You are on page 1of 16

PERJANJIAN INI dibuat pada haribulan DISEMBER 2020.

DI ANTARA

PEMBANGUNAN PERTANIAN MELAKA SDN. BHD (No. Syarikat : 93619-h) beralamat di D/A
Ladang Lembah Kesang, Batu 19 ½, Jalan Jasin-Semujuk, 77300, Semujuk, Merlimau Melaka
sebuah perniagaan yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 (Pindaan 2016). (Selepas
ini dirujuk sebagai “Syarikat”)

Dan

SITI ZAWIAH BINTI AMAN (No. Kad Pengenalan : 680424-01-5061) yang berniaga sebagai
ZAWIAH BINA ENTERPRISE (No. Syarikat : MA 0107894-X) yang beralamat di No. 166, Parit
No.3, Jln. Yusof Sg. Balang, 83610, Muar, Johor. (Selepas ini dirujuk sebagai “Kontraktor”).

BAHAWASANYA:-

A. Syarikat adalah tuanpunya berdaftar tanah yang dipegang di bawah hakmilik seperti
yang tercatit di dalam Bilangan 3 Jadual Satu Perjanjian ini (Selepas ini dirujuk sebagai
“Hakmilik Tanah tersebut”). Syarikat berhajat untuk membersihkan kawasan tanaman
kelapa sawit seluas 100 ekar dan menanam kelapa sawit baharu seperti yang dinyatakan
dalam Bilangan 4 Jadual Satu Perjanjian ini pada Hakmilik Tanah tersebut (kemudian
daripada ini disebut “Kerja tersebut”.

B. Syarikat telah menyediakan spesifikasi untuk Kerja tersebut iaitu kerja-kerja


pembersihan kawasan tanaman kelapa sawit dan penanaman kelapa sawit baharu
seluas 100 ekar seperti yang dinyatakan dalam JADUAL SPESIFIKASI KERJA Perjanjian ini.

C. Syarikat bersetuju untuk melantik Kontraktor dan Kontraktor bersetuju untuk


melaksanakan dan menyiapkan Kerja tersebut iaitu semua kerja-kerja pembersihan
kawasan tanaman kelapa sawit seluas 100 ekar dan penanaman kelapa sawit baharu
diatas kawasan tersebut pada Hakmilik Tanah tersebut mengikut spesifikasi serta terma-
terma dan syarat-syarat yang dinyatakan kemudian daripada ini.

DENGAN INI ADALAH DIPERSETUJUI seperti berikut :-

1. TAFSIRAN

Dalam Perjanjian ini, jika konteksnya mengkehendaki sedemikian, “Syarikat” dan


“Kontraktor” meliputi wakil mereka, waris, wakil persendirian, pengganti hakmilik dan
penerima haktau penerima hak yang dibenarkan;
2. PIHAK YANG TERIKAT

2.1. Perjanjian ini hendaklah mengikat pengganti dalam hakmilik dan penerima
serahhak yang dibenarkan oleh Syarikat dan Kontraktor, iaitu waris, wakil
peribadi, pengganti dalam hakmilik dan penerima hak yang dibenarkan oleh
Syarikat dan Kontraktor.

3. TEMPOH PENYEMPURNAAN KERJA-KERJA PEMBERSIHAN KAWASAN DAN


PENANAMAN KELAPA SAWIT

3.1. Kontraktor hendaklah memulakan kerja-kerja pembersihan kawasan ladang


kelapa sawit seluas 100 ekar dan penanaman kelapa sawit seberapa segera
yang tidak melebihi tiga (3) hari dari tarikh Syarikat menerima daripada
Kontraktor Surat Setuju Terima (Bertarikh 12 Disember 2019) beserta Polisi
Insurans Tanggungan Awam dan Polisi Insuran Pampasan Pekerja.

3.2. Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang tercatit kemudian


daripada ini, Kontraktor hendaklah menyiapkan dan menyempurnakan Kerja
tersebut iaitu kerja-kerja pembersihan kawasan tanaman kelapa sawit dan
penanaman kelapa sawit baharu seluas 100 ekar pada Hakmilik Tanah tersebut
mengikut JADUAL SPESIFIKASI KERJA dalam tempoh yang dinyatakan dalam
Bilangan 6 JADUAL SATU Perjanjian ini.

