You are on page 1of 2

1.

Sumbangan sejarah Islam terhadap pembangunan Malaysia amat ketara


sebagaimana termaktub dalam Perkara 152 Pelembagaan Persekutuan Malaysia
bahawa agama Islam adalah agama rasmi bagi Malaysia.

Berdasarkan penyataan di atas, bincangkan penerapan nilai-nilai Islam yang


menjadi dasar dalam pembangunan dan kecemerlangan Malaysia. (30 minit)

Penerapan nilai-nilai Islam menjadi dasar dalam pembangunan dan kecermerlangan


Malaysia dalam berbagai-bagai bidang seperti pentadbiran, kesihatan, pendidikan, ekonomi,
pembangunan, undang-undang.
Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran adalah sebahagian daripada
pelbagai usaha Kerajaan Malaysia untuk memasukkan unsur-unsur Islam dalam
pentadbiran dan kehidupan rakyat Malaysia. Rasional Kerajaan memberi perhatian kepada
nilai-nilai khususnya nilai-nilai Islam ialah dalam usaha untuk memelihara maruah
Warganegara Malaysia, maka perlulah ia mempunyai satu identiti yang kukuh. Dalam
konteks ini, unsur yang terpenting sekali dalam pembentukan identiti Warganegara Malaysia
ialah nilai. Ia merupakan satu faktor utama yang boleh memastikan kelahiran sesebuah
masyarakat yang disegani. Sesuatu bangsa yang tidak mempunyai nilai kehidupan yang
tertentu akan mudah menjadi mangsa kepada bangsa lain yang sentiasa berusaha
mengembangkan nilai-nilainya dan dengan perkembangan ini akan dapat menguasai
bangsa yang tidak mempunyai nilai-nilai yang kukuh.
Bagi masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbagai kaum dan agama dan
menjalani cara hidup yang berbeza-beza, pengamalan nilai-nilai yang dapat diterima oleh
semua rakyat adalah menjadi asas penting dalam usaha ke arah membentuk identiti dan
perpaduan. Tanpa nilai yang universal ini rakyat akan terdorong untuk menerima dan
menyanjung nilai-nilai lain yang sangat asing bagi masyarakat Malaysia. Ini akan
menyebabkan kesetiaan rakyat Malaysia serta identitinya sebagai satu warganegara akan
menjadi kabur dan maruah bangsa tidak dijunjung tinggi dan mungkin mereka akan
memperkecil-kecilkan negara dan bangsa sendiri. Dengan itu rakyat Malaysia haruslah
mempunyai identitinya sendiri dengan setiap individu, organisasi dan semua sektor yang
melaksanakan pelbagai aktiviti menjalankan kerja yang boleh memberikan sumbangan
kepada kesejahteraan negara. Urusan-urusan yang dijalankan dengan penuh rapi, teliti,
amanah dan rasa bertanggungjawab boleh membawa kepada pembentukan identiti yang
diperlukan oleh sesebuah negara seperti Malaysia ini. Tanpa penerimaan nilai-nilai hidup
yang mulia tidak mungkin identiti yang membanggakan dapat dicapai.
Bagi menjayakan pentadbiran Kerajaan, nilai-nilai Islam yang diutamakan boleh
diamalkan oleh semua rakyat Malaysia, sama ada mereka Islam atau bukan Islam. Menurut
YAB. Perdana Menteri, nilai-nilai yang diutamakan untuk pentadbiran yang boleh diterima
oleh orang Islam dan bukan Islam ialah amanah kejujuran, tanggungjawab, rajin, ikhlas,
tertib, disiplin, mengutamakan masyarakat lebih daripada diri sendiri, sanggup berkorban,
tidak tamak, berpandangan jauh, bermoral dan berkelakuan baik dan lain-lain.

2. Sumbangan sejarah Islam yang paling katara ialah perkembangan agama Islam
di Malaysia sebagai agama rasmi.
Buktikan sumbangan sejarah Islam terhadap perkembangan agama Islam di
Malaysia. (30 minit)
Sejarah Islam telah membawa perubahan yang besar dan ketara dalam merubah
kepercayaan dan corak pemikiran masyarakat Alam Melayu. Islam telah membawa unsur-
unsur yang rasional, intelektual dan logik akal di mana mereka diajar supaya mempercayai
Tuhan iaitu Allah yang Maha Esa. Secara logiknya dunia ini tidak boleh dipimpin dan
diperintah oleh banyak tuhan kerana jika demikian, sudah pastilah dunia ini menjadi huru-
hara dan kelam-kabut lantaran akan berlaku percanggahan pendapat dan perintah dalam
kalangan tuhan yang banyak itu. Oleh yang demikian, memang logik dan benarlah bahawa
Tuhan hanya satu iaitu Allah S.W.T. Yang Maha Berkuasa. Pandangan serta falsafah
pemikiran masyarakat Malaysia juga turut berubah setelah mereka menerima ajaran Islam.
Sebagai contoh, Islam menyuruh umatnya supaya berusaha bersungguh-sungguh mencari
rezeki yang halal agar disenangi dan dihormati oleh semua orang. Jika gagal sekalipun,
Islam menyuruh umatnya agar tabah dan sabar serta menghargai nyawa yang diberikan
oleh Allah S.W.T. dan redha dengan ketentuanNya, bukannya berputus asa dan membunuh
diri.
Islam juga mengarahkan manusia supaya hidup secara aman dan harmoni serta
mewujudkan perpaduan. Masyarakat dibentuk dengan sifat dan rasa tanggungjawab serta
saling bantu-membantu antara satu sama lain, sifat atau akhlak yang mulia amat ditekankan
oleh Islam. Mereka juga ditiupkan dengan semangat kerjasama dan perpaduan dengan
menganggap bahawa seluruh umat Islam adalah satu anggota. Akibat daripada semangat
tersebut, muncullah konsepsi bahawa seluruh umat Islam di dunia ini adalah bersaudara.
Dengan cara itu terbentuklah masyarakat yang bersatu padu dan mempunyai hubungan
yang erat, walaupun masyarakat tersebut terdiri dari pelbagai bangsa dan keturunan.
Secara tidak langsung, apabila hubungan masyarakat sudah kukuh tali persaudaraannya,
tentunya negara mereka menjadi kuat dan stabil serta dapat mempertahankan diri daripada
gangguan dan ancaman anasir-anasir luar.
Bagi mendidik masyarakat, Islam telah memperkenalkan hukum-hukum dan
peraturan berdasarkan al-Qur’an dan al-Hadith. Ajaran agama Islam telah mengatur sistem
perhubungan sosial dan kekeluargaan yang cukup menarik kepada masyarakat. Contohnya
dalam perhubungan antara anak-anak dengan ibu bapa, suami dengan isteri, orang tua
dengan orang muda, pemimpin dengan rakyat dan sebagainya. Melalui hukum dan
peraturan itu, akan terbentuklah nilai akhlak yang mulia dan harmoni dalam perhubungan
sosial antara individu dan kumpulan masyarakatnya. Komunikasi antara kelompok manusia
akan dapat berjalan dengan sempurna, terjalin menerusi sifat hormat menghormati,
bergotong-royong dan bantu-membantu antara satu sama lain.

You might also like