You are on page 1of 1

Sebagai seorang kaunselor yang hebat, saya berpendapat bahawa Inventori kerjaya Holland

lebih sesuai digunakan SDS( self direct search) terhadap pelajar di sekolah rendah kerana
SDS ini dapat membantu pelajar untuk menjelaskan hubungan antara personaliti dan
persekitaran seseorang individu. Dalam Inventori kerjaya SDS, Holland telah mengelaskan
personaliti kepada enam jenis iaitu Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S),
Enterprising (E) dan Conventional (C). Dalam pemilihan kerjaya, seseorang individu akan
cenderung untuk memilih persekitaran kerjaya yang selaras dengan minat kerjaya atau
personaliti dirinya. Oleh demikian, saya berpendapat bahawa Inventori kerjaya SDS ini
sesuai digunakan oleh pelajar kerana tingkah laku individu adalah ditentukan oleh interaksi
antara personaliti dan persekitaran. Melalui Inventori SDS ini, kaunselor dapat menganalisis
jenis personaliti seseorang individu dan jenis persekitaran pelajar yang akan mempengaruhi
pelajar dalam pemilihan kerjaya. Selain daripada itu, penggunaan inventori SDS ini juga
membantu kaunselor menganalisis pemilihan kerjaya pelajar sekirannya berlakunya
ketidakselarasan personaliti dan persekitaran pelajar. Kaunselor dapat memberi cadangan
atau pendapat dalam pemilihan kerjaya yang bersesuaian dengan personaliti pelajar dan
persekitaran pelajar selepas menganalisiskan personaliti pelajar melalui inventori SDS.

You might also like