4. KELEWATAN

4.1. Tanpa menjejaskan apa-apa hak atau tindakan atau penyelesaian sebagaimana
yang dinyatakan dalam Perjanjian ini, jika Kerja tersebut iaitu kerja-kerja
pembersihan kawasan tanaman kelapa sawit seluas 100 ekar dan penanaman
kelapa sawit baharu diatas kawasan pada Hakmilik Tanah tersebut masih
belum disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan pada Bilangan 6 JADUAL
SATU Perjanjian ini, Kontraktor hendaklah membayar Syarikat gantirugi
tertentu pada kadar Ringgit Malaysia Lima Puluh Ringgit (RM50) dikira dari
hari ke hari sehingga Kerja tersebut atau semua kerja yang dinyatakan didalam
JADUAL SPESIFIKASI KERJA disiapkan dengan sempurna.

5. KERJA TERGENDALA
5.1. Mengikut pandangan atau pendapat Syarikat (atau melalui mana-mana wakil
berautoriti Syarikat termasuk Pengurus Operasi, Penyelia atau sebagainya)
(Selepas ini dirujuk sebagai “Pegawai Berautoriti Syarikat”) sekiranya Kerja
tersebut atau kerja-kerja pembersihan kawasan tanaman kelapa sawit seluas
100 ekar dan penanaman kelapa sawit baharu tersebut tergendala
disebabkan :-

a) oleh force majeure; atau


b) oleh sebab keadaan cuaca yang sangat buruk seperti hujan berpanjangan;
atau
c) oleh kehilangan atau kerosakkan disebabkan di atas tanah tersebut; atau
d) oleh rusuhan, mogok atau sekatan yang menjejaskan mana-mana pekerja
yang diambil untuk Kerja tersebut atau kerja-kerja pembersihan kawasan
ladang kelapa sawit seluas 100 ekar dan penanaman kelapa sawit tersebut;
atau
e) oleh sebab arahan yang diberi Pegawai Berautoriti Syarikat untuk apa-apa
perubahan, pindaan; atau
f) kerana Kontraktor tidak melaksanakan, mengerjakan apa-apa arahan
bertulis dari masa ke semasa yang diberikan oleh Pegawai Berautoriti
Syarikat dalam tempoh masa dinyatakan dalam notis bertulis (bagi arahan
itu); atau
g) kerana kelewatan kontraktor lain atau pekerja yang diambil oleh Syarikat
dalam perlaksanaan kerja-kerja yang tidak termasuk di dalam Perjanjian ini;
atau
h) oleh sebarang sebab lain diluar kawalan Kontraktor;

5.2. Maka Pegawai Berautoriti Syarikat akan memberikan penambahan masa yang
difikirkan wajar mengikut budibicara penuh Pegawai Berautoriti Syarikat
kepada Kontraktor untuk penyiapan Kerja tersebut atau kerja-kerja
pembersihan kawasan kelapa sawit seluas 100 ekar dan penanaman kelapa
sawit tersebut tertakluk terlebih dahulu kepada persetujuan bertulis Syarikat.
Di atas kejadian perkara-perkara tersebut di atas yang menyebabkan Kerja
tersebut atau kerja -kerja pembersihan kawasan ladang kelapa sawit seluas
100 ekar dan penanaman kelapa sawit tersebut tergendala, Kontraktor
hendaklah dengan serta-merta yang tidak lebih dua (2) hari memberikan notis
secara bertulis kepada Syarikat, tetapi hendaklah dalam masa yang sama cuba
sedaya-upaya untuk mengelakkan Kerja tersebut atau kerja-kerja pembersihan
kawasan kelapa sawit seluas 100 ekar dan penanaman kelapa sawit tersebut
dari tergendala.
6. BAHAN-BAHAN, PETROL/DIESEL DAN KETUKANGAN

6.1. Kontraktor hendaklah menyediakan di atas kos dan belanjanya sendiri


kesemua petrol, diesel, penguasaan dan penjagaan, bahan-bahan dan jentera-
jentera serta apa jua peralatan yang diperlukan untuk menyiapkan Kerja
tersebut atau kerja-kerja pembersihan kawasan kelapa sawit seluas 100 ekar
dan penanaman kelapa sawit tersebut.

