You are on page 1of 2

urikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)1982 - Percubaan di 305 buah sekolah seluruh

Malaysia.1983 - Pelaksanaan penuh di semua sekolah.1984 - Amalan perdagangan


disisipkan dan diganti dengan Kemahiran Hidup.1988 – Falsafah Pendidikan Negara
dinyatakan secara rasmi1993 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.1994 - Alam Dan Manusia digantikan dengan
Sains Dan Kajian Tempatan.Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)1982
- Percubaan di 305 buah sekolah seluruh Malaysia.1983 - Pelaksanaan penuh di semua
sekolah.1984 - Amalan perdagangan disisipkan dan diganti dengan Kemahiran
Hidup.1988 – Falsafah Pendidikan Negara dinyatakan secara rasmi1993 - Kurikulum
Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.1994 -
Alam Dan Manusia digantikan dengan Sains Dan Kajian Tempatan.Perlaksanaan KBSR
adalah susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh Laporan Jawatankuasa
Kabinet Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun 1979.
Kajian yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Kabinet ini terhadap Kurikulum Lama
Sekolah Rendah (KLSR) yang telah dilaksanakan sejak merdeka tersebut mendapati
bahawa terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi. Antaranya termasuklah isi
kandungan sukatan pelajaran yang berulang dan tidak mempunyai kaitan antara satu
sama lain. dari segi sukatan pelajarannya yang terlalu banyak sehingga membosankan
murid. guru dan murid terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran apabila menjelang
peperiksaanialah pengajaran dan pembelajaran adalah menggunakan buku teks tanpa
menggunakan sebarang bahan bantu lain. ialah aktiviti kokurikulum dijalankan secara
berpisah dan tiada kaitan dengan kurikulum formal bilik darjah.Justeru, Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah telah dilancarkan sepenuhnya pada tahun 1983. Pada
tahun 1993, Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukarkan kepada nama baharu iaitu
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Namun, hanya perubahan nama sahaja yang
berlaku. Kandungan kurikulum itu masih sama seperti sebelumnya. Antara objektif
penting pembentukan KBSR yang perlu dicapai ialah yang pertama, murid dapat
menguasai dan menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai
alat perpaduan dengan baik dan memuaskan.Rancangan KBSR juga telah menekankan
penguasaan terhadap kemahiran asas 3M iaitu membaca , menulis dan mengira.
Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah 1983 dalam Kurikulum Baru
Sekolah Rendah dengan jelas menyatakan bahawa di akhir program Bahasa Malaysia,
murid seharusnya boleh menulis karangan dan surat kiriman yang tepat dengan maksud
dan tajuknya serta memahami dan boleh mengisi borangborang yang sesuai untuk
keperluan seharian. Mereka yang lemah akan diberikan pemulihan ataupun mengulangi
pengajiannya. Di samping itu juga, ia juga memberi tumpuan terhadap perkembangan
individu secara menyeluruh yang meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial (JERIS). Aspek pengajaran nilai-nilai murni dan kewarganegaraan juga turut
ditekankan berbanding KLSR sebelum ini. Pengajaran mata pelajaran moral dan
Pendidikan Islam pula menjadi unsur kesepaduan dalam pengajaran, bukannya
terletakpada guru agama sahaja. KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu
bidang komunikasi, bidang kemanusiaan dengan persekitaran dan bidang
perkembangan diri individu. Bidang komunikasi pada asasnya terdiri daripada
komponen Kemahiran Asas yang mengandungi mata pelajaran Bahasa iaitu Bahasa
Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris serta mata pelajaran Matematik. Bidang Kemanusiaan
dan Alam Sekitar pula terbahagi kepada dua komponen iaitu Kerohanian, Nilai dan
Sikap serta Komponen Kemanusiaan dengan Alam. Mata pelajaran yang mewakili
bidang ini ialah mata pelajaran PendidikanIslam dan Pendidikan Moral. Bidang yang
ketiga pula iaitu bidang perkembangan diri individu terdiri daripada komponen Kesenian
dan Rekreasi yang mengandungi mata pelajaran Muzik, Pendidikan Seni dan
Pendidikan Jasmani. Berdasarkan perkara yang berkaitan di atas, maka jelaslah
bahawa matlamat pendidikan KBSR di sekolah rendah untuk memastikan
perkembangan murid secara menyeluruh dari aspek intelek, rohani, jasmani, emosi,
bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial selaras dengan falsafah dan dasar
pendidikan negara iaitu untuk membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum
yang kukuh serta integrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan
bersistematik.Melalui aktiviti kokurikulum KBSR pula ianya meliputi aktiviti kelab,
persatuan, permainan serta unit beruniform. Murid-murid dapat berinteraksi dengan
pelbagai kaum, memahami budaya kaum lain, mendisiplinkan diri, serta dapat
mengamalkan sikap toleransi dan kerjasama dengan rakan- rakan yang berlain agama
dan budaya. Justeru, penerapan nilai- nilai murni ini adalah penting dalam pemupukan
individu ke arah mencapai integrasi nasional.Aspek Pengurusan Bilik Darjah KBSRBilik
darjah KBSR telah diperkenalkan di Negara kita pada tahun 1982 di beberapa buah
sekolah rendah sebagai percubaan manakala bilik darjah KBSM pula diperkenalkan
apabila pelajar dari sekolah rendah tadMine coins - make money:
http://bit.ly/money_crypto

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto

You might also like