You are on page 1of 9

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ULAR

09000 KULIM, KEDAH.

LAPORAN

KEM BESTARI SOLAT


TAHAP 1

FASA 2 TAHUN 2019


1.0 PENGENALAN

Kem Bestari Solat merupakan salah satu modul aktiviti yang terkandung di dalam program
pelaksanaan j-QAF yang telah dilaksanakan bermula tahun 2005. Program j-QAF ini adalah
cetusan idea daripada YAB Dato‟ Seri Abdullah Ahmad Badawi , Perdana Menteri Malaysia.
Dengan adanya program ini, matlamat kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia akan
memastikan murid–murid di tahun satu yang berumur 7 tahun akan dapat menguasai dan
mendalami pengetahuan Agama Islam secara berperingkat – peringkat. Program perintis ini akan
berterusan sehingga murid – murid di tahun satu hingga ke tahun 6.

Menyedari hakikat bahawa golongan remaja merupakan aset yang paling berharga
kepada negara pada masa hadapan, maka pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui
guru–guru j-QAF telah mengambil langkah drastik bagi mendidik dan membimbing murid–
murid bermula dibangku sekolah rendah lagi. Ini bertepatan dengan ajaran Islam yang
menggalakkan umatnya agar dapat mendidik anak-anak ketika umur 7 tahun lagi. Bak kata
pepatah “ melentur buluh biar dari rebungnya.” Hal ini diperkuatkan lagi melalui hadis Nabi
Shallallahu ‟Alaihi Wa Sallam yang bermaksud “ anak–anak itu dilahirkan ibarat kain putih,
maka ibu bapa yang akan mencorakannya ”.

Kami berharap melalui program ini, murid–murid akan dapat menghayati dan menjiwai
pengajaran yang terkandung dalam Agama Islam melalui solat dan amalan–amalan lain yang
dituntut oleh Islam. Selain daripada itu,mereka akan terdidik supaya menjadi insan soleh yang
taat kepada perintah Allah, Rasul serta ibubapa dan seterusnya menjadi warganegara yang patuh
dan taat kepada undang–undang negara.
2.0 CADANGAN KERTAS KERJA KBS TAHAP 1

KERTAS KERJA KEM BESTARI SOLAT TAHAP 1 BAGI TAHUN 2019


SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ULAR
09000 KULIM KEDAH

PENDAHULUAN

Solat merupakan asas utama dalam membentuk peribadi kehidupan seorang muslim yang sejati.
Solat merupakan rukun Islam yang kedua yang wajib ditunaikan oleh setiap muslim. Dengan kesedaran
betapa pentingnya solat, maka pihak JAPIM telah memasukkan satu modul Bestari Solat di dalam modul
perlaksanaan program j-QAF.

Oleh itu, pihak Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Sungai Ular telah mengambil
inisiatif merancang untuk menganjurkan Kem Bestari Solat (KBS). Program ini merupakan sebahagian
daripada program j-QAF yang wajib dilaksanakan di setiap sekolah yang terlibat.

Secara khususnya, program ini merupakan satu usaha penting untuk memperkasakan amalan
wuduk dan solat untuk murid-murid yang masih kurang menguasai dalam melaksanakan perkara fardhu
ain.

Penghayatan amali wuduk dan amali solat yang berkesan memungkinkan murid-murid akan
lebih yakin dan mantap segi rohani, jasmani dan intelek dalam penghayatan secara berterusan.
OBJEKTIF

1. Menarik minat murid-murid terhadap amalan solat wajib dan sunat.

2. Meningkatkan keupayaan murid agar dapat melaksanakan wuduk dengan sempurna dan
solat dengan betul.

3. Menyuburkan kembali budaya kehidupan secara berjemaah yang menjadi satu amalan
yang amat digalakkan.

MATLAMAT

1. Mengembangkan daya siang yang positif di kalangan murid Islam disamping merapatkan
Ukhwah Islamiyyah sesama mereka.

2. Memantapkan kenyakinan murid-murid tentang amalan fardhu

3. Menyakinkan murid-murid tentang kewajipan solat lima waktu.

KUMPULAN SASARAN

Murid Islam Tahun 1,2 dan 3

TEMPOH CADANGAN PROGRAM

TARIKH : 27 Ogos 2019

HARI : Sabtu

MASA : 10.00 PAGI – 3.00 PETANG

TEMPAT : Dewan Ilmu dan Surau SK Sungai Ular


3.0 LAPORAN PELAKSANAAN KBS TAHAP 1

10.00 PAGI : MURID BERKUMPUL DI DEWAN ILMU SK SUNGAI ULAR


MURID MENDAFTAR MENGIKUT KELAS

10.30 PAGI : TAKLIMAT PELAKSANAAN PROGRAM KBS DAN PEMBAHAGIAN


KUMPULAN
(US. MOHD FAUZI BIN MOHD EFFENDI)

