You are on page 1of 3

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

KULIAH MINGGU 3
SKGP5104
PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG DAN SISTEM KEADILAN JENAYAH

Edaran Dalaman Sahaja


Shamsuddinbinsuhor
Ringkasan Kuliah

Tajuk: FAKTOR JENAYAH

Antara faktor-faktor yang boleh membawa kepada perbuatan-perbuatan


jenayah.

1. Faktor Ekonomi
- kemiskinan dan kepapaan;
- pengangguran;
- kekurangan wang dan pendapatan;
- kenaikan harga barang-barang- tekanan inflasi;
- persekitaran ekonomi sekeliling, iklan, propaganda dll.

2. Faktor Sosial
- Asuhan dan pemliharaan keluarga;
- Pendidikan yang tidak berkesan;
- Latarbelakang Keluarga (Rumahtangga yang kucar kacir;
dll)
- Guru-guru yang tidak bertanggungjawab;
- Pengaruh persekitaran – iklan;
- Persekitaran masyarakat ; kepadatan penduduk;
perumahan; setinggan;

3. Faktor Psikologi
- Nafsu yang tidak dapat dikawal;
- Ketahanan diri (mental); cuba meniru apa orang lain
buat;
- Tiada nasihat daripada orang yang boleh memberi
nasihat;
- Penemuan jalan buntu ; tertekan; tiada jalan lain;
- Ingin memiliki sesuatu; keinginan;
- Sengaja ingin mencba sesuatu yang baru; mahukan
keseronokan; mahukan kelainan;
- Tabiaat yang tidak boleh diubah;
- Pengaruh ( suami isteri; keluarga; kawan-kawan atau
rakan sebaya;
- Dengki dan iri hati;
- Sifat-sifat buruk kemanusiaan
- Tidak berfikir panjang; jahat;
1
4. Faktor Agama dan Kepercayaan atau Pegangan
- Tiada kepercayaan;
- Kurangnya pendidikan agama;
- Kurang faham terhadap agama;
- Kurang penghayatan antara dosa dengan jenayah; arak
membawa kepada jenayah; judi membawa kepada
serangan;
- Terlalu taksub, fanatik, ketat, pegangan yang keterlaluan
yang bertentangan dengan semula jadi;
- Sikap ketua-ketua agama (tidak berani campurtangan
dalam masalah masyarakat dan lebih sayangkan
kedudukan dan kepentingan).

5. Faktor Undang-Undang
- Undang-undang atau peraturan yang longgar;
- Undang-undang yang terlampau ketat dan sukar
dilaksanakan;
- Mahkamah lebih mementingkan tatacara, acara daripada
isi substantif atau perkara asas;
- Undang-undang yang tidak adil;

6. Faktor Pentadbiran dan Pengurusan


- Penguatkuasaan yang tidak berkesan;
- Jenayah yang bermaharajalela;
- Kakitangan kerajaan yang tidak cekap;
- Kekurangan pegawai yang berkelayakan;
- Kuasa budibicara Peguam Negara;
- Kekurangan sumber kewangan;

7. Faktor Adat dan Budaya


- Pemberian wang atau hadiah; tanda terima kasih; -
membawa kepada perbuatan rasuah.
- Membawa senjata (keris dsb) bagi orang Melayu
dikampung-kampung zaman dahulu bukanlah menjadi
kesalahan;
- Kegiatan kongsi gelap bagi masyarakat Cina;
- Mengamuk – orang Melayu

8. Faktor Politik
- Dasar kerajaan yang berat sebelah; kepentingan
kepartian ;
- Ahli-ahli politik yang tidak berpegang kepada janji; tidak
berasaskan kepada kepentingan umum atau
mengetepikan pandangan awam;

2
- Kepentingan diri melebihi kepentingan negara;
- Tidak jujur dalam tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

9. Faktor Alam Sekitar


- Cuaca – bencana alam – banjir, kebakaran, kemarau –
mengambil kesempatan dalam kesusahan orang lain.

Catatan:
Semua faktor-faktor ini tidak terhenti di sini dan bukan
menggambarkan suatu yang lengkap. Dalam waktu yang sama faktor-
faktor ini mungkin pengaruh mempengaruhi di antara satu sama lain.

NIK RASHID, UM.(1985)


Catatan semula
SHAMSUDDINBINSUHOR
FAKULTI UNDANG-UNDANG, UKM.

You might also like