You are on page 1of 1

HOSPITAL KAJANG

IKLAN JAWATAN KOSONG PEMBANTU TADBIR N19 (SAMBILAN)

1. Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia untuk mengisi kekosongan


jawatan berikut :-

1.1 Nama Jawatan : Pembantu Tadbir N19 (sambilan)

1.2 Klasifikasi Perkhidmatan : Sokongan

1.3 Kumpulan Perkhidmatan : Kumpulan Pelaksana

1.4 Kadar Upah : RM 54.00 sehari

1.5 Taraf Jawatan : Sambilan

1.6 Tempoh : Maksimum 6 Bulan (3 bulan + 3 bulan)

1.7 Tujuan : Menjalankan Kerja-Kerja Pembantu Tadbir


N19 di :
- UNIT KEJURUTERAAN
- UNIT SUMBER MANUSIA & LATIHAN
- UNIT PEROLEHAN

2. Syarat Kelayakan/Kriteria : i) Sijil Pelajaran Malaysia

3. Cara Memohon

a. Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang KKM-SM-1/99 yang boleh didapati


daripada Unit Sumber Manusia , Hospital Kajang dengan mengambil sendiri. Nama
jawatan yang dipohon hendaklah dicatat di sebelah kiri atas sampul surat. Borang
permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah di hantar kepada PENGARAH
HOSPITAL, HOSPITAL KAJANG, JALAN SEMENYIH, 43000 KAJANG, SELANGOR
DARUL EHSAN (u/p : UNIT SUMBER MANUSIA) tidak lewat daripada 10 JANUARI
2020 (JUMAAT).

b. Borang-borang permohonan mestilah disertakan salinan dokumen seperti berikut (fotostat


yang diakui sah) :
(i) Resume
(ii) Sijil Kelahiran
(iii) Sijil SPM ( Syarat Minimum : LULUS BAHASA MELAYU)
(iv) Gambar berukuran passport
(v) Kad Pengenalan

Borang permohonan yang tidak lengkap diisi akan ditolak. Kelayakan umur adalah 18
tahun - 35 tahun pada tarikh iklan ditutup.
Perhatian :-
1. Permohonan lewat diterima tidak akan dilayan.
2. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
3. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh sebulan adalah
dianggap tidak berjaya.
4. Sebarang pertanyaan sila hubungi :-

Pn. Nur Liyana Binti Mohamed Basuki


Unit Sumber Manusia
No. Telefon : 03-8913 3333 samb. 1280

HANYA CALON-CALON YANG BERJAYA UNTUK TEMUDUGA AKAN DIHUBUNGI


MELALUI TELEFON.

You might also like