaitu seramai 3 pelajar untuk 1
kumpulan.
5. Penghasilan kerja kayu adalah bersifat individu, akan tetapi, kerjasama kumpulan akan diambil
kira dalam proses perbincangan dan penghasilan produk.
6. Anda dikehendaki membuat dokumentasi proses penghasilan produk anda dari awal hingga
akhir samada dalam bentuk video ataupun ‘slideshow’ gambar-gambar beserta denga
penerangan ringkas. Video dokumentari ataupun ‘slideshow’ anda mestilah dalam tempoh 5 –
10 minit.
7. Sila rujuk Frog VLE Project Kerja Kayu untuk maklumat lanjut berkenaan dengan projek ini.

Garis Panduan:

1. Produk anda mempunyai fungsi yang jelas dan realistik.


2. Rupabentuk produk yang menarik merangkumi bentuk, warna, kemasan dan tekstur.
3. Bahan binaan yang dipilih sesuai dan mudah didapati.
4. Produk adalah tahan lama, tahan lasak dan serta boleh dipasarkan (mempunyai nilai
komersial).
5. Produk adalah selamat digunakan dan mesra pengguna.

Kriteria Penilaian Tugasan:

1. Penglibatan yang AKTIF di dalam PROSES PENGHASILAN PRODUK.


2. Kerjasama antara ahli-ahli di dalam kumpulan.
3. Hasil projek memenuhi GARIS PANDUAN yang telah ditetapkan.
4. Penghasilan projek mengikut masa yang telah ditetapkan.

You might also like