7. AKSES KEPADA SYARIKAT


7.1. Kontraktor hendaklah membenarkan Syarikat, Pegawai Berautoriti Syarikat,
pengkhidmat-pengkhidmat atau agen-agennya pada bila-bila masa mempunyai
akses kepada kerja-kerja pembersihan kawasan kelapa sawit seluas 100 ekar
dan penanaman kelapa sawit tersebut atau mana-mana bahagiannya untuk
melihat dan memeriksa kemajuan kerja-kerja pembersihan kawasan ladang
kelapa sawit seluas 100 ekar dan penanaman kelapa sawit tersebut yang
sedang dijalankan.

7.2. Walaubagaimanapun, Syarikat, Pegawai Berautoriti Syarikat, pengkhidmat-


pengkhidmat atau agen-agennya bersetuju dan berakujanji tidak akan
menganggu dan menghalang Kontraktor dan/atau pekerjanya dalam
menjalankan Kerja tersebut atau kerja-kerja pembersihan kawasan kelapa
sawit seluas 100 ekar dan penanaman kelapa sawit tersebut.

8. VARIASI DAN PINDAAN

8.1. Sekiranya dalam tempoh perlaksanaan Kerja tersebut atau kerja-kerja


pembersihan kawasan kelapa sawit seluas 100 ekar dan penanaman kelapa
sawit tersebut, Syarikat berkehendakkan pindaan atau perubahan dilakukan
keatas Spesifikasi Kerja didalam JADUAL SPESIFIKASI KERJA atau Syarikat
memerlukan kerja-kerja tambahan atau kerja lain yang dihajatkan olehnya
berhubung Kerja tersebut atau kerja-kerja pembersihan kawasan kelapa sawit
seluas 100 ekar dan penanaman kelapa sawit tersebut, maka atas permintaan
atau arahan Syarikat secara bertulis, Kontraktor hendaklah melaksanakan
kerja-kerja yang dikehendaki itu dengan syarat-syarat tambahan yang
ditetapkan oleh Syarikat dan dengan bayaran pada kaedah pengiraan yang
sama pada Perjanjian ini atau pada kadar lain yang munasabah menurut
budibicara Syarikat.
9. SERAHHAK KONTRAK

9.1. Kontraktor tidak boleh menyerahhak atau mengagihkan dengan cara


subkontrak Perjanjian ini atau sebahagian darinya atau Kerja tersebut kepada
pihak lain ataupun membuat apa-apa perjanjian tambahan atau perjanjian lain
dengan mana-mana pihak lain untuk perlaksanaan apa-apa bahagian daripada
Kerja tersebut atau mana-mana bahagian kerja-kerja pembersihan kawasan
kelapa sawit seluas 100 ekar dan penanaman kelapa sawit tersebut tanpa
terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis Syarikat.

10. BAYARAN ANSURAN

10.1. Syarikat hendaklah membayar kepada kontraktor bayaran nilai kerja mengikut
peringkat kesiapan kerja sepertimana yang ditetapkan didalam JADUAL DUA
Perjanjian ini (Selepas ini dirujuk sebagai “Jadual Bayaran Berperingkat”).

10.2. Sekiranya mana-mana ansuran bayaran pada Jadual Bayaran Berperingkat


sebagaimana yang dinyatakan di dalam JADUAL DUA Perjanjian ini terus tidak
berbayar oleh Syarikat dalam tempoh dua puluh satu (21) hari dari tarikh notis
tuntutan bayaran diterima oleh Syarikat, maka faedah akan dikenakan keatas
ansuran bayaran yang tidak berbayar itu bermula selepas itu pada kadar
sepuluh peratus (10%) setahun dikira dari hari ke hari sehingga pembayaran
sepenuhnya.

