You are on page 1of 18

 

BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,  
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA     
NOTA KULIAH 1
SEMESTER SEMESTER 3 DVM SESI 2020
JABATAN JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK DAN  ELEKTRONIK
PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRONIK
KOD/KURSUS DEB 3213- AUDIO VISUAL EQUIPMENT
KOMPETENSI K1 IMPLEMENT AUDIO VIDEO PRODUCT TESTING
Select audio video product
1.1. Identify audio video test equipment according to product requirement.
1.2. Determine the function of audio video test equipment according to product
requirement.
1.3. Operate audio video test equipment according to product requirement.
1.4. Apply safety procedure according to standard operating procedure.

Determine type of test to be carried out


2.1. Identify various test audio video equipment according to testing
requirement.
2.2. Interpret the function of audio video equipment according to testing
requirement.
2.3. Interpret equipment specification according to specification manual.
2.4. Perform interconnection audio video equipment with test instrument
KOMPETENSI UNIT according to testing requirement.
2.5. Apply safety procedure according to standard operating procedure

Identify type of test instrument


3.1. Select various type of test instrument according to testing requirement.
3.2. Interpret test instrument according to operating manual.
3.3. Apply safety procedure according to standard operating procedure

Carry out test


4.1. Identify critical test points in circuit according to circuit diagram.
4.2. Perform measuring and display critical voltages and test points according
to circuit diagram.
4.3. Record critical voltages and waveforms according to circuit diagram.
4.4. Compare test result according to test specification.
4.5. Apply safety procedure according to standard operating procedure.
Trainee must be able to:

1. Identify audio video product testing and troubleshooting procedure


based on service manual. (C3, PLO 1)
KOMPETENSI
2. Perform audio video product testing and troubleshooting by using
PEMBELAJARAN
test equipment based on service manual. (P2, PLO 2)
3. Confirm orally audio video test result based on standard operation manual. (A3,

PLO 4)
ETN 7023 /K 01/NK 01-07 MUKA : 01 DARIPADA
NO KOD
EDISI 2/JUNE 2017 18
EE-010-4 DUTY02/TASK2.01
NO KOD JPK EE-010-4 DUTY03/TASK3.01

1
TAJUK : MULTIMETER ANALOG/DIGITAL, KOMPONEN PASIF DAN AKTIF

TUJUAN :

Kertas penerangan ini bertujuan menerangkan penggunan meter pelbagai analog/digital


dan cara untuk menguji komponen-komponen asas seperti perintang, pemuat, pearuh,
diod dan transistor .

PENERANGAN

1 Meter pelbagai analog/digital

1.1 Pengenalan
 Meter pelbagai boleh berfungsi sebagai meter volt, meter arus, atau meter
ohm.
 Rajah 1 dan 2 memaparkan gambar dua buah meter pelbagai yang berbeza.
 Terdapat dua kategori meter pelbagai iaitu meter pelbagai analog dan meter
pelbagai digital.
 Meter pelbagai analog menggunakan jarum penunjuk di atas skala meter
manakala meter pelbagai digital pula memaparkan digit untuk menunjukkan
nilai bacaan.

Rajah 1. Meter pelbagai analog Rajah2. Meter pelbagai digital

1.2 Kegunaan

 Meter belbagai boleh digunakan untuk mengukur :-


i. Rintangan
ii. Voltan arus terus (AT)
iii. Voltan arus ulang alik (AU)
iv. Arus terus

2
1.3 Bahagian-bahagian meter pelbagai analog

Skala
Penunjuk

Pelaras sifar penunjuk


Pelaras sifar
ohm
Suis pemilihan
Fungsi dan julat
Julat

Tamatan Tamatan
negatif positif

Rajah 3. Bahagian-bahagian meter pelbagai analog

1.4 Fungsi bahagian

i) Skala
 Memaparkan julat bacaan ukuran yang ditunjuk oleh jarum penunjuk.

ii) Penunjuk
 Menunjuk nilai bacaan ukuran

iii) Pelaras sifar penunjuk


 Untuk melaras jarum penunjuk pada kedudukan sifar

iv) Pelaras sifar ohm


 Untuk melaras jarum penunjuk pada kedudukan 0 ohm.

v) Julat
 Memaparkan fungsi meter.
 Memaparkan lingkungan nilai had pengukuran atau pendarab

vi) Suis pemilih fungsi dan julat


 Untuk memilih fungsi meter yang diperlukan umpamanya meter volt
arus terus (DCV), meter volt arus ulang alik (ACV), meter ampere
(DCmA) dan meter ohm (Ω).
 Untuk memilih tahap julat yang sesuai dengan kegunaan kerja yang
dilakukan.

