You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT

JOHOR STEM DAY 2020 BIL 6


12 Februari 2020
Bilik Mesy Jab Fizik, Aras 3, Fakulti Sains, C21, UTM

Hadir

UTM
Dr. Nor Ain Husein - Pengerusi
Dr. Nina Diana Nawi
Dr. Mahyuddin Arsat
Dr. Ahmad Nabil Md Nasir
Dr. Rashidah Arsat
En. Long Muhammad Ilyas (Pelajar SKE)
Cik Adlin Mastura (Pelajar SKE)
Cik Azlita (RA FS)

JPNJ
Tn Hj Azmi Abu
En. Abu Bakar
Pn Aerma Norazalina Musa

SKPN
Cikgu Ahmad Firdauz Abdullah Tahrin
Cikgu Mohd Nazir Baba
Cikgu Alif Abu Bakar

Chumbaka
Ms Pauline

Tidak Hadir

Prof Madya Dr. Bruce Leow Chee Yen (Menghantar Wakil)


Prof. Madya Dr Juhana Jaafar
Dr. Ho Wai Shin (Menghantar Wakil)
Dr. Jaysuman Puspanthan
Dr. Corriena Abdul Talib
En. Mohd Hairil Fitri bin Ja’afar (Menghantar Wakil)
En. Mohd Munir bin Hj Baharom (Menghantar Wakil)
En. Syaipul Idaham Mohamad Nor (Menghantar Wakil)