10.3. Tanpa menjejaskan hak Kontraktor sebagaimana yang dinyatakan di dalam


Perjanjian ini, Kontraktor berhak untuk menamatkan Perjanjian ini dengan
notis bertulis kepada Syarikat sekiranya mana-mana ansuran bayaran pada
Jadual Bayaran Berperingkat sebagaimana yang dinyatakan di JADUAL DUA
Perjanjian ini tidak berbayar dalam tempoh dua puluh satu (21) hari dari tarikh
Notis tuntutan bayaran tersebut diterima oleh Syarikat.

11. WANG TAHANAN

11.1. Wang Tahanan sebanyak 10% daripada jumlah nilai kerja akan ditahan dan
dibayar selepas tamat Tempoh Tanggungan Kecacatan.

12. POLISI INSURANS


12.1. Kontraktor dengan perbelanjaannya sendiri dikehendaki mengambil polisi
insurans yang diperakui iaitu Insurans Tanggungan Awam, Insurans Pampasan
Pekerja dan lain-lain polisi yang difikirkan perlu dan diminta oleh Kerajaan.
Polisi insurans yang diperakui dan resit premium yang telah dibayar hendaklah
dikemukakan kepada Kerajaan dalam masa empat belas (14) hari selepas notis
penerima tawaran.

13. BAYARAN KEPADA KONTRAKTOR YANG BERJAYA

13.1. Syarikat akan membuat pembayaran apabila pelaksanaan Kerja tersebut atau
mana peringkat daripada Kerja tersebut memenuhi JADUAL SPESIFIKASI KERJA
dan disiapkan secara sempurna mengikut kepuashatian Syarikat. Walau
bagaimanapun tiada apa-apa bayaran akan dibuat sebelum Sijil Perakuan Siap
Kerja dikeluarkan atau sebagaimana ditentukan Syarikat.

13.2. Dalam tempoh dua puluh satu (21) hari selepas pengeluaran Sijil Perakuan
Siap Kerja yang disebut dalam klausa 13.1 di atas, Syarikat akan membuat
pembayaran kepada Kontraktor berkaitan dengan kerja dan/atau bahan yang
dirujuk dalam Sijil Perakuan Siap Kerja itu.

13.3. Syarikat tidak boleh membuat bayaran jika didapati kerja/peralatan yang
dibekalkan tidak menepati spesifikasi atau jika peralatan yang dibekalkan tidak
berfungsi dengan sempurna. Bayaran hanya boleh dibuat setelah Kontraktor
membuat penggantian atau pembaikan terhadap masalah yang dilaporkan dan
dengan cara ditentukan Syarikat.

14. SUB-SEWA DAN MENYERAH HAK KERJA

14.1. Kontraktor tidak dibenarkan mengsub-sewakan kerja kepada kontraktor-


kontraktor lain. Kontraktor tidak boleh menyerah hak apa-apa faedah di bawah
kerja ini tanpa terlebih dahulu mendapatkan persetujuan bertulis daripada
Syarikat.

15. PENAMATAN PERJANJIAN

15.1. Tanpa menjejaskan apa-apa hak atau remedi lain yang dipunyai oleh Syarikat,
apabila pada pendapat Syarikat atau Pegawai Berautoriti Syarikat, Kontraktor
melakukan kemungkiran mengenai mana-mana satu atau lebih perkara-
perkara yang berikut, iaitu :-
a) Kontraktor masih gagal menyiapkan kerja dalam tempoh masa yang
telah ditetapkan;
b) Kemajuan kerja terlalu lembab di mana Kontraktor didapati gagal
menjalankan kerja dengan tekun dan teratur tanpa apa-apa sebab yang
munasabah;
c) Penggantungan perlaksanaan seluruh atau sebahagian kerja, tanpa apa-
apa sebab yang munasabah;
d) Notis bertulis daripada Syarikat untuk menukar dan mengganti apa-apa
kerja yang cacat atau bahan atau barang-barang yang tidak sesuai itu
tidak dipatuhi;
e) Kontraktor diisytihar bankrap oleh pihak berkuasa/authoriti;
f) Mana-mana terma atau syarat di dalam Perjanjian ini dimungkirinya;

15.2. Maka Syarikat boleh memberikan notis bertulis kepada Kontraktor untuk
menamatkan perjanjian ini dan Wang Tahanan akan dirampas sepenuhnya.

