You are on page 1of 4

Model ASSURE

Tema : Wang
Topik : Wang Kertas dan Duit Syiling
Hasil :  Mengenal pasti mata wang Malaysia
Pembelajaran dalam bentuk syiling dan wang kertas.
 Mewakilkan nilai wang:
(i) Sen hingga RM1.
(ii) Ringgit hingga RM10.
 Menukar wang:
(i) Syiling hingga RM1.
(ii) Ringgit hingga RM10.

Objektif : Untuk membolehkan murid darjah 1 memahami dan membuat


perkaitan antara wang kertas dan duit syiling yang diberikan dalam
kehidupan seharian.
Nama Guru : Puan Zakiah binti Hamadi
Tahun : Tahun 1
Tarikh : 27 Jun 2019
Masa : 60 minit

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran / Tahun : Matematik Tahun 1


Kelas : 1 Zamrud
Tema/Tajuk : Wang
Tarikh : 23 Julai 2019
Masa : 10.20 a.m. – 11.20 a.m.
Bilangan murid : 25 orang
Standard Kandungan : 4.1 Wang kertas dan duit syiling.
4.1.1 Mengenal pasti mata wang Malaysia dalam bentuk
hhhh syiling dan wang kertas.
4.1.2 Mewakilkan nilai wang :
i. Sen hingga RM1.
Standard Pembelajaran :
ii. Ringgit hingga RM10.
4.1.3 Menukar wang :
i. Syiling hingga RM1.
ii. Ringgit hingga RM10.
i. Sebahagian murid mengetahui setiap nilai wang ringgit
dan duit syiling.
Pengetahuan Sedia Ada :
ii. Murid pernah menggunakan wang ringgit dan duit
syiling untuk membeli snek.
: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat :
i. Sebahagian murid mengetahui setiap nilai wang ringgit
Objektif Pembelajaran dan duit syiling.
ii. Murid pernah menggunakan wang ringgit dan duit
syiling untuk membeli snek.
Sumber / Bahan Bantu : i. LCD (1)
ii. Komputer riba (1)
Mengajar
iii. Sampel wang kertas (RM 1: 52 helai, RM5: 12, RM10:
7 helai )
iv. Sampel duit syiling (5 sen: 104, 10 sen: 52 keping, 20
sen: 27 keping, 50 sen: 12 keping)
v. Lembaran kerja (25)
i. Sains dan Teknologi
ii. Nilai murni
EMK : iii. Kreativiti dan Inovasi
iv. Teknologi Maklumat dan Komunikasi
v. Pendidikan kewangan
Penilaian PdP : Lembaran kerja, tugasan kumpulan

Pengetahuan Sedia Ada : (i) Sebahagian murid mengetahui setiap nilai wang ringgit dan
duit syiling
(ii) Murid pernah menggunakan wang ringgit dan duit syiling
untuk membeli snek.

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat :


i. Menggunakan 3 cara untuk menukarkan duit syiling kepada nilai ringgit wang
kertas RM1.
ii. Menggunakan 3 cara untuk menukarkan wang kertas bagi mendapatkan
jumlah RM10.

Sumber / Bahan Bantu Mengajar : i) LCD (1)

ii) Komputer riba (1)

iii) Sampel wang kertas (RM 1: 52 helai, RM5: 12


helai RM10: 7 helai )

iv) Sampel duit syiling (5 sen: 104, 10 sen: 52 keping,


20 sen: 27 keping, 50 sen: 12 keping)

v) Lembaran kerja (25)

EMK : i) Sains dan Teknologi

ii) Nilai murni

iii) Kreativiti dan Inovasi

iv) Teknologi Maklumat dan Komunikasi

v) Pendidikan kewangan

Penilaian PdP : Lembaran kerja, tugasan kumpulan

Analisis Murid (Analyse learner)