3
vii) Tamatan positif
 Punca sambungan kuar merah (positif).

viii) Tamatan negatif


 Punca sambungan kuar hitam (negatif).

1.5 Bahagian-bahagian meter pelbagai digital

Paparan berdigit
Butang kuasa Butang nada pembuz

Butang P.Hold
Butang pilihan AC/DC

Julat
Suis pemilih fungsi
dan julat
Soket kapasitor
Soket transistor
Suis pemilihan
Fungsi dan julat
Tamatan 20A
Tamatan positif
Tamatan negatif

Rajah 4. Bahagian-bahagian meter pelbagai digital

1.6 Fungsi bahagian

i) Butang kuasa (POWER)


 Menghidup dan mematikan meter pelbagai.

ii) Paparan berdigit


 Memaparkan nilai bacaan digit

iii) Butang pilihan AC/DC


 Suis tekan untuk memilih fungsi meter samada beroperasi dalam keadaan
mengukur arus terus (DC) atau arus ulang alik (AC).

iv) Julat
 Memaparkan fungsi meter.
 Memaparkan lingkungan nilai had pengukuran atau pendarab

4
v) Suis pemilih fungsi dan julat
 Untuk memilih fungsi meter yang diperlukan umpamanya meter volt arus
terus (DCV), meter volt arus ulang alik (ACV), meter ampere (DCmA) dan
meter ohm (Ω).menguji diod, transistor dan sebagainya.
 Untuk memilih tahap julat yang sesuai dengan kegunaan kerja yang
dilakukan.

vi) Butang nada pembuz


 Suis tekan untuk memilih meter berada dalam mode senyap atau nada
beep ketika berada pada julat menguji diod.( )

vii) Butang P.Hold


 Suis tekan untuk memegunkan bacaan digit.

viii) Soket pemuat


 Punca sambungan ketika membuat pengujian pemuat.

ix) Tamatan positif V-Ω-Hz


 Punca sambungan kuar merah ketika meter berfungsi untuk mengukur
voltan, rintangan atau frekuensi.

x) Tamatan negatif
 Punca sambungan kuar hitam (negatif/ common) untuk semua operasi
pengukuran.

xi) Tamatan positif mA


 Punca sambungan kuar merah (positif) ketika meter berfungsi mengukur
arus yang rendah.

xii) Tamatan 20A


 Punca sambungan kuar merah (positif) ketika meter berfungsi mengukur
arus yang tinggi sehingga had maksima 20 ampere.

xiii) Soket transistor


 Punca sambungan ketika membuat pengujian transistor.

1.7 Pengendalian meter pelbagai

 Meter pelbagai mestilah dikendalikan mengikut langkah-langkah yang


betul dan selamat. Kecuaian atau kegagalan mematuhi langkah-langkah
yang telah ditetapkan akan mengakibatkan meter rosak, menghasilkan
bacaan yang salah atau berlaku kemalangan.

i) Mengendali meter voltan arus terus (VDC)

 Pastikan voltan yang hendak diukur samada voltan arus terus atau arus
ulang alik.
 Sambungkan kuar meter pada tamatan. Kuar merah pada tamatan positif
(+) dan kuar hitam pada tamatan negatif meter (-/COM).
 Laraskan julat meter pada fungsi DCV. Pilih julat yang paling tinggi
contohnya 1000 DCV.

5
 Tentukan punca voltan yang hendak diukur dan pastikan ianya selamat
ketika kerja pengukuran dilakukan.
 Tentukan punca positif dan negatif yang hendak diukur.
 Sentuhkan hujung kuar merah pada punca positif dan hujung kuar hitam
pada punca negatif. Pastikan ketika kerja pengukuran hujung kuar tidak
bersentuhan dengan mana-mana pengalir atau punca.
 Baca bacaan jarum meter atau paparan digit.
 Sekiranya tiada perubahan kedudukan penunjuk skala meter atau paparan
digit laras suis pemilih julat pada aras yang lebih rendah.
 Ulang langkah 8 sehingga penunjuk skala atau paparan digit menunjukkan
bacaan yang tepat. Pemilihan julat yang paling hampir dengan nilai voltan
yang diukur akan menghasilkan bacaan yang lebih tepat.

ii) Skala meter volt analog

Skala yang perlu dibaca


0 hingga 10V sahaja

Rajah 5. Panel hadapan meter pelbagai memilih fungsi meter dan julat.

 Rajah 5 menunjukkan meter pelbagai analog telah disetkan pada fungsi


untuk mengukur voltan arus terus 4 volt.
 Suis pemilih mestilah dilaras pada fungsi DCV julat 10.
 Meter hanya boleh mengukur voltan arus terus dalam lingkungan 0 hingga
10 volt sahaja.