15.3. Dalam hal sekiranya Perjanjian ini ditamatkan oleh Syarikat mengikut
Perjanjian ini maka :-

a) Kontraktor hendaklah dengan serta-merta atau sebagaimana


dinyatakan pada notis, menghentikan semua kerja di atas Kawasan
tersebut serta memindah keluar kakitangan, jentera, loji, perkakas,
bahan-bahan dan barang-barang yang diserahhantar bagi kerja-kerja
pembersihan kawasan ladang kelapa sawit seluas 100 ekar dan
penanaman kelapa sawit termasuk bahan-bahan lebihan.

b) Syarikat berhak mengambil kontraktor lain untuk meneruskan dan


menyiapkan kerja-kerja pembersihan kawasan kelapa sawit seluas 100
ekar dan penanaman kelapa sawit tersebut. Dalam hal ini, Syarikat
berhak memotong atau menolak nilai kerja yang telah disiapkan oleh
Kontraktor pada tarikh penamatan Perjanjian ini, di mana nilai kerja
tersebut akan ditentukan oleh Pegawai Berautoriti Syarikat.

c) Syarikat berhak untuk mendapatkan semula dari Kontraktor, nilai


kerosakan dan/atau kerugian dan perbelanjaan yang dialami, termasuk
apa-apa perbelanjaan tambahan dalam menyiapkan kerja-kerja
pembersihan kawasan ladang kelapa sawit seluas 100 ekar dan
penanaman kelapa sawit tersebut yang ditanggung olehnya atas sebab
penamatan Perjanjian ini.
d) Syarikat juga berhak dan boleh menuntut gantirugi terhadap Kontraktor
bagi apa-apa kerugian yang dialami Syarikat yang secara langsung atau
tidak langsung berakibatkan atau disumbangkan oleh keingkaran atau
kemungkiran Kontraktor pada mana-mana syarat atau terma pada
Perjanjian ini atau pada Kerja tersebut atau mana-mana bahagian
daripada Kerja tersebut.

16. TEMPOH TANGGUNGAN KECACATAN

16.1. Sebarang kecacatan, kerosakan, penyusutan, keburukan, kekurangan atau


sebarang bentuk kerugian pada kawasan yang telah dibersihkan dan ditanam
kelapa sawit tersebut yang berlaku, timbul atau menjadi ketara dalam tempoh
dua (2) bulan kalender dari tarikh penyerahan kawasan berkaitan pada
Hakmilik Tanah tersebut yang disebabkan oleh pekerjaan, bahan-bahan yang
tidak elok atau tidak sempurna atau berkaitan kerja-kerja pembersihan
kawasan kelapa sawit seluas 100 ekar dan penanaman kelapa sawit tersebut
tidak mengikut spesifikasi yang telah dinyatakan dalam JADUAL SPESIFIKASI
KERJA atau secara munasabah atau lazimnya dianggap berlaku kerana
kelemahan atau kegagalan Kontraktor, maka hendaklah diperbaiki, dipulihkan
dan diperbetulkan oleh Kontraktor dengan Kontraktor mengeluarkan belanja
dan kos sendiri dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh notis bertulis dari
Syarikat mengenai kecacatan, kerosakan, penyusutan, keburukan, kekurangan
atau sebarang bentuk kerugian tersebut. Jika Syarikat tidak mahu atau tidak
menuntut Kontraktor untuk melakukan kerja memperbaiki, memulih dan
membetulkannya atau Kontrakor tidak melakukannya dalam masa dan
mengikut cara atau arahan yang ditetapkan oleh Syarikat, maka Syarikat boleh
melantik mana mana kontraktor lain dan menolak kos yang dikenakan oleh
kontraktor lain itu dari mana-mana wang (Kontraktor) yang masih dipegang
oleh Syarikat dan/atau Peguamnya. Jika tiada wang yang dipegang, Syarikat
boleh menuntut kepada Kontraktor bagi semua kos dan belanja yang
dikeluarkan oleh Syarikat atau menolak dan mengambil hak daripada apa-apa
wang yang masih terhutang dan masih belum dibayar oleh Syarikat kepada
Kontraktor.