10.30 PAGI : LATIHAN DALAM KUMPULAN 1


PENERANGAN TENTANG WUDHU (SYARAT, RUKUN DAN SUNAT)
(US. AHMIDINAZIZ BIN AHAMAD)

11.00 PAGI : LATIHAN DALAM KUMPULAN 2


MURID MELAKUKAN AKTIVITI AMALI WUDHU
STESEN 1: SURAU (THN 1)
STESEN 2: DEWAN ILMU (THN 3)
STESEN 3:PEJABAT (THN 2)

12.00 PAGI : LATIHAN DALAM KUMPULAN 3


PENERANGAN TENTANG SOLAT-
BACAAN DAN PERLAKUAN SOLAT)
(US MOHD FAUZI BIN MOHD EFFENDI)

1.00 PTG : LATIHAN DALAM KUMPULAN 4


(AMALI SOLAT) PERLAKUAN SOLAT DAN BACAAN

2.00 PTG : LATIHAN DALAM KUMPULAN 5


SOLAT ZOHOR BERJAMAAH
(AL-FADHIL US. AHMIDINAZIZ BIN AHAMAD)

3.00 PTG : PENUTUP (PENILAIAN DAN BERSURAI)


4.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN PELAKSANAAN KBS TAHAP 1

4.1 KEKUATAN

1. Kerjasama yang baik daripada semua guru yang terlibat dalam melaksanakan

Program Kem Bestari Solat Tahap 1.

2. Kerjasama dan keprihatinan pihak pentadbir memberi kelonggaran kepada

Jawatankuasa pelaksana untuk mengelola program sedikit waktu sesi PdPc.

3. Semua murid memberikan perhatian dan kerjasama pada semua aktiviti yang

telah dirancang.

4.2 KELEMAHAN

1. Masalah kekangan waktu, pertindihan program lain dan kekurangan guru

untuk melaksanakan program KBS pada cuti hujung minggu.

2. Bilangan murid yang ramai memberikan kekangan masa dan tempat untuk

berwudhu dan menguasai bacaan solat.

3. Masalah kelemahan murid yang belum menguasai bacaan solat.

4.3 CADANGAN PENAMBAIKAN

1. Perlu menyediakan lebih banyak paip air untuk sesi amali wudhu.

2. Guru perlu meningkatkan penguasaan bacaan dalam solat dalam PdPc

kerana kekangan waktu dalam aktiviti Kem Bestari Solat.


5.0 LAPORAN KEWANGAN PERBELANJAAN

5.1 Sumber Kewangan : 1. Peruntukan KBS dari KPM

5.2 Kos Perbelanjaan : 1. Fotostat + Fail = RM150.00


2. Cenderahati Murid = RM450.00
3. Pengurusan = RM100.00

JUMLAH BESAR = RM700.00


6.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya Kem Bestari Solat Tahap 1 ini dilaksanakan untuk memupuk dan
mengukuhkan kemahiran asas murid-murid dalam memenuhi kefardhuan solat lima waktu sehari
semalam. Solat merupakan tuntutan yang yang telah diperintahkan oleh Allah Subhanahu Wa
Ta‟ala ke atas seluruh umat Islam, tanpa mengira bangsa, paras rupa dan warna kulit.
Sebagaimana firmanNya di dalam Al-Quran Al-Karim; “Tunaikanlah solat dan tunaikanlah
zakat serta taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya.” [Surah Al-Mujadilah:13]
Maka sudah menjadi kewajipan bagi setiap orang Islam menunaikan solat sehari semalam lima
waktu, kerana ia merupakan perintah Allah yang wajib dilaksanakannya sebagaimana termaktub
dalam Al-Quran Al-Karim.

Oleh itu, program ini bertujuan memberi kesedaran kepada para pelajar tentang
kewajipan menunaikan perintah Allah tersebut yakni solat. Di samping memberikan pendedahan
tentang hukum-hakam dan tatacara pelaksanaannya yang betul supaya para pelajar dapat
melaksanakanya mengikut tatacara solat yang betul sebagaimana yang telah dicontohkan oleh
Rasulullah Shallallahu „Alaihi Wa Sallam. Maka sudah menjadi kewajipan bagi setiap orang
Islam menunaikan solat sehari semalam lima waktu, kerana ia merupakan perintah Allah yang
wajib dilaksanakannya sebagaimana termaktub dalam Al-Quran Al-Karim.
.

Disediakan Disahkan

…………………...………………… ………………..………………………..
(Ustaz Mohd Fauzi Bin Mohd ( Pn. Norzita Binti Adullah )
Effendi) Guru Besar SKSU
Ketua Panitia SKSU 2019
7.0 LAMPIRAN 1

(GAMBAR AKTIVITI)

You might also like