6
 Meter akan rosak sekiranya mengukur voltan yang melebihi 10 volt.
 Skala meter yang perlu dibaca ialah 0 hingga 10 DCV.A & ACV.
 Skala meter hendaklah dibaca seperti rajah 6.

Rajah 6. Jarum penunjuk menunjukkan bacaan 4 Volt DC

Rajah 7. Pembahagian skala 0 hingga 10

iii) Membaca paparan digit meter Ohm digital

Suis pemilih
-Fungsi meter yang dipilih Ω.
-Meter berfungsi sebagai meter ohm.
-Julat yang dipilih 4Mega ohm

Skrin paparan digit menunjukkan bacaan 1.93MΩ


Rajah 8. Bacaan meter ohm digit

 Rajah 8 menunjukkan meter pelbagai digital telah disetkan pada fungsi


untuk mengukur rintangan. Rintangan yang diukur dalam lingkungan mega
ohm.
 Suis pemilih mestilah dilaras pada fungsi Ω dan julat 4M (4Mega).
 Meter hanya boleh mengukur nilai rintangan sahaja dalam lingkungan
400kilo ohm hingga 4 Mega ohm sahaja. Meter akan memapar bacaan E
sekiranya nilai rintangan yang diukur melebihi 4Mega ohm.

7
2. Komponen pasif

2.1 Perintang / resistor

i) Penerangan

 Perintang ialah komponen yang mempunyai nilai rintangan tertentu.


Perintang berfungsi menghadkan pengaliran arus di dalam litar elektrik.
Simbol perintang ialah R.Unit bagi rintangan ialah Ohm ( Ω ).
 Rajah 1 menunjukkan berbagai jenis perintang
 Rajah 2 menunjukkan simbol perintang.

Rajah 1. Gambar perintang Rajah 2. simbol

ii) Jenis-jenis perintang


 Perintang boleh didapati dalam berbagai jenis iaitu :
o Perintang tetap.
o Perintang boleh ubah
o Perintang karbon
o Perintang berdawai

iii) Kod warna perintang.


 Jadual 1 menunjukkan jadual kod warna perintang.

KOD WARNA NILAI PENDARABAN HAD TERIMA


Hitam 0 1 -
Coklat 1 10 ± 1%
Merah 2 100 ± 2%
Orange 3 1000 ± 3%
Kuning 4 10000 ± 4%
Hijau 5 100000 -
Biru 6 1000000 -
Unggu 7 10000000 -
Kelabu 8 100000000 -
Putih 9 1000000000 -
Emas - 0.1 ± 5%
Perak - 0.01 ± 10%

8
Taida warna - - 20%

Jadual 1. Kod warna perintang.

Jalur 1 = Coklat 1

Jalur 2 = Hitam 0

Jalur 3 = Kuning 10,000 ( pendarab )

Jalur 4 = Emas 5%

Nilai perintang = 10 X 10,000 Ω = 100 K Ω 5%

Rajah 4. Cara membaca nilai perintang.

iv) Kod nombor perintang


 Jadual 2 menunjukkan jadual kod nombor perintang dan cara membaca
perintang dari jenis kod nombor.

KAEDAH
BIL KOD Angka Angka 2 Angka 3 Bacaan dlm Bacaan dlm
1 ( pendarab) Ω 103 ( K
Ω)
1. 101 1 0 X 10 100 -
2. 223 2 2 X1,000 22000 Ω 22K Ω
3. 474 4 7 X 10,000 470000 Ω 470KΩ
4. 10 3 0 - 30 Ω -

Jadual 2. Kod nombor perintang

v) Bacaan terus nilai perintang


 Selain dari kod warna dan kod nombor, nilai perintang juga ditunjukkan
dalam bentuk cetakan nilai yang tertera pada badannya sepertimana
ditunjukkan pada rajah 5.

Rajah 5. perintang berkod nombor

vi) Kadaran kuasa

 Kadaran kuasa perintang tetap boleh ditentukan berdasarkan saiznya.