16.2. Tanpa menjejaskan atau mengurangkan hak Syarikat pada klausa/para 16.1 di
atas atau mana-mana bahagian lain Perjanjian ini, sekiranya Kontraktor gagal
membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kematian anak pokok atau apa jua
kerosakkan lain seperti yang diarahkan, Pegawai Berautoriti Syarikat berhak
memotong kos membaiki dari baki wang yang dibayar kepada Kontraktor
(sekiranya pembaikan dilaksanakan oleh pihak ketiga yang dilantik oleh pihak
syarikat) atau, jika baki itu tidak mencukupi, mengeluarkan surat aduan kepada
Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan untuk diambil tindakan.

16.3. Sejumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus (10%) Harga Kontrak kerja-
kerja pembersihan kawasan kelapa sawit seluas 100 ekar dan penanaman
kelapa sawit tersebut akan ditahan (Wang Tahanan) oleh Syarikat selama dua
(2) bulan dari tarikh siap oleh Syarikat atau pada tarikh kesiapan sempurna
Kerja tersebut; mengikut mana yang difikirkan wajar oleh Syarikat.

17. PERATURAN MEMBAYAR SELEPAS SIAP

17.1. Bayaran sepenuhnya hanya dibuat setelah Kontraktor menyiapkan kerja


dengan sempurnanya dan Perakuan Siap Kerja dikeluarkan. Walau
bagaimanapun, Pegawai Berautoriti Syarikat hendaklah membuat potongan
atau menahan sejumlah amaun dari wang yang akan dibayar kepada
Kontraktor sebagai kos untuk membaiki apa-apa kecacatan yang tidak dapat
dibaiki oleh Kontraktor didalam tempoh tanggungan kecacatan.

18. PERAKUAN SIAP MEMBAIKI KECACATAN

18.1. Syarikat atau Pegawai Berautoriti Syarikat hendaklah mengeluarkan Perakuan


Siap Membaiki Kecacatan apabila Kontraktor telah membaiki kecacatan,
ketidaksempurnaan, kekecutan, kerugian atau apa-apa jua kerosakan lain.

19. DUTI SETEM DAN YURAN GUAMAN

19.1. Semua duti setem dan kos guaman berkenaan dengan Perjanjian ini hendaklah
dibayar oleh Syarikat.

20. JADUAL DAN LAMPIRAN

20.1. JADUAL SATU, JADUAL DUA, JADUAL SPESIFIKASI KERJA dan LAMPIRAN di sini
hendaklah diambil sebagai bahagian penting Perjanjian ini.
21. PEMATUHAN KEPADA UNDANG-UNDANG OLEH KONTRAKTOR

21.1. Kontraktor hendaklah mematuhi segala kehendak Undang-Undang Kecil dan


Undang-Undang Berkanun Malaysia semasa perlaksanaan kerja. Kontraktor
tidak berhak menuntut sebarang kos dan bayaran tambahan kerana
pematuhannya dengan syarat-syarat ini.
JADUAL SATU

BIL PERKARA BUTIR-BUTIR

1. Nama dan Alamat Syarikat PEMBANGUNAN PERTANIAN MELAKA SDN. BHD.


(No. Syarikat : 93619-H) sebuah syarikat yang
didaftarkan di Malaysia di bawah Akta Syarikat
1965 dan mempunyai alamat perniagaannya di
D/A Ladang Lembah Kesang, Batu 19 ½, Jalan
Jasin-Semujuk, 77300, Merlimau, Melaka.