1. 25 orang murid
2. 15 perempuan/ 10 lelaki
3. 7 tahun
4. (i) Sebahagian murid mengetahui nilai setiap nilai wang ringgit dan duit syiling.
(ii) Murid pernah menggunakan wang ringgit dan duit syiling untuk membeli snek.
5. Tahap penguasaan
i. Aras rendah 15%
ii. Aras sederhana 53%
iii. Aras tinggi 32%

Objektif (State objective)


Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
i. Menggunakan 3 cara untuk menukarkan duit syiling kepada nilai ringgit wang
kertas RM1.
ii. Menggunakan 3 cara untuk menukarkan wang kertas bagi mendapatkan jumlah
wang sebanyak RM10.
Pemilihan kaedah, media dan bahan (State method, media and materials)
Kaedah Media Bahan
Pembelajaran LCD Sampel duit syiling
Kontekstual
Pembelajaran Komputer Riba Sampel wang kertas
Koperatif
Lembaran Kerja
Penggunaan media, bahan dan langkah (Utilize method, media and materials)
i. Sampel wang kertas dan duit syiling digunakan sebagai bahan simulasi penukaran
wang dalam bilik darjah
ii. LCD projector digunakan untuk menayangkan bahan grafik wang kertas dan duit
syiling
iii. Komputer riba hanya digunakan oleh guru untuk memberikan bahan multimedia
kepada murid
iv. Bahan grafik digunakan sebagai bahan bantu mengajar untuk memberikan
pendedahan awal berkaitan topik yang akan dipelajari
v. Scratch digunakan sebagai latihan pengukuhan.
vi. Lembaran kerja digunakan sebagai alat pengukuhan dan penilaian tentang topik
yang telah dipelajari
Memerlukan penglibatan murid (Require learner participation)
Pengenalan:
Bersoal jawab mengenai topik yang dipelajari pada hari tersebut. Menayangkan bahan
grafik berkaitan nilai wang kertas dan duit syiling serta perkaitannya antara satu sama lain
kepada murid-murid.

Aktiviti:
1.  Sampel wang – Murid membentuk 5 buah kumpulan untuk melakukan aktiviti
berikut:
a. Mnenukarkan duit syiling kepada nilai ringgit wang kertas RM1 dengan
menggunakan 3 cara.
b. Menukarkan wang kertas bagi mendapatkan jumlah wang sebanyak RM10
dengan menggunakan 3 cara.
2. Scratch – Murid akan menggunakan komputer untuk bermain permainan akademik
yang telah disediakan oleh guru berkaitan topik yang dipelajari.
3. Lembaran kerja – Murid akan menyiapkan lembaran kerja yang diberikan bagi
menilai tahap kefahaman murid berkaitan topik yang diajarkan pada hari tersebut.
Rumusan:
Guru meminta murid membuat refleksi dengan menyatakan perkara yang sudah dipelajari
pada hari tersebut.
Penilaian dan penyemakan (Evaluate and revise)
Prestasi murid
Murid-murid akan dinilai berdasarkan lembaran kerja serta refleksi mengenai topik
pembelajaran pada hari tersebut. Murid-murid juga akan dinilai dari segi kerjasama
semasa aktiviti kumpulan dijalankan.

Keberkesanan media
 Adakah penggunaan LCD projector dan komputer riba membantu murid-murid
memahami topik pembelajaran pada hari tersebut?
 Adakah sampel wang ringgit dan duit syiling dapat membantu murid-murid
memberi respon tentang topik pembelajaran pada hari tersebut?
 Adakah scratch dapat membantu murid mengukuhkan pemahaman terhadap topik
yang dipelajari?
 Adakah murid-murid memahami maksud di sebalik bahan grafik yang ditayang?

Keberkesanan pengajaran
 Adakah proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan lancar? Adakah
dirancang dengan baik?
 Adakah murid-murid memberi respon terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran
pada hari tersebut?
 Adakah objektif pembelajaran tercapai?
 Bolehkah sesi pengajaran dan pembelajaran dibuat penambahbaikan pada masa
akan datang?

You might also like