You are on page 1of 2

1.

0 PENGENALAN

Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani, iaitu philos bermakna mencintai
dan Sophia bermakna kebijaksanaan. Menurut Miller (1946) falsafah ialah usaha untuk
berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara-perkara yang penting. Sehubungan ini,
falsafah pendidikan boleh dimaksudkan sebagai satu usaha berfikir yang rasional dan kritis
terhadap perkara yang penting mengenai pendidikan. Menurut Kamus (2005) pendidikan
ialah satu proses menyeluruh yang bertujuan untuk memperkembangkan kebolehan dan
tingkah laku manusia.

Sistem pendidikan kita merupakan tunjang pembangunan negara. Sistem ini telah
menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada generasi kini dan generasi
sebelumnya bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan memakmurkan negara. Dalam usaha
mencapai hasrat tersebut, kerajaan mengambil langkah menggubal Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia. Pelan ini menyediakan kerangka pembangunan yang menyeluruh
untuk menzahirkan transformasi sistem pendidikan secara pantas dan mapan sehingga
tahun 2025. Bersandarkan inisiatif yang telah diperkenalkan bawah Bidang Keberhasilan
Utama Negara, pelan pembangunan ini menggariskan perubahan besar yang kita
hasratkan. Antara lain, perubahan yang dimaksudkan merangkum aspek pendekatan
pembelajaran murid, kaedah pemilihan guru, latihan guru, penyediaan ganjaran kepada guru
dan pemimpin sekolah, dan pendekatan pengoperasian Kementerian. Pelan ini dengan jelas
menggambarkan faktor penambahbaikan penting bagi setiap langkah dalam perjalanan
transformasi yang bakal dilalui.

2.0 ISU-ISU FALSAFAH

Dalam melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), terdapat


beberapa isu falsafah dalam pendidikan yang dapat membantu menjadikan sistem
pendidikan Malaysia bertaraf dunia. Antaranya ialah PPPM telah menekankan aspirasi
sistem pendidikan dari segi kualiti. Isu yang dapat dikaitkan dari segi kualiti ialah
memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. Kualiti kepimpinan
sekolah merupakan faktor berasaskan sekolah yang kedua terpenting, selepas kualiti guru,
dalam menentukan keberhasilan murid. Beberapa kajian antarabangsa tentang kepimpinan
sekolah menunjukkan bahawa pengetua/guru besar yang cemerlang, iaitu yang memberi
tumpuan kepada kepimpinan instruksional dan bukannya kepimpinan pentadbiran, dapat
meningkatkan keberhasilan murid sebanyak 20%. Hal ini kerana setiap sekolah akan
mempunyai pengetua/guru besar berprestasi tinggi yang sentiasa gigih dalam matlamatnya
untuk meningkatkan keberhasilan murid, dari segi akademik dan bukan akademik.
Pengetua/guru besar akan diberikan insentif untuk berkhidmat di sekolah yang berprestasi
rendah dan akan berperanan sebagai mentor dalam komuniti yang lebih luas. Seterusnya,
asas kepimpinan di setiap sekolah akan diperkukuh iaitu dengan membangunkan dan
menjadikan guru penolong kanan, ketua bidang dan ketua panitia sebagai pemimoin
instruksional. Oleh hal yang demikian, pemilihan pengetua/guru besar perlulah dijalankan
dengan sistematik dan tepat untuk membekalkan sekolah pemimpin yang berkualiti.
Kementerian telah memperkukuh kriteria pemilihan bagi pengetua/guru besar mulai 2013.
Kementerian akan menukar kriteria pemilihan pengetua/guru besar daripada pemilihan
berasaskan tempoh perkhidmatan kepada pemilihan yang berfokuskan kecekapan
kepimpinan. Setiap pengetua/guru besar juga dikehendaki mendapatkan sijil Kelayakan
Profesional Kebangsaan bagi Kepimpinan Pendidikan (NPQEL) daripada Institut Aminuddin
Baki sebelum boleh dilantik sebagai pengetua/ guru besar. Penetapan syarat ini dijangka
akan menyebabkan purata umur pengetua/guru besar menurun dan membolehkan mereka
berkhidmat bagi tempoh yang lebih lama di setiap sekolah dan dalam sistem pendidikan
secara keseluruhannya.

Selain itu, isu-isu falsafah dalam pendidikan di Malaysia yang membantu menjadikan
sistem pendidikan Malaysia bertaraf tinggi ialah

You might also like