You are on page 1of 15

Doa Selepas Solat Berserta Wirid

(Panduan Lengkap Rumi)


1.Mulakan dengan istigfar
Untuk mendapat ganjaran yang lebih, marilah kita amalkan setiap kali
selesai menunaikan solat fardhu dengan ucapan istigfar di bawah
sebanyak tiga (3) kali:

 Astagfirullah hal azim allazi laa ila ha illa huwal hayyul qoyyum wa atu bu
illaih. 

Aku memohon keampunan daripada Allah, Tuhan Yang Maha Agung, tiada
Tuhan melainkan Allah. Dia hidup, berdiri dengan sendirinya, dan aku
memohon keampunan daripadaNya.

2.Seterusnya disambung dengan ucapan berikut sebanyak 3 atau 10


kali:
 Laa ilaha illallahu wahdahu laa syarikalah, lahul mulku walahul hamdu
yuhyi wayumitu wahuwa a’la kulli syai’in qadirr 

Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan Yang Maha Esa tiada
sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian. Dia
Yang menghidupkan dan mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa ke atas
segala sesuatu.

3.Disambung lagi dengan ucapan berikut sebanyak 3 atau 7 kali:

 Allahumma ajirna minannarr 

Ya Allah, jauhkanlah kami daripada azab neraka

4.Seterusnya disambung dengan ucapan:


 Allahumma antassalam, wamin kassalam, walaika ya ‘udussalam,
fahayyina rabbana bissalam, wa adhilna jannata daa rassalam, tabarakta
rabbana wata a’laita ya zal jala li wal ikram 

Ya Allah, Engkau yang menyelamatkan, daripadaMu keselamatan,


kepadaMu kembali keselamatan. Maka hidupkanlah kami wahai Tuhan,
dalam keselamatan. Masukkan kami ke syurga, negara keselamatan.
Maka sucilah Engkau wahai Tuhan kami, Tuhan yang mempunyai
kebesaran dan kemuliaan.

5.Seterusnya disambung dengan bacaan Al-Fatihah


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala
puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam.
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai
pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah)
Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon
pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang
Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang
yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

6.Seterusnya disambung dengan bacaan Al-Baqarah ayat 163:


 Wa ila hukum ilaahum’ wahidullaa ila ha illa huwarrahmanurrahim 

Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak
disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

7.Seterusnya disambung dengan bacaan Al-Baqarah ayat 255:

 Alla
ahu
la

ilaaha illa huwal hayyul Qayyum, la ta ‘khudzuhu sinatun walaa naumun


lahu maa fissamaawaati wama fil ardhi, man dzal ladziiyasy fa ‘u ‘indahu
illaa biidznih, ya ‘lamu maa baina aydiihim wa maa khalfahum,
walaayuhiithuuna bisyai-in min’ilmihi illaa bimaa syaa-a, wasi’a kursiyuhus
samaawaati wal ardhi, walaa yauuduhu hifzuhumaa wa huwal’aliyuul
‘azhiim. 

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap
hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).
Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di
langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat
(pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa
yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka,
sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah
melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya
Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan
tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara
keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi
Maha Besar (kekuasaanNya)

8.Seterusnya disambung dengan bacaan Al-Baqarah ayat 285:

Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari


Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman
kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-
rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang
dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan
kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan
kepadaMu jualah tempat kembali”.

9.Seterusnya disambung dengan bacaan Al-Baqarah ayat 286:

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia


mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung
dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata):
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami
lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan
kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau
bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai
Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak
terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah
dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami;
oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-
kaum yang kafir”

10.Seterusnya disambung dengan bacaan Ali-Imran ayat 18:

 Syahidallahu innahu, laa ilaha illa huwa wal malaa ikatu wa ulul ‘ilmi qaa
imam bilqist. Laa ilaha illa huwal a’zii zul hakim 

Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan


bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,
Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan
malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan
menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah)
melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

11.Seterusnya disambung dengan bacaan Ali-Imran ayat 19:

 ‘Innaddin na ‘indallah hil islam 

Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.
Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak
berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan
setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang
kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki
yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur
ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat
segera hitungan hisabNya.

12.Seterusnya disambung dengan bacaan Ali-Imran ayat 26:

 Qulillaahumma maalikal mulki, tu’til mulka man tasyaa’u, watanzi’u mulka


mimman tasyaa’u, watu ‘izzu man tasyaa’u, watudzillu man tasyaa’u,
biyadikal khoyru innaka ‘alaa kulii syai’in qodiirun 

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa


pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada
sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa
pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang
memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang
menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah
sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas
tiap-tiap sesuatu.

13.Seterusnya disambung dengan bacaan Ali-Imran ayat 27:


 Tuwlijul layla finnahaari, watuwlijunnahaaro fil layli, wa tukhrijul hayya
minal mayyiti, watukhrijul mayyita minal hayyi, watarzuqu man tasyaa’u
bighoyri hisaabin 

“Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam


waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam
waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari
benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari
sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa
yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya”.

14.Selepas itu bacalah surah Al-Ikhlas:


Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha
Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon
sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan
tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

15.Disambung dengan bacaan surah Al-Falaq:

Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan


yang menciptakan sekalian makhluk. Dari bencana makhluk-makhluk yang
Ia ciptakan. Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk. Dan dari kejahatan
makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan
(dan ikatan-ikatan). Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia
melakukan dengkinya.

16.Disambung lagi dengan surah An-Nas:


Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah)
Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia. Tuhan
yang berhak disembah oleh sekalian manusia. Dari kejahatan pembisik
penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan
hasutannya ke dalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari
kalangan jin dan manusia”

17.Diikuti bacaan Al-Fatihah sekali lagi:

18.Kemudian mulakan tasbih dengan ucapan:

Ilahirabbi subhanallah

Tuhanku, penjagaku Maha Suci Allah


19.Mulakan tasbih dengan ucapan berikut sebanyak 33 kali:

 Subhaanallah 

Maha Suci Allah

20.Apabila genap bilangan tasbih, sambung dengan bacaan berikut:

 Subhaanallahi wabihamdihi da ‘iman qo’imann abada 

Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya yang kekal selama-lamanya

21.Mulakan tahmid dengan ucapan berikut sebanyak 33 kali:

 Alhamdulillah (33x) 

Segala puji bagi Allah

22.Apabila genap bilangan tahmid, sambung dengan bacaan berikut:


 Alhamdulillahi rabbil a’lamin a’laa kulli haalin’ wafi kulli haalin’ wanikmatin 

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan
sekalian alam ke atas setiap keadaan dan dalam setiap keadaan dan
nikmat.

23.Mulakan takbir dengan ucapan berikut sebanyak 33 kali:

 Allahuakbarr (33X) 

Allah Maha Besar

24.Apabila genap bilangan takbir, sambung dengan bacaan berikut:


Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan
petang. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah Yang Maha Esa,
tidak ada bersekutu denganNya sesuatu. Baginya kerajaan, baginya
segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mematikan. Dialah Yang
Maha Kuasa ke atas segala sesuatu dan kepada Allah jualah tempat
kembali. Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan
pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung. Aku mohon
keampunan daripada Allah.
 

You might also like