2. Nama dan Alamat Kontraktor SITI ZAWIAH BINTI AMAN


(No. Kad Pengenalan : 680424-01-5061)
Berniaga sebagai
ZAWIAH BINA ENTERPRISE
(No. Syarikat : MA 0107894-X)
Yang beralamat di No. 166, Parit No.3, Jln. Yusof
Sg. Balang, 83610, Muar, Johor.

3. Hakmilik Tanah tersebut PT 157, Ladang Lembah Kesang, Mukim Semujuk,


Merlimau, Melaka.

4. Kerja tersebut Kerja-Kerja Pembersihan Kawasan dan Penanaman


Kelapa Sawit diatas Tanah Seluas 100 Ekar, Di Lot
85B PT 157, Ladang Lembah Kesang, Semujuk,
Jasin, Melaka.

5. Harga Kontrak RM 119,650.00

6. Tarikh Penyiapan Kerja Empat (4) Bulan


JADUAL DUA
JADUAL BAYARAN BERPERINGKAT
Bayaran untuk Harga Kontrak sebanyak RM 119,650.00 dibuat secara berperingkat seperti
berikut :
Bil Peringkat Penyiapan Kerja % Jumlah (RM)
1. Apabila “cover note” bagi polisi insurans diserahkan 3 RM 3,000
kepada Syarikat.
2. Apabila kerja-kerja Lining Raja bagi kawasan seluas 100 5 RM 6,000
ekar tersebut siap.
3. Apabila kerja-kerja menolak, mengorek dan mencincang 52 RM 62,150
batang sawit setebal 10cm dan disusun pada setiap 4 baris
1 longgok sebanyak 5,500 pokok bagi kawasan seluas 100
ekar tersebut siap.
4. Apabila kerja-kerja membajak dilakukan sebanyak dua (2) 4 RM 4,500
kali dan menyisir dilakukan sebanyaj satu (1) kali iaitu 30
% dari keluasan keseluruhan 100 ekar tersebut siap.
5. Apabila kerja-kerja membuat jalan pada Lorong tuai 4 RM 4,000
berkelebaran 8 kaki dan ketinggian (chambering) 45cm
tersebut siap.
6. Apabila kerja-kerja membaris dan menanda lubang 6 RM 7,000
tanaman kelapa sawit seluas 100 ekar pada jarak 28 kaki x
28 kaki tersebut siap.
7. Apabila kerja-kerja membuat lubang pokok dibuat 4 RM 4,000
mengikut saiz 12” x 15” sebanyak 6,000 lubang tersebut
siap.
8. Apabila menaikkan, menurunkan dan mengangkut anak 11 RM 12,000
benih dari tapak semaian Syarikat ke tapak tanaman dan
menabur baja CIRP sebanyak 500gm dan Baja Gano EF
sebanyak 100 gm yang dibekalkan oleh Syarikat kedalam
lubang tanaman dan menanam anak kelapa sawit didalam
lubang yang telah dikorek tersebut siap.
9. Apabila kerja-kerja mencuci parit sempadan yang sedia 11 RM 12,000
ada dengan mengeluarkan rumput dan sampah yang
terdapat didalam parit sempadan tersebut siap.
JUMLAH RM 119,650
JADUAL SPESIFIKASI KERJA

BIL JENIS KERJA SPESIFIKASI KERJA

1. Lining Raja a) Kontraktor perlu memastikan barisan yang tepat


untuk menyusun baris.

b) Penentuan baris perlu dibuat sebelum penebangan


dilakukan agar arah dan jarak dapat ditentukan
dengan betul.

c) Pengukuran hendaklah dibuat secara mendatar


dengan sistem tanaman tiga segi sama. Jarak antara
tanaman adalah 28 kaki x 28 kaki. Jumlah tanaman
sehektar adalah 148 pokok per hektar.