Lebih kecil saiz perintang menunjukkan lebih kecil kadaran kuasa dan

9
lebih besar saiz perintang menunjukkan lebih besar kadaran kuasa.
Contoh kuasa yang lazim pada perintang tetap ialah :
o 0.25 watt
o 0.5 watt
o 1 watt
o 2 watt
o Lebih dari 2 watt

v) Menguji/mengukur perintang

a) Nilai rintangan sesebuah perintang boleh ditentukan dengan


menggunakan meter pelbagai. Berikut adalah langkah-langkah untuk
mengukur rintangan sesebuah perintang.
 Laraskan julat kepada julat rintangan yang sesuai
 Lakukan ketentukuran dengan memintaskan kuar multimeter dan
laras “0Ω adjustment” sehingga jarum penunjuk menunjukkan 0 Ω.
 Sambungkan punca kuar multimeter ke tamatan perintang yang
diukur.
 Baca skala di kedudukan jarum penunjuk dan darab dengan julat
yang digunakan.
 Rajah 6 menunjukan bagaimana multimeter disambung untuk
membuat pengujian kepada perintang.

Rajah 6. Sambungan meter ke perintang yang diuji

vi) Jenis kerosakan perintang

Kerosakan Nilai kerintangan


Terbuka Infiniti

Berubah nilai Nilai kerintangan lebih tinggi dari nilai sebenar

2.2 Pemuat

i) Penerangan

 Pemuat ialah komponen elektronik yang berupaya menyimpan cas


elektrik.
 Cas yang disimpan adalah pada kadar yang tertentu.
 Boleh didapati dalam berbagai nilai kemuatan.
 Label pemuat ditulis dengan C.

10
 Unit kemuatan ialah farad ( F ).
 Rajah 7 menunjukkan berbagai jenis pemuat
 Rajah 8 menunjukkan simbol pemuat.

Rajah 7 Contoh Pemuat Rajah 8. Simbol Pemuat

ii) Jenis – jenis pemuat :

 Pemuat seramik.
 Pemuat udara.
 Pemuat elektrolitik
 Pemuat mika
 Pemuat mylar

iii) Membaca nilai pemuat dari jenis kod nombor.


 Jadual 3 menunjukkan jadual kod nombor bagi pemuat

KAEDAH
BIL KOD Angka 1 Angka 2 Angka 3 Bacaan Bacaan dlm Bacaan dlm
(pendarab) dlm −9 −6
10 ( nF 10 ( μF)
(F) − 12
10 (p )
F)

1. 101 1 0 X 10 100pF 0.1nF 0.0001μF


2. 223 2 2 X1,000 22000 pF 22nF 0.022μF
3. 474 4 7 X 10,000 470000 pF 470nF 0.47μF
4. 30 3 0 - 30 pF 0.03nF 0.0003 μF

Jadual 3. Jadual kod nombor pemuat

 Rajah 9 menunjukkan kadaran had terima voltan dirujuk pada cetakan


yang tertera bersebelahan nilai pemuat.

11
Rajah 9. Pemuat elektrolitik

iv) Menguji Pemuat

a) Meter pelbagai boleh digunakan untuk menguji kefungsian sesebuah


pemuat di mana meter pelbagai dilaraskan ke julat rintangan.

b) Cara menguji pemuat menggunakan meter pelbagai:


 Pintaskan kedua-dua tamatan pemuat yang hendak diuji terlebih
dahulu untuk menyahcas cas yang ada dalam pemuat.
 Laraskan meter pelbagai ke julat rintangan dan lakukan
ketentukuran
 Sambungkan kuar meter pelbagai seperti dalam rajah 10.
 Apabila multimeter disambungkan ke pemuat, jarum penunjuk akan
memesong ke kanan dan akan berpatah balik iaitu tindakan
pemuat mengecas dan membuang cas, ini menunjukkan pemuat
dalam keadaan baik.

Rajah 10. Sambungan meter pelbagai ke kapasitor yang diuji

vi) Jenis kerosakan pemuat

Kerosakan Nilai kerintangan


Terbuka Infiniti

Pintas 0Ω
Tiada tindak balas jarum meter ohm mengecas dan
Bocor
membuang cas

12
2.3 Pearuh

i) Penerangan

 Pearuh ialah pengalir yang berlingkar dan bersalut dengan penebat.


 Pearuh mempunyai nilai kearuhan ( L ).
 Kearuhan ialah keupayaan pengalir untuk menghasilkan voltan teraruh
apabila arus berubah mengalir dalam pengalir tersebut.
 Unit kearuhan ialah henry ( H ).
 Rajah 11 menunjukkan berbagai jenis pearuh
 Rajah 12 adalah beberapa simbol pearuh mengikut jenisnya.

Rajah 11. Beberapa jenis Pearuh

Rajah 12. Berbagai simbol pearuh.

ii) Nilai kearuhan

a) Nilai kearuhan dipengaruhi oleh faktor – faktor berikut :

 Bilangan belitan.
 Jarak antara lilitan.
 Jenis teras.
 Diameter lilitan.
 Magnetud arus.
 Saiz dawai.

b) Jenis-jenis pearuh.