Bil. Perkara Tindakan


1 i. Dr. Ain mengalu-alukan kedatangan AJK
ii. Mesyuarat dimulakan pada jam 2.35 petang
iii. Dr. Ain juga memberi penerangan ringkas kepada
AJK lain berkenaan hasil mesyuarat yang lepas.
iv. Dr Ain memaklumkan hasil mesyuarat bersama
YSN ASM bahawa mereka berminat untuk
menaja Anugerah Jago STEM, dan bukan sebagai
rakan kolaborator.
2. SKPN
i. SKPN akan bertindak sebagai salah satu rakan
kolaborasi Johor STEM Day 2020.
ii. Sebagai rakan kolaborasi, SKPN akan
menguruskan satu slot tambahan & pertandingan.
iii. Menurut Cikgu Firdauz, SKPN ada
memperuntukkan sebanyak RM5000 untuk
program seperti ini. Maka mereka akan
menampung segala keperluan bagi slot yang
mereka perlu sediakan.
iv. Mereka juga sudah mempunyai persetujuan
bersama lebih 90 sekolah untuk turut serta dalam
Johor STEM Day.
v. Bagi memudahkan urusan, SKPN akan SKPN
menyenaraikan keperluan (cth: jenis aktiviti,
makanan, ruang, peserta, hadiah, volunteer
penggerak) untuk setiap aktiviti yang dijalankan.
vi. Senarai ini perlu diserahkan kepada Dr Nabil
selewat-lewatnya pada 17 Feb.
vii. Surat kolaborasi akan dikeluarkan kepada SKPN,
dan SKPN hendaklah memberikan logo sekolah Surat – Dr Rashidah
untuk dimasukkan ke dalam bunting bagi tujuan Logo - SKPN
promosi dan printing.
3 JPNJ
i. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini pihak
JPNJ akan menambah 9 program berbentuk
pertandingan memandangkan mereka
mempunyai peruntukan.
ii. Seperti SKPN, pihak JPNJ juga perlu Pn Aerma & En Abu Bakar
menyenaraikan keperluan (cth: jenis aktiviti,
makanan, ruang, peserta, hadiah, volunteer
penggerak) kepada Dr Nabil selewat-lewatnya
pada 17 Feb. Pihak JPNJ juga memberi
cadangan tarikh (18 atau 19 April), dan lokasi
pertandingan.
iii. Pihak BTPN boleh menyediakan penginapan
kepada sekolah yang masuk bertanding, namun
tempat adalah terhad kepada 60 orang sahaja.
iv. Salah satu pertandingan yang akan dibuat adalah Dr Nina
RC Jet di mana memerlukan tempat yang luas
untuk launching, Dr Nina akan bertanya kepada
pihak Sutera Mall jika mereka mempunya
tempat yang sesuai untuk pertandingan ini.
4. Chumbaka
i. Chumbaka akan menguruskan dua slot iaitu
bengkel Arduino dan seterusnya pertandingan
ii. Bagi tujuan bengkel dan pertandingan ini, tempat
yang disediakan adalah untuk 20 sekolah.
iii. 10 laptop akan disediakan pihak Chumbaka,
manakala 10 laptop lagi disediakan oleh pihak
BTPN
iv. Pilihan lokasi samada UTM, SSTP atau Sutera
Mall. Jika di Sutera Mall, perlukan ruang yang
mempunya meja
v. Cadangan masa: pada 18/4, peserta (1 cikgu & 2
murid untuk setiap sekolah) akan berbengkel di
SSTP, dan pada 19/4 untuk pertandingan.
vi. Untuk Arduino Kit, Chumbaka akan mohon
sumbangan dari pihak Johor Corp, maka logo
Johor Corp juga perlu diserahkan untuk tujuan
bunting dan publisiti.
5 Susun atur Booth Dr. Mahyuddin
i. Susun atur untuk booth akan disediakan oleh Dr
Mahyuddin. Susun atur ini akan diserahkan
selewat-lewatnya pada 17 Feb nanti.
ii. Panel booth akan menggunakan apa yang
disediakan oleh pihak Sutera Mall. Namun yang
ada hanya cukup untuk 24 booth sahaja.
iii. Pihak JPNJ akan semak samada mereka Pn Aerma
mempunya panel yang boleh digunakan di Sutera
Mall nanti.
6 Publisiti
i. Dr Mahyuddin membentangkan deraf poster
yang telah disediakan.
ii. Namun poster perlu dibaiki dengan menambah
perkataan Johor untuk Johor STEM Day
iii. Poster perlu memasukkan logo-logo rakan
kolaborasi seperti yang telah disenaraikan.
iv. Tarikh akhir penyerahan logo adalah pada 18
Feb.
v. Dr Mahyuddin juga memaklumkan supaya
semua pihak memberi PIC masing-masing untuk
beliau hubungi untuk tujuan memuatnaik poster
ke dalam laman web masing-masing bagi tujuan
publisiti
7 Penajaan
i. Dr Mahyuddin memaklumkan pihak IKLAS
berminat untuk turut serta sebagai rakan
kolaborasi dan mereka boleh memberi tajaan.
ii. Cadangan tajaan adalah berbentuk tajaan
makanan dan juga bayaran kepada penceramah.
Namun penceramah tersebut mesti mampu
menarik ramai pengunjung. Contoh PakNil, yang
boleh dijemput sebagai moderator forum.
iii. Surat jemputan dan kertas kerja perlu disediakan Dr. Rashidah
dan diserahkan kepada IKLAS
iv. Dr Bruce memaklumkan beliau sedang
menyediakan senarai syarikat yang akan yang
berpotensi untuk penajaan bagi urusan
penyediaan surat.
Anugerah Jago STEM
i. Dr Nabil membentangkan tentang Jago STEM
ii. Anugerah Jago STEM untuk kategori sekolah
dicadangkan kategori bandar dan luar bandar.
iii. Memandangkan video perlu dihantar untuk SSTP (maklumbalas telah
tujuan anugerah ini, maka hakmilik untuk video diberi)
yang dimuatnaik perlu dikenalpasti.
iv. Timeline Anugerah Jago STEM
v Kriteria Pertandingan dan Poster
Pertandingan – 19 Feb 2020
v Surat Jemputan kepada JPNJ/Persatuan Guru
STEM – 19 Feb 2020
v Hebahan kepada peserta – (19 Feb – 19 Mac
2020)
v Pengumuman kepada peserta akhir – 1 April
2020
v “pitching” akhir peserta – 19 April 2020
a) 5 Minit masa diberikan
b) Juri terdiri daripada YSN, JPNJ,
UTM, Persatuan STEM Malaysia
Lain-lain
i. JK khas perlu dilantik untuk menguruskan
aktiviti forum
i. Token untuk penceramah jemputan( Cikgu
Hailmi) – Saguhati, pengangkutan dan
penempatan.
ii. Dr Ain memaklumkan keperluan pelajar
- 4 orang pelajar diperlukan untuk urusan
kaunter pendaftaran Long & Adlin
- 2 orang untuk urusan makanan.
- 3 orang untuk bahagian teknikal
- 2 orang untuk memastikan booth tidak
ditutup awal
- 2 orang ajk pengangkutan
iii. Memandangkan pada 18 April, Johor STEM Day
akan kemungkinan dijalankan juga di FS, maka
perlu staf FS sebagai JK untuk memantau
perjalanan aktiviti di FS
iv. Yuran pertandingan akan diuruskan sendiri oleh
penganjur pertandingan.
v. Surat permohonan untuk menaiktaraf ke
peringkat kebangsaan perlu memaklumkan
aktiviti/program yang akan dinaiktaraf.
vi. Dr Nabil akan menyusun semula tentatif setelah
semua pihak memberi senarai keperluan aktiviti
masing-masing
Disediakan oleh
Setiausaha JSD 2020

You might also like