2. Menolak, Mengorek, a) Kerja mesti dijalankan di kawasan yang ditetapkan


Mencincang dan seperti yang diberikan oleh Pegawai dan akan
Mengumpul Batang disiapkan mengikut tarikh yang dinyatakan dalam
jadual waktu.
Sawit
b) Penebangan dan mencabut sawit hendaklah
dilakukan secara mekanikal menggunakan penggali
atau jentera yang sesuai.

c) Batang yang ditebang harus dicincang menjadi cip


setebal tidak lebih dari 10 cm.

d) Semua pelepah, bahan yang dipotong, bongkol dan


jisim akar haruslah disusun pada setiap 4 baris dalam
1 longgok.

e) Jika terdapat buah tandan segar ketika kerja-kerja


menolak, mengorek, mencincang dan mengumpul
batang sawit diadakan, buah tandan segar tersebut
hendaklah diasingkan dan dimaklumkan kepada
Pegawai Penilai dan buah tersebut akan diambil oleh
pihak ladang.

f) Batu sempadan tidak akan dikeluarkan atau


dirosakkan semasa operasi dijalankan.

g) Kontraktor hendaklah membayar ganti rugi kepada


sebarang harta benda akibat kecuaiannya sendiri.
3. Membajak dan a) Kerja-kerja membajak dan menyisir dibuat pada
Menyisir baris tanaman sahaja.

b) Keluasan kawasan membajak dan menyisir adalah


30% daripada keluasan sebenar kawasan iaitu 30
ekar dari luas kawasan keseluruhan.

c) Kerja-kerja membajak dan menyisir hendaklah


dilakukan dengan menggunakan jentera yang sesuai
dan dilakukan sebanyak 2 kali. Manakala kerja-kerja
menyisir pula dilakukan sebanyak 1 kali.

4. Membuat Jalan pada a) Kerja-kerja membuat jalan pada Lorong tuai


Lorong Tuai hendaklah dilakukan dengan menaikkan tanah dikiri
dan kanan Lorong tuai bersaiz kelebaran 8 kaki dan
ketinggian (chambering) 45 cm dengan
menggunakan bulldozer.

5. Membaris dan a) Kerja-kerja membaris hendaklah dilakukan mengikut


Menanda Lubang sistem tanaman segi tiga sama.

b) Jarak titik penanaman adalah 28 kaki x 28 kaki. 148


pokok per hektar.

c) Pelubangan titik penanaman akan diterima sebagai


lengkap jika kerja yang dilakukan memuaskan
Pegawai Penguasa.

6. Membuat Lubang a) Lubang tanaman dibuat mengikut saiz 12” x


Pokok 15”dengan menggunakan jentera pembuat lubang
yang bersesuaian.

b) Pelubangan titik penanaman akan diterima sebagai


lengkap jika kerja yang dilakukan memuaskan
Pegawai Penilai.

c) Bayaran akhir akan dibuat berdasarkan kerja yang


telah dilengkapkan seperti dinyatakan dalam No. 6.2.

7. Menaikkan, a) Menaikkan, menurunkan dan mengangkut anak


menurunkan dan benih yang berumur 12 bulan dari tapak semaian
mengangkut anak sejauh 1 km menggunakan lori atau kenderaan yang
benih dari tapak sesuai ke tapak tanaman.
semaian ke ladang dan
b) 500 gm baja CIRP dan 100 gm baja Gano EF yang
menanam dengan dibekalkan oleh pihak ladang hendaklah ditabur
menabur baja CIRP dan kedalam lubang tanaman sebelum menanam anak
Baja Gano EF kelapa sawit tersebut.
LAMPIRAN
(Lampiran ini hendaklah dibaca bersama dan dianggap sebahagian daripada Perjanjian ini)

SURAT TAWARAN
Surat Surat Setuju Terima Bertarikh 12 Disember 2019 adalah dianggap
sebagai sebahagian daripada Perjanjian ini tetapi
sekiranya ada apa-apa percanggahan antara keduanya,
Perjanjian ini adalah mengatasi.

SURATAN HAKMILIK TANAH TERSEBUT


(dilampirkan sesalinan)

SIJIL DAFTAR SYARIKAT KONTRAKTOR


& KAD PENGENALAN PEMILIK SYARIKAT

(dilampirkan sesalinan)

You might also like