 Pearuh jenis tetap.


 Pearuh jenis berubah.

13
iii) Menguji pearuh

a) Meter pelbagai boleh digunakan untuk menguji kerintangan sesebuah


pearuh di mana meter pelbagai dilaraskan ke julat rintangan.
b) Nilai kerintangan adalah rendah iaitu hampir 0 Ω jika pearuh dalam
keadaan baik.

iv) Jenis kerosakan pearuh

 Terbuka – kerintangan adalah infiniti


 Pintas antara lilitan
 Bocor

3. Komponen aktif

 Komponen aktif yang popular ialah diod, diod zener dan transistor.

3.1 Diod

i) Simbol Skematik Diod

 Diod ialah komponen elektronik dua pin yang terdiri dari anod dan katod.
 Anod adalah bahan jenis P dan katod bahan jenis N.
 Arah anak panah (anod) pada simbol diod menunjukkan arah arus
konvensional.
 Rajah 13 menunjukkan simbol skematik diod.

Anod

Arah arus
konvensional

Katod

Rajah 13. Simbol Skematik Diod

14
ii) Voltan Pincang

+
 Rajah 14 menunjukkan diod dipincang depan dan songsang.
 Voltan yang dikenakan merentasi diod dipanggil Voltan Pincang

A
 Apabila diod dipincang hadapan, arus akan mengalir melaluinya.
 Apabila diod dipincang songsang, tiada arus akan mengalir melaluinya.

Litar diod pincang depan


K Litar diod pincang songsang

+
Rajah 14 : Litar skematik diod pincang depan dan songsang.
A

 Dalam konsep diod unggul, semasa pincang depan, diod diumpama suis
tertutup (ON) kerana rintangannya 0Ω dan tidak ada kejatuhan voltan.
Anod
 Semasa pincang songsang, diod diumpama suis terbuka (OFF) iaitu
rintangan infiniti dan tidak ada sedikit pun arus mengalir (bocor).
depan
Diod dipincang
Anod

d
Kato
Tertutup
Suis
d
Kato

Diod dipincang songsang


Suis Terbuka

Rajah 15 : Diod unggul semasa pincang depan dan songsang

3.2 Diod Zener

 Diod Zener sangat penting dalam bekalan kuasa. Ia digunakan


sebagai penstabil voltan.

i) Simbol skematik diod zener

15
 Rajah 16 menunjukkan simbol diod zener

Katod Anod

Rajah 16 : Simbol skematik bagi Diod Zener

ii) Menguji diod/diod zener

a) Multimeter boleh digunakan untuk menguji diod dan diod zener.

b) Cara menguji diod


 Laraskan julat multimeter ke julat rintangan yang sesuai dan lakukan
ketentukuran.
 Sambungkan kuar multimeter seperti dalam rajah 17.
 Jarum multimeter akan menunjukan rintangan rendah apabila
dipincang hadapan dan rintangan tinggi apabila dipincang songsang.

KATOD

ANOD

ANOD
KATOD
Pincang Hadapan Pincang Songsang

Rajah 17. Cara menguji diod/diod zener

iii) Jenis kerosakan diod dan diod zener

Kerosakan Nilai kerintangan


Terbuka Infiniti

Pintas 0Ω
Nilai kerintangan sama atau hampir sama semasa
Bocor
pengujian dipincang depan dan songsang

16
3.3 Transistor

 Transistor merupakan satu komponen elektronik 3 terminal iaitu Tapak


(base), Pengeluar (Emitter) dan Pemungut (collector).

i) Simbol skematik transistor

 Rajah 18 menunjukkan simbol skematik bagi transistor PNP dan NPN.


 Arah kepala anak panah pada simbol transistor menunjukkan arah aliran
arus konvensional jika transistor itu beroperasi.

PEMUNGUT

TAPAK TAPAK

PENGELUAR
Simbol Transistor Simbol Transistor
PNP NPN
Rajah 18 : Simbol Transistor
ii) Menguji Transistor

 Meter pelbagai julat rintangan boleh digunakan untuk menguji


transistor.
 Rajah 19 menunjukan bagaimana multimeter disambung dalam proses
pengujian transistor.

Pincang hadapan Pincang songsang

Rajah 19. Sambungan multimeter dalam proses menguji transistor

17
iii) Jenis kerosakan transistor
Kerosakan Nilai kerintangan
Terbuka antara 2 terminal Infiniti

Pintas antara 2 terminal 0Ω


Nilai kerintangan sama atau hampir sama semasa
Bocor antara 2 terminal
pengujian dipincang depan dan songsang

18

You might also like