You are on page 1of 5

1.

0 LAPORAN PROJEK

1.1 JENIS PROJEK


Projek inovasi yang telah dihasilkan oleh saya merupakan satu pembelajaran
yang kreatif yang menggunakan elemen inovasi digital dalam pembelajaran yang
bertajuk “My Magic World”. Saya telah menggunakan Microsoft Power Point dan
“My Magic World” ini terdapat dua bahagian iaitu permainan dan belajar.

1.2 MATLAMAT PROJEK


“My Magic World” bermatlamat untuk membantu murid dalam mengenai
warna primer iaitu merah, kuning dan biru melalui perisian yang menarik. Selain
itu, matlamat “My Magic World” ialah untuk meningkatkan keberkesanan sesi
pengajaran dan pembelajaran.

1.3 FUNGSI PROJEK


“My Magic World” berfungsi untuk membantu murid pendidikan khas
masalah pembelajaran mengalami suatu pembelajaran yang berlainan dan
seronok. Menurut kajian yang dilakukan oleh Mohd Azul (2000), penggunaan
elemen multimedia dapat menyumbang kepada satu persekitaran pembelajaran
yang mudah difahami, lebih efektif serta berkualiti di kalangan pelajar. Selain itu,
“My Magic World” mempunyai bahan-bahan yang mnyeluruh iaitu dari set
induksi, langkah-langkah pengajaran dan jug aktiviti pengukuhan. Dalam aktiviti
pengukuhan saya telah menggunakan dua permainan untuk menguji kefahaman
murid. Seterusnya, saya juga menggunakan suara, animation. Teks dan grafik
yang berwarna-warni untuk menarik minat murid.

1
1.4 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran untuk “My Magic World” ialah kepada murid pendidikan
khas masalah pembelajaran Tahun 2. Kategori murid yang boleh menggunakan
perisian ini adalah kepada semua murid pendidikan kahs masalah pembelajaran.
Dokumen Standard kandungan pembelajaran (DSKP) ialah berikut:

Tajuk Standard kandungan Standard pembelajaran

Murid berupaya:

komponen seni visual 1.4 Mewarna 1.4.1 Mengenal warna

i. warna primer

1.5 SUMBER INSPIRASI YANG MEMBANTU PENJANAAN IDEA INOVASI


Sumber inspirasi yang membantu saya untuk mendapat idea ialah
pengalaman selepas. Semasa saya menjalankan praktikum di sebuah sekolah
SKC di alor setar. Saya telah mengenal pasti murid pendidikan khas amat
berminat dengan perisian teknologi dan mereka akan berasa senorok apabila
guru menggunakan perisian seperti power point dan video. Selain itu, terdapat
guru yang kurang mahir dengan penggunaan teknologiMenurut Ismail (2002),
perisian multimedia boleh menjadi pemudah cara yang kuat bagi pengajaran dan
pembelajaran dengan sebab-sebab dan kebijaksanaan untuk berjaya. Oleh itu,
saya telah menghasilkan “My Magic World” untuk memberi satu pengalaman
yang berlainan kepada murid dan juga meningkatkan keberkesanan kelas.

2.0 PENILAIAN DAN DAPATAN KEBOLEHGUNAAN PROJEK

Kaedah yang telah saya digunakan untuk menilai kebolehgunaan projek saya
ialah menggunakan borang soal selidik. Selain itu, tujuan saya menggunakan
borang selidik sebagai bahan penilaian saya kerana menurut Gillham (2000),
terdapat beberapa sebab mengapa borang soal selidik menjadi pilihan
kebanyakan pengkaji seperti kos membina borang soal selidik yang murah dan
masa yang diperuntukkan singkat dan pengkaji boleh memperolehi data atau
maklumat dari jumlah responden yang lebih ramai dan cepat.

Setelah menjalankan penilaian dan menganalisis data yang telah dikumpul,


saya telah mengenalpasti beberapa kekuatan projek iaitu projek saya dapat

2
menarik minat murid. Hal ini kerana saya telah menggunakan pelbagai bahan
seperti suara, gambar yang berwarna-warni dan animation. Selain itu,
permainan dan sesi pengajaran dan pembelajaran adalah seusai dengan
tahap murid pendidikan khas. Contohnya, saya telah menyediakan permainan
yang mudah dan sesuai dengan tahap penguasaan murid dan semasa
menjalankan pengajaran saya telah menujukkan contoh-contoh yang berkaitan
kerana murid pendidikan khas sukar untuk imaginasi, oleh itu, contoh yang
ditayangkan dapat membantu mereka dalam mengenal warna. Saya juga
menggunakan contoh yang sesuai dan biasa murid akan dinampak seperti baju,
belon, sayur dan sebagainya.

Selain kekuatan projek, terdapat juga beberapa kelemahan projek saya.


Antaranya ialah suara guru yang kurang mempunyai intonasi. Hal ini akan
menyebabkan murid berasa bosan dan kurang mendapat motivasi. Selain itu,
kelemahan yang seterusnya ialah tiada tahap kesukaran permainan.
Permainan saya tiada mempunyai tahap kesukaran yang agak berbeza seperti
mudah, sederhana dan susah. Saya hanya merancangkan satu tahap sahaja.
Dengan ini, kemungkinan murid akan berasa tidak mempunyai cabaran dan juga
tidak dapat merangsang minda murid. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Cadangan penambahbaikan yang akan saya dilaksanakan ialah saya perlu


mengubah itonasi saya untuk memberi motivasi kepada murid dan juga
menarik minat murid. Selain itu, saya juga perlu membahagikan permainan
saya kepada beberapa tahap seperti mudah, sederhana dan susah. Dengan
ini, murid dapat belajar dengan lebih mencabar dan juga membantu guru
mengenalpasti murid tersebut telah menguasai pengetahuan tersebut atau tidak.
Selain itu, perbezaan tahap kesukaran juga dapat merangsang minda murid
untuk berfikir, menganalisis dan sebagainya.

3
Borang soal selidik

Nama:

Jantina:

Bil Perkara Skala


Tidak setuju setuju Sangat setuju
1 2 3
A. Reka bentuk

1. Latar belakang yang


digunakan adalah menarik.
2. Grafik yang digunakan adalah
menarik.
3. Warna-warna yang digunakan
adalah jelas.
B. Audio

1. Audio yang jelas.

2. Suara guru mempunyai


intonasi yang menarik.
3. Muzik latar adalah jelas.

C. Kandungan

1. Menepati tajuk yang diajar.

2. Sesuai dengan tahap murid


Tahun 2.
D. Kreatif dan inovasi

1. Adakah inovasi ini dapat


menarik murid?
2. Adakah inovasi ini dapat
memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran
guru?
3. Adakah inovasi ini sesuai
dengan tahap murid
Pendidikan khas Tahun 2?

RUJUKAN

Gillham, B. (2000). Research interview. A&C Black.

4
Suyatno.(2009). Menjelajah Pembelajaran Inovatif.Sidoarjo: PustakaMasmedia Buana
Sa’ud,

Udin

Nor Shamsila. Penggunaan perisian padlet.com dalam meningkatkan minat pelajar terhadap

bahasa arab. Dilayari pada 25 Mac 2019 dari,


https://www.academia.edu/36925284/PENGGUNAAN_PERISIAN_PADLET.COM_D
ALAM_MENINGKATKAN_MINAT_PELAJAR_TERHADAP_BAHASA_ARAB

Mohd Amin. Contoh Inovasi dalam pendidikan. Dilayari pada 27 Mac 2019 dari,

https://www.academia.edu/29126032/Contoh_Inovasi_dalam_pendidikan_MOHD_A
MIN

You might also like