You are on page 1of 13

LAPORAN KEM BESTARI SOLAT 2017

SK BUKIT CHANGGANG

Kem Bestari Solat merupakan aktiviti perkhemahan yang dilaksanakan


bertujuan untuk memastikan murid-murid boleh menunaikan solat dengan sempurna
sama ada dari aspek bacaan dan perbuatan. Kem Bestari Solat ini diadakan pada
11 September 2017 bersamaan dengan hari Isnin. Kem Bestari Solat ini diadakan di
Masjid As Sobirin bukit Changgang yang melibatkan seramai 334 orang murid
beragama Islam tahun 4 dan 5.

Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti tayangan slaid tentang


Kewajipan Solat, tayamum, pengenalan anggota wuduk, bacaan pendek dalam
solat, latihan dalam kumpulan dan kuiz yang dilaksanakan bertujuan untuk
menyediakan ruang kepada murid-murid tahun 4 dan 5 untuk mengetahui
kepentingan solat, cara berwuduk, melaksanakan perbuatan dalam solat dengan
betul dan menguasai bacaan dan perbuatan dalam solat serta mengaplikasikan
dengan baik dan lancar.

Dengan pelaksanaan Kem Bestari Solat ini, murid-murid akan dapat


mengaplikasikan segala ilmu berkaitan solat yang dipelajari di dalam kelas dengan
lebih terperinci dan praktikal. Pelaksanaan kem seperti ini juga akan memberi kesan
kepada murid-murid dalam meningkatkan pengetahuan, kemahiran, kesungguhan
dan rasa tanggungjawab dalam diri murid-murid untuk melaksanakan segala
tuntutan yang diperintahkan oleh Allah dan meninggalkan segala larangan yang
ditegah.
LAPORAN AKTIVITI

1) Sesi Pendaftaran dan Pergerakan Murid ke Masjid As Sobirin

Semua murid tahun 4 dan 5 Sk Bukit Changgang berkumpul di dataran


perhimpunan untuk sesi pendaftaran. Murid-murid seterusnya dikumpulkan
mengikut kelas masing-masing bagi memudahkan sesi pendaftaran dan
seterusnya dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi aktiviti Latihan
dalam Kumpulan. Guru-guru juga turut dibahagikan kepada beberapa
kumpulan untuk mengawasi pergerakan murid ke Masjid As Sobirin. Murid-
murid Tahun 4 dan 5 Sk Bukit Changgang bergerak ke Masjid As Sobirin dan
berkumpul di ruang solat Masjid mengikut kelas dan kumpulan yang telah
ditetapkan.

Kekuatan: perancangan yang rapi dalam membahagikan murid-murid


kepada kumpulan tertentu telah banyak membantu kelancaran
Kem Bestari Solat.

Kelemahan: pergerakan murid-murid ke Masjid perlu lebih teratur bagi


memastikan keselamatan murid.
2) Tayangan Slaid tentang Kewajipan Solat.

Murid-murid berkumpulan di ruang solat Masjid As Sobirin mengikut


kumpulan yang telah ditetapkan. Sebelum memulakan majlis, murid-murid
dinasihatkan agar sentiasa menjaga adab di dalam masjid dan memberikan
perhatian yang sepenuhnya sewaktu ceramah disampaikan. Kem Bestari
Solat dimulakan dengan ceramah daripada En Muhammad Azfar Zamir Bin
Muhsin. Beliau menyentuh tentang kewajipan solat dan anggota-anggota
tayamum.

Kekuatan : Isi ceramah yang disampaikan bersesuaian dengan tahap


murid. Isi ceramah juga sangat ringkas dan padat serta
menyentuh semua perkara-perkara asas yang perlu difahami
oleh murid-murid.

Kelemahan : Kawalan Disiplin murid perlu ditingkatkan lagi supaya murid-


murid memberikan sepenuh perhatian dan fokus terhadap
ceramah yang disampaikan.
3) Latihan dalam Kumpulan (Pengenalan anggota wuduk dan amali wuduk) dan
Latihan dalam Kumpulan (Bacaan Pendek dalam solat).

Kem Bestari Solat diteruskan dengan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan


yang dikendalikan oleh Ustaz Mohd Faiz Ridhwan bin Hashim. Dalam slot ini,
murid-murid ditunjukkan tentang wuduk, perkara-perkara yang membatalkan
wuduk dan anggota-anggota wuduk. Manakala aktiviti Latihan dalam
Kumpulan yang kedua dikendalikan oleh Ustaz Mohd Syamil bin Anuar yang
menyentuh tentang bacaan-bacaan pendek di dalam solat.

Kekuatan : Isi ceramah yang disampaikan bersesuaian dengan tahap


murid. Isi ceramah juga sangat ringkas dan padat serta
menyentuh semua perkara-perkara asas yang perlu difahami
oleh murid-murid. Tayangan slaid yang menarik disertai dengan
video dang gambar-gambar bergerak yang mampu menarik
minat dan fokus murid-murid untuk mengikuti aktiviti yang
dijalankan.

Kelemahan: Tempoh yang lebih panjang perlu diberikan bagi melaksanakan


slot ini bagi memberi peluang kepada murid-murid untuk
melaksanakan amali wuduk dengan betul dan terperinci.
4) Amali Solat Sunat Dhuha

Murid-murid lelaki dan perempuan bergerak ke ruang solat yang telah


ditetapkan. Slot amali Solat Dhuha ini dikendalikan oleh Ustaz Luqman Bin
Jamaluddin. Murid-murid diminta untuk mengambil wuduk dan membuat saf.
Sesi penerangan tentang cara-cara menunaikan solat Dhuha diberikan
sebelum amali solat Dhuha dijalankan.

Kekuatan : sesi penerangan yang diberikan sangat menyeluruh dan


membantu murid-murid untuk memahami dan seterusnya
mendirikan solat Sunat Dhuha dengan betul.

Kelemahan : perlu ada guru yang mengawasi murid-murid sewaktu amali


Solat Dhuha ini bagi memastikan murid-murid mendirikan solat
Dhuah dengan betul dan tidak bermain.
5) Kuiz Smart Solat

Aktiviti terakhir bagi Kem bestari Solat ini ialah kuiz Smart Solat yang
dikendalikan oleh Ustaz Mohd Syafiq bin Noor Shahrual Nizam. Soalan-soalan
kuiz yang diberikan berkaitan dengan isi ceramah yang telah diberikan.

Kekuatan : soalan-soalan yang diberikan bersesuaian dengan aras pemikiran


murid-murid.

Kelemahan : kaedah pemilihan murid yang digunakan kurang sesuai kerana


jumlah peserta yang menyertai Kem Bestari Solat ini sangat ramai.
Kaedah seperti angkat tangan yang tercepat kurang sesuai
dilaksanakan untuk memilih murid yang akan menjawab soalan.

You might also like