You are on page 1of 2

KERTAS CADANGAN BENGKEL BIMBINGAN KERJAYA

TARIKH : 6 OKTOBER 2020


TAJUK: BENGKEL BIMBINGAN KERJAYA
1.0 PENGENALAN
Bimbingan kerjaya merupakan proses mendidik yang melibatkan maklumat-maklumat diberikan
kepada pelajar dalam usaha untuk membantu pelajar bergerak maju secara progresif kea rah
matlamat yang dicita-citakan. Sebahagian daripada program bimbingan yang direka bentuk
adalah untuk menolong pelajar di dalam perkembangan kerjaya mebabitkan sebahagian
daripada program bimbingan yang melibatkan memberikan kaunseling kepada pelajar berkaitan
perkembangan kerjaya. Oleh yang demikian, kerjaya diajar sebagai satu subjek sementara
konsep kerjaya yang berkaitan diterapkan ke dalam subjek lain bermula di peringkat rendah
hingga ke peringkat menengah. Oleh itu, usaha memperkasa program bimbingan kerjaya yang
ada sekarang perlu menjadi satu keutamaan. Pihak sekolah mengharapkan program ini data
dijalankan memberi impak yang berkesan kepada anak didik sekolah.

2.0 OBJEKTIF
Di akhir program ini, murid-murid akan dapat:
I. Membantu peserta mengenali personaliti diri dan dan personaliti belajar
memudahkan mereka memahami persekitaran yang sesuai dengan mereka.
II. Membangkitkan kesedaran diri peserta mengenai keunikan dan kehebatan peribadi.
III. Mengembangkan potensi diri peserta dalam mengoptimumkan proses
pembelajaran.
IV. Memahami dan memperoleh pengetahuan yang lebih mendalam tentang
kepelbagaian kerjaya.
3.0 ANJURAN
Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Chung Hua Simanggang

4.0 BUTIRAN PROGRAM


 Tarikh Program
10 Oktober 2020
 Tempat Program
Dewan suara Besar Sri Aman
 Sasaran program
40 orang murid yang terpilih darjah Enam SJKC Chung Hua Simanggang

5.0 AHLI JAWATANKUASA KERJA


Pengerusi : En. Cham Kui Xiong
Naib Pengerusi : Puan Wong Ching Mei
Setiausaha : Cik Hiew Lee Hong
Penolong Setiausaha : Puan Fatimah Zahrah
Bendahari : En. Tay Yap Cheng
AJK Keselamatan : Puan Azlinda
AJK Jurugambar : En. Ten Hui Chia
AJK Peralatan : Puan Maria Kusam
AJK Pendaftaran : Cik Chew Ling
AJK Teknikal : En. Lai Kiong Hin

6.0 TENTATIF PROGRAM BENGKEL KERJAYA


(Rujuk Lampiran 2)

7.0 ANGGARAN PEMBELANJAAN


(Rujuk Lampiran 3)

8.0 PENUTUP
Semoga Program Bengkel Kerjaya ini dapat memberikan pelbagai maklumat berguna kepada
para pelajar dan akan menggunakan ilmu yang diperolehi itu sebaik mungkin untuk menghadapi
masa depan yang semakin mencabar. Kerjasama dari semua pihak adalah amat penting bagi
menjayakan program ini.

You might also like