You are on page 1of 2

Kaitkan pengurusan dan dasar-dasar perkhidmatan bimbingan dan kaunseling

dengan pematuhan dan keselarasan Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 580.

Pengurusan dan dasar-dasar perkhidmatan bimbingan dan kaunseling merupakan


satu dasar yang penting dalam memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dapat
dijalankan dengan lancar dan berkualiti .Pengurusan perkhidmatan merangkumi
perancangan seseorang guru bimbingan dan kaunseling dalam mengurus fail-fail, rekod,sesi
atau program dan aktiviti sepanjang tahun di sekolah.

Kod Etika kaunselor pula merupakan satu panduan kepada guru bimbingan dan
kaunseling dalam memastikan kaunselor memberi perkhidmatan berasaskan elemen-
elemen yang dituliskan dalam kod etika kaunselor .Akta kaunselor 580 merupakan satu akta
yang diwujudkan khas untuk guru bimbingan dan kaunseling sahaja.

Pengurusan dan dasar-dasar perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dengan


pematuhan dan keselarasan kod etika kaunselor dan akta kaunselor 580 adalah saling
melengkapan bagi guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa dalam melaksanakan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Perkhidmatan ini adalah mematuhi bahagian C
iaitu tanggungjawab professional dan bahagian IV iaitu pendaftaran kaunselor dan perakuan
amalan.Pada kod etika,kaunselor perlulah menjalankan tugas dengan professional.Oleh
itu ,guru kaunselor perlu menjalankan tugasnya dengan sepenuh masa dengan merancang
aktiviti, mengelola sesi dan menyimpan sistem fail apabila di sekolah.Selain itu
,perkhidmatan tersebut jika selaras dengna akta kaunselor 580 kerana kaunselor telah
berdaftaran dan berakur akan menjalankan amanah sebagai seorang guru bimbingan dan
kaunseling. Dengan adanya akta kaunselor 580 ,kaunselor dapat menumpulkan perhatian
sepenuhnya dalam memberi perkhidmatan kaunseling kerana akta ini akan membebaskan
beban guru kaunselor daripada kerja mengajar mata pelajaran.

Seterusnya, kod etika penting kerana ia dapat memberikan garis panduan kepada
guru B&K untuk memberi perkhidmatan kaunseling seperti mengendalikan sesi dengan lebih
baik.Guru B&K boleh merujuk kepada bahagian A iaitu perhubungan menolong dalam kod
etika kaunselor ,Guru B&K boleh mengetahui tentang hubungan antara kaunselor dengan
klien dan kebajikan mereka yang diberi oleh kaunselor. Dalam akta kaunselor 580 bahagian
IV kaunselor akan dilantik menjadikan seorang kaunselor yang berprofesional dan bertauliah
dalam menyelaraskan semua program dan sesi.Dengan adanya keselarasan tersebut,ia
dapat menjamin kualiti dan profesionalisme guru bimbingan dan kaunseling di
sekolah.Malah , dengan adanya perakuran dan kod etika ,kepercayaan terhadap klien akan
bertambah dan akan menjamin kebajikan klien jika berlaku apa-apa masalah seperti
kerahsiaan kerana terikat dengan akta kaunselor 580 dan berasaskan kepada kod etika
kaunselor.

You might also like